Anda di halaman 1dari 3

ASSALAAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

‫ وعلييى آليه وصييحبه أجمعييين‬،‫الحمد لله رب العالمين والصلة والسلم على أشرف النبيياء والمرسيلين‬.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita
muhammad sollAllahu ‘alaihi wassalam, keluarga dan sahabat-sahabatnya yang
mulia.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana
dengan limpah kurnia serta taufik dan hidayahnya dapatlah kita semua berada
dalam Program Kecemerlangan Majlis Anugerah Cemerlang Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR), Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu dengan kerjasama ahli
Dewan Undangan Negeri / Pemimpin Kemajuan Rakyat N12 Karambunai, N13
Inanam, N14 Likas, N15 Api-Api, N16 Luyang, N17 Tanjung Aru dan N19
Kepayan julung-julung kali dalam sejarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Datuk/Datin, Tuan/Puan yang dihormati dan anak-anak yang dikasihi sekalian:

Majlis ini diadakan khusussuntuk memberi pengikhtirafan kepada semua pelajar


yang berada di Grand Ballroom, One Borneo pada hari ini kerana berjaya
mendapat keputusan cemerlang, 5A dalam UPSR 2009.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Kota Kinabalu
dan Ahli Jawatankuasanya kerana dapat menjayakan Majlis Anugerah
Cemerlang Pencapaian Sekolah (UPSR) dengan kerjasama Dewan Undangan
Negeri.

Usaha Pejabat Pelajaran Daerah untuk memperkenalkan program ini merupakan


satu langkah bijak dalam usaha untuk meningkatkan prestasi cemerlang para
pelajar di bidang akademik. Saya berharap dengan adanya usaha seperti ini
akan menaikkan lagi prestasi pencapaian akademik tahun enam pada tahun ini
dan pada tahun - tahun akan datang.

Justeru itu, sidang hadiran sekalian semua pihak perlu mempunyai komitmen
tinggi agar kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan terus meningkat. Adalah
diharapkan agar pihak sekolah memfokuskan tindakan yang perlu diambil agar
bilangan murid yang mendapat 5A 2010 dalam UPSR lebih baik berbanding
tahun 2009.

Para pelajar yang dikasihi sekalian:

Kecemerlangan yang anda perolehi pada hari ini merupakan


s uatu nikmat kurniaan Allah s ubhanahu wataala yang wajib disyukuri. Kita
amat bersyukur kerana anak-anak sekalian mendapat 5A dalam UPSR. Hasil
usaha dan kegigihan para pelajar mendapat penghargaan yang teramat tinggi,
daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah dan Dewan Undangan Negeri Sabah sepertimana hari ini.

Saya amat berharap agar segala usaha gigih para pelajar sekalian selama ini
akan diteruskan lagi hingga ke peringkat PMR, SPM dan seterusnya di peringkat
yang lebih tinggi lagi. Kejayaan yang dicapai oleh anak-anak ini merupakan
sebagai langkah pertama dalam perjalanan yang masih panjang. Segala yang
diperolehi seharusnya membuatkan para pelajar sekalian ingin terus menimba
ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan ini tiada sempadan dan
penghujungnya sepertimana sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :”
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para ibu
bapa yang begitu sabar serta tabah memberi sokongan moral dan material
kepada anak-anak mereka. Saya yakin dengan segala pengorbanan dan usaha
para ibu bapa akan sentiasa dihargai dan menjadi pemangkin serta aset yang
akan menjamin kesejahteraan hidup anak-anak di masa depan. Di samping itu,
kita juga tidak melupakan guru-guru di sekolah rendah khususnya yang
mendidik anak-anak sehingga mendapat 5A dalam UPSR.

Datuk/Datin, Tuan/Puan yang dihormati dan anak-anak yang dikasihi sekalian:

Dalam dunia globalisasi sekarang yang semakin menghakis nilai-nilai


kerohanian, kita sangat memerlukan modal insan yang berteraskan agama.
Tanpa nilai-nilai murni dan didikan agama yang sempurna pembangunan insan
sukar mencapai kejayaan. Oleh itu proses tarbiyyah yang pernah dipraktikkan
oleh para nabi terdahulu, ajaran agama wajib dijunjung secara serius. Ilmu
pengetahuan sahaja tidak semestinya dapat melahirkan individu masyarakat
yang unggul jika individu tersebut tidak mengamalkan atau memiliki nilai – nilai
murni. Keseimbangan ilmu dan nilai murni ini perlu bangun seiring demi
melahirkan seorang individu yang seimbang yang mempunyai ciri-ciri personaliti
yang unggul atau towering personality.

Saya juga berharap agar para pelajar terus menjadi cemerlang. Sejarah
tamadun manusia menunjukkan bahawa bangsa yang berjaya adalah mereka
yang sentiasa menerokai ilmu. Dengan ilmu juga, para pelajar dapat membantu
negara meningkatkan kualiti hidup di masa yang akan datang.

Akhir kata, tahniah semua Datuk/Datin, tuan/puan kerana ss udi hadir


menyempurnakan majlis ini.
Kepada semua ibu bapa/penjaga tahniah di atas kejayaan anak-anak tuan/puan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang
terlibat iaitu Dewan Undangan Negeri Sabah, Pemimpin Kemajuan Rakyat N12,
N13, N14, N15, N16, N17 dan N19, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran
Daerah Kota Kinabalu, Guru-guru Besar dan semua Ahli Jawatankuasa kerana
dapat menjayakan majlis ini.
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang saya akhiri
ucapan ini dengan kalimah WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.