Anda di halaman 1dari 9

Unit 4 Meter Elektronik

METER ELEKTRONIK

Pengenalan

Meter elektronik berfungsi sama seperti meter elektronik lazim dimana ianya boleh
digunakan untuk mengukur kuantiti a.t dan a.u. Meter elektronik pada awanya dikenali
sebagai VTVM (Vacum Tube Voltmeter). Dengan wujudnya teknologi transistor dan lain-
lain komponen separuh pengalir, tiub hampagas tidak lagi digunakan.

Kebaikan Meter Elektronik

a. Peka – boleh mengukur nilai yang kecil


b. Mempunyai galangan masukan yang tinggi dan ini dapat mengurangkan kesan
beban
c. Ketepatan yang tinggi
d. Julat yang luas, boleh mengukur nilai rintangan hingga ke nilai Mega Ohm
e. Berkeupayaan mengukur nilai voltan yang sangat rendah
f. Tidak membebankan litar yang sedang diuji

Jenis-Jenis Meter Elektronik

Meter elektronik terdiri dari 2 jenis iaitu:

a. Analog – Bacaan pada sekil pergerakan meter


b. Digital – Bacaan dalam bentuk angka

Meter Elektronik Jenis Analog

Meter elektronik jenis analog dikenali sebagai VOM (Volt-Ohm-Miliammeter). Rajah 4.1 di
bawah menunjukkan sebuah litar meter elektronik analog jenis FET

Rajah 4.1 : litar skimetik meter elektronik analog


32
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Kendalian Litar

• Apabila voltan yang tinggi dikenakan pada get FET, arus drain akan berkurangan.
Jadi IC2 berkurangan menyebabkan IB1 bertambah. Dengan ini IE1 bertambah dan
meningkatkan arus yang mengalir ke meter dan jarum meter akan menunjukkan
pesongan yang besar.
• Apabila voltan yang kecil dikenakan pada get FET, arus drain akan bertambah.
Jadi IC2 bertambah menyebabkan IB1 berkurangan. Dengan ini IE1 berkurangan dan
mengurangkan arus yang mengalir ke meter dan jarum meter akan menunjukkan
pesongan yang kecil.

Pengukuran Voltan AU

Untuk mengukur voltan a.u, voltan masukan a.u perlu melalui proses penerusan untuk
mendapatkan voltan senilai a.t sebelum dihantar ke bahagian penguat isyarat dan meter
penunjuk. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan litar di dalam meter elektronik VOM semasa
pengukuran voltan a.u dilakukan.

Input AU R Keluaran ke bahagian


Penguat dan meter
penunjuk

Rajah 4.2 : Litar pengesan voltan A.U

Pengukuran Voltan Puncak ke Puncak

Semasa membuat pengukuran voltan a.u, kadangkala isyarat yang diukur itu tidak
simetri, sebagai contohnya isyarat yang berayun dari -20V ke +50V. Jika isyarat jenis ini
disambung ke meter VOM, sebuah litar pengesan puncak ke puncak adalah diperlukan
untuk menukarkan voltan yang diukur itu kenilai Vpp sebelum dihantar kebahagian litar
penguat dan meter penunjuk.

C1 D2

V Ke bahagian
D1 C2 R1 penguat AT dan
meter penunjuk

Rajah 4.3 : Litar pengesan puncak ke puncak


33
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Pengesan ini terdiri dari sebuah litar pencengkam negatif iaitu D1 dan C1 seperti yang
ditunjukkan oleh rajah 4.4 dan pencengkam positif seperti rajah 4.5.

_
A
Vp C1 Pada setengah kitar negatif,
D1 arus akan melalui D1 dan C1,
jadi C1 akan mengecas hingga
+ B Vp

Rajah 4.4 :

A
+ C1 Pada setengah kitar positif voltan
D1 yang merentasi AB adalah 2Vp
Vp dimana C1 dan bekalan seolah-
_ olah 2 bateri diletakkan sesiri.
B

Rajah 4.5 :

Oleh itu Vp akan diterusuai oleh D2. C2 akan mengecas sehingga 2Vp.
Syarat litar berfungsi adalah tempoh buang cas R1 C2 mestilah > masa isyarat
voltan masukan melengkapkan satu tempoh pusingan T (1 cycle)

Pengukuran rintangan

Apabila suis fungsi diletakkan pada skala ohm, perintang yang hendak diukur ini
disambungkan sesiri dengan bateri dalaman, jadi meter ini sebenarnya mengukur voltan
susut rintangan tersebut.

Rajah 4.6 adalah litar yang berasingan , digunakan hanya untuk pengukuran
rintangan dengan julat-julat yang dikehendaki.

X100kΩ Ω terminal

X10kΩ
Ke bahagian
1.5 V X1kΩ Vx RX amp. AT dan
meter
XΩ penunjuk

Rajah 4.6 : Litar pengukuran rintangan dengan julat-julat yang berasingan

34
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Kendalian litar:

• Bila perintang yang hendak diukur disambungkan ke ohm terminal, bateri 1.5 V
akan mengalirkan arus melalui perintang julat yang dipilih dan melalui perintang
Rx ke bumi.

• Voltan susut Vx yang merentasi Rx akan dikenakan ke bahagian amplifier AT dan


meter penunjuk.

• Voltan susut Vx pada Rx adalah berkadaran terus dengan Rx, jadi meter dapat
ditentukurkan dalam nilai-nilai rintangan.

Meter Elektronik Jenis Digit

Meter elektronik jenis digit atau dikenali juga dengan singkatan DMM (Digital multimeter)
merupakan peralatan yang digunakan membuat pengukuran. DMM mempamerkan
keluaran dalam bentuk nombor. Meter jenis ini digunakan apabila darjah ketepatan
bacaan yang tinggi diperlukan.

Pengukuran yang boleh dibuat menggunakan DMM ialah :

• Voltan AT/AU
• Arus AT/AU
• Nilai rintangan

Kebaikan

• Mempunyai galangan yang tinggi, tiada kesan beban lampau


• Julat yang Luas
• Ralat bacaan boleh dikurangkan
• Nilai yang dibaca adalah tepat serta mempercepatkan bacaan.

Bahagian Utama Meter Elektronik Jenis Digit

DMM terdiri dari tiga bahagian yang utama

i. Penyesuai Masukan
− Menukarkan isyarat masukan kenilai voltan a.t yang dapat diproses oleh Penukar
Analog ke Digital (ADC)

ii. Penukar Analog ke Digital


− Menukarkan isyarat analog ke isyarat digital

iii. Paparan
− Bahagian ini akan menunjukkan bacaan dan dipamirkan pada paparan LCD
35
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Rajah blok meter digit pelbagai.

Rajah di bawah menunjukkan binaan asas meter digit pelbagai

Suis julat atau ac/dc


pelemah converter
acV
dcV dcV
Suis julat atau
pelemah
Suis
input Suis pemilih
dc/ac Current dcV
Pemilih
detector dan
l h

ohm dcV
Ohm/DC V
Converter

Decimal
point

Paparan LCD A/D coverter &


display drive

Rajah 4.7 : Binaan asas meter digit pelbagai

Kendalian litar

• Isyarat masukan contohnya isyarat voltan AT akan melalui litar pelemah atau suis
penjulatan dan terus ke A-D converter dan display drive. Bacaan yang dipaparkan
adalah dalam bentuk digit di paparan LCD.

• Begitu juga dengan isyarat voltan AU dikenakan pada input terminal, ia akan
melalui litar pelemah (suis julat) kemudian ditukarkan ke DC voltan melalui AU/AT
converter, dan disuapkan ke A-D converter.
• Untuk pengukuran arus (AT atau AU) isyarat ini akan ditukarkan ke AT atau AU
voltan melalui pengesan litar arus. Dan ia akan disuapkan ke A-D converter.

• Untuk pengukuran rintangan, rintangan yang hendak diukur disambungkan secara


bersiri dengan rintangan rujukan dan isyarat arus dikenakan. Jadi voltan yang
merentasi perintang yang hendak diukur disuapkan ke A-D converter.

• Isyarat yang masuk ke A-D converter adalah DC analog data.

36
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Jenis penukar analog digital.

• Tanjakan
• Kamilan
• Penghampiran berturutan
• Imbangan berterusan

Penukar analog digit jenis tanjakan

Rajah 4.8 menunjukkan rajah blok penukar jenis Tanjakan

Pembanding
Voltan voltan masukan
masukan
Denyut
mula
Penjana
ramp Pengayun Gate
Counter

Denyut henti

LCD
Pembanding kosong
Sample rate
oscillator Pameran
Reset denyut ke counter bacaan
2-3 Hz

Rajah 4.8 : Rajah blok penukar jenis Tanjakan

Kendalian

• Voltan tanjakan (ramp voltage) dijana oleh ramp generator yang mana ia dipicu oleh
sample rate oscillator. Oscillator berfungsi sebagai time base dan mengeluarkan
denyut pada kadar 2 atau 3 hz . Denyut ini juga dihantar ke litar counter untuk `clear’
bacaan pada kadar yang sama.

• Voltan tanjakan ini dibandingkan secara berterusan dengan input voltage dan voltan
kosong (zero voltage).

• Bila voltan tanjakan sama dengan voltan masukan pembanding masukan akan
menjana denyut yang akan membuka gate.

• Pada ketika voltan tanjakan sama dengan kosong volt, pembanding kosong akan
menjana denyut yang akan menutup gate.

37
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

• Pengayun akan menjana denyut jam, dimana denyut ini akan dibenarkan lalu pada
`gate’ semasa ia terbuka dan seterusnya ke counter untuk di `count’

• Panjangnya masa gate terbuka ialah berkadaran dengan voltan masukan, oleh itu
bilangan denyut yang di`count’ oleh counter sama dengan voltan masukan.

• Voltan AU perlu diterusuai (melalui litar penerus diod).

• Selepas diterusuai, dimasukkan ke bahagian amplifier AT dan meter penunjuk.

Rajah 4.9 menunjukkan voltan tanjakan dalam penukar analog digit jenis tanjakan.

12V Voltan anjakan

Voltan yang
diukur Sela
masa

t Denyut klok (jam)

Rajah 4.9 : Voltan tanjakan

ADC Jenis Bandingan (Secara Serentak)

• ADC jenis bandingan boleh dibina menggunakan tiga litar pembanding.


• Setiap daripada tiga litar pembanding ini mempunyai masukan voltan rujukan yang
diperolehi daripada satu sumber penunjuk ketetapan voltan.
• Satu rangkaian pembahagi voltan disambung merentangi bekalan voltan rujukan dan
dilengkapi dengan voltan keluaran.
• Bagi terminal masukan lain pula ia dipacu oleh voltan analog yang tidak diketahui
nilainya.

Kebaikan Sistem ADC Secara Serentak Ialah :-


1. Kesederhanaan dan operasi yang laju terutama bila keputusan diperolehi
2. Bagi suatu sistem mepunyai keputusan yang tinggi dan bernilai, keadaan ini
memerlukan lebih banyak pembanding.
3. Penukar analog ke digital jenis bandingan.

38
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Kendalian.

Bila masukan dikenakan, voltan itu dibandingkan melalui OpAmp Pembanding.


Aras voltan ditentukan oleh keluaran pembanding. Bila keluaran pembanding tinggi, logik
‘1’ akan dimasukkan ke encoder. Bila keluaran pembanding rendah, logik ‘o’ pula
dimasukkan ke encoder.

Seterusnya keluaran pembanding ini masuk ke encoder untuk kod desimal binari. Kod
desimal ini seterusnya dihantar ke electronic counter.

Rajah 4.10 menunjukkan rajah blok jenis bandingan dalam meter elektronik.

Voltan
rujukan Analog voltage
(v)

R C3

3/4 V R
C2
comparator
output

1/2 V R
C1

1/4 V
R

Rajah 4.10: Rajah blok jenis bandingan.

39
Instrumentasi 1/2010
Unit 4 Meter Elektronik

Soalan Latihan

1. Lukiskan litar skimetik bagi meter elektronik analog dan terangkan kendaliannya
2. Terangkan teknik pengukuran voltan puncak bagi isyarat berbentuk gelombang
dengan menggunakan voltmeter analog. Lukiskan gambarajah litar untuk
menjelaskannya.
3. Lukiskan litar pengesan puncak ke puncak dan terangkan kendaliannya
4. Berpandukan lepada gambarajah yang sesuai, terangkan teknik mengukur rintangan
dengan menggunakan VOM (Voltmeter-Ohmmeter-miliampere)
5. Nyatakan tiga bahagian umum bagi operasi am sesuatu meter jenis digit
6. Senaraikan tiga kelebihan penggunaan meter elektronik jenis digit berbanding dengan
meter elektronik analog
7. Lukiskan gambarajah blok meter digit pelbagai dan terangkan kendaliannya
8. Lukiskan gambarajah blok penukar analog digit jenis tanjakan dan terangkan
kendalian litar.

40
Instrumentasi 1/2010