Anda di halaman 1dari 13

Unit 1 Uluran dan Ralat

PROSES PENGUKURAN

Pengukuran adalah satu proses di mana parameter fizikal diubah kepada nombor-
nombor bermakna dengan menggunakan instrument tertentu. Setiap nombor bermakna
yang diperolehi mestilah diikuti dengan unit kerana unit dapat menunjukkan ciri-ciri
parameter fizikal yang diukur, seperti Meter untuk panjang, Kg untuk berat dll.

Secara am, proses pengukuran dapat ditunjukkan seperti di bawah:

Isyarat masukan Isyarat keluaran


Instrumen
mengukur
Parameter fizikal Parameter elektrik

Proses pengukuran melibatkan semua maklumat, kelengkapan, instrumen dan operasian


yang berkaitan dengan sesuatu pengukuran, juga merangkumi semua aspek berkaitan
perlakuan, prinsip, kaedah, tatacara, nilai-nilai kuantiti pengaruh, mutu dan piawai
pengukuran.

Sebelum melakukan proses pengukuran harus dikenalpasti:

• Tatacara/kaedah pengukuran: Kenalpasti apa parameter yang hendak diukur,


bagaimana cara terbaik, berapa banyak pengukuran perlu dibuat dan bagaimana
untuk merekodkan hasil pengukuran.

• Ciri/sifat parameter: harus tahu parameter yang diukur ac atau dc, frekuensi dll

• Kualiti: masa dan kos diperuntukkan, keupayaan alatan, pengetahuan


pengukuran, hasil/keputusan pengukuran yang sesuai.

• Instrument: pilih alat yang sesuai samada meter analog/digital/osc/counter dll,


perlu pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan.

Semasa mengendalikan proses pengukuran perlu:

• Kualiti: pastikan alatan yang dipilih adalah yang terbaik, kedudukan pengambilan
data sesuai, bilangan pengukuran yang diambil mencukupi dan adakah hasil yang
diambil boleh dipercayai.

• Utamakan keselamatan: kesan kejutan elektrik, kesan beban berlebihan, had


alatan, baca manual alatan.

• Pensampelan: lihat perubahan parameter semasa pengukuran, nilai mana yang


perlu dipilih bila parameter sentiasa berubah, ambil bilangan sampel yang
mencukupi dan pastikan perwakilan sampel boleh diterima dan diakui.

1
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Kerja-kerja selepas pengukuran:

• Proses pengukuran tidak lengkap sepenuhnya jika hanya data pengukuran


diambil. Data mesti dianalisis, secara matematik/statistik dan keputusan mesti
dilapurkan dengan lengkap dan tepat.

SISTEM INSTRUMENTASI

Berikut adalah Rajah Blok menunjukkan gambaran ringkas sebuah sistem instrumentasi:

2
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Pengenalan

Meter merupakan sesuatu sambungan kepada kebolehan manusia untuk


membolehkan kita mengetahui sesuatu nilai yang tidak boleh diukur dengan secara
kasar. Ia dapat menentukan nilai atau magnitud sesuatu kuantiti atau pemboleh
ubah.

Berapa agaknya berat besi


ini? Alat apakah yang
sesuai digunakan untuk
mengukur berat besi ini?

Takrifan meter

Alat yang digunakan untuk menentukan nilai atau magnitud sesuatu kuantiti atau
pemboleh ubah.

Takrifan ralat

Selisih atau lencongan dari nilai sebenar kuantiti yang diukur.

RALAT = NILAI SEBENAR – NILAI UKURAN

% RALAT = NILAI SEBENAR − NILAI UKURAN X 100%


NILAI SEBENAR

% KETEPATAN = 100 % − % RALAT

MAGNITUD RALAT PENGHAD = KETEPATAN X SKALA PENUH


3
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Contoh 1.1
Bacaan sebenar kejatuhan voltan merintangi sebuah perintang ialah 50 V.
Walaubagaimanapun setelah diukur dengan meter, nilainya ialah 48 V. Kirakan:
a. Ralat
b. Peratus Ralat

Penyelesaian :

Contoh 1.2
Sebuah litar seperti rajah di bawah mempunyai voltan bekalan 20V disambung selari
dengan dua perintang R1 = 15KΩ dan R2 = 7KΩ. Satu meter volt disambung
melintangi perintang R1 dan memberi bacaan 19.5V. Kirakan peratus ralat dan
peratus ketepatan bagi meter tersebut.

20V V
R1 R2

Penyelesaian :

Disebabkan R1 dan R2 selari dengan bekalan 20V, maka nilai VR1 dan VR2 adalah 20
V.

Nilai sebenar (NS) = 20 V


Nilai ukuran (NU) = 19.5V

%R = NS − NU X 100 %
NS
= 20 − 19.5 X 100 %
20
= 2.5 %

% KETEPATAN = 100% − % RALAT


= 100% − 2.5%
= 97.5 %
4
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Contoh 1.3
Satu voltmeter dengan julat 0 – 150V mempunyai ketepatan ± 3% pada skala penuh
memberi bacaan 50V dan 95V semasa membuat pengukuran. Kirakan magnitud ralat
dan peratus ralat bagi setiap bacaan

Penyelesaian

Skala penuh = 150 V ketepatan = ± 3%


100%
= ± 0.03

Magnitud ralat penghad = ketepatan X skala penuh


= ± 0.03 X 150 V
= ± 4.5 V

i. 50V
% ralat = ± 4.5 V X 100%
50 V
= ± 9%

ii. 95V
% ralat = ± 4.5 V X 100%
95 V
= ± 4.74 %

Contoh 1.4
Sebuah meter dengan ketepatan ± 2% mempunyai arus skala penuh 100µA.
Kirakan bacaan maksima dan minima mungkin diperolehi apabila meter tersebut
digunakan untuk mengukur arus :
i. 70µA ii. 45µA

Penyelesaian

Magnitud ralat penghad = ketepatan X skala penuh


= ± 2% X 100µA
100%
= ± 2 µA

i. 70µA

Nilai maksima = 70µA + 2 µA


= 72µA

Nilai minima = 70µA − 2 µA


= 68 µA

5
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

ii. 45µA

Nilai maksima = 45µA +2 µA


= 47 µA

Nilai minima = 45µA − 2 µA


= 43 µA

Jenis ralat dalam pengukuran

• Ralat Kasar ( Gross Error)


Ralat ini disebabkan oleh manusia yang menggunakan alatan tersebut seperti
salah mengambil bacaan, pelarasan yang tidak betul, cuai, tidak ada pengalaman
dan sebagainya.
Cara untuk mengurangkannya :
- Ambil bacaan dengan betul.
- Elakkan kecuaian.
- Pastikan anda tahu menggunakan meter tersebut dan lain-lain.

• Ralat Sistematik (Systematic Error)


Terbahagi kepada dua jenis
a. Ralat Jangka - Ia disebabkan oleh ciri elektrik dan mekanikal
seperti geseran, histerisis, tegangan spring dan sebagainya.

b. Ralat Sekitar - Ia disebabkan oleh keadaan luar yang


mengelilingi jangka seperti perubahan suhu, kelembapan,
tekanan udara dan sebagainya.

Cara untuk mengurangkannya :


- Menentukurkan jangka.
- Pilih jangka yang sesuai untuk kegunaan ukuran tersebut.
- Mengurangkan kesan-kesan yang disebabkan perubahan suhu,
kelembapan, magnetik dan elektrostatik dengan menggunakan
penghadang magnetik dan lain-lain.

• Ralat Rawak (Random Error)


Punca berlakunya ralat ini tidak diketahui. Ia muncul walaupun semua ralat
sistematik telah diperhitungkan. Ia tidak boleh diperbetulkan tanpa penyelidikan
yang rapi.
Cara untuk mengurangkannya:
- Dengan menambahkan bilangan bacaan dan menggunakan kaedah
statistik untuk mendapatkan kiraan yang hampir sekali dengan nilai
sebenar kuantiti yang diukur.

6
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

• Ralat penghad/menghad (Limiting Error)


Nilai yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar ataupun pembuat komponen /
alatan tersebut. Kebanyakan meter penunjuk telah dijamin ketepatannya
hingga ke peratus tertentu bacaan skil penuh. Komponen seperti perintang,
kapasitor dan lain-lain dijamin dalam lingkungan peratus tertentu kadaran nilai
komponen tersebut. Had lencongan dari nilai yang ditentukan dipanggil sebagai
ralat penghad.

Contoh : 600 Ω ± 10% ralat penghad

Ini bermakna pembuat telah menjaminkan rintangan di dalam


had 540Ω dan 660Ω.

Contoh 1.5
Kirakan nilai maksima dan minima bagi komponen-komponen yang mempunyai had
terima seperti berikut :

i. 200µF + 10%
ii. 1000Hz − 5% + 10%

Penyelesaian :

i. 200µF + 10%
Magnitud ralat penghad = + 10% X 200µF
100%
= + 20µ F

Nilai maksima = 200µF + 20 µF


= 220µF

ii. 1000Hz −5% +10%


Magnitud ralat penghad = + 10% X 1000Hz
100%
= 100Hz

Nilai maksima = 1000Hz + 100Hz


= 1100 Hz

Magnitud ralat penghad = − 5% X 1000Hz


100%
= 50 Hz

Nilai minima = 1000Hz − 50 Hz


= 950 Hz

7
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Alat Penunjuk

Semua alat penunjuk elektrik mempunyai tiga bahagian utama:


a. Alat pesungan – dimana daya kilas dihasilkan untuk menggerakkan jarum
penunjuk.
b. Alat kawalan – dimana nilai pesungan adalah bergantung kepada magnitud dan
kuantiti diukur
c. Alat redaman – untuk menghalang ayunan sistem bergerak dan membolehkannya
mencapai kedudukan akhir dengan cepat

Pesongan Meter

• Pesongan meter berlaku bila Daya Kilas Pesongan, Td (Deflecting Torque)


dihasilkan. Daya kilas ini akan menyebabkan jarum penunjuk bergerak dari
kedudukan sifar
• Untuk memahami bagaimana daya kilas magnet memusing gegelung, kita
pertimbangkan satu gelung tunggal PQ yang terletak dalam medan magnet.
Sekiranya P membawa arus ke atas, Q membawa arus ke bawah. Arus di P
menghasilkan medan magnet dalam arah yang berlawanan jam disekeliling P.
Oleh kerana uratdaya magnet bersifat menolak antara satu sama lain dan cuba
mengambil jalan paling pendek di antara kutub Utara Selatan, ini akan
menghasilkan daya kilas yang akan cuba menolak PQ keluar dari medan magnet.
Ini akan menyebabkan jarum penunjuk bergerak dari kedudukan sifar.

8
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

dimana
B= Ketumpatan uratdaya dalam Wb/m2 atau Tesla (T)
N= Bilangan lilitan gegelung
A= Luas keratan rentas - m2
I = Arus yang mengalir melalui gegelung – Ampiar

Oleh itu, Daya kilas pesongan = BANI


unit = Newton meter (Nm)

Td = BANI (Nm)

Contoh 1.6
Satu meter GBMK dengan 200 lilitan gegelung mempunyai ketumpatan urat daya
sebanyak 0.5 T dicelahan udaranya. Garis pusat gegelung adalah 1mm dan panjangnya
adalah 2.5 cm. Kirakan daya kilas yang terhasil apabila arus melalui gegelung adalah
2mA.

Penyelesaian:

Kawalan Pesongan

• Untuk mengawal pesongan, kita perlukan Daya Kilas Kawalan, Tc (Controlling


Torque) Menentang daya kilas pesongan. Ianya terhasil oleh spring kawalan. Alat
penunjuk berhenti apabila magnitud daya kilas pesongan bersamaan dengan
magnitud daya kilas kawalan.Terbahagi kepada dua jenis :

a. Kawalan spring

Merujuk kepada Rajah 1.3 kawalan spring bagi meter gegelung


bergerak, 2 spring telah digunakan. Spring A dan B dilengkarkan
pada arah yang bertentangan supaya apabila alat penunjuk
dipesongkan satu spring menambah lingkaran dan satu lagi
mengurangkan lingkaran. Daya kilas kawalan dihasilkan oleh
gabungan kedua-dua spring. Daya kilas kawalan suatu spring
berkadaran dengan sudut pesongan jarum penunjuk.
9
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Jarum penunjuk

Shaft
A
B

Rajah 1.3 : Daya kilas kawalan spring

b. Kawalan Graviti

Merujuk kepada Rajah 1.4 kawalan Graviti, jisim A & B dilekatkan


pada S, fungsi A adalah untuk mengimbang berat penunjuk P.
Jisim B dengan itu memberikan daya kilas kawalan. Apabila
penunjuk berada di sifar, B tergantung secara tegak ke bawah.
Apabila P dipesongkan melalui satu sudut, daya kilas kawalan
adalah bersamaan dengan ( berat B X jarak d) dan berkadaran
dengan pesongan tersebut.

S
B

A B A

Rajah 1.4 : Daya kilas kawalan graviti

Kawalan Redaman

• Daya kilas Redaman (Damping Torque)


Berfungsi untuk mempercepatkan jarum berhenti. Jarum mungkin berayun
sebelum menunjukkan bacaan dan daya kilas redaman diperlukan untuk
mempercepatkan jarum berhenti.

10
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

• Lengkuk redaman
Rajah 1.5 menunjukkan lakaran 3 bentuk redaman yang wujud pada sistem jarum
penunjuk.

Bacaan tetap
(mA) Kurang redaman (B)

Redaman genting (C)

Redaman melampau (A)

masa (s)

Rajah 1.5 : Jenis-jenis lengkung redaman

Terdapat tiga jenis lengkung redaman iaitu redaman melampau, redaman kurang
dan redaman genting. Sekiranya tiga jenis redaman yang disebutkan ini ujud
secara berasingan , pergerakan jarum penunjuk pada meter juga akan berbeza.

• Redaman melampau (Over damping) (A) – penunjuk akan bergerak


dengan perlahan menuju nilai akhir. Nilai ini akan kurang dari nilai
sebenar. Ini akan menyebabkan meter menunjukkan nilai yang salah.

• Kurang redaman (Under damping) (B) - penunjuk meter akan berayun


dalam jangka masa yang lama sebelum berhenti pada nilai tetap. Ini
mengakibatkan kesukaran untuk membuat bacaan.

• Redaman genting (Critical damping) (C) - penunjuk mencapai keadaan


tetap (nilai sebenar) tanpa ayunan dalam masa yang pendek. Jadi
pengguna dapat membaca bacaan dengan tepat dan cepat.

11
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Jenis redaman

• Redaman arus pusar


Rajah 1.6 menunjukkan satu bentuk redaman arus pusar yang terdapat pada
suatu sistem jarum penunjuk.

D
M
D
M

Rajah 1.6 : Redaman Arus Pusar

Suatu cakera aluminium D, dikawal oleh satu gelendong, boleh bergerak


di antara kutub-kutub sebuah magnet kekal M. Jika cakera tersebut bergerak
ikut jam, d.g.e yang teraruh dalam cakera tersebut mengedarkan arus pusar
seperti yang ditunjukkan (garisan putus-putus). Dari Hukum Lenz, arus ini akan
mengenakan suatu daya yang menentang gerakan yang membentuk mereka.
Oleh itu arah daya redaman yang terhasil ini adalah melawan arah jam.

• Redaman udara
Sekeping bilah dilekatkan pada bahagian bergerak pada meter. Rintangan yang
dihasilkan oleh udara sekitar akan memberikan redaman yang dikehendaki.

• Redaman bendalir
Prinsip yang sama digunakan tetapi bilah tersebut dibiarkan bergerak didalam
bekas yang mengandungi cecair dengan kelikatan yang sesuai.

12
Instrumentasi 1/2010
Unit 1 Uluran dan Ralat

Latihan:

1. Berikan takrifan bagi ralat


2. Senaraikan jenis-jenis ralat, terangkan punca terjadinya ralat tersebut dan cara
untuk mengurangkannya
3. Senaraikan empat jenis ralat dalam pengukuran dan terangkan setiap ralat
tersebut.
4. Nyatakan takrifan untuk ralat sistematik dan cara untuk mengurangkannya
5. Merujuk kepada rajah di bawah, kirakan ralat, peratus ralat dan peratus
ketepatan sekiranya meter ampiar menunjukkan ke bacaan 12mA.

1KΩ
mA

500Ω
15V

6. Satu voltmeter dengan julat 0 – 150V mempunyai ketepatan ± 4% pada skala


penuh memberi bacaan 45V dan 95V semasa membuat pengukuran.
a. Kirakan magnitud ralat
b. Kirakan peratus ralat bagi setiap bacaan
7. Lukis dan jelaskan TIGA ciri lengkung redaman

13
Instrumentasi 1/2010

Anda mungkin juga menyukai