Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN BIOGRAFI

Tajuk : Aku Pen

Aku pen. Bentuk badan aku bulat dan panjang.Nama aku ialah ‘Charlie’. Negara
asal aku ialah Perancis. Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang.

Setibanya di Malaysia , aku dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis.


Ramai pelanggan yang datang melihat aku. Mereka memuji kecantikan badan aku. Tetapi
tidak ada yang mahu membeli aku. Barangkali kerana darahku yang berwarna merah.

Pada suatu hari , seorang wanita telah membelek aku. Wanita itu terus membeli
aku. Aku berasa gembira sekali. Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja. Wanita
itu mengeluarkan beberapa naskah buku dari dalam lacinya. Rupa-rupanya , wanita ini
seorang guru. Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya. Tiba – tiba, aku
terlepas daripada tangannya lalu jatuh ke atas lantai. Aku berasa sakit.

Wanita itu mengambil aku lalu terus menyambung kerjanya.Wanita itu sedikitpun
tidak menghiraukan aku. Sewaktu wanita itu meletakkan mataku di atas buku, tiba – tiba
aku berasa sakit. Rupa-rupanya badanku sudah pecah. Wanita itu terus mencampakkan
aku ke dalam bakul sampah. Aku berasa amat sedih kerana dapat berkhidmat untuk
sekejap sahaja.