Anda di halaman 1dari 4

Laporan Bina Insan Guru Siri 3

“CERAMAH ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL”

Pada 21 MEI 2010, semua pelajar PISMP ambilan Januari 2009 diarahkan untuk
menghadiri ceramah Etiket Sosial. Ceramah ini disampaikan oleh En. Maalim B. Mamat
yang merupakan seorang guru dari sekolah S.M.K Tasek Utara. Ceramah ini
merupakan sambungan kepada program Bina Insan Guru (BIG) siri yang ketiga.
Ceramah ini berlangsung selama dua jam iaitu dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di
DDKA.

Penceramah jemputan telah menyampaikan ceramahnya yang bertajuk


“Memartabatkan Imej Guru”. Beliau telah memfokuskan empat perkara iaitu penampilan
diri, etiket sosial, pengurusan majlis, dan tatatertib di tempat makan. Beliau turut
menjelaskan sebab-sebab protokol diperlukan terutamanya dalam majlis-majlis formal.
Hal ini membantu kami sedikit sebanyak dalam menyiapkan diri dan memahami
mengapa perkara ini dilakukan. Hal ini adalah penting bagi menunjukkan imej seorang
guru yang boleh dijadikan contoh kepada generasi akan datang. Selain itu, melalui
ceramah ini juga, saya dapat memahami dan mengaplikasi elemen protokol dalam
majlis rasmi serta ia turut menambahkan keyakinan diri saya dan merapatkan
hubungan sesama manusia.

Selain itu, beliau turut menegaskan kepada kami bagaimana cara penampilan
seorang guru yang mana akan menjadi rol model kepada anak murid apabila berada di
sekolah kelak. Penceramah turut menerangkan kepentingan menjaga imej kepada kami
dan juga cara-cara untuk meningkatkan imej melalui beberapa aspek iaitu
meningkatkan ilmu pengetahuan seorang guru tersebut. Cara berpakaian seorang guru
perlu sesuai dengan tingkah laku yang wajar ditunjukkan oleh guru terhadap
masyarakat di luar supaya guru dapat memberikan kesan yang baik kepada diri
seorang guru.
Imej juga mempengaruhi tugas yang dijalankan seharian. Jika seorang guru
menjalankan tugasannya dengan sempurna tetapi imej dirinya tidak sempurna, murid-
muridnya akan terikut-ikut dengan penampilan dirinya yang kurang sesuai dengan imej
seorang guru. Imej adalah penting bagi meningkatkan kepercayaan orang lain terhadap
diri seorang guru. Jika seorang guru yang selekeh dan imej dirinya tidak kemas,
kepercayaan terhadap dirinya akan kurang dan ibu bapa tidak akan mempercayai
kewibaan guru tersebut.

Pada ceramah ini, saya berasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk
mendapatkan pelbagai maklumat yang sangat berguna. Saya berharap agar saya dapat
memperbaiki kelemahan diri saya untuk menjadi seorang guru yang boleh memimpin
dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar dan masyarakat.

Harapan saya agar saya akan diberikan peluang seperti ini sekali lagi untuk
mempelajari dan memperbaiki lagi diri saya. Hal ini akan meningkatkan lagi semangat
profesonialisme saya dalam bidang pendidikan untuk trus maju dan berusaha menjadi
guru yang terbaik.
Laporan Bina Insan Guru Siri 2

“SHINE OUR CREATIVITY”

Pada 22 julai 2009 yang lalu, kami seramai 20 orang guru pelatih dari opsyen 2
PISMP RBT telah menjalankan program BIG siri ke-2 di Sekolah Kebangsaan Kangka
Tebrau. Pada program BIG kali ini, kami ditugaskan untuk menjalankan perkongsian
ilmu kepada murid-murid sekolah rendah. Oleh yang demikian, kami memilih sekolah
berkenaan sebagai tempat perkongsian ilmu kami yang mana ianya akan turut
memberikan pendedahan kepada kami sebelum bergelar guru nanti.

Program yang kami alankan in berlangsung selama sehari yang mana kami telah
memperuntukkan masa lebih kurang tujuh jam bersama-sama murid sekolah
berkenaan. Kami telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk
menggunakan murid tahun lima seramai lebih kurang 90 orang.

Kami telah menjalankan aktiviti dalam dua sesi iaitu pagi dan petang. Aktiviti
pertama yang kami jalankan ialah senamrobik. Senamrobik bertujuan sebagai aktiviti
pemanasan badan dan meningkatkan kecergasan murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti
lain. Selepas itu, kami menjalankan aktiviti “ice breaking” yang bertujuan untuk member
nasihat dan teguran kepada mereka serta memberikan nilai yang baik yang perlu ada
dalam diri setiap individu.

Pada jam 2.00 petang, kami memulakan LDK 1 yang mana aktivitinya ialah
membuat haiwan daripada tanah liat. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menonjolkan
bakat-bakat kreativiti yang terpendam dalam diri pelajar-pelajar. Pada jam 2.30 petang,
kami memulakan LDK 2. Dalam LDK 2 ini, kami mengarahkan kumpulan pelajar untuk
membuat model jambatan menggunakan straw. Aktiviti ini bertujuan untuk mencugkil
bakat-bakat kreativiti dan idea-idea yang menarik daripada pelajar-pelajar untuk
membina satu model jambatan yang menarik.
LDK 3 kami mulakan pada jam 3.00 petang. LDK ini mengkehendakai para
pelajar untuk membuat satu model rumah daripada kertas. Murid-murid diberikan
beberapa helai kertas yang terdapat arahan dan gambar bagi memudahkan mereka
untuk membina model rumah tersebut. Pada jam 3.30 petang, kami memulakan aktiviti
LDK terakhir kami. Dalam LDK 4 ini, kami meminta semua pelajar untuk membuat satu
kad kreatif yang menarik untuk diberikan kepada orang yang tersayang seperti ibu bapa
atau guru-guru mereka. Dalam aktiviti ini, ianya akan menyemai sifat hormat dan
sayang pada orang yang mereka sayangi.

Pada jam 4.00 petang, kami menjalankan aktiviti majlis penutupan bagi program
yang kami jalankan di sekolah berkenaan. Banyak yang telah kami perolehi daripada
pengalaman seharian di sekolah berkenaan. Segala jasa dan kerjasama daripada pihak
sekolah tidak akan kami lupakan. Saya berharap satu masa nanti kami akan dapat
menjalakan aktiviti seperti ini sekali lagi. Kami sangat seronok dan gembira sepanjang
aktiviti kami di sekolah berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai