Anda di halaman 1dari 1

http://anuarmanshor.blogspot.

com/2008/09/adakah-ketuhar-gelombang-
mikro-selamat.html

Adakah Ketuhar Gelombang Mikro Selamat?

Terima kasih kepada teman sepejabat isteri kerana menghadiahkan ketuhar gelombang
mikro kepada isteri sempena pernikahan kami.

Terima kasih kepada teman sepejabat saya kerana menghadiahkan penyedut hampagas.
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat kerana bermurah hati menghadiahkan kami
pelbagai jenis barangan.

Pagi tadi saya menerima satu lagi artikel yang membincangkan berkenaan ketuhar
gelombang mikro. Insya-Allah artikel itu akan diterbitkan untuk keluaran November
2008.

Sebenarnya banyak orang sudah mengetahui kesan gelombang (baca: radiasi) kepada
makanan yang dimasak atau dipanaskan. Rasanya ini bukan omongan kosong walaupun
kebanyakan ketuhar gelombang mikro dilekatkan pelekat SIRIM.

Rujuk Herbalhealer dan Mercola yang mendedahkan segala kesan negatif ketuhar
gelombang mikro. Dr. Hertel dan Dr. Blanc menyatakan paras hemoglobin darah dan
kolesterol individu yang menelan makanan daripada ketuhar gelombang mikro menurun.
Mereka juga terdedah pada anemia (kekurangan darah).

Pada 1991, Norma Levitt meninggal dunia walaupun selepas melakukan pembedahan
pinggul kecil. Rupa-rupanya sebelum itu jururawat bertugas memanaskan darah tranfusi
dengan ketuhar gelombang mikro. Elektrokimia badan manusia yang semula jadi tidak
menerima perubahan fisiologi badan manusia.

Saya bukannya antiteknologi sehingga menghalang isteri menggunakan alat itu. Kasihan
juga melihatnya menghabiskan masa yang lama semata-mata untuk memasak atau
memanaskan makanan. Apa yang perlu saya lakukan untuk menjaga kesihatan?