Anda di halaman 1dari 1

Apa itu Prasekolah?

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH


 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik,
 Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran
berbahasa dan berkomunikasi,
 Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua,
 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran
agama,
 Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
 Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
 Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
 Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan
pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang
dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu
dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu,
mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk
semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan
mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi


Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

Anda mungkin juga menyukai