Anda di halaman 1dari 1

Zarinah Binti Kamaldeen

JEA 080159

“ Daya kreatif, pemandangan, imaginasi, dan kemahiran seseorang merupakan asas


utama untuk melaksanakan tujuan “merekabentuk” sesuatu hasil ciptaan 1.”

Sebelum saya mengulas ayat diatas lebih lanjut, saya ingin mendefinisikan maksud
kreatif menurut Wikipedia Ensiklopedia bebas 2 Daya kreatif merupakan proses
membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau
idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar. Hal ini
menjelaskan bahawa daya kreatif melibatkan minda manusia untuk menghasilkan
hasil karya yang berbeza atau unik yang mampunyai nilai kreativiti yang tinggi.

Pada pendapat saya tanpa imaginasi yang tinggi sukar menghasilkan sesuatu
hasil karya yang unik. Unik3 disini membawa maksud “the embodiment of unique
characteristics; the only specimen of a given kind: The unique is also the
improbable.” Iaitu secara mudah unik itu mustahil tetapi tidak bermakna kita tidak
dapat menghasilkan sesuatu yang unik. Daya kreatif dan imaginasi saling berkaitan
dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, perkara diatas tidak
dapat berdiri sendiri untuk menghasilkan sesebuah karya.

Pemandangan ini mungkin dimaksudkan dengan jauh perjalanan luas


pemandangan. Idea-idea dapat dihasilkan melalui pembacaan, melayari internet dan
pengkajian. Dengan factor-faktor dapatlah kita meluaskan pemandangan dan ilmu
pengetahuan secara tidak langsung.

Kemahiran4 bermaksud kecekapan, kepandaian.Tanpa kemahiran, imaginasi


yang terhasil dalam minda tidak mungkin dapat dilontarkan pada muka kertas
ataupun objek. Mustahil tanpa kemahiran kita dapat berkarya. Kemahiran sudah jadi
elemen penting dalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya, setiap elemen yang disebutkan dalam ayat diatas saling


berkaitan dan tidak boleh berdiri sendiri.

1
Rekabentuk kraftangan Melayu Tradisi, Siti Zainon Ismail, 98, DBP
2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Daya_kreatif
3
http://dictionary.reference.com/browse/unique
4
Kamus dewan elektronik edisi ketiga

Anda mungkin juga menyukai