Anda di halaman 1dari 2

RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG

Syarat dan Rukun Sembahyang


Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi
segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak
dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-

• 1. Orang Islam.
• 2. Menghadap arah Kiblat
• 3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
• 4. Akil baligh
• 5. Berakal.
• 6. Melihat atau mendengar.
• 7. Jaga (tidak tidur)
• 8. Sudah masuk waktu sembahyang.

Syarat Sah Sembahyang


Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-

• 1. Sesudah masuk waktu sembahyang.


• 2. Menghadap ke arah Kiblat.
• 3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan
sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
• 4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
• 5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-
kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan
kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah
dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita
akan menyembah Allah.

Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.

• 1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika


tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
• 2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
• 3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
• 4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan
Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
• 5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
• 6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas
rukuk.
• 7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok
sehingga dahi berada diparas lantai.
• 8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH,
duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
• 9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
• 10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
• 11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan
Nabi Muhammad s.a.w.
• 12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan
memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
• 13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang
dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara
lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan
sunat.

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang


Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan
perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-

• 1. Batal Wuduk.
• 2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau
sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
• 3. Terbuka Aurat.
• 4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
• 5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
• 6. Tertawa Terbahak-bahak.
• 7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
• 8. Berubah Niat.
• 9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
• 10. Meninggalkan rukun Sembahyang.

(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Anda mungkin juga menyukai