Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

SUMBER TAMADUN
ISLAM Islam
Sumber kepada sistem dan tamadun Islam adalah Rukun Iman
juga sumber hukum dan perundangan Islam. Sumber Allah · Kitab · Malaikat · Nabi
asli kepada tamadun, sistem pemikiran dan Hari Akhirat · Qada dan Qadar
perundangan Islam diwakili oleh: Rukun Islam
Syahadah · Solat · Puasa
Zakat · Haji
 AL-QURAN Kota Suci

 AL-SUNNAH Makkah · Madinah


Baitulmuqaddis
 IJTIHAD Hari Raya

 TAMADUN DAN BUDAYA Aidilfitri · Aidiladha


Hukum
LAIN Quran · Sunnah · Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
AL-QURAN Khulafa al-Rasyidin
Khalifah · Khilafah
 Sumber utama Tamadun Islam ialah al-Quran. Tokoh Islam
 Kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T adalah suci Nabi Muhammad s.a.w
mengandungi nilai mukjizat yang tinggi samada dari Ahlul Bait · Sahabat Nabi
sudut akidah, syariah, akhlak dan moral, bahasa,
Mazhab
persejarahan, pemikiran dan intelektual, ketamadunan,
rahsia alam semesta dan sebagainya. Ahli Sunah Waljamaah
 Ia sesuaisepanjang zaman dan lengkap, sesuai dengan Hanafi · Syafie
tahap manusia dan ketamadunan. Maliki · Hanbali
 Kandungannya menggalakkan manusia berfikir untuk Budaya Dan Masyarakat
mencapai kesejahteraan hidup, memberi dorongan dan Akademik · Haiwan · Seni
semangat mereka untuk meneroka alam di segenap Takwim · Kanak-kanak
bidang. Demografi · Perayaan
 Segala kegiatan dan kemajuan yang dicipta Masjid · Dakwah · Falsafah
dikehendaki mengikuti lunas-lunas yang telah Sains · Wanita · Politik
ditetapkan. Lihat juga
Kritikan · Islamofobia
Glosari
Portal Islam
 p • b • s 
AL-SUNNAH
 Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian
dihurai dan diperincikan oleh al-Sunnah.
 Ia merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun dan mengembangkan tamadun mereka.
 Sesuatu pembaharuan yang dibuat, boleh dikatakan
tamadun, tetapi tidak boleh digolongkan sebagai
Tamadun Islam kalau bertentangan dengan sumber-sumber
ini.
 Ringkasnya, semua sudut tamadun Islam
dicorakkan di atas acuan al-Quran dan al-Sunnah.
 Daripada al-Quran dan al-Sunnah dicerakinkan akidah,
syariah dan akhlak untuk dilaksanakan dalam kehidupan
manusia.
 Pelaksanaannya ditunjukkan oleh Rasulullah
s.a.w. dan para ulama selepas baginda.

IJTIHAD
 Dalam tamadun manusia banyak perkembangan baru
berlaku .
 Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak
jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara
nyata dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
 Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendikiawan Muslim untuk
mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru
berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan
merujuk kepada sumber Al-Quran dan al-Sunnah.
 Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian
dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan
kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya
selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat
Islam.
TAMADUN DAN BUDAYA LAIN
 Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumber
yang datang daripada tamadun lain yang tidak
bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
 Hal ini dapat dilihat
dengan jelas, misalnya apabila Islam datang ke dalam
masyarakat Arab, masyarakat Barat ataupun
masyarakat Timur, Islam menerima nilai-nilai baik
masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan dengan
syariatnya.
 Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh
Tamadun Arab yang menekankan kepentingan dalam
perkembangan kebudayaanya.

 Kesan dari interaksi antara Tamadun Islam dengan


tamadun lain telah memperkayakan Tamadun Islam.
 Secara umumnya dasar keterbukaan Tamadun Islam
dan mudah berintegrasi dengan tamadun lain sebagai
pemangkin kepada pengkayaan khazanah dalam
Tamadun Islam.
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
TAMADUN ISLAM

 RASULULLAH
 WAHYU PERTAMA
 HIJRAH

RASULULLAH
 Nabi Muhammad S.A.W di lahirkan pada pagi Isnin 12
Rabiul-Awwal tahun Gajah bersamaan 20 April 571M.
 Ayahnya bernama Abdullah meninggal ketika baginda
masih di dalam kandungan ibunya, Aminah.
 Pada usia baginda 6 tahun, ibunya meninggal dunia dan
baginda dibesarkan oleh datuknya Abdul Mutalib dan
selepas itu oleh bapa saudaranya Abu Talib.
 Ketika usinya meningkat 40 tahun, Muhammad dilantik
sebagai seorang rasul.
WAHYU
 Islam bermula sebagai sebuah agama dengan
penurunan wahyu pertama di Mekah pada tahun 610
Masehi dan sebagai sebuah negara dan tamadun pada
tahun 622 Masehi iaitu selepas berlakunya peristiwa
Hijrah ke Madinah.
 Tamadun Islam bermula apabila Nabi Muhammad telah
secara rasmi dilantik sebagai Rasulullah (utusan Allah)
sewaktu baginda berusia 40 tahun pada malam Isnin
bersamaan 17 Ramadan. Dengan ayat al-Iqra’ dan
diikuti dengan surah-surah yang lain selepasnya, maka
bermulalah siri dakwah islamiah di Makkah.
 Dalam tahap awal, seruan dakwah Islam
dilakukan kepada ahli keluarga yang terdekat
dan di kalangan sahabat sebelum disebarkan
kepada masyarakat umum.
 Nabi Muhammad merupakan utusan yang
diberikan tanggungjawab oleh Allah untuk
menyebarkan serta mengajar ajaran agama
Islam kepada manusia keseluruhannya
 Agama Islam menjadi dasar kepada
Tamadun Islam.

HIJRAH
 Pengertian Hijrah dapat dilihat dari 2 segi.
 Pertama, perkataan Hijrah berasal daripada perkataan
hajara yang bermaksud pindah dari satu tempat ke
tempat yang lain.
 Dari segi maknawinya, hijrah bermaksud meninggalkan
adat resam atau kebiasaan yang karut dan mungkar.
Tamadun
Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan
bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan
tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-
istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran, hadarah, madaniyah.
Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization
atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari
bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan
perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun
Islam.

Asal-usul tamadun

 Ibnu Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada
kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar
fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
 Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami
sekarang.
 Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan
pada kurun ke-19.

Ciri-ciri masyarakat bertamadun

1. Bentuk agama yang tinggi.


2. Negara yang tersusun rapi.
3. Sistem undang-undang
4. Kehidupan bandar.
5. Sistem tulisan yang maju.
6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Menurut sarjana Barat - Darcy Roberio terdapat 11 ciri-ciri bagi sesebuah tamadun: - Penyebaran
teknik pertanian - Penternakan dan pengkhususan fungsi kumpulan tertentu - Revolusi
perbandaran - Kemunculan bandar dan negara - Stratifikasi masyarakat dalam kelas-kelas sosial -
Pertanian - Perairan - Teknik, bilangan dan kalendar - Perkembangan kapal - Penciptaan mata
wang
Tamadun dunia

 Tamadun Mesopotamia
 Tamadun Mesir
 Tamadun Cina
 Tamadun Elam dan Tamadun Parsi
 Tamadun Maya
 Tamadun Aztek
 Tamadun Inca
 Tamadun Olmec
 Tamadun India
AS-SUNNAH

Kedudukan Sunnah

Dengan itu, Sunnah merupakan sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran, dan
dimasukkan dalam kebanyakan buku berkenaan hadis. Sunnah yang bersifat ramalan dianggap
sebagai wajib oleh kebanyakan orang Muslim, manakala sebilangan pengikut mazhab al-Quran
Sahaja mengikut al-Quran sahaja dan menolak sebarang sunnah dan hadis sebagai sumber untuk
Bimbingan Ketuhanan atau hukum agama. Banyak penyokong gerakan-gerakan liberal dalam
Islam mendakwa bahawa sunnah yang bersifat ramalan harus dipatuhi dalam upacara amal dan
penyembahan, tetapi boleh dipersoal dalam undang-undang Islam.

Sunnah dan Hadis

Hadis ialah himpunan pengisahan dan keizinan. Walaupun terdapat setakat perbezaan antara
takrif Hadis dengan takrif Sunnah yang dihuraikan di atas, perkataan-perkataan Sunnah dan
Hadis boleh ditukar ganti ketika merujuk kepada Tradisi-tradisi.

Hadis-hadis dikelaskan mengikut statusnya berhubungan dengan teks (matn) dan rentetan
penyampainya (isnad). Cendekiawan-cendekiawan Hadis telah mengaji Sunnah, baik dari segi
konteks (matn) mahupun dari segi penyampainya untuk menentukan apa yang benar dan apa
yang palsu dalam hadis-hadis itu. Kajian mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah
Muslim awal serta juga pemetikan saintifik moden.

Melalui penyelidikan tentang para penyampai Hadis (isnad), cendekiawan-cendekiawan sains


Hadis telah mencipta sebuah sistem untuk mengetahui kategori-kategori Hadis yang berbeza,
serta bagaimana menilai teksnya (matn) supaya dapat menentukan adakah teks itu betul, baik,
lemah, atau palsu. Terdapat sebuah tradisi tentang kedua-kedua biografi sejarah (Ilm ar-Rijal)
Nabi Muhammad s.a.w. serta juga tentang bagaimana mengesahkan hadis — isnad atau "bahan
sokongannya".
Sunnah dan fiqh

Sunnah harus dibezakan daripada kedua-dua fiqh yang merupakan pendapat-pendapat para pakar
undang-undang klasik serta juga al-Quran yang merupakan wahyu yang tidak tercatat. Ia
merupakan salah satu daripada banyak istilah dalam agama Islam yang susah diterjemahkan
tanpa kehilangan maksudnya. Sejarah merumitkan penterjemahan lagi kerana andaian-andaian
yang berbeza terhadap Sunnah menguasai Islam pada zaman-zaman yang lalu.

Sunnatullah
Sunnatullah bermaksud tradisi Allah dalam melaksanakan ketetapanNya sebagai Rabb yang
terlaksana di alam semesta atau dalam bahasa akademi disebut hukum alam. Sunnah atau
ketetapan Allah antara lain:

1. Selalu ada dua keadaan saling ekstrim (syurga-neraka, benar-salah, baik-buruk)


2. Segala sesuatu diciptakan berpasangan (dua entitas atau lebih). Saling cocok mahupun
saling bertolakan.
3. Selalu terjadi pergantian dan perubahan antara dua keadaan yang saling berbeza.
4. Perubahan , penciptaan mahupun penghancuran selalu melewati proses.
5. Alam diciptakan dengan keteraturan.
6. Alam diciptakan dalam keadaan seimbang.
7. Alam diciptakan terus berkembang.
8. Setiap terjadi kerosakan di alam manusia, Allah mengutus seorang utusan untuk memberi
peringatan atau memperbaiki kerosakan tersebut.

Fiqh

Fiqh atau fiqah (bahasa Arab: ‫ ) فقه‬menurut bahasa bererti mengetahui dan memahamkan.

Menurut istilah adalah suatu ilmu yang menerangkan segala hukum syara' yang diambil dari Al-
Quran dan Sunnah Rasululllah s.a.w. secara penelitian yang mendalam yakni dengan jalan ijtihad
dan istinbat.
Ilmu-ilmu fiqh

Ilmu Fiqh membahas bidang-bidang:

 Fiqh Ekonomi (Mua'malat)


 Fiqh Politik
 Fiqh Perkahwinan (Munakahat)
 Fiqh Jenayat
 Fiqh Adab
 Fiqh Ibadat
 Fiqh Kebersihan
 Fiqh Ketenteraan

Perkembangan

Al-Zarqa membahagi perkembangan fiqh kepada 6 zaman (period) iaitu sebagai berikut:

1. Zaman Risalah - bermula sejak diutusnya Muahammad sebagai Rasul s.a.w. sehingga kewafatan
baginda (11 H./632 M.)
2. Zaman Khulafa al-Rasyidin - bermula sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
Mu'awiyah bin Abu Sufyan memegang tampuk pemerintahan Islam (41 H./661 M.)
3. Zaman Awal Pertumbuhan - Masa ini dimulai pada pertengahan abad pertama sehingga awal
abad ke-2 H.
4. Zaman Keemasan - bermula awal abad ke-2 sehingga pertengahan abad ke-4 H.
5. Zaman Tahrir, Takhrij dan Tarjih - dalam mazhab fiqh bermula dari pertengahan abad ke-4
sehngga pertengahan abad ke-7 H.
6. Zaman Kemunduran - bermula dari pertengahan abad ke-7 H. sehingga munculnya Majalah al-
Ahkam al- 'Adliyyah (Hukum Sivil Kerajaan Turki Usmani) (26 Sya'ban l293.
Hadis
Hadith atau hadis (bahasa Arab: alhadīth "‫ "الحديث‬mufrad, ahādīth "‫ "أحاديث‬jamak); adalah perkara yang
berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan,
perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w.
adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Contoh-Contoh Sunnah

1. Perkataan (Qauliyyah)

Setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasul s.a.w. seperti hadis berikut :

"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang
itu mengikut apa yang diniatkannya" (Hadis Riwayat Bukhari).

Kitab Hadis

Ada ramai ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu
Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i
dan Imam Ibnu Majah.

Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab
pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:

1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammda bin
ismail
2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-
nasaburi
3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman
bin shuib
4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud
sulaiman
5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah
Abu esa muhammad bin ishak Asalmi
6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu
abdullah muhammad bin yazid al-quzwini
7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

Jenis Hadis

1. Hadis Mutawatir
2. Hadis Sahih
3. Hadis Hasan
4. Hadis Dha'if
5. Hadis Maudhuk
6. Hadis Ahad

Kedudukan Hadis di dalam Islam

Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat
penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al
Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al
Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang
disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam
al Quran di dalam firman Allah seperti ;

Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman”
(surah al Anfāl : ayat 1)

Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan
yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)

Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang
dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)

Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan
penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.

Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah
buku cuma disebut 4 – iaitu ;

 Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam
perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.

 Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai
cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya
yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.

 Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran
seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing
yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan
kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di
dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu
terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan
dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.

 Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan


bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya
bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
 Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.

Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan
fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga,
keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh
menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat
al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula,
hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu
ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan


undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga
berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith
juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan
seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang
larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara
ini diterangkan di dalam hadith.

Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan
satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam
dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak
lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan
memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya
pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta
cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi
telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu
dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari
pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu
yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak,
kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan
Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan.
Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah
tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah
melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak
keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih
mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal
ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun
Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan
ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah
bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang
menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti
Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan
pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi
di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam
kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu
berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur
Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad
telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya
mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and
Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan
ini:

"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam


diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan
yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi,
dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin
dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan
berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-
wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke
Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua
lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan
dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada
tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah,
Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963,
32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14
jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal,
menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat
sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk
bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah
diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad
ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan
budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas
rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat
toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga
kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para
intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi
masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan
menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu
ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus
dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah
pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu
itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)

Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan
Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-
cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad
Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang
Portugis pada 1511.

Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama
didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan
Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini
pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel,
Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran
Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu
pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan
banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang
sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim
dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-
buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi
dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu
Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas.
Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis
berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-
legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan,
kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah
menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-
ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh
contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah
memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah
bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat
Melayu di daerah ini.

Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad
ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah
di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah
meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan
saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia,
optik, dan muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang
telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa
Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu
tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu
kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota
agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan
usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan
ke Nusantara.

Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik
yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan
dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di
Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini.
Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah
pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
Rujukan

 Ismail Omar (1993), Manhaj Aqidah Ahli as-Sunnah wal Jamaah, Selangor : Access Infotech (M)
SDN. BHD.
 Mustafa ‘Abdul Rahman (1996), Hadith 40  : Terjemahan dan Syarahnya, Shah Alam : Dewan
Pustaka Fajar.
 Shalih bin Fauzan bin Abdullah al Fauzan (2002), Kitab Tauhid jilid (1), Jakarta : Darul Haq.
 Abdul Majid al Zindani (1996), al – Iman, Kuala Lumpur : al Hidayah Publishers.
 Rosmawati binti Ali @ Mat Zin (1995). Hadis Āhād dalam akidah Islam  : Tumpuan utama
kepada hadis-hadis tentang Imam Mahdi. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
 Abdullah al Qari Haji Salleh (t.t), Memahami Nilai Hadith dan Sunnah Nabi saw, Kelantan :
Pustaka Asa Kenali.
 Engku Ibrahim & Abdul Ghani Shamsuddin (1987), Kedudukan Hadith Dalam Islam, Kuala
Lumpur : Persatuan Ulama Malaysia.
 Ibrahim Muhammad bin Abdullah al Buraikan (1998), Pengantar Studi Aqidah Islam, Jakarta :
Rabbani Press.
 http://www.hadiths.eu

Anda mungkin juga menyukai