Anda di halaman 1dari 28

c

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN


PPK 102
( PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN INSAN )
SEMESTER 1 ( SESI 2010 ± 2011 )

TAJUK TUGASAN :
FAKTOR GENETIK DAN PERSEKITARAN
DALAM PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR

NO. MATRIK :
109679

TARIKH PEMBENTANGAN :
4 OGOS 2010

MASA TUTORIAL :
9 PAGI ± 10 PAGI

TARIKH HANTAR TUGASAN :


19 OGOS 2010

UNTUK PERHATIAN :
DR. ASWATI HAMZAH
Hasil tugasan ini adalah hak milik saya dan tiada amalan plagiat dijalankan

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR


810429 10 5839
USM/PENDKHAS/PPK102/109679
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS
OGOS 2010
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
c
Penghargaan

ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala


rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini diselesaikan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan.

Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah subjek PPK
102, Dr. Aswati Hamzah di atas segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah
diberikan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


kerana dengan kelulusan cuti belajar yang diberikan, membolehkan saya melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Sains Malaysia.

Tidak ketinggalan diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sekumpulan, Mohd
Zawawi Mohd Jadin serta rakan-rakan sekursus yang sentiasa berjuang bersama
dalam segenap aspek.

Ditujukan buat yang diingati dan dikasihi,


Ayah dan bonda yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan untuk terus berjaya.

Akhir sekali, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh tugasan
ini diselesaikan.

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR


810429105839
109679
PP Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
ISI KANDUNGAN

1.Pengenalan
1.2 Siapa Kanak-Kanak
1.2.1 Maksud Kanak-Kanak
1.3 Kreativiti dan Kanak-Kanak
1.3.1 Maksud Kreativiti
1.4 Perkembangan
1.4.1 Maksud Perkembangan
2 Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak
2.1Definisi Genetik / Baka (Nature)
2.2 Definisi Persekitaran (Nurture)
2.3 Faktor Genetik atau Baka Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
2.4 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
2.4.1 Faktor Asuhan Keluarga
2.4.2 Faktor Rakan Sebaya
2.4.3 Faktor Guru dan Sekolah
2.4.4 Faktor Sumber Teknologi
2.4.5 Faktor Pemakanan
2.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat
3 Kreativiti dan Kanak-Kanak
3.1 Kepentingan Nilai Kreativiti Kepada Kanak-Kanak
3.1.1 Aspek Kognitif
3.1.2 Aspek Fizikal
3.1.3 Aspek Kreatif
3.1.4 Aspek Persepsi
3.1.5 Aspek Sosial Emosi
3.2 Tahap Perkembangan Kreativiti
4 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak
4.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan
4.2 Pengalaman Deria
4.2.1 Belajar Secara Visual
4.2.2 Belajar Secara Auditori
4.2.3 Belajar Secara Kinestetik
5 Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
FAKTOR PERSEKITARAN DAN GENETIK DALAM PERKEMBANGAN KREATIVITI
KANAK-KANAK

1. Pengenalan
Pertumbuhan dan perkembangan individu tidak dapat diukur kerana melibatkan
peredaran masa. Pakar sering mempersoalkan apakah perkembangan kanak-kanak
khususnya dari sudut kreativiti dimanipulasikan oleh faktor genetik dan persekitaran.
Setiap kehidupan diperturunkan ciri-ciri daripada generasi ke genarasi yang lain.
Ianya diterangkan melalui prinsip genetiK. Setiap individu membawa genetic yang
diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Kod genetik ini sebenarnya serupa bagi
semua manusia.
Peranan persekitaran bermula apabila berlakunya konsepsi dan ianya
mempengaruhi perkembangan seseorang itu dari segi fizikal, emosi, sosial, kognitif dan
kreativiti. Mungkin faktor genetik yang menentukan pelan induvidu tetapi faktor
persekitaran sebenarnya boleh mengubah jadual rutin baka. Sebagai contoh, baka
menentukan kurus atau gemuk seseorang kanak-kanak itu, tetapi gemuk masa kanak-
kanak itu bergantung kepada nutrisi dan faktor-faktor lain yang terkandung di
persekitaran kanak-kanak tersebut.
1.2 Siapa kanak-kanak?
1.2.1 Maksud kanak-kanak
Mengikut Kamus Dewan (2008) kanak-kanak membawa maksud anak, anak-anak,
budak yang masih kecil (biasanya yang belum berumur tujuh tahun). Kanak-kanak juga
digelar budak atau anak kecil ialah manusia yang muda iaitu seorang yang masih
belum akil baligh.
Wikepedia Bahasa Melayu pula menjelaskan bahawa perkembangan kanak-
kanak merujuk kepada perkembangan kualitatif biologi dan psokologi yang berlaku
kepada manusia di antara kelahiran dan akhir masa remaja (zaman kanak-kanak).
Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat
yang lebih awal. Contohnya melalui pertuturan dan kematangan individu.
Berdasarkan tugasan yang diberi, secara umumnya kita mengetahui bahawa
perkembangan individu khususnya kanak-kanak tidak dapat diukur kerana ianya
melibatkan faktor peredaran masa.
1.3 Kreativiti dan Kanak-Kanak
1.3.1 Maksud Kreativiti
Kreativiti atau dalam bahasa inggeris disebut creativity berasal dari perkataan
Latin iaitu ³crearea´ yang bermaksud memenuhi. Mengikut Kamus Dewan (2002)
kreativiti ditakrifkan sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan. Perkataan kretif pula dirujuk sebagai mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan idea baru dan asli.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka
dan menyiasat serta sifat ingin tahu mereka terhadap sesuatu perkara.
Menurut Eliss Paul Torrance iaitu bapa kretiviti mentakrifkan kreativiti sebagai
melihat apa yang orang lain sudah Nampak dan memikirkan apa yang belum difikirkan
oleh orang lain.
Menurut Woolfok (1998), kreativiti ialah pemikiran imaginatif, baru dan asli
apabila menyelesaikan masalah atau produk baru.
Kemahiran kreatif telah dikaitkan dengan otak bahagian kanan atau hemisfera
kanan. Contohnya kemahiran berfikir kreatif iaitu mencipta analogi dan metafora.
Manakala kreativiti pula melibatkan daya berfikir dan kemahiran berfikir. Kreativiti ini
boleh dilatih untuk mencapai tahap lebih baik. Contohnya penglibatan aktif dalam
perkara seni seperti kraf, muzik, nyanyian, drama, lukisan dan puisi.
1.4 Perkembangan
1.4.1 Maksud Perkembangan
Perkembangan bersifat kualitatif iaitu sesuatu perubahan yang tidak dapat diukur
tetapi akan berlaku pada peringkat yang lebih awal. Ianya bermula dengan
percambahan sel dan kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai contoh, bayi normal yang
lahir tidak boleh terus menyebut perkataan, sebaliknya apabila sudah berumur satu
tahun, bayi tersebut akan dapat menyebut perkataan mudah seperti mak, air atau
mungkin juga singkatan mudah yang boleh difahami oleh orang dewasa contohnya
mamam (makan), tito (tidur) dan sebagainya. Melalui pemerhatian perubahan
tingkahlaku tersebut, ini menjelaskan kepada kita satu corak perkembangan telah
berlaku terhadap bayi tersebut.
Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi yang
bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada satu organism dalam
keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Paul Eggan & Don Kunchak (1997) menyatakan ³« ¢ ¢ 
 ¢ 
¢  
 
 
  
¢   ¢
 
  ¢ ¢. Ini menjelaskan bahawa perkembangan adalah perubahan
yang berturutan dan kekal terhadap seseorang hasil daripada pembelajaran,
pengalaman dan kematangan.
Havighurst berpendapat bahawa setiap tahap kehidupan mempunya tugas-tugas
perkembangan yang tertentu yang wujud di antara keperluan individu dan matlamat
masyarakat. Beliau juga turut menjelaskan bahawa dalam kehidupan kanak-kanak
sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-
tugas perkembangan yang telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana
individu itu tinggal.
Bagaimanapun mengikut sudut pandangnDr. Ragbir Kaur (2008), beliau
mendefinasikan perkembangan sebagai perubahan sistematik yang berterusan dalam
seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan ini ialah perubahan
kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia.

2. Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada
lima aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan jasmani. Kelima-lima aspek
ini pula terbentuk daripada dua faktor utama iaitu faktor genetik atau baka (nature) dan
faktor persekitaran (nurture). Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan
perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga berpendapat
bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunyai kadar perkembangan yang sama
dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai
penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-
dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi
setiap pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu adalah
berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan
jasmani.

2.1 Definisi Genetik / Baka (Nature)


Baka atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai her edity berasal dari
perkataan Latin iaitu heres. Faktor baka atau nurture lebih dikenali sebagai gen yang
terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan
nukleoprotein terletak di atas lokus kromosom yang berupa benang halus yang terdapat
dalam nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan memberi
sifat unik kepada setiap manusia.
Ernest R. Hilgard mengatakan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri biologi atau
gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapanya kepada anaknya melalui gen. Definisi
yang diberikan oleh Derville (1979) hampir sama iaitu keseluruhan ciri-ciri mental dan
emosi fizikal yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anak-
anaknya.
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia
ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austria.
Seseorang kanak-kanak yang terlahir itu pasti akan mewarisi sifat-sifat ibu bapanya.
Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa
kepada anak-anaknya melalui genetik.
Amran Schienfed mengatakan bahawa baka menentukan persamaan di antara
ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli dalam satu umpulan keluarga darisegi
sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.Hujah ini turut disokong oleh
W.E Vinacke yang berpendapat baka ialah penentu struktur organ, arah
perkembangan, sistem biologi serta potensi seseorang individu. J.A Thompson pula
menyatakan bahawa baka merujuk kepada perkembangan genetik antara generasi
manusia.
Dari segi kecerdasan pula, sebilangan pakar psikologi seperti Newman (1937)
dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan intelek yang berbeza.perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
melalui prestasi individu di dalam kelas contohnya. Kajian ahli-ahli psikologi sering
mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.
Biasanya ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang turut bijak.
Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang
mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik.
Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri yang nyata
seperti berikut iaitu baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak-anaknya. Tidak
dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh
faktor genetik individu tersebut. Sebagai contoh, paras rupa seperti warna mata,
rambut, jenis rambut, kulit, saiz dan bentuk badan, ketinggian, tahap kecerdasan,
personaliti, sikap, minat dan sebagainya.
2.2 Definisi Persekitaran (Nurture)
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman
sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan,
gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh
cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat
media dan persekitaran dunia.
Menurut Amran Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang
individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan. Manakala
Norman L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan.
W. Edger pula menerangkan bahawa persekitaran adalah kuasa ekstrinsik rumit
yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Lee Shok Mee
(1994), beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk
keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi sesama manusia serta alam
sekitarnya.
Hubungkait dengan persekitaran kanak-kanak ini bolehlah dimaksudkan dengan
adanya pertalian rapat kanak-kanak tersebut dengan individu yang paling hampir
dengannya, contohnya ahli keluarga terutamanya ibu bapa kanak-kanak. Juga turut
berkaitan dengan berlakunya pekembangan kanak-kanak ini disebabkan oleh objek
atau peristiwa yang pernah berlaku dalam kehidupan kanak-kanak tersebut sekaligus
memberi pengalaman bermakna terhadap kanak-kanak. Perkaitan seterusnya pula
mungkin disebabkan oleh faktor tempat tinggal kanak-kanak, cara hidup masyarakat
sekeliling dan unsur rohaniah seperti penglibatan rumah ibadat.
2.3 Faktor Genetik atau Baka Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Genetik atau baka memainkan peranan penting ke atas pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak itu. Antara faktor yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak ialah ciri fizikal, fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan.
Contohnya ialah warna kulit, bentuk mata dan jenis darah. Manakala ciri fisiologi pula
bermaksud kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang
sihat. Andaian ini dibuat memandangkan ada sesetengah penyakit seperti hemophilia
dan kekerdilan berlaku disebabkan faktor baka.
Menurut Amran Schienfeld, baka akan menentukan persamaan ibu bapa dan
anak dalam sesuatu keluarga iaitu sifat anak-anak seperti minat, kebolehan dan
pengawalan emosi.
Baka merupakan rantaian genetik manusia di antara satu generasi ke generasi
yang seterusnya. Baka akan menentukan persamaan yang terdapat di antara anak
dengan ibu dan bapanya. Hal ini disebabkan oleh faktor kromosom, gen, kelenjar dan
hormon.
Baka mempunyai beberapa elemen iaitu gen, hormone, sel, kromosom dan
kelenjar. Gen ialah info biologikal yang membawa karekter yang diperturunkan daripada
ibu bapa kepada anak-anaknya. Gen mengandungi kandungan molekul protein yang
mempunyai asid deoksiribonukliek yan membawa segala bentuk biologi ibu bapanya
kepada anak. Untuk pengetahuan, gen terbahagi kepada dua iaitu gen dominan dan
gen resesif. Gen dominan merupakan gen yang kuat dan mengatasi gen resesif.
Apabila anak dilahirkan, gendominan akan mempengaruhi anaknya. Gen-gen ini
dibawa oleh kromosom contohnya rambut. Jika bapa berambut perang manakala ibnya
berambut hitam, anak akan mengikut salah satu ciri rambut kedua ibu bapanya.
Hormon pula ialah bahan kimia yang diperbuat daripada sel-sel yang terdapat
dalam kelenjar hormon. Bahan kimia akan dialirkan ke dalam darah untuk
melaksanakan tugas-tugas seperti melancarkan proses pertumbuhan tubuh. Hormon
mempunyai paras yang berubah-ubah pada peringkat awal ini akan menyebabkan
ketidakstabilan emosi kepada kanak-kanak. Selain itu hormon yang dikeluarkan oleh
kelenjar akan memberi kesan kepada organ-organ lain.
Kromosom pula ialah selirat seperti benang yang terdiri daripada komponen
protein yang membawa gen-gen organism terdiri daripada butir-butir halus yang
terdapat dalam nucleus. Manusia normal mempunyai 46 kromosom yang setiap
kromosom mempunyai kumin kecil yang dikenali sebagai gen.sel pula merupakan
organism hidup yang sangat kompleks. Di dalam sel ini terdapat nukleus yang
mengandungi kromosom dan gen. gen ini berfungsi mengawal sifat luaran kanak-kanak
seperti kebolehan menggulung lidah.
Kecacatan mental adalah disebabkan oleh perwarisan gen yang resesif daripada
kedua-dua ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Manakala
kecerdasan seseorang bergantung kepada ciri-ciri fizikal yang sihat. Jika semua faktor
adalah sihat, maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang dengan baik.
Walaupun sahsiah seseorang itu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga
memainkan peranan yang penting. Contohnya seseorang yang cepat marah dan
bimbang banyak dipengaruhi oleh baka.
Namun begitu, terdapat bukti yang sebenarnya boleh kita pertimbangkan untuk
menyangkal dakwaan Amran Schienfeld bahawa pengaruh genetiklah yang
menentukan minat, kebolehan dan kawalan emosi. Sebagai contoh Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee merupakan seorang yang berbakat besar dalam bidang seni terutamanya
dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan filem. Akan tetapi anak-anak beliau
seperti Nasir P. Ramlee dan Dian P. Ramlee (sekadar beberapa nama) gagal mengikut
jejaknya. Ini menjelaskan kepada kita kebarangkalian faktor genetik sebenarnya
bukanlah kekuatan utama seseorang anak itu mengikuti genetik asal.
2.4 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan perkembangan
individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. Di antara beberapa teori utama
mengenai peringkat perkembangan individu seperti teori perkembangan sosio-budaya
Robert Havighurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget, teori
perkembangan Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura, teori
perkembangan emosi fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfenbrenner dan teori moral
Lawrence Kohlberg.
Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi
perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Ia dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara tidak
langsung boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang sama ada
sebelum dan selepas kelahiran.
Terdapat dua kategori utama persekitaran yang mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Kategori yang pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua ialah
faktor selepas lahir. Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam kandungan,
kesihatan ibu semasa mengandung, penyalahgunaan dadah oleh ibu sewaktu hamil,
kesan x-ray terhadap ibu mengandung, emosi ibu sewaktu hamil dan umur ibu ketika
mengandung. Manakala faktor-faktor persekitaran selepas lahir yang mempengaruhi
perkembangan seseorang ialah rakan sebaya, guru dan sekolah, pemakanan, tempat
tinggal, sumber teknologi, sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat
sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat.

2.4.1 Faktor Asuhan Keluarga


Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu
tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanak-kanak
daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang
lebih sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala permintaannya akan
dipenuhi. Kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak itu bersikap angkuh dan terlalu
bergantung kepada ibu bapanya. Ini sekaligus merencatkan pertumbuhan daya berfikir
(kognitif) dan kreativiti kanak-kanak apabila adanya nilai bergantungan atau berharap
terhadap setiap pergerakan kanak-kanak itu sendiri.
Faktor bentuk asuhan juga turut mempengaruhi perkembangan kognitif dan
kreativiti kanak-kanak itu. Secara asasnya, bentuk asuhan keluarga terbahagi kepada
empat iaitu bentuk autoritarian, autoritatif, abaikan dan indulgent. Autoritarian ialah
bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman dalam mendidik anak-
anak. Ibu bapa authoritatif pula sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di
samping sedikit kawalanke atas tingkah laku mereka. Manakala ibu bapa yang abaikan
anak-anak pula tidak terlibat dengan kehidupan aak-anak mereka. Ibu bapa indulgent
pula terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anak-anak.
Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seorang individu itu biasanya mengalami
tiga tahap perkembangan moral yang utama. Tahap yang pertama ialah awal kanak-
kanak, tahap kedua dan ketiga ialah semasa remaja. Ketiga-tiga tahap ini menyatakan
bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu peraturan kerana untuk
mendapatkan ganjaran atau mengelakkan hukuman.
Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengaruhi tindakan seseorang kanak-
kanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa authoritarian terhadap
anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut. Kanak-kanak
tersebut perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya mereka tidak
dikenakan sebarang hukuman. Ini bermakna faktor asuhan keluarga menyumbang ke
arah perkembangan kanak-kanak itu. Dengan adanya peraturan yang ditetapkan
seperti itu, maka kanak-kanak khususnya tidak mempunyai pilihan lain selain mengikuti
arahan tersebut dan ini sebenarnya jelas menghalang keupayaan kanak-kanak dari
sudut kreativiti untuk cuba menghasilkan sesuatu idea yang berbeza mengikut situasi-
situasi yang tertentu.

2.4.2 Faktor Rakan Sebaya


Rakan sebaya memainkan peranan dalam perkembangan seseorang individu itu.
Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi
dan sosial. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang bersopan santun
akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Sebaliknya, seseorang
yang terdedah kepada rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab akan
menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina.
Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan emosi-fizikal Sigmund
Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan
perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada lima peringkat
pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada peringkat latency,
kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan sebaya, mula menjauhkan diri
sedikit daripada anggota keluarga dan engalirkan perasaaan sentimen kepada orang
lain.pengaruh rakan sebaya yang akan mempengaruhi tahap perkembangan seseorang
itu samada positif atau negatif.

2.4.3 Faktor Guru dan Sekolah


Seperti yang kita ketahui kanak-kanak amat suka dengan sesuatu aktiviti yang
mencabar dan lebih bersifat bebas. Sikap ingin menyiasat, ingin tahu, sebab dan akibat
sesuatu perkara itu mendorong kanak-kanak untuk berlumba-lumba sesama mereka
untuk mengetahui sesuatu perkara. Hal ini juga turut berkaitan dengan personaliti
kanak-kanak pada waktu itu yang inginkan perhatian.
Justeru itu, persekitaran guru dan sekolah juga memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak. Pengaruh guru dan
persekitaran sekolah yang berterusan dalam membentuk dan meransang kreativiti
pelajar melalui sikap guru, pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan
budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan mempunyai nilai kendiri yang
positif, kreatif dalam mempelbagaikan bentuk P & P mampu melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif dan kritis. Iklim sekolah yang kondusif dengan kemudahan-kemudahan
P & P turut membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar agar lebih
kreatif. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan yang bertanggungjawab
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Faktor guru dan sekolah berkait rapat dengan teori ekologikal Brofrenbrenner
(1979,1989). Teori ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan
organism. Beliau melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hbungan dengan konteks
di mana individu itu berinteraksi. Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan
bahawa perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,
kelima-lima sistem ekologi ini amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran itu.
Sebagai contoh, hubungan interaksi secara langsung di antara kanak-kanak dengan ibu
bapa, guru dan rakan-rakan. Kumpulan individu dalam mikrosistem ini memainkan
peranan yang sangat penting di dalam perkembangan kreativiti kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan di antara perhubungan dengan 2
mikrosistem. Hal ini bermaksud bahawa satu mikrosistem boleh mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh
mempengaruhi sikap, tingkah laku dan daya pemikiran di sekolah dan sebagainya.
Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi
dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik
berbanding kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran
tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak. Misalnya sekolah dengan pasaraya.
Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh
tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma
nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki
diberi peranan yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan pekembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh, situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan
komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman terdahulu yang lebih bersosial
dengan bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini dilihat mempunyai perkaitan di
antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu,
maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

2.4.4 Faktor Sumber Teknologi


Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi
perkembangan kretiviti kanak-kanak secara positif tetapi ianya bergantung kepada
bagaimana bentuk teknologi yang diterima. Sumber teknologi tersebut adalah merujuk
kepada maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti media cetak, surat
khabar, majalah, buku, iklan dan media elektronik seperti filem, radio, televisyen,
komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa individu yang terdedah kepada sumber
tekologi yang sihat akan mempengaruhi perkembangan kreativiti kanak-kanak
berdasarkan nilai-nilai yang terkandung di dalam pengaruh sumber teknologi itu.
Pengaruh sumber teknologi terhadap perkembangan seseorang kanak-kanak itu
ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura.
Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,
kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia
dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Secara tidak langsung, kanak-
kanak yang terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen, internet dan
sebagainya akan memberi kesan dalam menghasilkan kretiviti melalui idea-idea yang
baru dari sudut pemikiran mereka.

2.4.5 Faktor Pemakanan


Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembangan
kreativiti kanak-kanak ialah pemakanan. Pemakanan kanak-kanak perlu dijaga sejak
peringkat awal lagi (peringkat pralahir). Ini penting bagi menjamin perkembangan
jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang seimbang dan berzat amat diperlukan
bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal dan
mental, malahan dapat melindungi kanak-kanak daripada sebarang penyakit.
Menurut jurnal The Pediatric Clinic of North America yan ditulis oleh Birch Lean
Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever, mereka menyatakan bahawa faktor
pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan anak-anak mereka.
Sebagai contoh, sebilangan ibu bapa yang gemar memilih makanan ringan dan
makanan segera sedangkan kita mengetahui bahawa makanan tersebut boleh
merencatkan tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.

2.4.6 Faktor Kebudayaan dan kepercayaan Masyarakat


Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi perkembangan
kretaiviti kanak-kanak. Perbezaan nilai hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza
di kalangan masyarakat. Begitu juga dengan perbezaan agama dan kebudayaan akan
melahirkan cara hidup serta tingkah laku yang berbeza. Masyarakat yang suka
mengamalkan gaya hidup yang sihat akan melahirkan gaya hidup yang positif. Amalan
masyarakat yang menekankan soal kerohanian dan kejiwaan sebenarnya turut
memberi mpak dalam melahirkan kanak-kanak yang kreatif. Perkara pokoknya di sini
ialah bagaimana ketenangan itu amat penting bagi membentuk dan meransang
pemikiran kanak-kanak supaya lebih kreatif dalam sesuatu hal.
Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang memperkenalkan teori
perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan antropologi. Teori yang diperkenalkan
berkaitan dengan faktor kebudayaan dan kepercayaan masyarakat. Beliau menekankan
bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.
Beliau juga menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh
norma serta budaya masyarakat. Sebagai contoh, budaya membedung bayi yang baru
lahir bagi sesetengah kaum Melayu jika dinilai dari sudut saintifik sebenarnya
menghalang pergerakan lokomotor kasar bayi tersebut. Apabila bayi dalam keadaan
tidak selesa, ianya boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi dan
kreativiti bayi tersebut.
Berdasarkan faktor-faktor yang disenaraikan di atas, ini menjelaskan kepada kita
bahawa dua faktor utama iaitu faktor genetik dan persekitaran sangat memberi kesan
kepada perkembangan daya kreativiti kanak-kanak. Dua faktor tersebut memberi kesan
kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak yang akan hanya dapat dilihat melalui
pemerhatian yang dilakukan secara kualitatif.
3 Kreativiti dan Kanak-Kanak
Kanak-kanak yang dilahirkan normal kebiasaanya mengikut fitrah semulajadi dalam
proses tumbesaran mereka. Oleh kerana itu, sebahagian lakaran yang dihasilkan oleh
kanak-kanak, walaupun mungkin sekadar contengan biasa, hasil seni visual itu
dianggap satu medium komunikasi luahan pemikiran kanak-kanak.

3.1 Kepentingan Nilai Kreativiti Kepada Kanak-Kanak


Terdapat lima sebab utama yang dianggap mampu menjelaskan mengapa nilai kreativiti
itu sangat penting kepada kanak-kanak. Secara sedar atau tidak, perkembangan
kreativiti kanak-kanak ini sebenarnya turut berkait rapat dengan perkembangan aspek
lain seperti perkembangan kognitif, perkembangan fizikal, aspek kreatif, aspek persepsi
dan aspek sosial emosi.

3.1.1 Aspek Kognitif


Dengan adanya aktiviti seni visual yang tersusun, atau pun mungkin juga penglibatan
aktiviti muzik dan nyanyian, secara tidak langsung dapat melahirka kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan untukmenyelesaikan masalah serta membuat penilaian dan
bijak membuat keputusan. Ini kerana, melalui curahan perasaan kanak-kanak semasa
mengikuti aktiviti tersebut, ianya dapat meransang kebebasan murid untuk
mercernakan idea mereka khususnya melalui lukisan dan aktiviti nyanyian dan
pergerakan. Melalui lukisan misalnya, kanak-kanak dapat berimiginasi dengan diri
mereka sendiri, samada melalui pengalaman mereka sendiri atau khayalan mereka
yang mungkn tidak pernah difikirkan oleh orang dewasa.

3.1.2 Aspek Fizikal


Sekiranya sesuatu aktiviti itu dijalankan di dalam kelas misalnya, guru bolehlah
menggunakan peralatan atau bahan yang dapat memberikan satu bentuk lathan
berkesan kepada pergerakan fizikal kanak-kanak khususnya yang melibatkan motor
kasar dan motorhalus. Sebagai contoh, penggunaan doh semasa menjalankan aktiviti
dapat menggalakkan pergerakan motor halus kanak-kanak semasa aktiviti membentuk
objek menggunakan doh. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan daya imaginasi kanak-
kanak dengan membayangkan objek yang mereka cubabentuk berdasarkan kemahiran.

3.1.3 Aspek Kreatif


Perlaksanaan aktiviti yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan kreativiti mereka. Aktiviti dan projek ini biasanya lebih mementingkan
proses sesuatu berbanding dengan hasilannya. Contohnya semasa aktviti membuat
kolaj, kanak-kanak membentuk objek dan tumpuan sepenuhnya semasa aktiviti
menampal tersebut menekankan bagaimana murid menzahirkan sifat kreatif itu melalui
tampalan yang dibuat.

3.1.4 Aspek Persepsi


Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat meningkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui hasilan seni yang berasaskan objek di persekitaran dan
pengalaman mereka. Contohnya semasa aktiviti nyanyian dan gerakan, kreativiti akan
terhasil melalui soal jawab pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu berdasarkan idea
dan pengalaman mereka. Pergerakan fizikal kanak-kanak melalui gerakan nyanyian
tadi dapat menggalakkan penggunaan pancaindera yang mereka ada.

3.1.5 Aspek Sosial Emosi


Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak berinteraksi, menambah keyakinan diri dan
meningkatkan keupayaan sosial mereka. Sebagai contoh semasa aktiviti fizikal, kanak-
kanak akan menjalankan aktiviti sukan permainan kecil berdasarkan kumpulan masing-
masing. Aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berkomunikasi dan melahirkan
perasaan masing-masing melalui peneguhan dan kepuasan yang diterima hasil
kemenangan sesuatu kumpulan melalui permainan yang dijalankan.
3.2 Tahap Perkembangan Kreativiti
Mengikut Perkembangan Kreativiti Fisher, perkembangan terbahagi kepada lima
peringkat. Peringkat pertama dipanggil peringkat rangsangan. Pada peringkat ini,
pemikiran kreatif kanak-kanak dirangsang melalui persoalan seperti apa, mengapa,
bagaimana dan sebagainya. Rangsangan bercorak soalan-soalan kritikal ini biasanya
berpusatkan daripada guru di sekolah.
Peringkat kedua pula dikenali sebagai peringkat penerokaan-rangsangan.
Selepas kanak-kanak melalui peringkat pertama di atas dengan menjawab soalan-
soalan yang dikemukakan, peringkat kedua ini lebih dilihat sebagai usaha kanak-kanak
untuk mula meneroka peringkat rangsangan ini.
Peringkat keempat pula ialah peringkat perancangan yang mana pengisian
peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif dan memetakan semua aktiviti dan
merekod. Peringkat ini dimulakan dengan perancangan secara verbal iaitu
perancangan yang dibuat melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan
sebagainya. Perancangan seterusnya pula boleh dibuat secara visual iaitu dilakukan
melalui penggunaan graf, visual imej lukisan dan sebagainya.
Peringkat aktiviti ula dimulakan dengan set pemikiran idea kreatif. Peringkat ini
bertujuan untuk melahirkan pemikiran kreatif dengan tindakan susulan yang dibuat oleh
kanak-kanak setelah aktiviti direncanakan. Aktiviti ini biasanya dbantu dengan
persoalan seperti tindakan yang harus dilakukan ke atas cadangan yang dibuat.
Peringkat yang terakhir ialah peringkat kajian semula iaitu bertujuan untuk
menilai eberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan melalui
objektif kerja yang dibuat. Kanak-kanak diharapkan dapat memberi pandangan
terhadap aktiviti yangdijalankan supaya mereka sendiri dapat membuat kesimpulan
atau refleksi daripada aktiviti yang dilaksanakan.
4 Cara Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak
4.1 Penggunaan Bahan dan Peralatan
Dewasa ini, penggunaan bahan dan peralatan yang boleh menarik perhatian
kanak-kanak telahbanyak dijual di pasaran. Sebagai contoh, peralatan berasaskan
warna seperti krayon, berus dan awarna air. Begitu juga penggunaan peralatan media
atau gajet seperti gambar, rakaman video dan penggunaan ICT seperti komputer.
Dengan adanya bahan dan peralatan ini, secara tidak langsung dapat menarik tumpuan
kanak-kanak untuk menggunakan bahan tersebut. Aktiviti ini tidak sahaja terbatas untuk
digunakan di sekolah (melalui guru) tetapi turut boleh diaplikasikan di rumah (oleh ibu
bapa kanak-kanak). Penggunaan bahan yang menyeronokkan ini dapat meransang
minat dan kemahiran berfikir kanak-kanak untuk meneroka dan untuk menghasilkan
sesuatu hasilan yang baru.

4.2 Pengalaman Deria


Penggunaan deria yang baik (deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh) mampu
menggalakkan pemerhatian pembelajaran yang lebih aktif. Ada tiga jenis golongan
kanak-kanak yang belajar menggunakan aspek pengalaman deria bagi menghasilkan
nilai kreativiti masing-masing.

4.2.1 Belajar Secara Visual


Secara amnya, kanak-kanak jenis ini biasanya gemar menggunakan deria
penglihatan lebih daripada deria yang lain semasa proses pembelajaran. Kanak-kanak
jenis ini cenderung mengunakan maklumat bertulis, gambar, grafik dan pergerakan.

4.2.2 Belajar Secara Auditori


Kanak-kanak kumpulan ini lebih tekun untuk belajar memahami sesuatu itu
melalui pendengaran. Kanak-kanak jenis ini biasanya lebih gemar untuk mendengar
penjelasan dan mewujudkan interaksi melalui pertanyaan untuk mengukuhkan
pembelajaran.
4.2.3 Belajar Secara Kinestetik
Kanak-kanak golongan ini biasanya lebih memerlukan aktiviti berbentuk hands-
on memandangkan mereka lebih efektif melalui pergerakan dan sentuhan.

c
c
5 Kesimpulan

Nilai kreativiti seseorang itu adalah sangat subjek untuk dinilai. Kerana itu dua-
dua faktor ini (genetik dan persekitaran) amat penting dalam menentukan tahap
perkembangan kreativiti kanak-kanak di mana pengaruh baka mempengaruhi aspek
dalaman dan luarankanak-kanak sedangkan persekitaran pula mempengaruhi
perkembangan individu secara berterusan.
Sebagai kesimpulannya, melalui pemerhatian dan bacaan yang telah saya buat,
baka dan persekitaran mempunyai pengaruh yang seimbang terhadap pertumbuhan
dan perkembangan individu. Ini kerana setiap manusia yang dilahirkan mempunyai
kebolehan dan tahap kreativiti masing-masing. Yang perlu dititikberatkan untuk
menghasilkan kanak-kanak atau individu yan kreatif ialah dengan usaha mereka sendiri
untuk memperkembangkan sehingga setakat mana yang mereka mahu.
Dengan ini, jelaslah kedua-dua faktor iaitu antara baka dan persekitaran
memainkan peranan utama dalam menentukan keupayaan mental, jasmani atau
sosioemosi seseorang individu.
RUJUKAN

SUMBER BUKU
Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin. (2000). Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan
dan Perkembangan. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Dr. Shahizan Hasan, Faridah Mydin, hamizah Hamid, Dizam Abdul Razak. (2005).
Panduan Mengurus Moraliti, Komunikasi Interpersonal & Komunikasi. Kuala
Lumpur: PTS Publication & Distributors.
Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

SUMBER JURNAL
Jay Belsky & Michael Pluess. (2009). The Nature (and Nuture) of Plasticity in Early
Human Development, Perspectiveon Psychological Science. Volume 4 (4) 345-
351
Shahbudin Hisham, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2003). Siri Pendidikan
Perguruan: Psikologi Pendidikan. PTS Publication & Distrbutors Sdn. Bhd.

SUMBER INTERNET
http://cat.inist.fr/?aModels=efficheN&cpsidt=14111271
http://education.calumet.perdue.edu/vorkell/EdPsyBook/EdPsy4/edpsy4_environment.ht
mcc
http://genome.wellcome.ac.uk/doc_WTD0208893.html
http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/06/hbae1203-perkembangan-seni-dan-
kanak.html
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan.html
http://seab.envmd.rochester.edu/jeab/article/2003/jeab-79-01-0137.pdf
http://www.docstoc.com/docs/38859554/nota-padat-psv--HBAE1203
LAMPIRAN