Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
UKUR
ARAS
Alat Ukur Aras Dompot
Alat aras dompot adalah yang paling ringkas dan mudah digunakan. Ianya
terdiri daripada tiub gelembung yang diletak pada teleskop dan teleskop ini
ditampung oleh plat atas. Teleskop alat aras ini hanya boleh berputar pada
satah mengufuk sahaja. Untuk kerja ukur aras yang tepat menggunakan alat
aras dompot ini, dua keadaan diperlukan, iaitu :-
Alat ini membolehkan teleskop berputar 180° tanpa perlu memutarkan kepala tripod. Teleskop
ini akan berengsel satu sisi paksi peralatan itu. Ia kemudian membalik melibatkan aci tengah
terangkat ke sisi lain (dengan demikian teleskop pembalik). Tindakan ini secara serta merta
menutup kesalahan yang dilakukan semasa prosedur pemasangan atau kesalahan semasa
penyesuaian peralatan tersebut. Sebagai contoh, kesan sama dapat ditunjukkan dengan
memutarkan alat dompot ke arah yang berbeza dan membandingkan perbezaan antara kedudukan
gelembung udara.
Alat Ukur Aras Jongkit
Pada alat ini, teleskop dilekatkan secara tetap pada plat atas dan boleh dijongkitkan sedikit dalam
satah pugak terhadap paksi yang terletak di bawah teleskop menggunakan skru penjongkit.
Setiap kali sebelum bacaan setaf diambil, skru penjongkit dipusingkan bagi memastikan teleskop
alat aras betul-betul ufuk. Kebanyakan alat menggunakan gelembung ‘U’ di mana dalam
keadaan aras, gelembung kiri dan kanan akan membentuk huruf ‘U’ bila skru penjongkit
dipusing. Dan gambarajah ditepi pula gelembung ‘U’ Alat Aras Jongkit.
Alat Aras Automatik
Bagi alat aras automatik, tiub gelembung tidak lagi digunakan untuk
mengsetkan garis kolimatan mengufuk. Sebagai ganti, garis kolimatan ini
dihalakan melalui sistem kompensator yang membolehkan garis kolimatan
berkenaan berkeadaan mengufuk apabila dipandang melalui teleskop,
walaupun paksi optik tiub teleskop tidak mengufuk. Namun, alat aras ini perlu
diaraskan lebih kurang 15’ daripada garis tegak bagi membolehkan
kompensator berfungsi. Pengarasan boleh diperolehi dengan mengaraskan
gelembung bulat yang terletak di atas plat atas dengan menggunakan skru
kakitiga. Dan gelembung bulat perlu berada sekurang-kurangnya didalam bulatan untuk alat aras
automatic mengaras dengan sendiri.
Alat Aras Digital
Kompas prismatik menggunakan prinsip sifat magnet. Dalam keadaan mendatar, kompas
prismatik boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan meridian magnet atau utara magnet.
Sudut yang dibaca adalah bering. Kompas prismatik ini berbentuk kotak pelindung bulat
bergarisan pusat 50mm hingga 80mm. Dalam kotak kompas ini terkandung dial kompas yang
dilekatkan pada jarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di
sisi belakang kotak ini dipasangkan prisma untuk membaca bering dan di sisi hadapan
dipasangkan bilah tenang untuk menenang atau menjajar sasaran yang hendak dibaca beringnya.
Kompas Jurukur
Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prismatik. Perbezaan yang nyata dengan kompas
prismatik adalah :-
3. Dial kompas dilekat pada kotak kompas bukan pada jarum magnet.
4. Jarum magnet terletak di atas pangsi dan bergerak bebas. Hujung jarum menunjukkan nilai
bering di atas senggatan dial kompas.
Kompas Cecair
Jarum dan permukaan kompas yang tergantung bebas di dalam cecair memberikannya satu
tindakan yang tetap, membenarkan kelembapan pergerakkan dibuat dengan segera dan
meringankan berat yang bertumpu ke atas titik pangsi. Dengan itu, kompas cecair tidak
mempunyai pin brek atau tuil penyungkit, tetapi memerlukan satu penutup kaca yang kedap
udara. Bagaimanapun, gelembung mungkin akan terbentuk di bawah perubahan cuaca di dalam
kotak yang tertutup. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, kotak kompas cecair mempunyai
bawah yang disalutkan dengan perak-nikel, yang mengembang dan mengecut bersama cecair.
Cecair di dalam kebanyakan kompas moden adalah merupakan alkohol tulen. Kompas cecair
pada kebiasaannya adalah jenis prisma.
PERALATAN
PENGUKURAN
Pita Ukur
Pita ukur merupakan sejenis pembaris lentur.Ia terdiri daripada pita kain,plastik,atau logam dengan
tanda ukuran memanjang dengan unit metric dan kadang kala dengan tambahan unit imperial.Ia
merupakan perkakasan ukur biasa.Kelenturannya membolehkan mengukur jarak yang lebih besar
dibawa dengan mudah dalam kotak perkakasan dan membenarkan diambil dalam selekoh dan
sudut.Kami menggunakan pita pengukur plastik.
Pancang Jajar
Pancang jajar merupakan alat penanda yang menghubungkan antara dua titik.Pancang jajar diperbuat
daripada kayu.Ia berwarna belang merah putih.
Pembaris
Digunakan untuk mengukur sesuatu benda. Biasanya diperbuat daripada plastik, besi atau kayu.
Ukuran di dalam pembaris adalah dalam bentuk cm atau inci. Pembaris digunakan di merata
tempat dan menjadi kebiasaan bagi menggunakannya.
Tripod/Kaki Tiga Alat Aras
Tripod digunakan untuk mendirikan alat aras.Terdapat dua jenis kaki tiga bagi kegunaan alat aras. Bagi
alat aras dompot dan jongkit, kebiasaannya permukaan tapak kaki tiga adalah rata. Manakala bagi alat
aras automatik, permukaan tapak kaki tiga adalah berbentuk melengkung bagi memudahkan lagi kerja-
kerja pengarasan.
SETAF
Setaf yang digunakan adalah setaf metrik yang boleh dipanjang dan dipendekkan. Panjangnya adalah 4
atau 5 meter yang bersambung-sambung. Terdapat juga setaf Soptwith iaitu dalam unit imperial. Setaf
boleh dibaca secara tegak (normal) atau dipegang secara terbalik (invert).Pada kebiasaannya setaf
dipegang secara tegak, namun bagi mendapatkan aras laras lantai bawah sesuatu objek, setaf akan
dipegang secara terbalik.