Anda di halaman 1dari 6

PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

BAB 2
KEMAHIRAN MENULIS

2.1 Definisi Menulis


Tokoh tempatan, Juriah Long (1990) menerangkan bahawa menulis
merupakan satu proses bagi menyampaikan buah fikiran atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada orang ramai.

Manakala tokoh asing seperti Don Bryne (1979) pula mengatakan,


“When we write, we use graphic symbol that is combinations of letters which
relate to the sounds we make when we speak,” sementara Walshe R.D
(1981) pula mentafsir menulis sebagai, “Writing is the proses of selecting,
combing, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs,
and often longer units of discourse.”

Secara umumnya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran


yang penting dan amat perlu dikuasai oleh murid-murid bagi memudahkan
lagi pemahaman seseorang murid dalam menerima pembelajaran harian.

2.2 Konsep Menulis


Menulis merupakan perbuatan mencatat bait-bait huruf yang membentuk
kata-kata menggunakan alat tulis. Menulis juga melibatkan aktiviti
menzahirkan apa yang terkandung di dalam minda melalui penulisan supaya
teks yang terhasil dapat dibaca serta difahami orang lain.

Selain itu,menulis merujuk kebolehan atau kemampuan seseorang


menulis serta meluahkan idea menggunakan berbagai jenis penulisan kreatif
terutamanya yang melibatkan ayat-ayat gramatis,ejaan dan tanda baca yang
betul serta kekemasan tulisan.

Amnya, terdapat tiga kategori sistem menulis iaitu alfabet yang


merupakan satu set simbol terkecil yang mewakili satu fonem; suku kata iaitu
satu set simbol tulisan yang mewakili suku kata daripada gabungan konsonan
dan vokal; dan logo grafik iaitu imej atau karakter tulisan seperti tulisan Jepun
dan tulisan Cina.

2
PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

Ringkasnya, menulis melibatkan penghasilan bahan bertulis yang


terhasil daripada penulis dalam bentuk alfabet, huruf, simbol, karakter atau
simbol visual lain bertujuan mempersembahkan idea dan pendapat.

2.3 Tujuan Menulis


Setiap hal atau urusan pasti ada tujuannya. Begitu juga dengan menulis.
Tujuan menulis terbahagi kepada enam kategori iaitu tujuan serta-merta,
tujuan lanjut, tujuan ekspresif, tujuan pemujukan, tujuan informatif, dan tujuan
kesusasteraan.

2.3.1 Tujuan Serta-Merta


Tujuan serta-merta dalam penulisan adalah mendirikan asas yang
benar-benar kukuh supaya kanak-kanak mampu menulis dengan
baik,cekap, dan pantas di samping melatih kanak-kanak, mengeja dan
membina struktur ayat dengan betul serta boleh difahami pembaca.

Selain itu, melalui penulisan juga buah fikiran dan perasaan


seseorang lebih mudah diluahkan seperti menulis puisi. Ini bermakna,
menulis mampu menyuburkan minat dalam penulisan dan mengarang
sekaligus menambah perbendaharan kata.

2.3.2 Tujuan Lanjut


Penulisan turut mempunyai tujuan lanjut atau tujuan jangka panjang.
Menambah pengetahuan, meluaskan pengalaman, dan berhubung
ketika berjauhan merupakan antara tujuan lanjut penulisan. Selain itu,
menulis juga dapat memberi kepuasan jiwa, ketenangan fikiran dan
perasaan terhadap seseorang. Dalam masa yang sama, kanak-kanak
dapat diterapkan nilai-nilai murni ke arah membentuk generasi yang
dikehendaki masyarakat.

2.3.3 Tujuan Ekspresif


Penulisan yang berbentuk ekspresif adalah bertujuan melahirkan
perasaan, hujah, idea, dan sebagainya. Penulisan bertujuan ekspresif
ini tidak terlalu mementingkan pembacaan kerana lebih tertumpu
kepada perasaan, emosi, pengalaman dan kreativiti penulis.

3
PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

2.3.4 Tujuan Pemujukan


Penulisan bertujuan pemujukan tertumpu kepada pembaca, khusus
untuk menarik perhatian pembaca dan ditulis dalam pelbagai gaya.

2.3.5 Tujuan Informatif


Penulisan informatif bersifat eksternal bertujuan menyampaikan
maklumat kepada pembaca. Lazimnya, penulisan informatif adalah
berbentuk prosa pada masa kini jika dibandingkan pada suatu ketika
dahulu di mana penulisan informatif berbentuk puisi.

2.3.6 Tujuan Kesusasteraan


Penulisan berteraskan kesusasteraan mempunyai keunikan dari segi
bahasa atau lebih dikenali dengan istilah ciri-ciri stilistik. Penulisan
sastera melibatkan penggunaan elemen-elemen bahasa dalam struktur
sesebuah hasil karya.

Dasarnya, mengarang atau menulis bertujuan menguji kefahaman,


kebolehan, kemahiran, fikiran,dan pengetahuan murid-murid serta
merangsang perkembangan tatabahasa dan kosa kata murid-murid.

2.4 Jenis Kemahiran Menulis


4
PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

Kemahiran menulis mempunyai dua jenis iaitu kemahiran menulis mekanis


dan kemahiran menulis mentalis.

2.4.1 Kemahiran Menulis Mekanis


Kemahiran menulis mekanis berfokus kepada pergerakan anggota
fizikal seperti tangan dan mata; bertujuan untuk membolehkan murid
menguasai kemahiran membentuk lambang huruf dan seterusnya
menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas.
Kemahiran menulis mekanis ini amat penting sebagai latihan dan
bimbingan awal berkaitan asas yang diperlukan seorang murid untuk
belajar membentuk lambang huruf dan menulis dengan cara dan gaya
yang tepat.

2.4.1.1 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mekanis


Penerapan kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid
boleh dimulakan sebaik sahaja murid menghadapi latihan
kemahiran pramenulis. Antara aktiviti kemahiran menulis
mekanis adalah melatih pergerakan otot jari dan tangan
dengan membuat garisan, bulatan, bentuk-bentuk yang
berbagai; melatih pergerakan tangan dengan melukis di
awangan, di pasir,di papan hitam; melatih cara membentuk
huruf, menulis perkataan dan ayat; melatih menulis cantik;
melatih menulis cepat dan jelas.

2.4.2 Kemahiran Menulis Mentalis


Kemahiran menulis mentalis berfokus kepada penyataan fikiran dan
perasaan. Mungkin agak janggal bagi sesetengah pihak dengan istilah
kemahiran menulis mentalis kerana timbulnya persoalan bagaimana
mental dapat dikaitkan dengan kemahiran menulis. Dari segi
konsepnya, kemahiran menulis mentalis adalah operasi yang
melibatkan pemprosesan mental bagi menghasilkan sesuatu yang
dapat dibaca dan difahami oleh individu lain. Secara amnya, asas
kemahiran menulis bermula daripada mental seperti menulis karangan,
menulis sajak, surat dan sebagainya.

5
PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

2.4.2.1 Aktiviti-aktiviti Kemahiran Menulis Mentalis


Seperti kemahiran menulis mekanis, kemahiran menulis
mentalis juga memerlukan latihan bagi meningkatkan lagi
penguasaan dalam kemahiran ini. Antara latihan yang boleh
diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis mentalis adalah menulis dan menyusun perkataan
bagi membina ayat, menulis ayat-ayat mudah, menulis
perkataan atau frasa yang disebut oleh guru, membuat latihan
transformasi ayat menggunakan senarai perkataan yang
diberikan, serta menulis frasa atau ayat yang bermakna
menggunakan perkataan yang diberikan.

2.5 Peringkat Kemahiran Menulis


Peringkat kemahiran menulis melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat pra
menulis, peringkat mendirikan asas, dan peringkat pelahiran.

2.5.1 Peringkat Pramenulis


Peringkat pramenulis adalah tempoh persediaan seorang murid untuk
belajar menulis dan tertumpu kepada latihan otot tangan serta
koordinasi mata. Bagi mencapai tahap penguasaan kemahiran, latihan
yang sistematik amat diperlukan.

Antara latihan yang dimaksudkan adalah melatih murid


menggerakkan tangan mengikut arah yang betul, melatih pergerakan
tangan secara bebas mengikut bentuk-bentuk huruf, dan melatih
pergerakan mata berdasarkan koordinasi tangan semasa membentuk
corak bervariasi bentuk.

2.5.2 Peringkat Mendirikan Asas

6
PM2312 P5 BAHASA MELAYU II HARITH SUKRI 910329-02-5637

Setelah murid menguasai peringkat pramenulis, peringkat mendirikan


asas mula diajar. Peringkat mendirikan asas adalah di mana murid
dilatih membentuk lambang tulisan dan menulis dengan kemas serta
teratur yang turut menjadi keutamaan pada peringkat ini.

Latihan mendirikan asas termasuklah latihan menulis huruf


berurutan, latihan menulis perkataan dalam buku bergaris empat,
latihan melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar.

2.5.3 Peringkat Pelahiran


Peringkat pelahiran merupakan latihan sebenar dalam penulisan
kerana pada peringkat ini penggunaan pemikiran tersendiri lebih
digalakkan bagi melatih dan mengukuhkan lagi penguasaan terhadap
kemahiran menulis yang dipelajari sebelum ini.

Seperti biasa, latihan amat diperlukan. Oleh demikian, latihan


boleh bermula secara terkawal. Latihan seperti membina ayat bagi
melengkapkan cerita berpandukan bahan rangsangan dan latihan
menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberi juga boleh
dipraktikkan. Selain itu, latihan menyusun semula ayat dalam
perenggan dan menulis jawapan soalan kefahaman juga boleh
digunakan.

Anda mungkin juga menyukai