Anda di halaman 1dari 37

BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI


ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Isi Kandungan 1
Biodata Ahli 2
Penghargaan 3
Pengenalan 4
Rasional 5
Matlamat 6
Objektif Kajian 7
Kaedah Kajian 8
Latar belakang Tokoh 9-14
Pencapaian/Jawatan pernah disandang 15
Penglibatan 14-26
Rumusan 27
Sumber Rujukan 28
Lampiran 29-35
NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA : DINAGARAN A/L MUNIANDY

K/P : 940420 – 02 – 5459

NAMA : NOOR AMALINA BINTI AYOB

K/P :

TINGKATAN : 4 PERDAGANGAN

SEKOLAH` : SEK. MEN. KEB. TUNKU PANGLIMA BESAR

TAJUK FOLIO: TOKOH TUNKU ABDUL RAHMAN

NAMA GURU : EN.GUNASEGARAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya bersama rakan
sepasukan saya menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Tokoh”.
Folio yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian
daripada kerja khusus subjek .

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami
sepanjang kami menyiapkan projek folio kami ini. Pertama sekali, sekalung penghargaan untuk
guru subjek kami, Encik.Gunasegaran kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang
kami menyiapkan folio ini dan telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua
pelajar untuk menyiapkan folio ini.

Selain itu, kami juga sangat menghargai jasa guru subjek kami kerana memberikan pandangan
dan nasihat yang amat berguna untuk folio kami serta membantu kami tidak kira susah mahupun
senang. Jasamu akan kami kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan dorongan
kepada kami sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan
kerana memberikan kami bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek ini bersama-sama. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
kami maklumat tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

Sekian, terima kasih.


PENGENALAN

Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita,
lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa di
sebalik kejayannya. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6 daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagi
ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun
1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan Siam dan Burma telah menukar namanya kepada Sharifah
Fatimah setelah memeluk agama Islam.

Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa
rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab
serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Beliau seorang yang
berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja. Kepimpinan beliau amat terserlah sama
ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin
negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat
penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah
Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam
membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan. Kebolehan serta
kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan hanya melalui
perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpun sebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran.
kewibawaan Tunku yang berjaya menyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunku telah
memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan
Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan untuk negara telah
mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpin yang unggul dan tersohor. Atas kejayaan beliau
mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa
Kemerdekaan dan Bapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalam
kalangan rakyat Malaysia.

RASIONAL

Terdapat beberapa sebab mengapa kumpulan kami memilih Tokoh YTM Tunku Abdul
Rahman sebagai tajuk kerja kursus kami. Ini kerana, beliau merupakan “Bapa Kemerdekaan”
bagi Negara Malaysia dan ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana beliau telah
mengharumkan dan membebaskan Negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah. Bagi
menunjukkan penghargaan kami terhadap segala pengorbanan dan perjuangan beliau untuk
mencapai kemerdekaan Negara Malaysia kami memilih beliau.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin
yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan
keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Pelbagai cabaran serta rintangan
dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang
pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah
tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain.

Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan oleh beliau meliputi ciri-
ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap pemimpin lain. Sikap beliau yang
merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat,
setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab
serta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Tambahan pula,
sikap beliau yang berpandangan jauh ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup
berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan Negara yang tercinta diingati sehingga kehari ini.
MATLAMAT

Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan
rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia
Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang merupakan seorang ahli kebangsaan yang berjaya
membebaskan Negara Malaysia daripada penjajah yang mempunyai perwatakan dan
keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi dan tidak ada tolok bandingannya.

Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini
sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.
Pengorbanan dan jasa beliau harus diberi penghargaan yang tinggi sebagai seorang manusia,
seorang negarawan, seorang pembela bangsa Melayu, seorang yang bertimbang rasa terhadap
rakyatnya khususnya orang-orang bukan Melayu dan kesabaran serta penderitaan yang beliau
alami sepanjang menjadi pemimpin negara.

Nama Tunku Abdul Rahman harus ditulis dengan tinta emas dalam sejarah lipatan
kemerdekaan negara ini. Sehingga kini dan untuk selama-lamanya rakyat negara ini akan terus
menganggap beliau sebagai seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat. Kita
mestilah mendalami kisah sejarah tokoh Tunku Abdul Rahman yang telah menaikkan nama
Malaysia sekaligus dapat menanam rasa setia dan bangga dengan sejarah Malaysia seterusnya
menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan Negara Malaysia merupakan
tanggungjawap bersama semua pihak . Kita haruslah mencontohi sikap beliau yang sanggup
mengorbankan apa sahaja demi kepentingan negara.

Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memberi
sumbangan kepada negara Malaysia. Tanpa jasa dan pengorbanan YTM Tunku Abdul Rahman,
Negara Malaysia pada hari ini tidak akan membangun menjadi Negara Malaysia yang maju
seperti sekarang. Oleh itu, marilah kita bergandingbahu bersama-sama berusaha membentuk
generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan Negara dan mengharumkan nama Negara
Malaysia.
OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus ini dilakukan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dikalangan
rakyat Malaysia dan mengenal erti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yang Teramat Mulia
Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

• Mengenal pasti dengan lebih mendalam bagaimana Negara Malaysia mencapai


kemerdekaan dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman.

• Mengkaji faktor-faktor yang telah menyebabkan Negara Malaysia mencapai


kemerdekaan.

• Menyatakan kesan-kesan pencapaian kemerdekaan terhadap Negara Malaysia.

• Merumuskan faktor-faktor kejayaan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan


Negara Malaysia.

• Menyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua rakayat Malaysia pada ketika itu.

• Menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai sejarah Negara Malaysia.

• Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa mahu
menuntut kemerdekaan supaya sejarah lama tidak berulang.
KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dapat dilaksanakan setelah memperoleh maklumat berdasarkan pelbagai bentuk

sumber. Rujukan yang melibatkan pelbagai bentuk termasuklah bertulis, gambar rajah dan

sumber yang boleh dirujuk. Contoh buku-buku yang digunakan semasa kajian ialah seperti buku

teks, buku nota, dan risalah.

Selain itu, kami juga melayari laman sesawang dan bahan-bahan internet lain sebagai

satu rujukan untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai topik yang dibincangkan. Kami

juga membuat rujukan di pusat sumber sekolah untuk mencari maklumat bertulis mengenai

sejarah silam tokoh untuk menghasilkan kerja kursus yang mantap dan sistematik.

Tambahan pula, kami juga berkesempatan membuat perbincangan serta diskusi secara

berkumpulan dengan guru matapelajaran dan rakan-rakan mengenai topik folio yang dijalankan

supaya kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar: Tengku Abdul Rahman Putera ibni Abdul
Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul Rahman Putera Al-


Haj, Tunku, YAM Tunku

Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.

Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember 1990 di Kuala


Lumpur.

Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di


Bangkok, seterusnya di Penang Free School, di Ct. Catherine,
Cambridge University, England dan Inner Temple, England. B.A. (1925), LIB (INNER) (1948).

Pengalaman Jawatan Awam:

• Kadet di Pejabat Undang-Undang Alor Star


• Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani dan Kulim (1931)
• Pegawai Daerah Langkawi (1935)
• Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang (1938)
• Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah (1940)
• Penguasa Pelajaran Kedah (1943)
• Timbalan Pendakwa Umum Jabatan Undang-Undang Persekutuan
• Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955)
• Menteri Ehwal Dalam Negeri (1956)
• Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)

Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: Dalam Seberkas, Alor Setar, 1946 - membantu
menubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951- dicalonkan dan memenangi jawatan Yang
Dipertua / Presiden UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970).

Kegiatan Antarabangsa : Setiausaha Agung pertama OIC, Komanwel Negara-negara Islam


(1971-1980).
Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan Violet Coulson di Singapura,
1939- dengan ( Tun) Sharifah Rodziah .

Anak: Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. (hasil perkahwinan dengan Meriam)

Karya-karya Tunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri (filem 1972), Memoirs
Beliau: Looking Back (Pandangan Balik). Viewpoints (Sudut Pandangan), Lest We Forget,
Something ti Remember, As A Matter of Interest, Cotemporary Crisis in Malaysian Politics,
Political Awakening, The Road to Independence.(Ramlah Adam:2003:541).

PENDIDIKAN AWAL

Tunku mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu


Alor Setar kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang dikenali
sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar) Kedah. Ketika
berusia lapan tahun beliau mengikuti abangnya ke Bangkok
meneruskan pengajiannya di sana. Pada tahun 1915, beliau
meneruskan pengajiannya di Penang Free School. Selepas itu,
beliau melanjutkan pelajarannya ke St. Cathrine College,
Universiti Cambridge, England untuk belajar undang-undang dan
kemudiannya balik ke Tanah Melayu pada tahun 1925 setelah
menamatkan pelajarannya. Tunku mendapat ijazah B.A. dalam
sastera. Beliau kembali ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-
undang di Inner Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya terbantut apabila Perang
Dunia Kedua meletus. Demi menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun
1947 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam pengajian undang-
undang di Cambridge Universiti dan dilanjutkan pada tahun 1949.

KELUARGA TOKOH
Pada tahun 1933, Tunku
berkahwin dengan Mariam, seorang
wanita kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak perempuan tauke
lombong di Alor Star. Beliau
dikurniakan dengan dua cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang
Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan
rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed
Ahmad al Sagoff. Walaubagaimanapun, Tunku dititahkan untuk menceraikan Violet oleh
Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi
Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan
sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab
yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun,
mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah
mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat
dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

GARIS MASA

• 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin.
• 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni
Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.
• 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
• 1919 (umur 16): Belajar di England.
• 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan
dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
• 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
• 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
• 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-
Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai
Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
• 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
• 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke
lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan
dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama
Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
• 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku
berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
• 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain
itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
• 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan
Sungai Petani.
• 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam
bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula
dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
• 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah
Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar
Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
• 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan
Am Selatan Kedah.
• 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember.
• 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian
• 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
• 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat
Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke
Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
• 1946: Menyertai UMNO.
• 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar
meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri
yang pertama di Kedah.
• 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
• 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah
Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
• 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
• 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos.
Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan
bolasepak antarabangsa.
• 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC)
(1958 – 1976).
• 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai
Muslim.
• 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang
menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
• 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu
bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
• 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih
besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
• 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
• 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
• 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP) (1982 – 1988).
• 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar
di Alor Star.
ANUGERAH YANG DIPEROLEH OLEH TUNKU

Pelbagai anugerah telah diterima oleh beliau daripada universiti-universiti seperti


Universiti Malaya, Universiti Sydney, Universiti Araneta dan Universiti India. Beliau juga
menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Oxford, England pada tahun 1970,
Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Cambridge (1970) dan Ijazah Kehormat
Pentadbiran Awam dari Universiti Prince of Songkhla, Thailand (1977). Beliau juga menerima
penghormatan dalam bentuk pangkat dan darjah-darjah kebesaran sama ada dari dalam mahupun
dari luar negara. Ini termasuklah pangkat-pangkat seperti Order of Istiqqlal, Maghribi pada tahun
1957, Darjah Utama Negeri Kedah pada tahun 1958, Order of Kim Khanh, Vietnam (1958), Seri
Paduka Mahkota Brunei (S.P.M.B) dan Grand Cross of the Order of the Crown dari Belgium
Order of Sikatuna dari Filipina (1959), Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Kelas Pertama),
Anugerah Ramon Magsaysay dari Filipina (1960), Knight Grang Cross of the Most Illustrios
Order of Chula Chom Klao dari Thailand (1962), Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor
(S.P.M.S) dan Grand Cross of the Royal Order of Sahametrai dari Kemboja.
PENGLIBATAN DAN KERJAYA TOKOH
Tunku dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama pada
tahun 1957. Beliau turut memegang portfolio Menteri Dalam Negeri. Sebelum menjadi Perdana
Menteri, beliau pernah memegang beberapa jawatan lain. Kerjayanya bermula pada 10 Disember
1931 apabil beliau berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala, Padang Terap, Kuala Nerang,
Sungai Petani dan Kulim,Kedah. Pada tahun 1940, Tunku menjadi Timbalan Pengarah
Keselamatan Awam Kedah. Pada tahun 1943, beliau telah dilantik menjadi Penyelia Pelajaran
Kedah. Tunku juga pernah bertugas sebagai pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala
Lumpur. Pada tahun 1955, Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Penglibatan beliau dalam bidang politik tamat apabila beliau meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 22 September 1970.

SEBAGAI PERDANA MENTERI

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik


Malaya dan memimpin Parti Perikatan atas kemenangan besar
dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaian Tunku yang teragung. Tunku pertama
sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura,
Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada
"Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961
di Singapura dan pada tahun itu juga, Tunku menubuhkan
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan
Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.

Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei,


beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri
dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun
1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-
penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing
menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
KEGIATAN ISLAM

Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di negara kita
malah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam
penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran. Beliau menjadi Presiden Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960. Beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai
sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Beliau telah
membenarkan PERKIM cawangan Kedah menggunakan tanah kepunyaannya untuk membina
rumah anak-anak yatim dan orang tua yang diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul
Rahman Putra. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank
Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC.

Tunku menjadi Setiausaha


Agung yang Pertama
Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC)

Sebagai pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja
yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1975. Dengan bantuan Persatuan
Bangsa-bangsa Bersatu, beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500 orang pelarian di
Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah dilantik menjadi Presiden
‘Regional Islamic Council for South East Asia and The Pacific’ (RISEAP) yang pertama oleh
perwakilan di Persidangan Negara-negara Islam. Beliau mendapat penghargaan dari Pakistan
dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik Faizal dari Arab Saudi
pada tahun yang sama atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan.

Tunku jugalah pemimpin Islam yang telah mencetuskan idea supaya diadakan Pertubuhan
Negara-Negara Islam bagi menjaga kepentingan negara-negara dan umat Islam. Walaupun
cadangan Tunku itu memakan masa yang panjang untuk menjadi kenyataan, tetapi dapat
dilaksanakan dengan tertubuhnya Sekretariat Islam baru-baru ini.
KEMERDEKAAN
PROSES MENUNTUT KEMERDEKAAN

Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 memang
menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam politik
Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald MacGillivary pada hari Ahad 31
Julai 1955, merupakan langkah pertamanya dalam proses mununtut kemerdekaan. Inilah langkah
pertama Tunku sebagai pemimpin Perikatan meminta kuasa pemerintahan daripada kerajaan
British. Namun setelah berbincang selama 2 jam setengah Tunku gagal untuk membincangkan
kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dan pelantikan Suruhanjaya Bebas untuk mendraf perlembagaan.

Bagi Tunku mandat yang diterima daripada rakyat ialah mencapai kemerdekaan atau
keluar daripada kerajaan. Kata-kata Tunku yang cukup bersemangat itu disambut dengan jeritan
‘ Merdeka ‘ oleh penyokong Perikatan. Ini merupakan demontrasi yang menunjukkan kekuatan
dan kepimpinan Tunku. Ini menyebabkan Lennox Boyd berbincang dengan raja-raja Melayu
tentang tuntutan Perikatan itu

ROMBONGAN MERUNDING KEMERDEKAAN DI LONDON

Pada bulan September 1955, raja-raja melayu telah mengeluarkan persetujuan mereka
untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda Perjanjian Persekutuan 1948 dan
mencadangkan rombongan itu dianggotai oleh tujuh orang wakil iaitu empat orang wakil Raja-
raja melayu dan tiga dari Perikatan dan Peguam Negara sebagai penasihat. Persetujuan dicapai
dengan melantik empat wakil daripada Raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.
Ahli Rombongan Rundingan Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman (tengah).

Runding bersama British


dan Raja-Raja Melayu
bertujuan untuk
mendapatkan
kemerdekaan.

Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman,
Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir Shamsudin telah
menaiki kapal M.V. Asia di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Bersama-sama dengan Tunku
ialah dua orang wakil raja-raja Melayu iaitu Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji
Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan Dato’ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja
Melayu menaiki kapal terbang bersama-sama dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu.
Rombongan Tunku Abdul Rahman dihantar dengan meriah sekali dari Raffles Hotel, tempat
penginapannya di Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pagar.

Kapal yang dinaiki oleh Tunku dan rombonganya telah singgah di Ceylon (Sri Lanka),
India dan Pakistan. Di Karachi, Pakistan , Tunku dan rombonganya telah mendarat untuk berehat
beberapa hari. Tunku menjejakan kakinya ke bumi London,England pada 13 Januari 1956.
Manakala rundingan kemerdekaan berlangsung selama hampir tiga minggu dari 18 Januari
hingga 8 Februari 1956.
Dalam ucapan pembukaanya pada pagi 8 Januari di Lancester House, Setiausaha Tanah
Jajahan, Lennox Boyd , telah mengalu-alukan kedatangan Tunku dengan rombonganya dengan
ramah sekali. Bagi beliau rundingan itu adalah sebuah janji yang telah dibuat dalam Perjanjian
Persekutuan 1948 diantara British dengan raja-raja Melayu. Selesai ucapan, diikuti pula dengan
perbincangan terbuka antara rombongan Merdeka Persekutuan Tanah Melayu dengan Pejabat
Tanah Jajahan. Pebincangan berkisar pada beberapa perkara iaitu soal pertahanan dan
keselamatan, perkhidmatan awam, dan perubahan perlembagaan.

Pihak British melaksanakan cadanganya yang telah disediakan sebelum kedatangan


rombongan merdeka. Britain telah menyiapkan ‘Memorandum of United Kingdom’. Tunku
setuju dengan cadangan pihak British supaya bentuk jawatankuasa-jawatankuasa bagi
memperincikan perlembagaan. Pada 2 Februari 1956 menurut Tunku, pihak British telah
membuat kenyataan dari Lancaster House tentang hasil rudingan dengan rombongan merdeka
dan keputusan ini memberi keadaan yang positif kepada Tunku sebagai pemimpin Perikatan.

Rombongan Tunku Abdul Rahman di sambut bangga oleh ahli-ahli UMNO Singapura
sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang diadakan di padang Bandar
Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Sekembalinya Tunku dan rombonganya dari London pada
Jun 1957, Tunku terpaksa mengakui bahawa kemerdekaan yang dicapai tidaklah begitu
memuaskan, kerana hal-hal yang tidak dapat diatasi seperti penghapusan kerakyatan komanwel,
pengekalan pegawai pinjaman British dan pertahanan yang masih bergantung pada pihak British.
Dalam Mensyuarat Agung yang diadakan pada 29 dan 30 Jun 1957, di Kuala Lumpur satu
ketetapan telah di buat untuk menganugerahkan gelaran Bapa Kemerdekaan Tanahair kepada
Tunku atas jasa-jasa perjuangan dan pengorbanan yang telah ditunjukan dan diberikan oleh Yang
Dipertua UMNO itu.

Dengan itu, UMNO telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku dan
cadangan perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudia dibincangkan
oleh raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 15 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman (kanan) bersama Dato' Panglima Bukit Gantang ketika perarakan kemerdekaan
serta deligasi diarak selepas pulang dari London di Bandar Hilir, Melaka.

UPACARA KEMERDEKAAN

Pada 3 Ogos 1957, di waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu untuk
memilih Yang di-pertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British. Perlantikan itu
perlu sebagai menandakan ketua Negara di sandang oleh pemerintah tempatan. Semua raja telah
menghadirinya kecuali Sultan Ibrahim dari Johor yang diwakili Tengku Mahkota, Tunku Ismail.

Pada 5 Ogos 1957, bertempat di King


House, Kuala Lumpur, Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah
ditandatangani diantara wakil Ratu
England dan Wales, Donald
MacGillivaray, Pesuruhjaya Tinggi
Persekutuan Tanah Melayu ( gambar
sebelah) dengan Raja-raja Melayu,
Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan
dan Dato’-Dato’ Undang Luak Negeri Sembilan. Perjanjian 197 itu, mengakui persetujuan
Perjanjian Persekutuan 1948 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan yang mengandungi negeri
yang tersebut di dalamnya sebagai asas Pembentukkan Persekutuan Tanah Melayu.

Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali Yang di-Pertuan


Agong menjadi ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British, kerana kedudukan
Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang telah merdeka. Bagi Pulau Pinang dan
Melaka satu perjanjian lain akan dibuat dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal
tertentu diteruskan sebagai satu peralihan.

Sultan Kedah, Sultan Badlishah telah berucap menyatakan kegembiraan raja-raja Melayu
mendapat bimbingan kerajaan British selama ini sehingga negeri ini telah maju dengan jayanya
dalam lapangan masyarakat, iktisad dan sahsiah. Kebaikan hati raja-raja Melayu seperti juga
rakyatnya, tergambar sehingga pada saat akhir penjajahan British di Persekutuan Tanah Melayu.
MacGillivaray pula telah menyatakan antara lain “ Dengan terhentinya hubungan lama itu,
timbulah hubungan baru dengan berdasarkan perasaan dan kepercayaan antara satu sama lain
serta hormat-menghormati yang telah tertanam antara kedua-dua pihak.

Perikatan Pemuda UMNO telah diberi tugas untuk


menurunkan bendera Umion Jack. Tepat pukul 12.00 tengah
malam, bendera Union Jack diturunkan mengikut gema bunyi
jarum jam besar Pejabat Setiausaha Persekutuan. Serentak
dengan itu bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan jaluran
merah putih dan kotak biru dengan bulan bintang di
tengahnya mendaki gagah menuju ke kemuncaknya. Sorak –
sorai dan pekikan “Merdeka” bergema dan berkumandang di
udara memecah kesunyian malam kota yang dihiasi lampu
neon yang bergemelapan di sepanjang jalan utama . Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Laungan sahut menyahut menandakan
berakhirnya penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah perlembagaan merdeka bagi
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Satu jawatankuasa sambutan besar-besaran telah
diatur yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussien. Selain upacara pembarisan
ketenteraan, jamuan negara dan perayaan awam di Kuala Lumpur, tetamu-tetamu kehormat dari
luar Negara juga telah dijemput untuk menghadiri upacara pengistiharan kemerdekaan pada 31
Ogos. Dalam hal ini, kesemua perancangan dirujuk pada kerajaan British di pejabat Tanah
Jajahan untuk diluluskan.

Upacara kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 1957

Upacara gilang gemilang telah diadakan pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur. Perarakan dan barisan pasukan tentera dan orang ramai membanjiri Stadium
Merdeka sejak pukul 6.00 pagi. Walaupun hujan turun pada awalnya, tetapi mereka tetap tidak
berganjak menanti saat yang paling mengembirakan itu. Di atas pentas yang dihias indah dan di
bentang permaidani merah, Raja-raja Melayu dan Duke of Clocester dan pegawai kerajaan
British duduk berderet dengan pakaian yang indah dan di payungi oleh binduanda.

Tunku Abdul Rahman, dengan pakaian baju melayu bertekad benang emas dan
bertengkolok seperti seorang raja, berdiri tegak membaca pemasyuran Kemerdekaan dalam
bahasa Inggeris, bahasa yang di anggap paling layak oleh Tunku Abdul Rahman, wira
kemerdekaan negara, untuk menyatakan kebebasan dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
daripada Penjajahan British. Terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan hanya dibaca
oleh Senu Abdul Rahman di sebalik tirai di belakang pentas. Pada hari kemerdekaan Tunku
mengarahkan supaya diadakan perarakan tentera melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan
Chow Kit dan lalu ke Jalan Ipoh.

Dengan tangan yang tergenggam di udara, Tunku


Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Merdeka!
Merdeka!. Gema suaranya kemudian di sahut penuh
gemuruh oleh para hadirin yamg terdiri daripada
pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang bangsa.
Pada pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang
di-Pertuan Agong yang pertama dijalankan di Federal
House, Kuala Lumpur, tempat parlimen pertama
kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu.
Selepas upacara itu, Yang di-Pertuan Agong
memperkenankan untuk diadakan majlis melantik
dan angkat sumpah Perdana Menteri dan Menteri-
menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara itu juga
tidak kurang gemilangnya kerana inilah kali pertama
sebuah kerjaan yang berdaulat dilantik dan disahkan
dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan. Malah memang selayaknya Tunku diberi tugas
untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu ke gerbang kemerdekaan negara walaupun terlalu
banyak onak dan duri yang terpaksa dilaluinya.
PERGINYA SEORANG WIRA BANGSA

Tunku Abdul Rahman pada


tahun-tahun akhirnya
(gambar)

Pada 6 Disember 1990, Tunku menghembus nafasnya yang terakhir pada usia 87 tahun di
Hospital Besar Kuala Lumpur. Pihak kerajaan telah mengiktiraf “Istiadat Pengebumian Negara”
kepada beliau. Pada 7 Disember 1970, jenazah beliau telah diberi penghormatan terakhir oleh
orang ramai di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Selepas itu, jenazah
beliau diterbangkan ke Alor Setar, Sungai Besi. Setibanya di sana, Sultan dan Sultanah Kedah di
Balai Besar, Alor Setar sebelum diusung menuju makam diraja untuk menjalani istiadat
pengebumian. Pemergiannya merupakan suatu kehilangan yang besar dan jasanya sentiasa
dikenang oleh rakyat Malaysia.
TUNKU SEORANG NEGARAWAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang negarawan berjiwa rakyat yang lahir
di sebuah istana raja. Sebagai seorang putera raja, Tunku mempunyai karisma yang sangat unik.
Beliau tidak dapat dibandingkan dengan pemimpin-pemimipin dunia yang lain.

Tunku mempunyai beberapa kualiti istimewa semulajadi. Amalan hidupnya seperti rakyat
biasa bukanlah direka-reka. Kualiti itu sentiasa bersemadi dalam jiwa Tunku sejak kecil lagi.
Kualiti itu memberikan harapan masa depan rakyat. Sokongan dan harapan rakyat serta
keputusan pilihanraya pertama 1955 merupakan mandat yang mutlak kepada Tunku. Sebagai
seorang putera raja, maka kedudukan Tunku memberikan keyakkinan kepada Duli Yang Maha
Mulia Raja-raja Melayu. Baginda Raja-Raja Melayu yakin bahawa kemerdekaan tidak akan
menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu. Perjuangan Tunku untuk menyatukan rakyat dan
mendapat sokongan mereka boleh dikatakan lebih senang daripada mendapatkan keyakinanan
Raja-Raja Melayu. Kemerdekaan bermakna memberi kuasa kepada rakyat dan sebaliknya bagi
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu merupakan perpisahan tradisi iaitu
menyerahkan kuasa kepada rakyat.

Dalam zamannya Tunku telah menjadi pemimpin gigih yang meneruskan perjuangan
kebangsaan yang telah dimulakan menjelang perang dunia kedua dulu. Di bawah pimpinannya
maruah dan kemerdekaan Negara dapat ditebus kembali. Sesudah itu, sebagai tokoh politik dan
negarawan, Tunku memulakan langkah mengisi kemerdekaan. Perjuangan Tunku selepas beliau
berpindah ke Kuala Lumpur dan memasuki arena nasional. Perjuangan Tunku bermula lebih
awal daripada itu sebenarnya sebelum perang dunia kedua. Setelah kembali ke tanah air selepas
ke United Kingdom untuk belajar, Tunku telah menceburkan diri dalam usaha menolong rakyat.
Pada waktu masih kecil nama Tunku sudah pun terkeknal dalam kalangan rakyat Kedah sebagai
seorang anak raja yang bersimpati dan dekat dengan rakyat.

Dalam arena politik, Tunku tidak pernah bermain-main dengan politik, apalagi politik
perkauman. YTM Tunku adalah seorang putera Malaysia yang tulen. Cita-cita beliau dan tindak-
tanduk beliau sentiasa mengutamakan kepentingan nasional. Beliau tidak pernah merasa takut
dan sentiasa menerima apa juga kritik dan hukuman, demi untuk perjuangan bangsa dan tanah
airnya. Hidupnya sentiasa sederhana, kesenangan dan kebahagiaannya ialah kehidupan yang
harmoni, aman dan damai. Tunku bersara dalam keadaan yang tenang dan kesihatan yang baik
serta fikiran yang masih segar. Kepercayaan rakyat terhadap Tunku sebenarnya tidak pernah
luntur. Semakin lama Tunku meninggalkan kerajaan semakin ramailah rakyat menyedari akan
kebenaran dan kejujuran perjuangan Tunku. Rasa kasih sayang rakyat terhadap Tunku semakin
bertambah menjelang Tunku menyambut hari keputeraan yang ke-80 pada tahun 1983.

Sebagai seorang pengasas kemerdekaan, Tunku sudah tentulah merupakan ‘the happiest
statement’ kerana Tunku sendiri dapat melihat tiga orang Perdana Menteri yang mewarisi
perjuangannya iaitu Tun Razak, Tun Hussein Onn dan dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad. Tiga
puluh satu tahun yang lampau apabila Tunku memulakan kerjasama pilitik UMNO-MCA bagi
menghadapi pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, terjalin satu perkahwinan politik
yang melahirkan Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional dan tanpa disedari Tunku
sebenarnya telahh meletakkan asas kerjasama politik sepanjang suku abad ini. Keberanian Tunku
mencipta kerjasama ini tidak boleh dipertikaikan.

Tunku telah menjadi salah seorang yang tokoh yang terpenting dalam sejarah moden
Malaysia. Kejayaan beliau dan kemampuan melibatkan diri secara langsung dalam pilitik Negara
kita selama hampir suku abad, sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Perikatan, Ketua Menteri dan
Perdana Menteri telah menyebabkan penciptaan satu zaman tersendiri dalam sejarah Malaysia.

Pendek kata, keperibadian dan karisma Tunku akan sentiasa memberi ilham dan topik
kepada para penulis. Kemuncak penghargaan kepada Tunku tiba pada malam Barisan Nasional
mengadakan perayaan secara besar-besaran bagi menyambut hari keputeraannya. Jamuan makan
malam yang disulami ucapan-ucapan serta filem dokumentari itu membawa kembali para hadirin
yang bersam Tunku dulu kebeberapa sudut penting perjuangan Tunku.

Tunku telah muncul pada saat yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa kita.
Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tunku telah dapat menimbulkan kesedaran dan
keinsafan pada segenap lapisan rakyat jelata dan mereka telah memberikan sokongan dan
berjuang bersama-sama Tunku sehingga tercapai azam dan cita-cita mereka untuk menjadikan
satu bangsa yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan mana-mana bangsa dalam
dunia ini. Kemashyuran nama Tunku bukan sahaja di negara ini bahkan telah tersebar diseluruh
penjuru alam. Ringkasnya Tunku telah memainkan peranan beliau sebagai seorang negarawan
antarabangsa yang memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia dan mengharumkan nama negara
kita sekalipun ianya sebuah negara kecil. Dengan kejayaan Tunku memainkan peranan
antarabangsa dengan cara yang bijak itu, Malaysia telah menjadi sbuah negara yang berkesan
yang di hormati di kalangan bangsa-bangsa di dunia ini.
RUMUSAN
Setelah bertungkus-lumus, akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan ini. Melalui
kajian ini, kami berbangga dapat menjadi warganegara Malaysia yang aman dan harmoni ini
kerana mempunyai tenaga pemimpin yang berwibawa dan bijaksana untuk memimpin negara
dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyatnya.

Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember ketika usianya kira-kira 87 tahun.Beliau
sempat menyaksikan 3 orang tokoh penggantinya sebagai Presiden Umno dan sebagai Perdana
Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul razak ,Allahyarham Tun Hussein Onn dan selama hampir
10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri,iaitu Yang Amat Berhormat
Dr.Mahathir Muhammad.

Tunku sesungguhnya cukup bangga dan memang boleh dibanggakan kerana beliaulah
Persekutuan Tanah Melayu berjaya “menebus” kemerdekaan dan belenggu penjajahan Inggeris
yang telah dimulakan oleh tindakan pihak Raja-raja Melayu sendiri sehingga terbentuknya
sebuah negara iaitu Negara Malaysia.

Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam umno seperti
Dato Onn dan rakan-rakan pergagasan Umno 1946, namun warisan parti Umno yang di terajui
oleh Tunku bukanlah sebuah lombong emas.Tunku sesungguhnya terpaksa bekerja keras,
berkorban masa dan tenaga, termasuk gaji lumayannya sebagai pegawai kanan perundangan,
serta darjatnya sebagai seorang anak raja untuk turun ke tengah rakyat dengan segala kesukaran
menjelajah seluruh air bagi merealisasikan perjuangan Umno itu.

Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan
etnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga ada kalanya beliau
kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme
Melayunya itu.

Tunku dalam hal ini tidak ada sebab untuk menafikan bahawa beliau turut meninggalkan
banyak jasa dan baktinya yang tidak terkira yang menjadi sebahagian daripada khazanah dan
keagungan yang menjadi milik dan kebanggaan bersama generasi hari ini.
SUMBER KAJIAN

Internet:
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
• http://www.yayasantar.org.my/kursi.html
• http://tokoh2.blogspot.com/2008/08/tunku-abdul-rahman.html
• http://www.scribd.com/doc/29906670/13416649-Sejarah-Hidup-Tunku-Abdul-Rahman
• http://kotakemail.blogspot.com/2009/08/merdeka-merdeka-mederka-galeri-gambar.html
• http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/tunku-abdul-rahman-during-merdeka-
celebrations.jpg
• http://manlukeman.files.wordpress.com/2009/08/umicl000594208.jpg

Buku rujukan :
• Buku Teks Sejarah, Tingkatan 5.
• Ramlah Adam .2003. Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
• Abdul Aziz Ishak. 1987. Riwayat Hidup Tunku Abdul Rahman Putra, Karya Bistari. Sdn
Bhd.
• Ke Arah Kemerdekaan, Terbitan Setiamas, cetakan pertama 1996.
• Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, Terbitan Setiamas, cetakan pertama 1996.
• Tokoh Malaysia, Terbitan Dewan bahasa dan Pustaka, cetakan pertama 2010.
BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM


SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH
nku Abdul Rahman dan Raja-Raja Melayu bergambar bersama Sir Donald MacGillirary selepas Majlis
menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957

Tunku Abdul Rahman bergambar bersama Kabinet Menteri pertama Tanah Melayu selepas kemerdekaan, 1959
Tunku Abdul Rahman bergambar bersama tiga pemimpin Parti Perikatan, Dato' Haji Noah, Tun Razak, dan
Tun Tan Cheng Lock.

Perhimpunan Parti Perikatan yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Tunku Abdul Rahman berucap
di dewan orang ramai Kampung
Jelai

Presiden Motamar Al-Alam Al-


Islami Lord (Sayyid) Alhusseini
(tengah) bersama Tunku Abdul
Rahman, Perdana Menteri
Malaysia. Di sebelah kiri, ialah
Sh.Haider Al-Huseini
Pembantu Jeneral Setiausaha
Motamar.

Peter Ligadu, Penolong


Pegawai Daerah Beaufort
bersalaman dengan YTM
Tunku Abdul Rahman
Putra Al-haj, Perdana
Menteri Malaysia yang
pertama, ketika beliau
melawat bandar kecil di
Beaufort, Sabah .
Keputusan Pilihan raya pada tahun 1955 yang dimenangi oleh calon-calon Parti Perikatan.

Gambar Tunku Abdul Rahman dimuka depan Majalah Time-


The Week magazine

April, 12,1963