Anda di halaman 1dari 3

SM Sains Alam Shah merupakan salah satu daripada 3 buah Sekolah Berasrama Penuh di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan sebuah daripada 6 buah Sekolah Berasrama Penuh Putera di Malaysia.

Kampus SM Sains Alam Shah terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya sangat
kondusif dari segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Kampus SM Sains Alam Shah
terletak di atas tapak seluas 34 hektar menampung 3 blok bangunan sekolah dan pentadbiran, 4 blok
asrama, 1 dewan makan, 1 apartmen guru, 1 apartmen staf sokongan, sebuah banglo pengetua dan 6
kuaters guru.

SM Sains Alam Shah mula menerima pelajar sulung seramai 84 orang dalam tingkatan 4 pada 16 Jun
2003. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dari seluruh negara. Kumpulan pertama pelajar ASiS ini telah menduduki
peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Jumlah calon ialah 84 orang.

Pengetua pertama ialah Tn. Hj. Mohd Idrus bin Abdul Hamid yang mulai bertugas pada 16.6.2003
hingga sekarang. Beliau dibantu oleh Timbalan Pengetua (Akademik), En. Razmi bin Abdul Razak yang
memulakan tugasnya pada 1.9.2003, Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Pelajar) ialah En. Ahmad Shafrin
bin Abd Aziz yang mula bertugas mulai 16.12.2003 dan Timbalan Pengetua (Kokurikulum), En.
Rijaludin bin Che Mat yang memulakan tugasnya pada 1.1.2004 hingga sekarang.

Guru-guru perintis ASiS pula adalah seramai 13 orang yang mulai berkhidmat di ASiS pada 16 Jun
2003. Merekalah yang telah bertungkus- lumus mengggembleng tenaga dan keringat bagi memastikan
ASiS dapat melaksanakan proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) walaupun dalam serba
kekurangan. Guru lapisan kedua mula melapor diri pada 16.9.2003 iaitu seramai 12 orang. Kehadiran
guru-guru ini menambah bilangan ahli keluarga ASiS yang sedia ada.

Kini, warga ASiS semakin bertambah. Pada tahun 2009 ini, jumlah guru ASiS adalah seramai 51 orang,
manakala staf sokongan pula seramai 22 orang. Bilangan pelajar pula mencecah hampir 600 orang.
Dalam tempoh enam tahun ini juga, ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja
dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa

Anda mungkin juga menyukai