Anda di halaman 1dari 6

KONSEP KESEJAHTERAAN KEWANGAN

Kesejahteraan kewangan merujuk kepada persepsi subjektif dan objektif penunjuk status
kewangan peribadi individu. Tujuan penunjuk keadaan kewangan meliputi langkah seperti
pendapatan, hutang, tabungan dan aspek kemampuan kewangan seperti pengetahuan tentang produk
dan perkhidmatan kewangan, perancangan ke depan dan tetap pada kewangan. Persepsi subjektif
termasuk kepuasan individu dengan saat ini dan masa depan situasi kewangan mereka.

TIP MENGURUSKAN KEWANGAN

Dalam mengurus kewangan dan merancang perbelanjaan khususnya untuk diri sendiri mahupun
untuk keluarga bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita mengadaptasikan prinsip pengurusan
kewangan di dalam kehidupan kita seharian. Memang ada di antara segelintir kita yang ‘tahu'
iaitu mempunyai pengetahuan dalam mengurus kewangan dan mengawal perbelanjaan seharian
mereka, namun masih ada juga di antara kita yang ‘malas' untuk mengadaptasikannya atau
melaksanakannya dalam kehidupan seharian kita. Tetap masih ramai yang tertanya-tanya apakah
‘konsep asas' dalam pengurusan kewangan dan mengawal perbelanjaan. Disini disertakan
beberapa konsep asas pengurusan kewangan untuk diparktikkan oleh para pengguna:

TIP 1 : Menentukan Matlamat Kewangan

Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti
zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan
matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :

 menyambung pelajaran;
 membeli sebuah rumah;
 berkahwin;

 berbulan madu;

 perbelanjaan rumahtangga;

 pendidikan anak-anak;

 mengerjakan ibadah Haji;

 perbelanjaan sewaktu persaraan;

 dan banyak lagi!

Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah
nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih
teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat
kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana
atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan
datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji
demi untuk mencapai matlamat tersebut.

TIP 2 : Mengawasi Tabiat Berbelanja

Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya
untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita
perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya
cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak
semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut
haruslah segera diubah.

TIP 3 : Menulis Rancangan Atau Pelan Perbelanjaan


Ramai yang telah tahu akan konsep ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk
mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan pelan perbelanjaan
sebelum berbelanja? Ramai di antara kita apabila terima saja duit gaji, perkara pertama yang
difikirkan adalah untuk membayar hutang atau liabiliti yang ada. Kemudiannya, bila nampak saja
duit yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga lupa untuk melakukan
simpanan. Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan
merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila kita menerima duit gaji atau pendapatan
bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu
akan perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita akan tahu arah tuju wang kita tadi dibelanjakan
dan digunakan.

TIP 4 : Menyimpan Terlebih Dahulu Sebelum Berbelanja

Konsep perbelanjaan yang betul dan sepatutnya adalah :


Pendapatan - Simpanan = Hutang + Perbelanjaan
Dan bukannya :
Pendapatan - (Hutang + Perbelanjaan) = Simpanan

Maksudnya di sini ialah setiap kali memperolehi gaji bulanan sepatutnya yang diutamakan
terlebih dahulu adalah melakukan simpanan kemudian barulah digunakan untuk tujuan
pembayaran hutang dan perbelanjaan.
Tetapi malangnya kebanyakkan daripada kita, apabila terima saja duit gaji. Ianya terus
digunakan untuk untuk membayar hutang dan berbelanja. Tetapi di dalam melakukan simpanan
pulak, ianya dikecualikan. Simpanan akan dilakukan apabila mempunyai lebihan wang. Ini
adalah konsep yang salah sebenarnya.

TIP 5 : Perbelanjaan Isi Rumah (Household)

Beli secara borong). Misalnya kalau anda biasa berbelanja RM4 sehari untuk snek dan air
bersamaan RM80 sebulan. Belian secara borong mungkin hanya bersamaan RM30 sahaja.
Rancang perbelanjaan anda. Beli barang di pasar raya besar (hypermarket)  yang menawarkan
harga yang lebih murah apabila dibeli dalam kuantiti yang banyak seperti pencuci rambut, sabun
dan lain-lain barang keperluan rumah. Buat perbandingan harga sebelum membeli barangan
tersebut.

TIP 6 : Kad Kredit

Sebaik-baiknya guna wang tunai untuk mengelakkan terlebih belanja (overspent). Jika ingin
digunakan juga selesaikan pembayaran dalam masa 20 hari, iaitu waktu bebas faedah (interest
free period). Sekiranya anda mempunyai simpanan seperti simpanan tetap yang memberikan 4%
faedah setahun berbanding hutang kad kredit yang dikenakan 18% setahun, lebih baik keluarkan
simpanan untuk menyelesaikan hutang.

TIPS 7 : Fikirkanlah Masa Depan!

Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan itu
tidaklah penting. Kita telah silap. Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan
merupakan perkara yang harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ini ia
pastinya mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan.
Segalanya memerlukan pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika
tanpa kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita sebenarnya.
Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teratur amat penting bagi setiap
individu demi menjamin kesejahteraan hidup.
KEHIDUPAN merupakan satu pengembaraan yang panjang, tindakan yang diambil pada hari ini
akan menentukan nasib di masa hadapan. Earl Nightingale ada berkata: "Apa yang anda perlu
lakukan adalah membuat perancangan, merangka peta perjalanan dan keberanian untuk terus
menuju destinasi".

Dalam hidup ini, anda tidak mungkin dapat mengubah permulaan yang sudah berlalu, tetapi anda
boleh menentukan bagaimanakah bentuk penghujung kehidupan yang anda ingin jalani.

Walaupun, kesedaran untuk menabung sudah bermula pada hari ini, ia masih belum terlambat
asalkan anda mengetahui betapa pentingnya mempunyai tabungan untuk diri sendiri. Arus
kehidupan sebenar tidak menentu, ada ketikanya hidup kita mudah dan mewah, tetapi ada
waktunya sempit dan sesak.

Dengan tabiat menabung yang konsisten, anda akan menjadi manusia merdeka yang tidak
bergantung pada orang lain ataupun meminjam daripada kad kredit (Along terhormat) untuk
meneruskan kehendak hidup. Lebih teruk jika meminjam dengan "Along".

Selepas menentukan matlamat tabungan anda itu, sama ada untuk jangka masa pendek,
sederhana atau panjang, kita seharusnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus
daripada wang gaji/pendapatan anda untuk disimpan setiap bulan. Anda perlu fikirkan ke
manakah arahnya simpanan wang anda itu seperti untuk kegunaan hari bersara, menunaikan haji
dan perbelanjaan ke universiti anak-anak.

Selain daripada menabung, kita juga boleh membuat pelaburan melalui pelbagai instrumen
pelaburan yang sah dan halal, contohnya anda boleh menyimpan dalam akaun simpanan tetap
(FD), melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB/ASN), Saham-saham Kooperasi dan
Saham-saham Unit Amanah.

Sebelum anda membuat pelaburan, anda juga perlu kaji jenis-jenis risiko yang anda sanggup
tanggungi. Hakikatnya, pelaburan berisiko tinggi memberi pulangan yang tinggi, pelaburan yang
berisiko rendah memberi pulangan rendah. Oleh yang demikian, anda perlu mengkaji mana
satukah instrumen pelaburan yang mampu memberikan pulangan lebih tinggi dan bersesuaian
dengan matlamat pelaburan anda. Bak kata pepatah, beli baju ukurlah pada badan sendiri....

Matlamat pelaburan dan tabungan sering berkait rapat dengan matlamat persaraan anda. Tetapi,
matlamat persaraan ini sering kali diabaikan oleh orang kita. Ini kerana ianya bersifat jangka
masa panjang dan tempohnya masih jauh. Lantas kita pun mengambil fikiran singkat dan mudah,
apabila bersara nanti ada wang pencen ataupun ada dana daripada Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) yang boleh dikeluarkan apabila usia mencecah 55 tahun.

Selalunya kita lihat dan dengar, apabila wang KWSP dikeluarkan itu, ketika itulah ramai yang
mengambil kesempatan untuk membesarkan rumah bagi kemudahan anak cucu yang datang
menziarah, digunakan untuk pembiayaan anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi, mengadakan majlis perkahwinan anak, menunaikan haji atau umrah dan melancong.

Ada juga segelintir mereka yang menggunakan wang persaraan untuk memulakan perniagaan.
Tetapi dalam dunia perniaga ini, bak kata orang... nasib sabut timbul, nasib batu
tenggelam...tanpa persediaan rapi, berkemungkinan perniagaan itu akan rugi. Jika perniagaan
tidak menjadi, wang persaraan yang sepatutnya diguna untuk membiayai hidup, akan lebur dan
hangus. Ketika inilah kita yang sudah berusia emas itu terpaksa bekerja semula mencari
pendapatan untuk menapung keperluan hidup. Bagi yang kurang bernasib baik, anak-anak pula
terpaksa menanggung beban sedangkan mereka juga mempunyai komitmen mereka sendiri.[]8

Anda mungkin juga menyukai