PENDAHULUAN Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agamaagama samawi yang lain, dan

ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya. Agar kita boleh mengenal lebih dekat kepada Allah, kita harus lebih dahulu mengenal diri kita sebagai manusia. Bagaimana manusia diciptakan? Untuk apa manusia diciptakan? Dan kemana kelak dia akan kembali dan meneruskan ’perjalanan’nya? Manusia adalah makhluk ciptaan Allah. Manusia memiliki jasmani atau jasad yang terlihat, manusia juga memiliki dimensi rohani yang berasal dari roh yang Allah tiupkan dalam proses awal penciptaannya. Manusia juga dilengkapi dengan akal yang membezakannya dari makhluk yang lain, dan memiliki hati. Gambaran proses kejadian manusia bermula dari Nabi Adam dan kejadian manusia selepasnya telah dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu sebelum adanya pakar saintis yang menggunakan segala kemajuan teknologi dalam penyelidikan seperti yang ada sekarang ini. Gambaran yang sebenar dalam mengetahui hakikat kejadian manusia perlu kerana dengan mengetahui gambaran yang salah akan menyebabkan penolakan keimanan terhadap Al-Quran itu sendiri dan secara langsung akan menyebabkan kekufuran terhadap Allah. Apa yang jelas, Al-Quran bukanlah sebuah kitab sains, Namun, semua fakta yang dinyatakan dengan jelas dan tepat, yang amat mustahil untuk diketahui di saat Al-Quran diwahyukan, hanya berjaya didedahkan melalui kecanggihan teknologi mutakhir abad 20 dan 21 ini. Fakta ini jelas sebagai bukti bahawa Al-Quran hakikatnya adalah Kalamullah dan ia adalah mukjizat Rasulullah hingga akhir zaman.

1

1.0

DEFINISI

Proses Kejadian Manusia Menurut Al-quran, menurut Kamus dewan edisi keempat pengertian bagi setiap perkataan adalah seperti berikut: Proses ialah perubahan (peristiwa dll) yang berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. Kejadian adalah kata terbitan perkataan dasar jadi. Bersinonim dengan peristiwa: hal, perkara, keadaan, insiden, kelahiran: kewujudan, kemunculan. Manusia, makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; (Kamus Dewan : Edisi Keempat) Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, manusia dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, manusia juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, manusia dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi manusia dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan. AL-QURAN adalah kalam Allah yang mukjiz, diturunkan ke atas Nabi Muhammad saw, yang ditulis dalam mashaf-mashaf, yang diturunkan secara tawatur dan pembacaannya menjadi satu ibadat. (Haron Din, Dato’ Prof, Tasawwur Islam (1992) Halaman 93)

2

Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia.T kepada manusia. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara sciencetific sebagai spermatozoon . Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab ). Pada peringkat ini Allah S.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah. Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ‫طين‬ Firman Allah : ‫) سللة من‬        Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.2. Manakala Dr.            dan Dia lah Tuhan Yang menciptakan manusia dari air.1 SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA SEJARAH PENCIPTAAN NABI ADAM Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia.W. Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.W. Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian. lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga 3 .W.0 2.

Mengikut tafsiran Dr. Kedua: Peringkat Tanah Melekat (‫لزب‬ Firman Allah: ‫طين‬ )             Maka tanyakanlah kepada mereka (musyrik Mekah): "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang Telah kami ciptakan itu?" Sesungguhnya kami Telah menciptakan mereka dari tanah liat. Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (‫مسنون‬ Firman Allah: ‫)حماء‬          Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maurice Bucaille ‫حماء مسنون‬ diertikan sebagai lumpur atau tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti 4 . Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat.Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah liat. dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya). Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering . Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras . Al-Qurtubiyy menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain.(persemendaan).

T berada dalam keadaan yang keras. Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Keempat: Peringkat Tanah Keras ( ‫)الصلصال‬ Firman Allah:          Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S. ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Firman Allah:       Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dikatakan 5 . Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā’ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Perkataan ‫صلصال‬ tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu ‫ كاالفخار‬yang membawa erti seperti tembikar.lumpur yang berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras. Ini adalah disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku. setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Kelima: Peringkat Peniupan Roh Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek spiritual.W.

T meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (‫لله‬ ‫) الحمد‬ lalu dia menyebut. yang bermaksud: "Wanita dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam a. Apabila roh memasuki bahagian matanya.s. sebelah kiri. Pertama.a. Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W. Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan penciptaannya. Dalam pentafsiran tersebut dikemukakan Hadis Sahih yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.Allah S.w.W. dan sebengkuk-bengkuk tulang rusuk yang sebelah atas.. Adam telah dapat melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga.2 SEJARAH PENCIPTAAN HAWA Mengikut Muhktasar Tafsir Ibnu Kathir mula surat 354 menceritakan bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam a. Oleh itu hendaklah kamu membetulkannya dengan lembut dan nasihat yang baik serta penuh kesabaran" 2.T. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang segera. maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut. Sekiranya kamu membetulnya dengan kasar ia akan patah. jika merujuk kepada huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama (Adam) adalah berlaku di dalam syurga. sekira kamu biarkannya ia akan membengkok.s. Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki.3 SEJARAH PENCIPTAAN NABI ISA Kehamilan Maryam 6 . 2. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma’wa iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam . Selepas itu apabila sampai roh ke bahagi kerongkong Adam ingin makan.

20) Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyalanyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat rahmat:                   “Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” (Surah Maryam: 21) 7 .t.:           “Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci. Firman Allah s.’”(Surah Maryam:19) Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan. Kisah tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan Jibril. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki.Allah s. mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun.t.w.w. apatah lagi untuk melakukan perbuatanperbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:             “Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’” (Surah Maryam.

Kelahiran ‘Isa a. sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu.w.” (Surah Maryam:24-25) Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal. dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’. yang menyeru dari jauh. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia.t.s. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada 8 .:                     “Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a. sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain. sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia tidak akan gugur. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain. Kejadian Nabi ‘Isa a. Firman Allah s.t. Firman Allah s. nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.w. tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai “ruthab” boleh gugur dengan digoncang.:             “Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma.s.s.s.” (Surah Maryam: 23) Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.

Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri tanpa disenyawakan oleh lebah jantan.Maryam dan mengikut pakar perubatan. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan kontroversi itu. sains moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka. buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik. lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan. orang-orang Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah menunjukkan pelbagai bukti. Dalil Quran Firman Allah: 9 . jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah. Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai lebah betina.4 SEJARAH PENCIPTAAN MANUSIA (ZURIAT ADAM) Penciptaan manusia setelah Adam dan Hawa adalah melalui proses reproduksi sebagaimana yang dikenal dan terjadi hingga sekarang ini. Contohnya. maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini. Hari ini.w. kita mempunyai peralatan sains untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan. melalui proses kehamilan dalam kandungan seorang ibu. Walaupun dengan bukti sedemikian.” (Surah Maryam: 26) Allah yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa ‘alaihissalam tanpa bapa. telah berfirman:                     “Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu. iaitu hasil hubungan biologis antara seorang ayah dan ibu. Allah s. 2. mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu.t. Bersalahan dengan pendapat itu.

(Al-Hujurat: 13) Firman Allah:                        Ertinya: kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. Al(Mukminun: 14) Dalil Hadis: 10 . dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang. (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging.                       Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan. kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging.

kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari 11 .:) إن أحلدكم يجمع خلقه فللي‬ ‫بطن أمله أربعيلن يوملا نطفله ، ثلم يكلون علقلة مثلل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ، ‫ذلك ، ثم يكون مضغة مثل ذلك ، ثم يرسل إليه الملك‬ ، ‫له‬ ‫لب رزقل‬ ‫فينفخ فيه الروح ، ويؤمر بأربع كلمات : بكتل‬ ‫واجله ، وعمله ، وشقي أم سعيد ؛ فوالله الللذي ل إلله‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫غيره إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنه حتى لا لون‬ ‫مل يكل‬ ‫بينه وبينها إل ذراع فيسبق عليه الكتاب فيعللمل بعملل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫أهل النار فيدخلها . وإن أحدكم ليعمل بعمل أهل الن لار‬ ‫ل‬ ‫حتي ما يكون بينه وبينها إل ذراع فيسبق علي له الكت لاب‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخلها ( رواه البخاري‬ Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a.‫عن أبي عبد الرحمن عبد الله ب لن مسعل لود رض لي الل له‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ل‬ – ‫عنه ، قال : حدثنا رسول الله صلي الله عليلله وسلللم‬ ‫وهو الصادق المصدوق . lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya. dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani. sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta. lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. iaitu supaya menulis rezekinya. sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta. kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama. kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka. ajalnya. sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda.

1 PERINGKAT PERTAMA NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga. kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " (surah al-Insan : 2) Menurut Ibn Jurair al-Tabari. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.Kesimpulan 3. Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani Maksud firman Allah            " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan). Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. tabung dan sebagainya.2 PERINGKAT KEDUA ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan . Firman Allah : 12 .0 PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN Al-Quran menceritakan pada kita secara terpeinci kronologi kejadian manusia seperti berikut: 3. manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. tulang dan fakulti . tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. 3.

3. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14 Firman Allah :    "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" (Al-Mukminun : 14)                           Wahai umat manusia. sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat).    " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (Al-Mukminun : 14) Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. suatu buku atau ketulan darah. kemudian 13 . maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar.3 PERINGKAT KETIGA MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. pacat atau lintah. Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam rahim. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : sesuatu yang bergantung atau melekat.

hati. telinga dan mulut semakin sempurna. otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Untuk perkembangan seterusnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.dari setitik air benih. buah penggang. Begitu juga dengan organ pembiakan. kemudian dari sebuku darah beku. Jantung bayi pula mula berdengup. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Apabila tulang belulang telah dibentuk. kalenjar. otak dan tulang belakang mula terbentuk. 3. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. (al-Hajj:5) Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak. saraf tunjang. Begitu juga mata.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.4 PERINGKAT KEEMPAT IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. 3. Firman Allah:       "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun : 14) Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Pada tahap ini perut dan usus .5 PERINGKAT KELIMA 14 . telinga dan anggota-anggota yang lain. (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami). seluruh saraf. kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan.

6 PERINGKAT KE ENAM NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.w. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". 3. semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. beberapa perubahan lagi berlaku. (al-Mukminun : 14) Pada bulan ketiga. 15 . Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Firman Allah :           setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya.NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan .           Maka apabila Telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan keempat. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Cuveir. iaitu Allah. Copernicus. sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral.w. Bapa Paleontologi. mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah 16 .Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s. yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Keppler.0 4. pengasas sains botani dan zoologi. Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta). Galileo.t 4. Linnaeus. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci. dan Isaac Newton. falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah. Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan idea evolusi ini.1 KEBENARAN AL-QURAN MENOLAK TEORI EVOLUSI BARAT TEORI EVOLUSI Teori Evolusi atau Darwinisme tidak hanya sebagai konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan. Teori evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama. dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaanNya.2 SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). 4. malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang. Falsafah ini adalah "materialisme". yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup". Meletakkan segalanya pada status benda. Bagaimanapun.

M. Falsafah materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya. H. Charles Robert Darwin. Menurut Darwin. 4. maka ia mendakwa bahawa setiap benda. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. 17 . spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal lagi. amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan.tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya. beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". yang bertentangan dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori evolusi" pada pertengahan abad ke 19. samada yang hidup atau tidak. telah muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Falsafah materialistik.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun ke-19. Darwin yang masih muda pada masa itu. Dengan meletakkan idea ini di dalam mindanya. Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaankeadaan semulajadi. adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun apabila ia mendapat arahan. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama. Minda manusia bagaimanapun.3 KHAYALAN DARWIN Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur.

Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata). manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru. Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan. Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Halaman 90) 18 . (Harun Yahya. Kekalahan Darwinisme dalam menghadapi sains dapat dilihat dalam tiga asas berikut: a) b) Teori adalah tidak rasional untuk menjelaskan hidupan tunggal pertama timbul di atas muka bumi Tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa “mekanisme bersifat evolusi” yang dikemukakan oleh teori memiliki kesan mampu menghasilkan fenomena evolusi. bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Beliau mengakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). c) Rekod Fosil mendedahkan gambaran yang bertentangan terhadap andaian teori. dan naluri benda-benda hidup ini. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species. Idea tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. By Means of Natural Selection" pada tahun 1859. Menurut Darwin. Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Keajaiban Al-Quran (2003). iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai.Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains.

peningkatan sains hanya mendedahkan dengan lebih jelas ketidaklogikan dakwaan evolusionis ini. 4. Dengan situasi ini sendiri menjadi bukti.Seorang ahli fizik Amerika. 4. Apabila wajah sebenar teori evolusi ini makin terserlah dan apabila masyarakat umum mula melihat kebenarannya. menolak fakta ciptaan dan meletakkan asas asal hidupan kepada kebetulan sepenuhnya.4 EVOLUSI TIDAK AKAN DAPAT DIBUKTIKAN DI MASA HADAPAN Oleh itu. hanya akan menjadi suatu sumber yang memalukan. Inilah yang telah berlaku setakat ini. Sedangkan persamaan 19 . Bagaimana pun. makin jelas bahawa sel bukan satu sebatian yang ringkas dan terbentuk secara rawak. dan kemudian mempertahankan dakwaan-dakwaan ini dengan paksaan. Makin banyak struktur dan fungsi-fungsi hidupan ditemui. seperti yang diramalkan berlaku mengikut kefahaman biologi yang primitif pada zaman Darwin. Sebagai contoh. sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh. menunjukkan keraguan yang nyata. terdapat banyak hidupan yang menyamai seekor kuda dan seekor kucing dan banyak serangga kelihatan hampir sama dengan yang lain. Persamaan-persamaan dasar di antara manusia dan beruk bagaimana pun mendapat lebih perhatian. Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya di dalam The Origin of Species seperti yang sering ditonjolkannya. Persamaanpersamaan ini tidak memeranjatkan sesiapa pun. samada sains dapat membuktikan sebuah teori yang keseluruhannya tidak berasas dan tidak logik tidak perlu dibicarakan walau berapa lama masa berlalu.5 HALANGAN TERBESAR KEPADA EVOLUSI: JIWA Terdapat banyak spesies di dunia yang menyerupai antara satu sama lain. tidak lama lagi penganjur evolusi yang fanatik ini tidak akan dapat menonjolkan muka mereka lagi (kerana malu). evolusionis hanya dapat menghiburkan hati mereka dengan berangan-angan bahawa sains akan dapat menyelesaikan dilema-dilema ini kemudian. Charles Robert Darwin. Sebaliknya. Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur. Tarikan ini kadang kala melampaui batas untuk membuatkan orang lain percaya tesis evolusi yang salah ini.

sedangkan seekor adalah serangga dan seekor lagi adalah mamalia. dan membuat pertimbangan. mempunyai keinginan yang kuat dan boleh berfikir. memahami. Semua sifatsifat ini adalah fungsi jiwa yang dimiliki oleh manusia. sekiranya aspek kebijaksanaan diperhitungkan. satu-satunya benda hidup yang mempunyai jiwa ialah manusia. Jiwa adalah perbezaan terbesar yang melebarkan jurang perbezaan di antara manusia dan hidupan lain. Terdapat satu perbezaan terbesar di antara manusia dan beruk yang mengetepikan persamaan luaran. beruk tidak dapat dikatakan lebih mirip kepada manusia daripada haiwan-haiwan lain. Selain daripada persamaan luaran ini. memilih. bercakap. Beruk adalah seekor haiwan dan ia tidak berbeza dengan seekor kuda atau anjing berdasarkan kepada peringkat kesedaran. Sedangkan manusia hidupan yang berkesedaran. Kumbang tanduk dan badak sumbu juga berkongsi persamaan luaran yang sama tetapi adalah melucukan untuk mencari rantai evolusi di antara kedua jenis makhluk ini berdasarkan persamaan ini. 20 .luaran di antara manusia dan beruk tidak membuktikan apa-apa. maka lebah madu yang membina struktur geometri yang menakjubkan dan labah-labah yang membina jaring dengan kejuteraan yang mengagumkan. Mereka lebih unggul di dalam beberapa aspek. Semulajadinya. boleh dikatakan lebih mirip kepada manusia. Sebenarnya.

seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Tidak ada makhluk lain yang sanggup menerima beban sebagai khalifah di bumi ini sekalipun malaikat. Kenyataan yang akan mereka hadapi sekiranya teori ini ditolak ialah. Oleh itu Allah mengurniakan akal untuk mengkaji sesuatu untuk keperluannya di dunia dan di akhirat. Allah telah menerangkan setiap proses kejadian tersebut di dalam Al-Quran. kebenaran telah pun terbukti: Manusia tidak muncul melalui proses evolusi. sehingga mencetuskan perbagai konflik dan mengetepikan berbagai bukti-bukti yang mereka temui? Jawapannya ialah kerana mereka takut terhadap fakta yang terpaksa mereka hadapi sekiranya mereka menolak teori evolusi ini. dan kebenaran Al-Quran telah dibuktikan oleh para saintis secara saintifik. sebagaimana mereka membohongi dunia seluruhnya dengan kerjasama daripada media. bahawa manusia telah diciptakan oleh ALLAH. Makhluk lain diciptakan dan dijadikan Allah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Sekiranya mereka tidak menemui fosil yang dikehendaki. Tetapi manusialah yang sanggup menerima bebenan itu. Apa yang menyebabkan ramai para saintis masih terus mempertahankan dogma ini? Mengapa mereka bekerja keras untuk mengekalkan teori ini. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal. Bagaimana pun. kerana 21 . maka mereka mendustai diri mereka sendiri.KESIMPULAN Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini. dengan mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan falsafah materialis yang mereka anuti. Kemudian. Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya. sama ada di dalam bentuk lukisan-lukisan imaginasi atau model-model khayalan. Walau segigih mana pun mereka mencuba. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir alam ini. mereka akan menciptanya sendiri. Kerana itu. tetapi ia telah diciptakan oleh Allah. mereka cuba meyakinkan bahawa fosil-fosil ini sebenarnya wujud. Dalam mencari kebenaran asal kejadian manusia. maka ciptaan adalah satu konsep yang tidak dapat diterima oleh evolusionis.

kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya .manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran. Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau. Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. 22 . tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini.

harunyahya.tripod. Edisi Keempat (2007) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Rujukan Laman Sesawang http://www. (1996) Manusia dan Islam.my http://permai1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Harun Yahya. (1992) Tasawwur Islam. (2003) Keajaiban Al-Quran. Kuala Lumpur : Penerbitan Hizbi Harun Din.RUJUKAN Harun Din. Dato’ Prof. Dato’ Prof.com http://. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa Kamus Dewan.com 23 .mindamadani.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful