Anda di halaman 1dari 3

‫التصرفات الرتكة وأمهيتها على االقتصاد االسالمى‬

PENGURUSAN HARTA PENINGGALAN DAN KEPENTINGANNYA KE ATAS EKONOMI ISLAM

© Fahrurrazi bin Abu Bakar, PID 07150, SUU 1, Tahun 3

Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan anjal. Islam telah mengiktiraf
dengan baik akan timbul dan wujudnya pelbagai bentuk keusahawanan dan perniagaan di
alaf baru ini. Semuanya demi memenuhi maqasid syariah, iaitu menjaga dan memelihara
manusia dari kefasadan. Bahkan, dengan pengiktirafan syarak, ekonomi masyarakat
Islam semakin berkembang dan bertambah maju dinihari dengan lahirnya produk-produk
yang berkualiti, sistem penyenggelaraan yang efisien, dan akad-akad yang canggih.
Ramai juga yang tertarik dan menceburi bidang ekonomi Islam, tidak kira sama ada
mereka dari kalangan orang Islam ataupun dari kalangan bukan Islam sehinggakan ada
yang memilki aset-aset yang bernilai jutaan Ringgit.

Namun, apa yang mendukacitakan di sini ialah, ramai yang mengabaikan


kedudukan harta milikan mereka selepas mati. Merujuk dan berpaksikan kepada keadaan
semasa di Malaysia, pengurusan harta peninggalan dipandang sebelah mata. Masyarakat
Islam di Negara kita sering mengabaikan kepentingannya, bahkan menganggap segala
harta peninggalan daripada si mati akan selesai diagihkan kepada waris-waris apabila kes
diajukan ke Pegawai Pejabat Tanah atau ke Mahkamah Syariah. Ini adalah satu
tanggapan yang salah dan pandangan ini haruslah dibetulkan.

Sebelum melangkah lebih jauh, harus kita ketahui apakah yang dimaksudkan
dengan pengurusan harta peninggalan. Pengurusan harta peninggalan bermaksud
sebarang usaha dan rancangan yang dilakukan ke atas harta bagaimana ia harus dibahagi
dan diagihkan kepada waris-waris apabila si pemilik harta tadi meninggal dunia. Proses
pengurusan harta ini hendaklah dilakukan semasa pemilik harta tadi masih hidup lagi.

Harta peninggalan, atau dalam istilah kontemporarinya disebut aset, haruslah


sesuatu yang memiliki nilai yang boleh diperdagangkan. Terbahagi kepada dua bahagian
iaitu aset alih dan aset tidak alih. Aset alih ialah sesuatu harta milikan si mati yang boleh
dibawa kemana-mana. Contohnya adalah seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan,
saham-saham, binatang ternakan, dan barang kemas. Manakala aset tak alih pula ialah
sesuatu harta yang terlekat mati pada tanah. Contohnya seperti bangunan, ladang ataupun
rumah.
Merujuk kepada fakta yang diutarakan oleh sebuah intitusi pengurusan dan
pentadbiran hal ehwal orang Islam, setakat maklumat yang dikumpulkan kini, terdapat
lebih 4.5 billion Ringgit nilai aset orang Islam yang beku. Aset-aset ini langsung tidak
dituntut oleh mana-mana waris. Ini disebabkan kegagalan mengurus segala aset semasa
seorang individu itu masih lagi hidup. Mereka meninggalkan aset kepada ahli waris si
mati dalam keadaan tiada arahan atau satu tatacara pengurusan yang nyata. Implikasi
yang besar yang terpaksa dialami dan ditanggung ialah, harta tadi tidak dapat
dikembangkan dan dimaslahahkan, malah badan dan institusi yang mentadbir aset-aset
tersebut terpaksa menanggung kerugian akibat pengendalian yang berterusan ke atas aset-
aset yang tidak dituntut atau yang tidak ada arahan yang jelas ke atas pengurusannya.
Disebabkan aset-aset yang beku tadi, sebarang bentuk akad dan kontrak tidak dapat
dibentuk dan dimeterai, apatah lagi dilaburkan. Tambahan lagi, tiada langsung pengaliran
wang sama ada keluar atau masuk dan keadaan ini akan membantut dan merencatkan
pertumbuhan ekonomi negara.

Contoh yang mudah ialah aset itu adalah sebidang tanah. Kadang-kadang, bagi
mengelakkan pergaduhan, waris-waris cenderung untuk terus membuat keputusan dalam
masa yang singkat dengan keputusan pembahagian yang tidak munasabah dan tidak
ekonomik. Misalnya tanah seluas satu ekar dibahagikan kepada semua waris seramai 10
orang. Sementara itu, kekeliruan juga timbul apabila pemilik harta tidak pernah semasa
hidupnya memberitahu waris-waris berkenaan harta yang dijual tanpa pindah milik yang
sempurna. Apabila pembeli muncul membuat tuntutan, waris-waris cuba menafikannya.
Keadaan ini menimbulkan perbalahan antara waris dan pembeli. Selain dari itu, masalah
akan menjadi lebih parah apabila waris-waris yang sepatutnya menerima harta
peninggalan tadi meninggal dunia dan menyebabkan kematian yang berlapis. Jadi
kesannya, harta tak alih tidak dapat diurusniga dan dimajukan, sementara wang simpanan
di bank-bank dibekukan. Beberapa lama, ia cenderung di pulangkan ke tabung wang
tidak dituntut.

Bayangkan, sekiranya aset itu ditinggalkan oleh si mati tanpa apa-apa pesanan
atau arahan, ia tentu mengundang pelbagai risiko. Perebutan harta di kalangan waris
semestinya boleh berlaku. Tiada siapa yang tidak mahu harta yang melimpah ruah. Pada
zaman ini, ramai orang cenderung menilai sesuatu perkara berdasarkan kebendaan
semata-mata. Kecenderungan waris merebut jenis harta yang bernilai dan berpotensi
tinggi menyumbang kepada pertelingkahan sesama waris. Dalam masa perbalahan
sesama mereka, aset pula terganggu. Keadaan ini merugikan semua pihak termasuk
negara sendiri.

Jelas dari situasi di atas, pengurusan harta peninggalan amatlah penting dan
keperluannya sangat kritikal. Berikutan dari permasalahan ini, maka terwujudlah amalan
wisoyah. Wisoyah adalah konsep pengamanahan yang mengandungi beberapa unsur
seperti peranan wali, wasi, wakil dan lain-lain fungsi yang menekankan tugas sebagai
pemegang amanah terhadap harta seseorang. Kewajiban ini termasuk kewajipan
penjagaan harta, perbelanjaan, pelupusan hutang, pemulangan barang pinjaman, menukar
hakmilik, mengembangkan harta dan sebagainya demi menunaikan hasrat pemberi
amanah dan memelihara kebajikan ahli keluarga pemberi amanah. Maka, dapat
disimpulkan di sini bahawa fungsi pemegang amanah sebenarnya adalah lebih luas dan
perlu dimainkan secara aktif kerana perkembangan harta dan liabiliti kewangan adalah
berubah dari masa ke semasa, seperti pemilik harta yang terlibat dengan pasaran saham
dan aktiviti perniagaan.

Dalam pengurusan wisoyah, ianya melibatkan akad penyerahan amanah kepada


pemegang amanah. Oleh itu terdapat beberapa item yang ditugaskan untuk pentadbiran
dan pengagihan harta tersebut. Pengagihan ini boleh berlaku ketika mana pemberi
amanah tersebut masih hidup atau semasa peninggalannya. Tatacara berkenaan wisoyah
adalah melibatkan urusan dokumentasi dan terdapat beberapa langkah yang diambil bagi
melicinkan proses pengurusan tersebut, antaranya;

1. Proses perbincangan antara pelanggan dengan pihak pemegang amanah.


2. Proses pemberitahuan maklumat harta serta pembahagian harta mengikut item
yang ditetapkan.
3. Perincian kewajipan asas seperti kos pengurusan jenazah, melangsaikan segala
hutang sama ada ianya adalah hak allah seperti zakat, kifarat, nazar, haji dan hak
sesama manusia.
4. Kos pengelolaan bagi urusan pengagihan harta sepencarian, hibah, wasiat dan
wakaf.
5. Senarai waris akan ditentukan bagi mamudahkan proses faraid, secara umumnya
turut dikemaskinikan kerana ketikanya waris mati terlebih dahulu daripada
pelanggan.
6. Menetapkan kadar faraid mengikut harta yang dimiliki.
7. Senarai harta aset akan diperakui dan dikemaskini, sama ada berlaku pertambahan
atau penyusutan harta.
8. Senarai tanggungan dan liabiliti yang perlu dijelaskan.
9. Menentukan pembahagian khas ke atas keluarga berdasarkan persetujuan semua
pihak.

Kesimpulannya, berdasarkan contoh-contoh yang dikemukakan, dapatlah kita


ketahui bahawa pengurusan harta peninggalan amat penting dan proses pengurusan
haruslah bermula ketika si mati itu masih hidup lagi. Pengolahan harta secara terancang
dan tersusun boleh mengurangkan kerugian dan mengelakkan dari berlaku pembaziran.
Aset-aset tak alih dapat dimanfaatkan secara maksima, manakala aset-aset alih terus
beredar di pasaran. Dengan itu, kadar produktiviti sesebuah perniagaan atau apa-apa saja
dapat dikekalkan dan sekaligus akan menghasilkan kedudukan ekonomi agama dan
negara yang stabil dan berkembang.

Anda mungkin juga menyukai