Anda di halaman 1dari 16

1.

Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. Tidak hanya melindungi Anda dari
penyakit jantung, tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu, kandungan folat
dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang membuat bahan kimia berbahaya.
Penelitian telah menunjukkan bahwa tingkat tinggi asam amino (homosistein) dapat
menyebabkan serangan jantung dan stroke.

2. Biji bunga matahari


Mungkin Anda lebih mengenalnya dengan sebutan kuaci. Kandungan magnesiumnya sangat
tinggi dan biji bunga matahari mengandung pitosterol, yang dapat mengurangi kadar kolesterol
dalam tubuh. Kolesterol tinggi merupakan pemicu tekanan darah tinggi,  karena dapat
menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Tapi, pastikan Anda mengonsumsi kuaci segar
yang tidak diberi garam.

3. Kacang-kacangan
Kacang-kacangan, seperti kacang tanah, almond, kacang merah mengandung magnesium dan
potasium. Potasium dikenal cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi. 

4. Pisang
Buah ini tidak hanya menawarkan rasa lezat tetapi juga membuat tekanan darah lebih sehat.
Pisang mengandung kalium dan serat tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung.
Penelitian juga menunjukkan bahwa satu pisang sehari cukup untuk membantu mencegah
tekanan darah tinggi.

5. Kedelai
Banyak sekali keuntungan mengonsumsi kacang kedelai bagi kesehatan Anda. Salah satunya
dalah menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah tinggi. Kandungan isoflavonnya memang
sangat bermanfaat bagi kesehatan.

6. Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang karena cara memasaknya yang tidak sehat. Padahal kandungan
mineral, serat dan potasium pada kentang sangat tinggi yang sangat baik untuk menstabilkan
tekanan darah.

7. Cokelat pekat (dark chocolate)


Pecinta cokelat pasti akan senang, karena kandungan flavonoid dalam cokelat dapat membantu 
menurunkan tekanan darah dengan merangsang produksi nitrat oksida. Nitrat oksida membuat
sinyal otot-otot sekitar pembuluh darah untuk lebih relaks, dan menyebabkan aliran darah
meningkat.

8. Avokad
Asam oleat dalam avokad, dapat membantu mengurangi kolesterol. Selain itu, kandungan
kalium dan asam folat, sangat penting untuk kesehatan jantung. (umi

Menurunkan Darah Tinggi

 Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.


 Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
 Makanlah biji buah Peria.
 Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
 Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
 Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama
nisbahnya.
 Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal
setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
 Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
 Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum
ramuan ini setiap pagi dan petang.

Menurunkan Darah Tinggi

 Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat
dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih,
mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di
minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi

 Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin
bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat
atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.
Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga
pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun
kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah
doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Makanan untuk yang menghidap hypertension

DIGALAKKAN:

1. Nasi putih
2. Mee asam laksa/ mihun @ kueyteow sup/ tomyam
3. Capati tanpa ghee/ tosei.
4. Masak tom yam
5. Ikan @ ayam bakar
6. Ikan kukus / masak asam pedas/ masak tomato
7. Sandwich/ apam tanpa kelapa/ popia basah (tanpa udang/telur)/ kuih kukus (tanpa santan)
8. Buah-buahan segar

DIELAKKAN

1. Nasi beriani
2. Nasi lemak
3. Nasi ayam
4. Mee kari/ mihun/ kuey teow goring
5. Roti canai/ telur/ murtabak
6. Masak rending/ masak bergoreng/ masak lemak/ kari bersantan/ ikan masin
7. Kuih bergoreng/ kuih bersantan
Tip-tip yang mudah tuk diamalkan dalam kehidupan.

MELANSINGKAN BADAN
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah: 1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar 3. Sebiji limau nipis Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan
diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah
badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

AWET MUDA DAN MENARIK


Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak. Amalkan ketiga-tiga cara di
bawah. 1. Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah. 2. Minum segelas
air suam setiap pagi sebaik bangun tidur. 3. Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari
selama 40 hari.

LEGAKAN SAKIT KEPALA


Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat
kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat
keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air
tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


 JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa
yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot)
untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi
rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan
lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah
kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

 
 AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan
tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan
rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh
menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

 
 MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan
memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang
berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

 
 ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk
kesihatan tubuh.

 
 KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna
anda kurang berat yang disebabkan air.

 
 AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.
Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung
untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi?
Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar
metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

 
 MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita
makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan
kepuasan.

 
 KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan
cara ini ia lebih mudah dihadam.

 
 Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali,
dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

 
 Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau
kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan
selera anda.

 Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja
meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

 
 Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah
sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

 
 Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam
proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan
berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda
ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan
makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di
mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih
sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap
pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

 
 Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam
penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif
mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran
anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh
badan.

 
 Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh
menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari
minyak atau lemak haiwan.

 
 Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang
terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.
Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi
sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan
ringan yang anda habiskan!

 
 Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu.
Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda
menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut
anda baru saja terisi.

 
 Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja
dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah
perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah
dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling
akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

 
 Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan
lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula
hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut
atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

 
 Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32
kilokalori.

 
 Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
      i.     Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak
melecet dan sihat
      ii.    Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga
untuk beberapa tingkat,
            kemudian sambunglah denagan menaiki lif
      iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas
yang dalam
      iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi
yang kaku.
            Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
      v.   Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang
lama.
            Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
SOME DISEASES @ IT’S DIAGNOSIS……

GOUT
 

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia.
Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L
(7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout
walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan
mengidap penyakit gaut.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali
berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita
mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada
sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan
beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua.
Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan
makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit


metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan
purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada
kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur
inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi
yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca


sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang
menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat
gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia,
diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang
itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut,
interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-
tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang
dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah
bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan
demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang
dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin
pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali,
lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga
10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan
panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada
badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia
berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya
menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana
pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada
pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau
pseudogout.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya
bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan
pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90
peratus kes yang dilaporkan.

·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan
lebih berisiko mendapat gout.

·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram
daripada berat badan normal.

·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah
tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang
tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan
terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah,
ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan
paras asid urik dalam badan pesakit.

·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga
yang ada masalah gout.

·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan
pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula
selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas,
bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta
boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah
pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut
berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing
dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia
mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang.
Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada
enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah
pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk
berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan
laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.
Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan
kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah
ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin
(indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat
allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu
diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric
(probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori


bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan
corticosteroids.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi
(ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate
intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat
sekiranya terdapat kegagalan ginjal.

Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan
adalah ( colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular
glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan


mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet
rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu
pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid
urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat.


Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat
gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan
penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang
diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai
kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh
mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia,
juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:

 ceri didapati mampu mengurangkan asid urik


 strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
 elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
 hadkan daging kepada satu hidangan sehari

 Jangan makan
o sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
o sardin
o ikan bilis
o hasil daging, consommés, dan ( gravies )

 Guna secara berhemah:


o asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb

 Elakkan kurang air:


o Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu
proses penyingkiran urate;
o Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea
dan alkohol.

 Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan
boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

 
Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)  

 DEFINISI

Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan


darah di dalam arteri.

Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di


mana tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya
rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan
kerosakan ginjal.

Ukuran Tekanan Darah

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

 120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat


denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80)
menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia
dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa
anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Dikatakan tekanan darah tinggi jika  tekanan sistolik mencapai 140


mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih,
atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan
tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140


mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan
tekanan diastolik masih dalam  normal. Hipertensi ini sering terjadi pada
usia lanjut.
Apabila usia semakin lanjut,  hampir setiap orang mengalami kenaikan
tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun
sementara tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun,
kemudian berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.

Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa


 

Tekanan Darah Tekanan Darah


Kategori
Sistolik Diastolik
Dibawah 130
Normal Dibawah 85 mmHg
mmHg
Normal tinggi 130-139 mmHg 85-89 mmHg
Stadium 1
(Hipertensi 140-159 mmHg 90-99 mmHg
ringan)
Stadium 2
(Hipertensi 160-179 mmHg 100-109 mmHg
sedang)
Stadium 3
180-209 mmHg 110-119 mmHg
(Hipertensi berat)
Stadium 4
210 mmHg atau 120 mmHg atau
(Hipertensi
lebih lebih
maligna)

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan


keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer.
Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa
perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-
sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah


feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan
hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman),


stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah
antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung
menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres
telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi


seperti:

 Serangan jantung
 Angin ahmar
 Kegagalan jantung
 Kerosakan buah pinggang
 

# Artikel ini sekadar pendedahan ringkas sahaja, jika ada sebarang


kemusykilan, sila rujuk doktor @ jabatan kesihatan yang berdekatan. 
     
 

Nasihat dan Panduan Kesihatan


 
Amanat Doktor Raja- raja dahulu
 
Ketika seorang raja bertanya kepada doktornya, bagaimana cara menjaga kesihatan, maka
jawapan dari doktor tersebut adalah seperti berikut ;

“Jangan kahwin kecuali yg masih muda.

Jangan makan daging kecuali yg masih segar.

Jangan minum ubat kecuali benar-benar sakit.

Jangan makan buah-buahan yg bukan pada musimnya.

Kunyahlah makanan sampai hancur/halus.

Tidur siang selepas makan tidak salah (tidak mengapa), tetapi jangan tidur setelah makan
malam kecuali terlebih dahlu berjalan-jalan paling kurang 50 langkah.
Jangan makan kecuali sesudah lapar. Jangan memaksa wanita untuk bersetubuh.

Jangan menahan-nahan membuang air kecil.

Jangan menambah makanan ketika perut masih penuh.

Jangan makan sesuatu yahg tidak dapat dikunyah oleh gigi kerana perut tidak dapat
mencernakannya.

Sebaik-baik simpanan adalah darah dalam tubuh, maka jangan dibuang kecuali hanya
diperlukan.

Rehatlah dengan tidur kerana ada beberapa penyakit yang dapat keluar dari tubuh melalui
tidur.
 

Amanat Imam Syafie


Imam Syafie telah berpesan…

1. 4 perkara yang dapat menguatkan tubuh iaitu makan daging, mencium wangian/haruman, sering
mandi dan memakai pakaian dari kapas (cotton).

2. 4 perkara yang melemahkan tubuh ialah terlalu banyak bersetubuh, terlalu banyak bersedih, terlalu
banyak menelan air liur dan sering makan benda yang masam.

3. 4 perkara yang dapat mempertajamkan mata (penglihatan) iaitu duduk melihat Kaabah,
menggunakan celak mata setiap malam, memandang benda yang hijau dan membersihkan tempat
duduk.

4. 4 perkara yang menyebabkan kaburnya penglihatan ialah melihat benda yang kotor, melihat org
disalib, selalu melihat kemaluan dan duduk membelakangi Kaabah.

5. 4 perkara yang dapat menambah kekuatan akal ialah meninggalkan perkara yg sia-sia, bersugi,
sering menghadiri majlis org salih dan majlis para ulama’

Anda mungkin juga menyukai