Anda di halaman 1dari 10

ihatan Awam

Bahagian Pergigian
Bahagian Perubatan
Bahagian Farmasi
Pejabat Pengarah
Bahagian Pengurusan
Unit Pengurusan Am
Unit Perkhidmatan dan Perjawatan
Unit Kewangan
Unit Teknologi Maklumat
Unit Pembangunan
Unit Kaunseling
Unit Latihan
Bahagian Kesihatan Awam
Unit Inspektorat dan Perundangan (UIPN)
Unit Kualiti Kesihatan Awam
Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga (MCH)
Unit Pemakanan
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
(Epidemiologi)
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Unit Keselamatan & Kualiti Makanan
Unit Vektor
Unit Kejuruteraan
Unit AIDS / STD
Unit Pendidikan Kesihatan / Promosi Kesihatan
Bahagian Perubatan
Unit Kualiti Perubatan
Unit Rekod Perubatan
Unit Kejururawatan
Unit Kualiti Amalan Perubatan Swasta (UKAPS)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Unit Kuatkuasa
Unit Amalan dan Perkembangan Farmasi

PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL

Perkhidmatan farmasi klinikal yang paling asas dan disediakan di semua Hospital dan Klinik
Kesihatan dalam Negeri Selangor adalah:

 Pendispensan ubat untuk pesakit luar/ klinik harian


 Pendispensan ubat pesakit dalam dan bekalan ubat wad

Dengan pertambahan bilangan Pegawai Farmasi serta kemudahan perkhidmatan, beberapa


perkhidmatan lain telah dapat dikembangkan.

1. Pendispensan
2. Kaunseling
3. Pemonitoran Ubat Terapeutik/Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
4. Admikstur Ubat Intravena
5. Total Parenteral Nutrition (TPN)
6. Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)
7. Pharmacotherapy Ward Round

Pendispensan
Di Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi Pesakit Dalam, kakitangan farmasi bertanggungjawab
menyaring setiap preskripsi yang diterima bagi memastikan ianya adalah preskripsi yang sah dan
dos, kekuatan ubat, kekerapan serta tempoh masa yang tertulis adalah betul, sebelum
mendispense ubat kepada pesakit. Semua Jabatan Farmasi juga mengamalkan Quality Assurance
bagi memastikan pengisian dan pelabelan ubat adalah betul dan tiada kesilapan berlaku. Di
Farmasi Pesakit Dalam, sistem ‘Unit of Use’ dan ‘Unit Dose’ digunapakai bagi memastikan
pemberian ubat yang lebih teratur dan terkawal.

Kaunseling
Perkhidmatan Kaunseling ubat-ubatan secara individu dijalankan di semua hospital serta Klinik
Kesihatan yang ada Pegawai Farmasi. Di beberapa hospital, sesi kaunseling berkumpulan turut
diadakan untuk pesakit.

Therapeutic drug monitoring (TDM)


Pemonitoran paras ubat dalam darah (Therapeutic Drug Monitoring/ TDM) bagi memastikan
paras ubat dalam darah pesakit adalah didalam julat terapeutik atau bagi menentukan sama ada
ketoksikan berlaku atau tidak. Pegawai Farmasi boleh mengesyorkan pengubahsuaian dos
berdasarkan keputusan ujian TDM. Aktiviti ini mula diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang. Kini perkhidmatan ini turut disediakan di Hospital Selayang dan Hospital
Kajang. Di antara ubat yang dimonitor adalah ubat-ubat yang mempunyai kesan toksik jika
diambil berlebihan serta ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil seperti Digoxin,
aminophylline dan Phenytoin.

Admikstur Ubat Intravena


Penyediaan ubat-ubatan suntikan intravena secara aseptik digunakan apabila campuran ubat perlu
diberi kepada pesakit secara intravena bagi tempoh masa tertentu. Cara ini mempunyai kelebihan
darii segi kepastian pencegahan kontaminasi dan ketepatan dos yang diberi. Ini juga menjimatkan
kos rawatan di mana satu ubat suntik ‘multidose’ boleh digunakan untuk rawatan beberapa
pesakit. Perkhidmatan ini disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selayang dan
Hospital Kajang.

Total Parenteral Nutrition (TPN)


Penyediaan larutan nutrisi parenteral secara aseptik serta pemonitoran keperluan nutrisi pesakit
yang menerima larutan TPN dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan
Hospital Selayang. Bekalan TPN bagi pesakit di Hospital Kajang pula disediakan secara
‘outsourced’ dari Hospital Kuala Lumpur.

Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR)


Penyediaan ubat-ubat sitotoksik secara aseptik dilakukan dalam bilik aseptik dengan sekitaran
yang terkawal bagi mengurangkan risiko kontaminasi dan kesan sitotoksik kepada pekerja.
Perkhidmatan ini disediakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (turut menyediakan
untuk pesakit Hospital Kajang) dan Hospital Selayang.

Pharmacotherapy ward round


Aktiviti ini mula dijalankan pada tahun 2004 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan
Hospital Selayang. Melalui rondaan wad bersama Pegawai Perubatan, perbincangan dan
penelitian kes-kes pesakit serta rawatan yang terbaik dapat diberikan

Fungsi Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal/Therapeutic Drug Monitoring (TDM)

 mengukur kepekatan paras serum ubat dalam darah

 memberikan maklumat yang tepat dalam aspek keselamatan & efikasi terapi

 meminimakan risiko ketoksikan


 membantu dalam pengubahsuaian regimen dos pesakit dalam meningkatkan kesan
farmakologi drug yang diingini

 penting bagi drug yang berjulat terapeutik rendah seperti digoxin dan aminoglikosid

“Therapeutic Drug Monitoring” - TDM


Paezaiton bt. Awang @ Saibun, R.Ph
Pegawai Farmasi, Hospital Kangar
 
             Penggunaan ujian biokimia sebagai sumber bantuan dalam penilaian klinikal pesakit
semakin mendapat perhatian sejak dua dekad yang lalu.
 
             Sejajar dengan perkembangan teknik analitis yang automatik dan terkini, maka
perkhidmatan farmakokinetik klinikal diwujudkan untuk memantau tahap penjagaan pesakit
secara optima. Pemonitoran Terapeutik Ubat-Ubatan (TDM) adalah perkhidmatan
farmakokinetik klinikal yang melibatkan pengukuran paras kandungan ubat-ubatan di dalam
darah pesakit. Ia juga melibatkan penentuan parameter-parameter farmakokinetik tertentu ubat-
ubatan agar pengubahsuaian dos (sukatan) ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit dapat
dilakukan. Demikian adalah bertujuan untuk mendapatkan faedah klinikal yang maksima dan
pada masa yang sama untuk mencegah kesan toksik (kesan bahaya) ubat-ubatan.
 
             Perkhidmatan TDM telah dilaksanakan di Hospital Kangar sejak tahun 1995 dengan
kerjasama Unit Biokimia Hospital Kangar dan Farmasi Hospital Alor Setar. Namun begitu pada
penghujung tahun 1998, perkhidmatan ini dijalankan sepenuhnya di Farmasi Hospital Kangar.
Sejak beroperasi selama lebih 3 tahun  didapati kemajuannya amat memberangsangkan di mana
bilangan kes yang dikendalikan   meningkat tahun demi tahun.
 
             Apabila seseorang pesakit mengambil ubat, beberapa proses akan berlaku kepada ubat
tersebut di dalam badan pesakit; iaitu pengecaian ubat, penyerapan ubat ke dalam peredaran
darah, pengedaran ubat ke dalam tisu-tisu badan, metabolisme ubat ke bentuk aktif atau tidak
aktif; serta seterusnya ubat tersebut mengalami proses perkumuhan melalui hati, ginjal atau paru-
paru.
 
             Sehubungan itu maka penggunaan paras ubat dalam darah pesakit diperlukan sebagai
salah satu cara untuk menentukan dos (sukatan) ubat pesakit. Ini kerana terapi ubat yang optima
adalah selari dengan perhubungan kepekatan ubat yang diukur dengan kesan terapeutik ubat
tersebut. Objektif pengukuran paras ubat dalam darah adalah untuk menilai tahap komplians
(kepatuhan) pesakit kepada rawatan, menilai kesan terapeutik atau kesan toksik (bahaya) ubat
kepada pesakit, menentukan regimen dos (sukatan) ubat kepada pesakit yang mengalami
gangguan ginjal atau hati dan  pesakit yang menjalani hemodialisis. Selain itu ia juga dapat
mengenalpasti kebioperolehan ubat yang pelbagai jenama dan bentuk dosejnya.
 
             Secara umumnya perkhidmatan TDM melibatkan 4 peringkat iaitu tujuan penentuan
kepekatan ubat, ketepatan persampelan dan prosedur pengukuran paras ubat, interpretasi
keputusan dan pengurusan terapeutik.
 
           Perkhidmatan TDM ini akan hanya memantau paras ubat-ubatan tertentu sahaja iaitu
ubat-ubatan yang mempunyai pelbagai ciri farmakokinetik dan mempunyai indeks terapeutik
yang sempit umpamanya ubat-ubatan dari kelas “Cardiac Glycosides” (contohnya Digoxin),
ubat-ubatan merawat asma (contohnya Theophylline atau Aminophylline), ubat-ubatan Anti-
epileptik (contohnya Carbamazepine, Phenytoin, Phenobarbitone, Sodium Valproate) dan
antibiotik (Gentamicin, Amikacin). Selain itu pengukuran paras keracunan Paracetamol juga
dilakukan bagi kes-kes pengambilannya dalam kuantiti yang terlalu banyak.
 
            Bagi menjamin keberkesanan kos rawatan, pemilihan pesakit untuk  keperluan TDM
ialah pesakit yang mengalami kegagalan ginjal, hati, jantung atau keabnormalan hematologi
yang dikenalpasti oleh doktor.
 
            Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan kepada pesakit, tidak seharusnya
mengenepikan kemungkinan kegagalan pengubatan menggugat rawatan pesakit. Oleh itu TDM
adalah salah satu daripada pelbagai cara untuk mempastikan keberkesanan rawatan. Jadi
kelangsungan dan kemajuan perkhidmatan ini adalah wajar untuk mencapai tahap kualiti
perawatan yang membanggakan semua pihak.
 
 FUNGSI/ AKTIVITI UTAMA

      1) Stor Integrasi

Aktiviti utama Stor Integrasi adalah menguruskan perolehan dan pembekalan ubat, alat pakai buang consumables�, peralatan
perubatan, aset bukan perubatan,bahan kimia dan gas perubatan untuk semua unit di Hospital Teluk Intan dan klinik-klinik
kesihatan di Daerah Hilir Perak. Program  �Hospital Inventory System� (HIS) telah digunakan bagi memperolehi barang-
barang standard (AP) dengan memesan terus kepada  Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd.
 
 
2) Farmasi Pesakit Luar
Farmasi Pesakit Luar berfungsi untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar dari
Jabatan Pesakit Luar hospital, klinik-klinik pakar hospital, Jabatan Kecemasanm rujukan
SPUB klinik kesihatan/hospital kerajaan yang lain dan pesakit hospital yang discaj.
Pembekalan ubat adalah hanya melalui peskripsi KKM. Preskripsi dari hospital universiti
akan dirujuk kepada Jabatan Pesakit Luar. Perkhidmatan disediakan setiap hari termasuk
hari cuti dan hujung minggu saperti berikut : 

             Hari Isnin � Khamis : 8.00pg � 5.00ptg

             Hari Jumaat              :  8.00pg � 12.15tgh, 2.45ptg � 5.00ptg

             Hari Sabtu- Ahad    : 9.30pg � 12.30tgh ( termasuk cuti umum)

3) Farmasi Pesakit Dalam

Unit ini bertanggungjawab keatas bekalan ubat untuk kegunaan pesakit dalam di wad/unit .
Sistem pembekalan adalah melalui Farmasi Satelit untuk bekalan suntikan dan tablet.
Sementara itu bekalan sediaan galenikal, ubat titis mata/telinga/hidung dan IV Drips adalah
melalui Farmasi Bekalan Wad. Perkhidmatan disediakan setiap hari saperti berikut :

            Hari Isnin � Jumaat : 8.00pg � 5.00ptg

            Hari Sabtu- Ahad    : 9.30pg � 12.30tgh ( termasuk cuti umum)

      4) Farmasi Aseptik

Unit ini menyediakan perkhidmatan yang meliputi sediaan yang memerlukan prosedur
aseptik saperti sediaan ubat titis mata, Total Parenteral Nutirition(TPN) dan rekonstitusi ubat
sitotoksik(CDR). Penyediaan adalah mengggunakan fasiliti 2 unit bilek bersih iaitu bilek
bersih untuk TPN dan bilek bersih untuk CDR. Perkhidmatan disediakan pada waktu hari
bekerja sahaja.

5)  Farmasi Wad
     Aktiviti yang dijalankan diuit ini ialah adalah berteraskan konsep penjagaan farmaseutikall
(Pharmaceutical Care Concept). Ianya adalah satu amalan yang akan memastikan pesakit
menerima ubat yang betul, dos yang selamat dan cara pemberian yang betul agar kesan
terapeutik adalah optimum dan kesan samping adalah minimum. Oleh yang demikian,
perkhidmatan unit farmasi wad diwujudkan untuk memenuhi objektif yang berikut:

i)        Memastikan pemberian dan penggunaan ubat kepada pesakit adalah optimum

ii)      Mempraktikkan �Pharmaceutical Care Concept� terhadap pesakit dalam wad


khususnya dan pesakit luar umumnya

iii)    Meningkatkan komplians pesakit terhadap rawatan ubat-ubatan dengan memberikan


maklumat yang lengkap melalui kaunseling

iv)    Mengenalpasti masalah pesakit berkaitan pengendalian ubat (Drug Related


Problem)

v)      Memberikan maklumat kepada pegawai perubatan tentang rawatan yang paling kos
efektif

vi)    Mewujudkan hubungan yang baik dan komunikasi yang berkesan di antara wad dan
farmasi

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti:

i)                    Rondaan Wad

Aktiviti ini dilaksanakan dengan menyertai rondaan wad pegawai perubatan dan
rondaan wad bersama pegawai farmasi. Dengan aktiviti ini, ia dapat membantu
di dalam memberikan terapi dan rawatan yang optimum kepada pesakit. Di
dalam rondaan wad, perbincangan mengenai semua aspek rawatan pesakit
paling diutamakan

ii)                  Pemantauan kes secara berterusan dan aktiviti �case-study�

Melalui aktiviti ini, pesakit akan dipantau secara berterusan dan segala
permasalahan terutama yang melibatkan �drug-related-problem� akan
dibincangkan bersama antara pegawai farmasi dan pegawai perubatan supaya
rawatan yang diberi tidak membawa kesan yang mudarat kepada pesakit.

iii)                Mendapatkan maklumat sejarah pengubatan yang lengkap dari pesakit

Maklumat sejarah pengubatan pesakit yang lengkap terutama yang melibatkan


alahan kepada ubat dan penggunaan ubat yang bukan dari KKM amat penting
untuk dititikberatkan. Ini kerana, sekiranya pesakit keliru dan berlaku insiden
yang tidak diingini seperti kejutan anafilaksis, duplikasi terapeutik dan
sebagainya, ia bukan sahaja menjejaskan rawatan sedia ada bahkan boleh
menerukkan keadaan pesakit.

iv)                Kaunseling pesakit di dalam wad

Melalui aktiviti, pesakit yang memerlukan kaunseling oleh pegawai farmasi


seperti kaunseling penggunaan inhaler dan teknik insulin, rawatan melibatkan
ubat warfarin, program rehabilitasi jantung dan sebagainya akan diberikan
penerangan di dalam wad. Pesakit yang telah dikaunseling dan discaj akan
dirujuk kepada Farmasi Pesakit Luar atau Farmasi Klinik Kesihatan untuk
dipantau tahap kepatuhan dan kesihatan pesakit.

      6)Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal(TDM)

Aktiviti utama unit ini ialah menguji dan memantau tahap kepekatan ubat tertentu dalam
darah pesakit. Unit ini sudah berjaya menguji kebanyakan ubat-ubat dan tidak perlu
menghantar sampel untuk diuji di Hospital Ipoh. Ini dapat mempercepatkan keputusan ujian
dicapai dan meningkatkan mutu penjagaan pesakit. Selain itu, unit juga menguji dan
memantau kes keracunan paracetamol dan digoxin walaupun di luar waktu pejabat dengan
mengadakan giliran tugas atas panggilan (on-call) di kalangan pegawai farmasi. Ini
membolehkan keracunan dapat dikesan awal dan rawatan kecemasan dapat diberikan
dengan secepat mungkin. Justeru, dapat mengurangkan kematian disebabkan keracunan.
Di samping menguji tahap kepekatan ubat di dalam plasma serta memberikan cadangan,
unit ini juga semakin giat menjalankan aktiviti klinikal iaitu mengadakan �clerking� dan
cadangan dos ubat secara terus di wad-wad serta memantau keadaan pesakit. Dengan
kerjasama semua pihak terutama pegawai perubatan dan kakitangan kejururawatan ianya
banyak membantu dalam meningkatkan mutu penjagaan farmaseutikal pesakit

      7)  Medicine Therapy Adherence Clinic(MTAC)

Fungsi utama unit ini ialah untuk meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat
yang dibekalkan kepada mereka. Ini dicapai dengan pernglibatan Pegawai Farmasi di
Klinik-klinik khas bagi rawatan atau penggunaan ubat tertentu. Pegawai Farmasi terlibat
bukan sahaja menjalankan kaunseling kepada pesakit tetapi juga mengenalpasti isu-isu
berkaitan masalah penggunaan ubatan pesakit dan berbincang dengan pakar atau
pegawai perubatan bagi meningkatkan tahap komplians pesakit dan seterusnya
memperbaiki `clinical outcomes� pesakit.
Perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pegawai Farmasi di klinik terbabit ialah di Klinik
Warfarin Jabatan Perubatan, Klinik Metadon Jabatan Psikiatrik dan Klinik HIV Jabatan
Perubatan.

Perkhidmatan MTAC Klinik Warfarin dilaksanakan setiap hari Rabu pada jam 9.00pg �
1tgh di Jabatan Perubatan. Klinik Metadon dilaksanakan setiap hari dari jam 7.30pg �
1.00tgh di Jabatan Psikiatri.

   8) Pusat Maklumat Ubat dan Racun Dan Latihan(DPIS)

       Aktiviti �aktiviti Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun (DPIS) meliputi menjawab
pertanyaan tentang ubat-ubatan, mengendalikan program menambah pengetahuan
tentang ubat-ubatan di kalangan anggota, menerbitkan Pharma Info (Buletin Farmasi),
menyelenggarakan aduan Kesan Adverse Ubat (ADR), aduan tentang produk dan
permohonan ubat-ubat yang memerlukan kelulusan khas dari Ketua Pengarah Kesihatan
(KPK). Perkhidmatan disediakan dari jam 8.00pg � 5.00ptg.

Anda mungkin juga menyukai