Anda di halaman 1dari 4

Sistem Panggilan Kekeluarga Melayu(Sistem panggilan dalam keluarga Melayu:satu dokumentasi, Nor

Hashimah Jalaluddin…[et al.]. Kuala Lumpur, 2005, m.s.3)

Kepentingan Kata Panggilan Keluarga


• Mendokumentasikan semua jenis kata panggilan mengikut dialek goegrafi
supaya tidak hilang ditelan zaman.
• Menyedarkan anak-anak muda tentang wujuhnya satu sistem satu sistem
panggilan yang unik dalam budaya Melayu.
• Memaparkan keistimewaan sistem panggilan ini kerana dengan berdasarkan
kajian lepas, hanya bahasa Melayu yang menpunyai sistem panggilan unik dalam
keluarga.
• Membezakan antara individu dalam pelbagai aspek seperti umur, status,
pertalian kekerabatan atau persaudaraan, dan juga hubungan antara satu sama lain.
• Kesantunan ketika berbahasa dalam kalangan keluarga atau di luar hubungan
keluarga.

Ganti Nama Diri, Kata Panggilan dan Kata Panggilan Keluarga(ms16,17)


Secara kasar, terdapat memasukkan ketiga-tiga jenis panggilan ini dalam satu
sistem yang disebut sistem panggilan. Ketiga-tiga jenis ganti nama ini merupakan
subbahagian kepada sistem panggilan.
Sistem Panggilan – sistem yang memuatkan ganti nama, sama ada diri, kata
panggilan umum atau keluarga.
Ganti nama – kata yang meggantikan nama khas yang digunakan kepada
manusia dan bukan manusia. Ganti nama ini terbahagi kepada tiga, iaitu ganti nama
pertama, kedua, ketiga. Contoh: saya, awak, kamu, kami, dan lain-lain lagi.
Kata panggilan – kata yang menggantikan nama yang digunakan kepada
manusia dengan penentuan genderm rujukan dan status. Contoh: encik, puan, pak cik,
saudara, dan lain-lain.
Kata panggilan keluarga – kata yang menggantikan nama yang digunakan
kepada manusia dengan penentuan gender, rujukan, dan kedudukan keluarga. Contoh:
long, yop, ngah, usu, dan lain-lain.

Sistem Kata Panggilan Keluarga Melayu(ms108)


Kata panggilan keluarga masyarakat Melayu merangkumi beberapa sistem
tertentu. Setiap sistem mempunyai tatacara yang tersendiri. Pemilihan sesuatu sistem
untuk diamalkan dalam sesebuah keluarga bukanlah sesuatu yang tegar dan mesti. Setiap
keluarga mempunyai amalan dan cara tersendiri dalam sistem panggilan yang harus dan
hendak diamalkan ketika memanggil anank-anak mereka atau ketika menetap panggilan
yang harus digunakan dalma kalangan adik-beradik dalam sesebuah keluarga. Biasanya
sistem ini ditentukan dan dimulakan oleh ibubapa dalam sesebuah keluarga. Sistem yang
pakai dalam sesebuah keluarga bertujuan bukan sahaja untuk membezakan urutan anak,
iaitu yang tua, yang tengah atau yang paling kecil tetapi, sistem panggilan yang
diamalkan dalam sesebuah keluarga secara tidak langsung memupuk perasaan hormat
kepada yang lebih tua agar mereka berasa lebih bertanggungjawab kepada yang muda
dab juga menyisihkan perasaan kurang ajar dan tidak hormat dalam kalangan yang lebih
muda kepada yang lebih tua daripada mereka. Amalan memberikan kata panggilan yang
lebih sesuai kepada anak-anak yang tua agar digunakan oleh adik-adiknya, secara tidak
langsung anak yang tau akan terasa adanya tanggungjawab yang dipikul untuk
melindungi adik-adiknya.

Jenis-jenis panggilan dalam Keluarga Melayu(ms 34)


Dalam keluarga Melayu, jenis panggilan yang wujuh adalah palbagai, maka
berikut memaparkan jenis-jenis panggilan:

• Panggilan untuk adik-beradik, iaitu lelaki dan perempuan.


• Panggilan untuk bapa.
• Panggilan untuk ibu.
• Panggilan untuk datuk sebelah bapa atau ibu.
• Panggilan untuk nenek sebelah bapa atau ibu.
• Panggilan untuk bapa saudara kedua-dua belah ibu dan bapa.
• Panggilan untuk ibu saudara kedua-dua belah ibu dan bapa.

Pengaruh Modenisasi dan Globalisasi terhapah Penggunaan Kata Panggilan


Keluarga Melayu

 Jantina(ms151,152)
Kemudahan pelajar perempuan/wanita yang bekerja dan berpendidikan tinggi dan
mempunyai pengetahuan pelbagai bahasa selain bahasa Melayu seperti bahasa
Inggeris, Cina, dan Tamil, dan lain-lain di samping andaian perkhawinan campur
antara Melayu dengan keturunan bukan Melayu telah mempengaruhi penggunaan
kata panggilan keluarga Melayu, seperti mak/mok, ibu, mama/mummy, mek,
cik/cek, encik, wan, abah, ayoh, papa, babah, bapak, daddy dan lain-lain.

• Peringkat Umur(ms156)
Dari sudut umur, meraka yang mewakili generasi baru telah manerima pendidikan
lebih terbuka sama ada si peringkat pendidikan rendah, menengah, dan tinggi. Sejak
kecil mereka telah didedahkan dengan sistem sosial dan keluarga moden, di samping
pergaulan dengan rakan-rakan sebaya daripada keturunan lain yang lebih berfikiran
terbuka, iaitu mudah meneriam sesuatu yang baru dan dianggap moden dan global
penggunaannya seperti penggunaan kata panggilan Mama dan Papa; serta Mummy
dan Daddy. Dengan kata lain, mereka mudah menerima perubahan sosial.

• Lokasi(ms156,157)
Perubahan kata panggilan keluarga Melayu yang menggambarkan bahawa responden
yang tinggal di bandar atau negeri yang dekat dengan pentadbiran negara seperti di
Wilayah Persekutuan, mengguankan panggilan dengan nama sahaja. Di Wilayah
Persekutuan, pengguaan nama bermula daripada adik-beradik keempat dan
berikutnya, manakala di Selangor panggilan nama sehaja bermula daripada adik-
beradik kesepuluh dan berikutnya. Di Pulau Pinang sejumlah 100% memangil
dengan nama sahaja yang bermula daripada adik-beradik keempat dan berikutnya.
Fenomena ini ada hubung kiatnya faktor ekonomi, budaya, dan persekitaran sosial.
Selain daripada yang telah dibincangkan di atas, terdapat juga pangaruh lain dalam
pengguanaan kata panggilan keluarga Melayu. Antara adalah : (ms159-162)
• pendidikan Bapa,
• pendidiakan Ibu,
• kategori pekerjaan atau pendapatan bapa dan ibu,
• jumlah anak dalam keluarga.