Anda di halaman 1dari 11

Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 69

PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN DAN JALINAN KOLABORASI


DALAM PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PELAJAR
BEKEPERLUAN KHAS: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH
SEKOLAH MENENGAH PROGRAM INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN DI NEGERI JOHOR
Md. Amin Kasbin
Safani Bari
Mohd. Hanafi Mohd. Yasin
Mohd. Mokhtar Tahar
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sistem


sokongan dan jalinan kolaborasi yang berkesan terhadap pelaksanaan
program inklusif bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran program pendidikan inklusif kanak-kanak khas
bermasalah pembelajaran di sebuah sekolah menengah (Program
Integrasi) di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan kaedah temubual
dan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat. Manakala soal
selidik digunakan untuk mengukur sikap guru dan persepsi ibu bapa
pelajar terhadap amalan pelaksanaan program berkenaan. Data dan
maklumat dalam kajian ini dikemukakan dalam bentuk statistik
deskriptif dan kaedah frekuensi dan peratusan digunakan untuk
menganalisis data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut
menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini satu projek transisi
kerjaya pertanian telah dijalankan melibatkan kolaborasi antara
pentadbir, pengusaha, guru khas , guru aliran perdana, dua orang murid
PKBP dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih untuk mengikuti
program tersebut selama 10 minggu. Kaedah pemerhatian digunakan
untuk melihat sejauh mana program tersebut memberi kesan ke atas
pengajaran dan pembelajaran serta sikap pelajar juga sistem sokongan
dan kolaborasi yang terhasil melalui program tersebut. Dapatan kajian
menunjukkan kesan yang positif ke atas pembelajaran dan sikap pelajar
serta perlunya sistem sokongan dan kolaborasi dalam menjayakan
keberkesanan perlaksanaan program inklusif

PENGENALAN

Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak-Hak


Kemanusiaan Sejagat 1948 meletakan hak kepada pendidikan sebagai salah satu
hak asasi manusia. Hak pendidikan ialah satu hak yang diktiraf sebagai hak asasi
manusia. Oleh yang demikian, setiap pelajar di Malaysia mempunyai peluang
yang sama untuk mendapat pendidikan tanpa mengira umur, jantina atau pun
bangsa. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” juga dibincangkan dalam UNESCO’s
Sub-regional Seminar on Policy, Planning and Organisation of Education for
Children with Special Needs di Harbin, China pada tahun 1993. Kini tercetus
reformasi dalam bidang pendidikan khas yang menghasilkan gerakan pendidikan
inklusif yang bersifat universal dan telah memberi suatu dimensi baru dalam
bidang pendidikan keseluruhannya. Hak pelajar ini untuk mendapat semua
70 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

peluang perkhidmatan pendidikan yang sama seperti rakan sebaya mereka tidak
boleh dinafikan atau diabaikan.

Justeru, kini pelajar bermasalah pembelajaran yang boleh dididik serta dapat
menguruskan diri telah diinklusifkan ke kelas biasa untuk sama-sama belajar
dengan rakan-rakan mereka, yakni pelajar biasa. Di kelas ini perlunya ada
beberapa pengubahsuaian dilakukan terutamanya terhadap kurikulum, teknik
pengajaran guru, proses penilaian dan sistem sokongan ke arah membina
persekitaran Inklusif yang lebih mantap.

Berpandukan konsep di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa melalui


pendidikan inklusif menyediakan peluang kepada semua pelajar untuk mendapat
pendidikan yang sama di sekolah biasa. Maka, ia dilihat sebagai wadah oleh pihak
sekolah untuk menyediakan program pendidikan yang mencabar bersesuaian
dengan tahap kemampuan dan keperluan kepada semua pelajar. Di samping itu,
sokongan dan bantuan daripada guru diperlukan bagi memastikan kejayaan
pendidikan inklusif ini (Stainback and Stainback, 1990; Carro, 1996). Kamariah
(disebut dalam Haniz Ibrahim, 1998) menyatakan bahawa kewujudan program
pendidikan inklusif di sekolah-sekolah biasa adalah dengan matlamat untuk:

1. Membolehkan pelajar bermasalah pembelajaran mempelajari norma-


norma sosial daripada rakan sebaya mereka yang normal. Manakala
rakan sebaya mereka yang biasa ini dapat dijadikan role models mereka.
Ini akan membolehkan mereka mempelajari tingkah laku sosial yang
dikehendaki serta akan mendapat kemahiran-kemahiran sosial yang baru,
2. Menggalakkan pelajar bermasalah pembelajaran dan para pelajar biasa
menerima di antara satu sama lain. Diharapkan ini akan membantu para
pelajar bermasalah pembelajaran mengambil bahagian dalam sebarang
aktiviti kemasyarakatan setempat dan selanjutnya memudahkan mereka
diasimilasikan ke dalam masyarakat.
3. Membolehkan kedua-dua golongan pelajar ini berkongsi akan segala
sumber yang terdapat di sekolah tersebut. Ini akan mewujudkan
pembelajaran secara dua hala iaitu pendidikan biasa kepada pendidikan
inklusif dan pendidikan inklusif kepada pendidikan biasa.

Prinsip utama pendidikan inklusif ialah semua pelajar sedapat mungkin mesti
belajar bersama-sama dan pihak sekolah mesti mengiktiraf akan keperluan para
pelajar yang berbeza. Oleh itu, pihak sekolah mesti menyediakan bantuan dan
perkhidmatan bagi memenuhi tuntutan perbezaan keperluan tersebut.
Wujudnya pendidikan inklusif di sesebuah sekolah akan menghasilkan kelas
inklusif dan juga sekolah inklusif. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa konsep
sekolah inklusif boleh bertukar ganti dengan konsep kelas inklusif dan juga
pendidikan inklusif.

OBJEKTIF KAJIAN
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 71

Pendekatan pendidikan Inklusif adalah merupakan antara beberapa pilihan yang


ada untuk kanak-kanak bekeperluan khas di Malaysia dan ianya masih terbatas
dilaksanakan dalam konteks acuan Malaysia. Berdasarkan kajian lepas telah
menunjukkan bahawa konsep kolaborasi, transisi dan inklusif merupakan
pendekatan yang mampu menyediakan pendidikan yang lebih relavan, bermakna
dan efektif kepada pelajar Bermasalah Pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk membina satu sistem sokongan kepada pelajar-
pelajar bermasalah pembelajaran dengan mengamalkan konsep kolaborasi,
inklusif dan pendidikan transisi kerjaya. Antara objektif kajian ini ialah (1)
Merancang satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas
melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (2)
Melaksanakan satu bentuk sistem sokongan untuk pelajar berkeperluan khas
melalui amalan kolaborasi dalam pendidikan inklusif dan program transisi. (3)
Melihat apakah kesan pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar Bermasalah
Pembelajaran. (4) Melihat peranan dan kerjasama pihak pentadbir, guru, ibu
bapa, murid tipikal dan komuniti dalam pelaksanaan sistem sokongan. Objektif
kajian ini dapat diterjemahkan melalui kerangka konseptual kajian ini adalah
seperti Rajah 1.

Sistem Sokongan

Program Inklusif

Kolaborasi Pelajar Khas Kolaborasi

Program Transisi

Sistem Sokongan

Rajah 1. Kerangka konseptual kajian

Konsep Kolaborsi
Kolaborasi tidak hanya bererti bekerja bersama-sama tetapi adalah untuk bekerja
sama mencapai tujuan bersama yang tidak dapat dicapai oleh individu atau
organisasi (Kagan, 1991). Kolaborasi bermaksud melibatkan diri dalam sesuatu
hal atau mempunyai hubungan antara dua atau lebih individu. (kamus Dewan
Bahasa & Pustaka 1994). Cook dan Friend (2001) pula mendifinisikan kolaborasi
sebagai satu gaya perhubungan secara langsung antara dua kumpulan yang
bersetuju membuat keputusan untuk mencapai matlamat yang sama. John
Steiner (2000) menggambarkan pola kerjasama kolaborasi sebagai dari aspek
72 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

peranan, hubungan, nilai dan cara kerja sebagai “ Creative Collaboration” yang
saling melengkapi antara satu sama lain.
Konsep Pendidikan Inklusif
Dari segi konsepnya, di negara-negara Barat, pendidikan inklusif dikenali juga
sebagai pendidikan integrasi di mana pelajar pendidikan khas yakni pelajar
bermasalah pembelajaran menerima pendidikan di kelas biasa. Pelajar
bermasalah pembelajaran ini memerlukan bantuan serta sokongan tertentu
untuk belajar bersama-sama dengan rakan-rakan sebaya mereka yang biasa
(Mittler, 1995); (York, Doyle and Kronberg disebut dalam Fox and Ysseldyke,
1997). Tomko (1996b) pula menambah bahawa menempatkan pelajar
bermasalah pembelajaran di kelas biasa tidak membawa sebarang makna
sekiranya sokongan dan bantuan tidak diberikan kepada mereka semasa aktiviti
Program pendidikan inklusif ini dapat dilihat dengan jelas dalam Akta
Pendidikan 1996. Bahagian I (C) Akta ini dengan jelas dan tegas menyatakan,
“…suatu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-
sama dengan murid-murid biasa.”(Jabatan Pendidikan Khas, 1998, 3)

Konsep Program Transisi


Program transisi adalah merupakan satu proses pendidikan yang bertujuan
melengkapkan kemahiran ke arah kehidupan berdikari pelajar bekeperluan khas.
Berasaskan model ’Transition Planning Model For Youth With Speacial Needs’,
kolaborasi merupakan komponen penting dalam perlaksanaan program transisi
pelajar bekeperuan khas. Menurut Donn (1995) Transisi memerlukan tiga
komponen utama untuk menjadikannya sebagai satu usaha yang berkesan iaitu
Kurikulum berfungsi berasaskan kerjaya, kolaborasi antara majikan, komuniti
serta ibu bapa dan penyesuaian dalam komuniti. Transisi merupakan salah satu
program pendidikan yang penting untuk pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran

METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah merupakan satu kajian kes berasaskan sekolah yang
dilaksanakan bagi membina system sokongan kepada pelajar-pelajar bermasalah
pembelajaran. Sekolah yang dipilih adalah merupakan sebuah Program Integrasi
Bermasalah Pembelajaran. Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran
dan dua orang pelajar tipikal telah dipilih sebagai sample untuk kajian ini. Satu
program transisi telah dirancang yang menerapkan sistem sokongan ke arah
amalan kolaborasi melalui program inklusif .
Kajian ini dilaksanakan sepanjang 10 minggu di mana sampel akan mengikuti
program transisi tersebut yang dijalankan di tapak pertanian pendidikan khas
sekolah tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 73

kaedah pemerhatian dan temubual bagi memperolehi dapatan kajian untuk


memenuhi objektif kajian.
Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan disebuah sekolah Menengah Program Integrasi Pendidikan
Khas (sekolah A) di daerah Pontian Johor. Sekolah ini adalah merupakan sekolah
menengah luar Bandar yang bertaraf gred A dan mempunyai jumlah pelajar
seramai 1200 orang. Sekolah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar
Pontian. Jumlah pelajar pendidikan khas adalah seramai 31 orang, mempunyai 7
orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Semua pelajarnya adalah
terdiri daripada bangsa Melayu.
Sampel Kajian
Seramai dua orang pelajar bermasalah pembelajaran sebagai sample kajian ini.
Pemilihan ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan antara pengkaji
dengan guru-guru Pendidikan Khas. Faktor kebolehan mengurus diri dan
kesesuaian umur serta tingkahlaku adalah merupakan factor yang
dipertimbangkan dalam pemilihan sample ini.
Sampel pertama yang dipilih bernama Jauhari juga merupakan seorang pelajar
dalam kategori ‘slow learner’ yang berumur 16 tahun. Beliau merupakan pelajar
yang mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Jauhari juga
merupakan seorang pelajar yan pasif dan tidak berkebolehan dalam kemahiran
sosial khususnya dalam membentuk perhubungan atau pergaulan dengan rakan
sebaya. Beliau juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan mengalami
kesukaran dalam berkomunikasi. Beliau juga mempunyai ciri-ciri Disleksia.
Sampel kedua yang dipilih bernama Shah Fitri. Beliau yang berumur 18 tahun.
juga mempunyai masalah perkembangan kognitif di bawah normal. Berbeza
dengan Jauhari lebih aktif dan fasih bertutur. Namun, bahasa pertuturannya
masih berada pada tahap umurnya atau keanak-anakan. Menurut gurunya Shah
Fitri merupakan seorang pelajar yang mengalami kesukaran mengawal emosi,
suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri yang rendah.
Dari aspek pencapaian akademik, kedua-dua pelajar ini amatlah lemah dan bagi
Shah Fitri boleh membaca dan menulis tetapi agak lambat sedikit dan sukar
memahami apa yang dibacanya. Kedua-dua pelajar ini mempunyai kemampuan
dari aspek kemahiran motor kasar dan motor halus. Manakala dari aspek fizikal
kedua-duanya mempunyai pertumbuhan sebagaimana pelajar tipikal yang lain.

PEMBINAAN SISTEM SOKONGAN


Sistem sokongan yang dicadangkan adalah berdasarkan model Model Kagan
(1991). Model ini menggunakan enam aspek penting dalam menghasilkan satu
sistem kolaborasi yang dirancang bagi tujuan matlamatnya. Berdasarkan model
ini ahli atau individu dalam satu sistem kolaborasi biasanya terdiri daripada guru
pendidikan khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah, ibu bapa dan pihak lain
74 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

terlibat dalam melaksanakan satu program pendidikan khas. Aspek


pembentukan, konseptual, pembangunan, perlaksanaan, penilaian dan
penamatan adalah aspek-aspek yang dibincangkan dalam pembinaan sesuatu
kolaborasi sebagaimana yang diterangkan dalam Rajah 3.

Collaboration

Formation

Conceptualization

Developement

Implementation

Evaluation

Termination

Rajah 3. Aspek struktur dan organisasi kolaborasi - Model Kagan (1991)

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Hasil dari perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru pendidikan


khas, ibubapa serta pelajar pelajar pendidikan khas yang terlibat, satu program
telah dirancang dan dikenali sebagai Program Transisi Kerjaya. Sebelum ini
program tersebut telah pun dijalankan iaitu program transisi pertanian yang
melibatkan tanaman sayuran menggunakan kaedah fetigasi.

Program yang dirancang adalah program transisi yang melibatkan kemahiran


ternakan ikan keli di dalam kanvas . Matlamat program ini adalah untuk
meningkatkan amalan konsep pendidikan inklusif dan membina kolaborasi
antara pihak pentadbir sekolah, warga sekolah, ibubapa, pengusaha, agensi luar
bagi menjadikan satu sistem sokongan yang mantap untuk membantu
meningkatkan kualiti pendidikan pelajar bekeperluan khas. Objektif program
adalah untuk:
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 75

1. Mengamalkan amalan kolaborasi antara guru-guru (guru perdana dan


guru pendidikan khas) dengan pengusaha, masyarakat dan murid tipikal
dengan murid berkeperluan khas.
2. Memberi pendedahan awal kepada murid berkeperluan khas mempelajari
kemahiran menternak ikan keli dalam kanvas.
3. Meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap kemampuan/
kebolehan terhadap murid berkeperluan khas.
4. Meningkatkan penghargaan diri/self-esteem murid berkeperluan khas
dengan sokongan keluarga, guru dan suasana persekitaran yang
menggalakkan.
5. Menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti
kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan
lain-lain.
6. Membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran supaya dapat
berdikari dalam masyarakat

Program Transisi ini dibina berasaskan Model Paula Kohler’s (1996). Model ini
menekankan aspek berkaitan kolaborasi terutamanya diantara pelajar, guru,
ibubapa dan agensi-agensi yang berkaitan dalam menjayakan matlamat program
transisi. Model ini juga menumpukan kepada perancangan terhadap individu
pelajar , pembangunan individu pelajar, penglibatan keluarga dan penglibatan
antara agensi. Model Rajah 4 menerangkan tentang komponen model tersebut.

Rajah 4. Model Paula Kohler’s (1996)


76 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

Kaedah Perlaksanaan Program Transisi

Program ini dilaksanakan selama kira-kira 10 minggu bermula pada bulan Julai
2009 sehingga awal Oktober 2009. Disepanjang program ini dibahagian kepada
empat fasa.

• Fasa 1 (minggu 1-2) merupakan perancangan awal dimulai dengan


perbincangan pihak pentadbir sekolah bagi menyelaras program yang
akan dilaksanakan. Penyediaan kertas cadangan awal telah dilakukan
seterusnya diikuti dengan beberapa mesyuarat dan perbincangan
diadakan antara pihak pentadbir, guru pendidikan khas, ibubapa,
pembantu pengurusan murid dan staf sekolah yang terllibat. Akhirnya
satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengendali program ini. Satu
gabungan kolaborasi yang melibatkan ibubapa, guru pendidikan khas,
guru biasa, pihak pentadbir, pihak Pejabat Peajaran Daerah dan
pengusaha telah diwujudkan. Perbincangan dan proses menghasilkan
program transisi adalah berasaskan kepada prinsip-prinsip dalam
komponen kolaborasi dan transisi yang dinyatakan dalam model Kagan
(1991) dan Model Transisi Paula Kohler (1996) (lihat Rajah 3 dan 4).
• Fasa kedua (minggu 3), di mulakan dengan mengadakan bengkel bagi
tujuan mengadakan program ini juga telah diadakan bagi memantapkan
lagi perlaksanaan program transisi yang akan dijalankan . mengadakan
lawatan ke tapak penternakan iaitu Kayu Ara Pasong Farm yang terletak
di Kayu Ara Pasong Farm, Pontian bagi mendapatkan maklumat dan
kemahiran berkaitan teknik penternakan ikan keli dalam kanvas.
Pengusaha telah menawarkan khidmat nasihat secara sukarela dalam
membimbing program ini.
• Fasa ketiga (minggu 4-5) adalah perlaksanaan program melibatkan
penyediaan tapak projek dan menjalankan aktiviti penternakan . Kos
penyediaan tapak pembelaan ikan telah dapat dikurangkan kerana telah
mendapat sumbangan kolam kanvas daripada salah seorang bapa pelajar
pendidikan khas. Manakala kos makanan pula dapat diminimakan kerana
pihak ibu bapa pelajar telah bersetuju untuk membawa makanan secara
beergilir-gilir tiga kali seminggu.
• Fasa keempat (minggu 5-10) pelaksanakan dan menjalankan kemahiran-
kemahiran penternakan seperti menjaga kolam ternakan, menjaga
kandungan air serta, pemakanan ikan, pengasingan dan pengredan
seterusnya menuai hasil penternakan.

Dalam perlaksanaan program ini hasil persetujuan dengan pihak pentadbir


melibatkan program ini turut melibatkan guru aliran perdana (guru mata
pelajaran Kemahiran Hidup) dan dua orang pelajar biasa akan bersama-sama
dengan guru pendidikan khas serta dua orang murid pendidikan khas
melaksanakan program bersama-sama dua kali seminggu dalam waktu mata
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 77

pelajaran Kemahiran hidup. Kedua-dua orang guru ini telah pun bersama-sama
berbincang tentang kemahiran yang akan diajar sebelum aktiviti kelas berjalan.
Kemahiran yang Diperolehi Berasaskan Progam Transisi

Aspek kemahiran yang dicadangkan adalah berkaitan kemahiran menternak ikan


keli seperti kemahiran penjagaan kolam, penjagaan ikan, pemakanan ikan,
pengredan ikan, dan pemasaran. Selain daripada itu kemahiran lain yang
merentasi program ini adalah seperti kemahiran sosial dan keyakinan diri
disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan seperti
kejujuran, kasih sayang, berbudi bahasa, bertanggungjawab, rajin dan lain-lain.
Ini akan membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut agar dapat berdikari dalam masyarakat setelah tamat alam
persekolahan.

Pihak yang Terlibat dalam Program Transisi

Antara pihak yang terlibat Dalam program ini ialah murid pendidikan khas,
murid biasa, guru pendidikan khas, guru-guru biasa, pekerja sekolah (swasta)
dan pembantu pengurusan murid pendidikan khas, para ibubapa yang terlibat,
Kaunselor dan guru displin sekolah, Pengetua dan barisan pentadbir sekolah,
Agensi luar seperti pejabat perikanan Daerah Pontian, Pengusaha Ternakan,
Pejabat Pelajaran dan Jabatan pendidikan Negeri.

ASPEK PENILAIAN

Antara aspek yang dapat di nilai melalui perlaksanaan program ini di sepanjang
10 sesi ialah:

1. Aspek keyakinan diri, komunikasi, dan sosialisasi murid Pendidikan Khas.


2. Kolaborasi yang terhasil daripada projek yang dijalankan.
3. Kekuatan dan kelemahan program yang telah dilaksanakan bagi dijadikan
asas kepada usaha merancang sistem sokongan yang lebih berkesan
terhadap pelajar bekeperluan khas.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat perubahan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas terutamanya


daripada aspek keyakinan diri mereka. Mereka boleh bersosial dan
berkomunikasi dengan pelajar biasa dengan lebih yakin. Menurut Friend &
Bursuk (1996). mendapati kanak-kanak bermasalah pembelajaran didapati
mengalami kesukaran dalam hubungan sosial dengan rakan sebaya. Hasil
daripada program ini didapati kemampuan dan kemahiran sosial bagi kedua
kanak-kanak bermasalah pembelajaran amat positif, buktinya wujud
persahabatan dan nilai keakraban yang ditunjukkan disepanjang program ini
berjalan. Forest dan Lutheus (1989) juga menyatakan perkembangan kognitif dan
sosial pelajar bermasalah pembelajaran akan berkembang secara optimum
78 / Pembinaan Sistem Sokongan dan Jalinan Kolaborasi dalam Pelaksanaan Program Inklusif
Pelajar Berkeperluan Khas: Satu Kajian Kes

apabila mereka dihargai dan ada pertalian terutamanya dengan rakan-rakan


sebaya.
Kerjasama dikalangan guru pendidikan khas dan guru biasa lebih sistematik.
Warga sekolah mencadangkan agar program ini diteruskan, diperluaskan kepada
lebih ramai pelajar dan program lain dibuat. Wujud sikap positif dikalangan
pelajar-pelajar tipikal terhadap pelajar pendidikan khas. Contohnya pelajar biasa
ke tempat projek diwaktu rehat dan berinteraksi dengan mereka.

Ibu bapa juga mempunyai persepsi positif terhadap program yang dijalankan
oleh pihak sekolah terhadap anak-anak mereka. Selama ini mereka hanya
mengharapkan anak mereka mampu mencapai akademik yang tinggi sebaliknya
memahami bahawa kemahiran adalah lebih sesuai dikuasai oleh anak-anak
merek berdasarkan kemampuan yang ada pada anak mereka. Kajian oleh Zuria
dan Norshidah (2004) mendapati bahawa ibu bapa mempunyai aspirasi terhadap
anak-anak keperluan khas dan mengharapkan anak-anak berkeperluan khas
memperoleh pekerjaan apabila menamatkan persekolahan kelak.

Sikap warga sekolah juga telah berubah terhadap kemampuan pelajar pendidikan
khas.Begitu juga dengan sikap pentadbir yang lebih memahami dan mempunyai
tanggapan positif terhadap kemampuan aktiviti yang dirancang oleh guru-guru
pendidikan khas Selain daripada itu juga wujudnya jalinan kolaborasi yang begitu
baik antara pihak pentadbir, guru airan perdana. guru pendidikan Khas, warga
sekolah, pengusaha, pihak Pejabat Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri serta
agensi-agensi yang berkaitan seperti Pejabat Pertanian dan Pejabat perikanan
Daerah.

KESIMPULAN

Penghasilan jalinan kolaborasi dan pembinaan sistem sokongan kepada pelajar


bekeperluan khas memerlukan kerjasama dari semua pihak. Ini dapat dibuktikan
hasil daripada kajian yang dibuat oleh Burnette (1996) dan Hric (1994) yang
mendapati bahawa kejayaan sesuatu program Pendidikan Inklusif amat berkait
rapat dengan sokongan pihak pengurus sekolah, perancangan secara
berkumpulan, pengajaran bersama, kepakaran guru resos dan sikap staf sekolah
terhadap program itu sendiri.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kolaborasi antara ibu bapa guru dapat
menambah keberkesanan pembelajaran dan mempertingkatkan perkhidmatan
pendidikan dalam memenuhi keperluan pelajar bekeperluan khas khususnya
dalam program transisi pelajar bekeperluan khas (Stanovich 1996, Coots 1998;
Nun & Mac Mahan 2000). Apabila terbentuknya kolaborasi antara ibubapa dan
guru, akan wujudlah perkongsian maklumat dan kemahiran antara kedua-dua
belah pihak bagi mengoptimumkan perkembangan dan pendidikan kanak-kanak
bekeperluan khas( Shea & Bauer 1991) Kolaborasi bukan sahaja akan menjadi
penentu kepada kejayaan program transisi, tetapi juga akan memberi kesan yang
positif terhadap pembelajaran tingkah laku pelajar-pelajar bekeperluan khas.
Persidangan Serantau Pendidikan Inklusif dan Pendidikan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas / 79

RUJUKAN

Chiharu H. U. 2005. Making Possibilities Visible: The Process Of Collaboration Between


General And Special Education Teachers In An Inclusive Early Childhood
Education Program, Dissertation Presented In Partial Fulfillment Of The
Requirements For The Degree Doctor Of Philosophy In The Graduate School Of
The Ohio State University.
Haniz Ibrahim. 1998. Inclusive Education in Malaysia: Teacher’s Attitude to Change, PhD
thesis. University of Exerter. Unprented.
Jabatan Pendidikan Khas. 1998. Akta Pendidikan 1996 -Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997. Buletin Pendidikan Khas. Bil.2: 13- 15.
Manisah Mohd Ali, Ramlee Mustapha & Zalizan M. Jelas. 2006. An empirical study on
teachers’ perceptions towards inclusive education in Malaysia. International
Journal of special Education, 21 (3): 36-44.
Moberg, G. 2000. Development of teacher perceptions of inclusive education in Finland.
Paper presented at the 11th International Association for Scientific Study of
Intellectual Deficiency, World Congress, Seattle, Washington.
Stainback, W. & Stainback, S. 1990. Support Networks for Inclusive Schooling:
Interdependent Integrated Education. Baltimore: Paul H.Brookes Pubs. Co.
Valeo A. 2006. Inclusive Education Support Systems: Teacher And Administrator Views.
International Journal Of Speacial Education, 21 (3): 46-55.
Vaidya, & Zaslavsky, N. 2000). Teacher education reform effort for inclusion classrooms:
Knowledge versus pedagogy. Education, 121: 145-151.
Zuria Mahmud & Norshidah Mohd Salleh. 2004. Aspirasi ibu bapa dan para professional
terhadap perkembangan kanak-kanak keperluan khas. Prosiding Seminar
Kebangsaan pendidikan Khas, halaman 523-537.

Anda mungkin juga menyukai