Anda di halaman 1dari 3

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1


PULAU PINANG &
YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA
ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
21 OGOS 2010
 
UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA
KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA
GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA
MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA
KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT.

UMNO harus membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib/imam
mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama DYMM YDP
Agung dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. UMNO
tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini. Sebaliknya
UMNO patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua
butir-butir lanjut supaya tindakan dapat diambil.
 
Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB
Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan
nama DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
 
Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib/imam yang
disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah
menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-
Pertuan Agong.  Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima
atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana
pihak untuk tujuan tersebut.  
 
Permainan politik UMNO ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama
baik golongan khatib/imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong
syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan
Negara.
 
Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan
UMNO berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh
khatib/imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri
diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam. Ini adalah perkara lain
daripada menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan Ketua Menteri.
Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang UMNO.
 
Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib/imam masjid mana yang
terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil. Hanya khatib/imam
yang tak siuman berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan
nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-
agak mengambil tindakan tegas.
 
Dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri, adalah
sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan
ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.
Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal
pentadbiran Islam, pun dianiayai.
 
Usaha UMNO menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa
Melayu dan agama Islam tidak akan berjaya kerana hakikatnya adalah
penghormatan diberikan oleh kerajaan PR kepada Islam yang tidak pernah
dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Contohnya ialah peruntukan untuk
pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus
daripada RM 12.3 juta pada 2008 kepada EM24.3 juta pada 2010,
sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat
(SAR), sambutan bulan Al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz.
 
Adakah BN dan UMNO marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir
di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan,
sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid-
masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri
sebelum ini.
 
Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh YAB Ketua Menteri,
diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Dewan Serbaguna Jawi kepada
semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh
semua masjid yang hadir.
 
Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling
awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh UMNO. Adakah
UMNO simpan dendam dalam hati kerana  Lim Guan Eng, sungguhpun
bukan Islam, telah memalukan UMNO dengan  mengharamkan judi bola
yang dihalalkan oleh UMNO?
 
 
YB Dato Mansor Othman
YB Abdul Malik Kassim

Anda mungkin juga menyukai