Anda di halaman 1dari 1

KESARJANAAN LINGUISTIK

Teori linguistik am.


Teori ini mula diperdebatkan oleh para sarjana India.Bahasa yang dibicarakan dengan
berlatarbelakangkan kajian kesusasteraan dan menjaga falsafah.

Ahli bahasa India mengkaji sejauh mana ‘makna’boleh dianggap sebagai satu sifat
semulajadi kata-kata atau sejauh mana onomatopia boleh diterima sebagai model untuk
menghurai hubungan antara kata dengan benda.

Seperti dalam penghujahan alam konvensi barat manusia sedar betapa terhadnya
peranan yang dimainkan oleh faktor ini dalam bahasa dan betapa hubungan arbitrari-
konvensi antara bentuk dengan makna menjadi tipikal bagi sesuatu benda.

Salah satu cirri utama bahasa ialah kebolehan berubah dan kemungkinan untuk
meluaskan makna sesuatu kata.

Hal ini memungkinkan keperluan yang tidak terhad yang dikenakan ke atas sesuatu
makna walaupun sumber-sumbernya terhad.

Makna dipelajari melalui pengamatan,keperihalan keadaan yang didalamnya kata-kata


digunakan dalam ayat dan dari pernyataan langsung oleh orang-orang tua dan guru
tentang kata-kata tertentu dan pemakaianya.

Pertanyaan yang hamper tidak dijawab dihadapi di India iaitu tentang sejauh mana
bentuk-bentuk kata tunggal dengan berbilang makna perlu dianggap sebagai homofon.

Dalam konteks ini perhatian diberi kepada hubungan antara apa yang dianggap makna
utama bagi sesuatu kata yang dikatakan mula-mula sekali difahami dengan pelbagai
makna yang timbul dari pemakaianya secara metafora dalam kata harian ataupun
dalam kesusasteraan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai