Anda di halaman 1dari 32

T o p ik ȱ 2 X Stilistik

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ilmu stilistik;
2. Menyatakan ciri-ciri ilmu stilistik;
3. Menjelaskan stilistik di dalam bahasa;
4. Menjelaskan bahasa bandingan; dan
5. Menjelaskan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.

X PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan
dengan gaya (style). Dalam bahasa Melayu, kata
stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita
akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu.
Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai
persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang
berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan
yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri,
yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai
ilmu.

Sebelum timbul ilmu stilistik, iaitu kajian gaya yang


digunakan untuk menganalisis karya sastera, bahasa
memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya. Ini kerana semua
pengucapan yang tidak lurus seperti yang biasa dipakai oleh masyarakat adalah
gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai untuk bercakap
atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan dan ia membezakan gaya
tertentu antara satu sama lain.
TOPIK 2 STILISTIK W 37

Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran
tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud
bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat
dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti
berikut:
(i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup
di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka
ÊberbezaÊ daripada bahasa seharian mereka.
(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk
merumuskan gaya yang terdapat pada Êbahasa yang indahÊ itu dengan
menghubungkan gaya dengan ÊkeindahanÊ.

Kedua-dua faktor ini berpengaruh terhadap ÊkelambatanÊ munculnya stilistik


sebagai ilmu. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu hanya muncul setelah adanya
perubahan besar di dalam perkembangan linguistik dan kajian karya sastera.

Berdasarkan gerak ke arah menjadikan stilistik sebagai bidang ilmu yang


penting, maka dalam topik ini, pelajar akan didedahkan tentang kepentingan
ilmu stilistik yang meliputi definisi stilistik, ciri-ciri stilistik, stilistik di dalam
bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.
Kesemua subbidang ini akan disentuh memandangkan kepentingannya di dalam
memberi gambaran kasar kepada pelajar sebelum mendalami bidang ini secara
lebih mendalam di dalam topik yang berikutnya.

SEMAK KENDIRI 2.1


Apakah yang anda faham dengan ilmu stilistik. Adakah anda fikir ilmu
stilistik penting kepada guru bahasa Melayu?

2.1 DEFINISI STILISTIK


Stilistikȱ berasalȱ daripadaȱ Bahasaȱ Inggeris,ȱ iaituȱ “style‰ yang bererti gaya dan
daripada bahasa serapan, „linguistic‰ yang bererti tatabahasa. Menurut Kamus
Bahasa Indonesia, stilistik ialah ilmu kebahasaan yang mempelajari gaya bahasa.
Menurut Bally, Jacobson, Leech, Widdowson, Levin, Ching, Chatman, Dalan dan
lain-lain, mereka menjelaskan stilistik sebagai suatu deskripsi linguistik daripada
bahasa yang digunakan di dalam teks sastra.

Bagi Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau „simply
defined as the (linguistic) study of style‰. Wawasan demikian adalah seiring
dengan pernyataan Cummings dan Simmons; bahawa pembelajaran bahasa di
38 X TOPIK 2 STILISTIK

dalam teks sastera merupakan „a branch of linguistic called stylistic‰. Di dalam


konteks yang lebih luas, Jacobson beranggapan bahawa puitika (poetics) sebagai
teori tentang sistem dan kaedah teks sastera sebagai bahagian yang tidak
dipisahkan daripada linguistik.

Manakala, Chvatik pula mengemukakan stilistik sebagai kajian teks sastera dan
kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera,
sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin, 1995: 22).
Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren, stilistika perhatian
utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren,
1990: 221).

Bertolak daripada berbagai pengertian yang telah disebutkan, Aminuddin


mentakrifkan stilistik sebagai pengajian tentang cara pengarang di dalam
menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan yang ingin disampaikan
secara kompleks, dan juga kekayaan unsur pembentuk itu yang dijadikan
sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem tandanya.

Walaupun fokusnya hanya pada sistem tanda untuk memperoleh pemahaman


tentang ciri-ciri penggunaan, apabila sistem tanda dihubungkan dengan cara
pengarang di dalam menyampaikan gagasan, kita perlu juga memahami:
(i) Gambaran objek/peristiwa
(ii) Gagasan
(iii) Ideologi yang terkandung di dalam karya sasteranya

Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai


ilmu yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau
ilmu yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun
penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa.

Mengikut Kamus ZaÊba, stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan
gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam sesuatu penulisan.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ialah kajian tentang teknik
penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan. Ianya berkaitan
dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa.

Tahukah anda stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa
dan isi kesusasteraan? Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di
dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan
dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk
mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan (Nik Hassan Basri:
378).
TOPIK 2 STILISTIK W 39

Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri linguistik yang
berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial. Kelompok sosial itu
pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu
masyarakat. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, stilistik merujuk kepada
kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah
linguistik.

Kaedah ini telah banyak dipakai. Antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah
laku bentuk-bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang
di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan. Di dalam karya
kesusasteraan, bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai. Oleh itu,
berdasarkan jenis bahasa inilah, maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi
menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang
dibawa olehnya (Nik Hassan Basri: 378).

Menurut Keris Mas, stilistik ialah kajian stail yang mengkaji segala kemungkinan
gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai
sesebuah teks kesusasteraan. Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya
bahasa, baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan lahirnya
hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. Selain itu,
kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan
yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti hidup manusia dan
masyarakat, ikut dipertimbangkan, dikaji dan dihubungkan dengan kajian gaya
(Keris Mas: 8).

Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan
bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa, di samping kelainan yang
bersifat figuratif; iaitu penggunaan peribahasa, bahasa kiasan, sindiran,
ungkapan dan sebagainya. Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang
dianggap lebih objektif dan saintifik. Ia meliputi kajian terhadap teks sastera,
yang tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang
disampaikan dengan penggunaan bahasa itu.

Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan
sebagai apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan (bentuk atau
bahasa). Dengan stilistik, pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan
cara pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang
lebih objektif dan lebih saintifik (Keris Mas: 8).

Di dalam disiplin linguistik, terdapat stilistik. Stilistik merujuk kepada


penggunaan prinsip linguistik terhadap bahasa sastera. Stilistik atau ilmu gaya
dapat dianggap sebagai kajian variasi linguistik. Variasi linguistik ini
mempunyai hubungan yang rapat dengan konteks teks dan konteks situasi.
Stilistik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan disiplin sosiolinguistik
40 X TOPIK 2 STILISTIK

dan dialektologi. Kedua-duanya pula merupakan cabang linguistik (Azmi


Rahman, Esasterawan.com).

Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman
(1970: 4). Baginya, stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau
deviasi daripada norma tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam
usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan
tulisannya.

Murry pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa,
teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Pemilihan
kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan ciri-ciri keperibadian
penulis.

Bahasa sastera, khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol
deviasi atau penyimpangan bahasa. Di dalam kajian puisi, stilistik melihat kaitan
bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis.
Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi
deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit mahupun
implisit (Esasterawan.com).

Di dalam kajian stilistik, karya sastera dianalisis dengan menggunakan


pendekatan linguistik. Tujuan utama ialah untuk melihat dan mengesan nilai
estetik atau gaya pemakaian bahasa di dalam diri karya tersebut. Penerapan
unsur linguistik-stilistik di dalam menilai karya sastera sebenarnya dapat
membantu disiplin kritikan sastera supaya lebih mantap, beraneka ragam dan
tahap penghayatan karya sastera itu dapat diangkatkan lagi tingkatnya
(Esasterawan.com).

Kridalaksana (1982: 157), di dalam Kamusȱ Linguistik, memberikan batasan


stilistik. Menurutnya, stilistik adalah ilmu yang menyelidiki bahasa yang
dipergunakan di dalam karya sastera; iaitu ilmu interdispiliner antara linguistik
dan kesusasteraan atau penerapan lingustik pada penelitian gaya bahasa
(Dwisusanto, Wordpress.com).

Tuner (1977: 7), juga memberikan pengertian tentang stilistik. Menurutnya,


stilistik adalah bahagian daripada linguistik yang memusatkan perhatiannya
pada variasi penggunaan bahasa, terutama dalam kesusasteraan.

Fowier (1987:237), mengatakan bahawa stilistik merupakan cabang daripada


pengajaran sastera. Menurutnya, para ahli mengatakan bahawa stilistik meneliti
sastera pada aspek bahasanya; yakni imej, stuktur suara, sintaksis dan lain-lain.
Umar Junus (1989: xvii), mengatakan bahawa hakikat stilistik adalah pemakaian
dan penggunaannya di dalam karya sastera. Tetapi kemunculannya sudah ada di
TOPIK 2 STILISTIK W 41

dalam linguistik. Menurutnya, stilistik dipakai sebagai gabungan, iaitu ilmu


sastera dan ilmu linguistik. Selanjutnya, Umar Junus (1989: xviii) mengusulkan
bahawa stilistik menjadi ilmu yang berdiri sendiri, terlepas daripada linguistik
ataupun sastera.

Sebagaimana yang kita sudah ketahui, stilistik adalah ilmu tentang gaya bahasa.
Gaya bahasa sendiri adalah pemanfaatan kekayaan bahasa oleh seseorang di
dalam bertutur dan menulis, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh
kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera
(Kridalaksana, 1982: 49-50).

Enkvist (Junus, 1989: 4), mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian,
seperti berikut:
(i) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya
(ii) Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin
(iii) Sekumpulan ciri peribadi
(iv) Penyimpangan norma atau kaedah
(v) Sekumpulan ciri kolektif
(vi) Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih
luas daripada kalimat

Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik, ada dua kemungkinan di
dalam mendekatinya, iaitu:
(i) Pertama, pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis sistem
linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-
cirinya. Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang
penuh.
(ii) Kedua, penelitian stilistik ini dilakukan dengan menghayati variasi
terhadap pemakaian bahasa yang normal dan menemukan tujuan
estetiknya (Wellek dan Warren, 1990: 226).

Berdasarkan kedua-dua pendekatan tersebut, ternyata terdapat perbezaan


mengikut bidang kajian masing-masing. Namun, kedua-dua pendekatan
tersebut pada hakikatnya tidaklah saling bertentangan (Dwisusanto,
Wordpress.com).

Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha mendapatkan atau
membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya
sastera. Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu; misalnya berupa
rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau
42 X TOPIK 2 STILISTIK

bunyi tertentu. Sesuatu karya sastera boleh berupa novel, cerpen, drama, puisi
moden atau sajak (Lutfi Abas, 1988 : 210). Stilistik wujud sebagai cabang disiplin
linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Di dalam bahasa Inggeris, stilistik mula digunakan pada tahun 1846. Mengikut
Awang Sariyan (1985), daripada dua aliran pemikiran yang dikembangkan oleh
Charles Bally dan Leo Spitzer itu, ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis
kajian stilistik, iaitu:
(i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan
pemikiran dan perasaan seefektif mungkin
(ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.

Lutfi Abas, dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik


dengan linguistik. Dengan cara membuat perbandingan ini, maka beliau dapat
mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. Ini akan diterangkan
seterusnya.

2.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK


Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama,
kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa
pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Kelainan
bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya
ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik
seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima
bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi.
(a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti
imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile.
(b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola, inversi dan
paradoks.
(c) Sementara, gaya pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi,
epifora, rima dan sinkof.
(d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja
iaitu sinkof. Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang
membezakan di antaranya. Di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, gaya
bahasa ini diajar mengikut tahap-tahap tertentu. Misalnya, gaya bahasa
perbandingan simile diajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.
TOPIK 2 STILISTIK W 43

Sungguhpun gaya bahasa pertautan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran,


ianya juga perlu dikuasai oleh guru bagi membezakannya dengan ciri-ciri yang
lain. Menurut Nik Hassan Basri (2005), gaya bahasa pertautan ialah gaya bahasa
yang menghubungkan sesuatu yang memiliki ciri atau sifat tertentu dengan yang
lain. Antara gaya bahasa yang selalu dikelompokkan di dalam gaya bahasa ini
ialah gaya bahasa sinekdok, eufemisme, epitet, antonomasia, eponim, metonimia
dan alusi.

Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi. Alusi merupakan
pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung
kepada sesuatu cerita. Contohnya, gambar yang ditunjukkan itu mengembalikan
kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969. Seterusnya, antonomasia melibatkan
penggunaan jabatan, kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru
Besar. Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang
menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau
menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. Ia merangkumi pengganti
simbol atau lambang yang menyatakan sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada
seseorang atau sesuatu hal. Contoh perkataan yang sering digunakan bagi
menggambarkan ciri ini ialah „Loceng pagi yang bersahut-sahut pada pagi itu di
rumah saya‰. Loceng pagi itu sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang
berkokok.

Eponim pula ialah sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang
memiliki sifat tertentu dipakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang
dimilki oleh orang lain. Contoh ayat, „Perangai kamu ini seperti Pak Pandir‰.
Manakala, eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai
pengganti kata-kata atau ungkapan yang dianggap kasar atau keras. Contohnya,
perkataan „mati‰ dan „beranak‰. Terdapat perkataan yang sinonim dengan
perkataan ini seperti „meninggal dunia‰. Perkataan ini lebih lembut berbanding
mati. Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme, perkataan kasar digunakan.
Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan
sebagainya. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok.
Sinekdok membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud
sepenuhnya, walaupun perkataan separuh sahaja digunakan. Contohnya,
„Setelah mereka pergi dari rumah, batang hidung pun tidak nampak‰. Batang
hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri, 2005).

Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan ialah bentuk bahasa yang mengalami
unsur pengguguran bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya. Antara
unsur-unsurnya ialah sinkof, afesis, akronim, apokop, elipsis dan aferisis.
Aferisis atau aferesis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran
bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi
sesuatu perkataan. Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur
44 X TOPIK 2 STILISTIK

menyebutnya. Contoh perkataan yang sering digugurkan ialah perkataan „hulu‰


menjadi „ulu‰ dan „kamu‰ menjadi „mu‰ sahaja.

Sementara itu, kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai
akronim. Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau
suku kata di dalam struktur kata tertentu, sama ada hasil daripada cantuman
dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang
terdiri daripada satu atau lebih suku kata. Contohnya, ABIM yang bermaksud
Angkatan Belia Islam Malaysia. Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa
penyirnaan yang mengalami proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau
suku kata akhir bagi sesuatu perkataan, contohnya „anakanda‰ menjadi „anak‰
sahaja. Seterusnya, elipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di
dalam struktur ayatnya dihilangkan kata, frasa atau rangkai kata, atau
pengguguran tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek, objek. Ia
juga termasuk pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian
frasa predikat atau gaya bahasa, yang di dalam ayatnya didapati adanya unsur
penghilangan atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi
unsur penting di dalam pembinaan sintaksis yang lengkap. Di dalam contoh
ayat, „Dia dirotan‰, frasa yang digugurkan ialah „oleh gurunya‰.

Proses penyingkatan adalah disebabkan pengguguran huruf, suku kata atau


bahagian suku kata di dalam struktur kata dan rangkai kata tertentu, sama ada
hasil daripada cantuman dua atau lebih, tetapi pencantuman itu tidak boleh
membentuk akronim. Contohnya, Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
Pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau dengan
menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah. Contohnya, baharu menjadi
baru sahaja. Afesis dan aferisis adalah hampir sama, tetapi afesis menggugurkan
bunyi vokal bagi sesuatu kata, manakala aferisis sebaliknya. Contoh perkataan
adalah „adinda‰ menjadi „dinda‰. Kesemua ciri di bawah penyirnaan ini adalah
hampir sama, tetapi mempunyai hanya sedikit perbezaan dari segi pengguguran
penyingkatan.

Ciri stilistik keempat yang terdapat di dalam gaya bahasa pengulangan atau
repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi,
suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk
menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sebuah konteks yang sesuai.
Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaitu
aliterasi, anafora, asonansi dan epifora. Sementara itu, terdapat sembilan ciri
yang kurang digunakan iaitu anadiplosis, antanaklasis, asindeton, epanalepsi,
epanortesis, epizeukis, erotesis, gradasi dan kiasmus.

Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan,
sama ada di dalam puisi tradisional, moden, prosa tradisional, moden kreatif
atau bukan kreatif. Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan
TOPIK 2 STILISTIK W 45

konsonan yang sama. Oleh yang demikian, Taringan (1985a: 181, 1985a: 197)
mendefinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannya sama
bunyinya. Contohnya, pengulangan konsonan ÂdÊ „dara damba daku‰. Anafora
pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap
ayat, yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.
Menurut Rahman Shaari (2004: 5), anafora ialah pengulangan kata pada awal
baris untuk ayat-ayat yang berturut-turutan. Pengulangan ini biasanya dapat
dilihat di dalam beberapa rangkap sajak atau syair.

Seterusnya asonansi, pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang
biasanya berurutan seperti anafora. Di dalam bahasa Melayu, terdapat enam
jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambang 'a', 'e', 'i', 'o' dan
'u', iaitu sebanyak lima bentuk huruf sahaja. Contoh gaya bahasa asonansi yang
dipetik daripada puisi, iaitu sajak "Negeri Cinta" oleh Nahmar Jamil, iaitu
pengulangan vokal 'a'. Puisinya adalah seperti berikut „Alam adalah sebahagian
daripada kami, alam adalah syurga bumi, cinta kepadanya adalah cinta jutaan
bunga-bungaan, cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi.‰ Setiap huruf ÂaÊ
menggambarkan asonansi.

Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan; iaitu pengulangan
kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kala pada akhir ayat
yang juga berurutan. Gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam
puisi dan prosa. Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa
kumpulan Surat yang merupakan buku karya S. Othman Kelantan iaitu: „Aku
tidak mahu. Benar-benar tidak mahu‰ (halaman 29).

Rima akhir ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam
sesuatu rangkap, iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair, gurindam, pantun
atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku
kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi, misalnya aaaa, abab,
abcabc, aabb, abba dan selainnya. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir
'abab' yang dipetik daripada "Pantun Budi", iaitu: „Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung; hati terkenang mulut menyebut, budi sedikit
rasa nak junjung‰ (Nik Hassan Basri, 2005).

Sungguhpun ciri-ciri ini juga terkandung di dalam gaya bahasa penyirnaan,


namun ianya kurang diketahui. Anadiplosis ialah sejenis gaya bahasa
pengulangan, iaitu kata atau frasa terakhir di dalam satu klausa atau ayat,
diulang menjadi kata atau frasa di dalam frasa pertama pada klausa atau ayat
yang berikutnya. Contohnya, „Di dalam raga ada darah, di dalam darah ada
tenaga, di dalam tenaga ada daya, di dalam daya ada segala‰. Antanaklasis pula
ialah sejenis gaya bahasa pengulangan yang mengandungi pengulangan kata
yang sama bentuknya di dalam ayat, tetapi mempunyai makna yang berbeza.
Contohnya, „Burung kakak tua menegur kakak tua ayahku pagi kelmarin‰.
46 X TOPIK 2 STILISTIK

Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulang-
ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat antara satu dengan yang
lainnya menjadikan satu ayat yang panjang, iaitu hanya dengan tanda koma atau
beberapa tanda koma. Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma
di dalam satu ayat. Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam
penulisan kreatif. Ianya dikenali sebagai asindeton. Sementara, epanalepsi
membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam
klausa atau ayat. Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam
struktur kata di dalam ayat menjadi kata yang terakhir di dalam baris yang sama
di dalam ayat. Contohnya, „Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka‰.

Epanortesis ialah gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan beberapa kata


yang sama di dalam ayat. Tetapi di sebalik pengulangan itu, terkandung maksud
ayat yang pada mulanya ingin menjelaskan sesuatu tetapi diperbetulkan yang
salah. Contohnya, „Ramli makan nasi, eh makan bubur‰. Epizeukis ialah sejenis
gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan kata atau frasa yang dipentingkan
atau yang ditekankan itu diulang beberapa kali berturut-turut di dalam satu
ayat. Contohnya, „Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pengampun‰.

Erotesis pula merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan yang berupa


pertanyaan yang sering digunakan di dalam ucapan, pidato, perbahasan atau
penulisan yang tujuannya adalah untuk mencapai keberkesanan yang mendalam
dan penekanan serta pertanyaan yang disuarakan atau persoalan yang diajukan
itu tidak mengharapkan jawapan. Gradasi pula ialah gaya bahasa pengulangan
yang memaparkan maklumat yang mengandungi beberapa kata atau frasa ă
yang paling sedikit tiga kata ă atau istilah yang hadir secara berturutan di dalam
ayat yang mempunyai beberapa ciri kemaknaan atau semantik secara umum
diulang-ulang dengan beberapa perubahan yang bersifat kuantitatif. Misalnya,
"Kita malah bermegah juga di dalam kesengsaraan kita kerana kita tahu bahawa
kesengsaraan itu menimbulkan ketekunan, dan ketekunan menimbulkan tahan
uji, dan tahan uji menimbulkan harapan. Dan pengharapan tidak
mengecewakan..." (Taringan, 1985: 239).

Gaya bahasa yang mengandungi kata yang berunsur pengulangan, yang sekali
gus pula merupakan inversi hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula
dikenal sebagai kiasmus. Sementara, mesodilopsis atau nama lainnya responsif
ialah gaya bahasa pengulangan; iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada
di tengah-tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian
tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.
Paralelisme ialah gaya bahasa pengulangan, iaitu sejenis gaya yang berusaha
untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata-kata atau beberapa frasa
yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama.
Contohnya, „Rasuah bukan sahaja patut dikutuk tetapi patut diperangi habis-
habisan‰. Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu yang
TOPIK 2 STILISTIK W 47

menggunakan kata hubung yang sama diulang-ulang untuk menghubungkan


kata dengan kata atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa di dalam
ayat. Contohnya, „Bapanya memelihara kambing dan ayam dan lembu dan
kerbau di ladang‰. Gaya yang terakhir di dalam gaya bahasa yang berkaitan
dengan pengulangan ialah tautotes. Tautotes ialah sejenis gaya bahasa
pengulangan, iaitu yang berupa pengulangan sebuah kata atau beberapa kata
berkali-kali di dalam sebuah struktur ayat. Contohnya, „Abang mengunjungi
kakak, kakak mengunjungi abang dan mereka saling kunjung mengunjungi‰.

Gaya bahasa pertentangan, mengemukakan makna yang bertentangan dengan


makna yang bertentangan. Gaya yang sering digunakan di dalam gaya bahasa
ini hanya tiga sahaja iaitu hiperbola, paradoks dan inversi atau anastof.
Manakala, gaya bahasa yang lain pula adalah seperti antifrasis, antiklimaks,
apofasis, hipalase, hiperbaton, inuendo, ironi, katabasis, klimaks, litotes,
oksimoron, preterisio, sarkasme, satira, sinis, silepsi dan zeugma.
(a) Hiperbola berasal daripada bahasa Yunani. Kata majmuk ini dibina melalui
gabungan perkataan 'hyper' yang bermaksud melebihi dan 'ballien' yang
bererti meluahkan atau mengeluarkan. Jadi, maksud hiperbola ialah
pembaziran atau suatu cara yang melebih-lebihkan semata-mata untuk
mencapai kesan tertentu, iaitu suatu gaya bahasa yang mengandungi
kebenaran yang diperbesar-besarkan (Dale et al., 1971: 233). Dengan kata
lain, hiperbola ialah ungkapan yang melebih-lebihkan apa yang sebenarnya
dimaksudkan: jumlahnya, ukurannya dan sifatnya (Moeliono, 1984: 3).
(b) Paradoks ialah sejenis gaya bahasa pertentangan yang mengandungi
pertentangan yang nyata dengan fakta yang ada, tetapi kenyataannya
mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. Ini
bermaksud paradoks memaparkan suatu keadaan atau suasana yang
berlawanan. Gaya bahasa ini boleh dijumpai dalam teks komsas.
Contohnya, di tengah-tengah kesedihan ada juga kelucuan (Dzul Karnain,
2000: 79).
(c) Manakala, inversi atau anastrof pula ialah gaya bahasa pertentangan yang
memfokuskan pembalikan kata-kata atau frasa yang berbeza daripada
susunannya yang lazim atau ayat yang susunnya dimulai dengan predikat
dan diikuti oleh subjek, sama ada ayat aktif songsang atau ayat pasif
songsang.

Kesimpulannya, bidang stilistik terkandung di dalam ciri-ciri linguistik yang


berbeza yang berlaku dalam kelompok sosial. Stilistik mempunyai gaya bahasa
yang tersendiri bagi mengklasifikasikan sesuatu ayat, klausa, perkataan dan
rangkap-rangkap di dalam teks komsas. Sungguhpun takrifannya hampir sama,
namun ianya dibezakan dengan ciri-ciri yang tersendiri.
48 X TOPIK 2 STILISTIK

SEMAK KENDIRI 2.2


(a) Nyatakan contoh yang sesuai bagi memperlihatkan perbezaan pada
ciri-ciri stilistik.
(b) Nyatakan kekuatan yang ada pada ciri-ciri stilistik di dalam
menghuraikan gaya bahasa.

2.3 STILISTIK DALAM BAHASA


Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada
unsur bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu
dilihat di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu
stilistik, iaitu ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil
penulisan, bahasa memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana
semua pengucapan yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh
masyarakat adalah gaya. Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu
dipakai oleh pelbagai orang, baik untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah
berbagai-bagai kelainan. Setiap kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza
antara satu dengan yang lain (Keris Mas, 1988: 3).

Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun
pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik
berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang
memberikan ‰penyataan bahasa‰. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di
dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa
mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam
konteks tidak rasmi (Keris Mas, 1988: 13).

Di dalam percakapan biasa, manusia selalu menggunakan pelbagai gaya


walaupun ayat yang dituturkan mempunyai maksud yang sama, contohnya:
(a) Dia itu orang bijak pandai
(b) Dia itu pujangga besar

Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya.
Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata
yang diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk
menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya
gaya, yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu
berlainan caranya daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacam-
macam kelainan daripada pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan
TOPIK 2 STILISTIK W 49

kata, terdapat juga kelainan daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang
lurus mengandungi subjek, predikat (misalnya) dilainkan dengan
menterbalikkan susunan seperti ayat berikut:
(a) Makan dia bersama saya
(b) Dia makan bersama saya

Seterusnya, terdapat pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus hingga


bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga, indah dan menarik serta dapat
berperanan untuk menimbulkan rasa yang berlainan dan makna yang lebih
halus (Keris Mas, 1988: 3).

Selain itu, apabila seseorang berhujah, bercakap, berkomunikasi atau berbual;


apa yang ingin dilihat dan tahu bukan sahaja isi tetapi ‰bagaimana caranya‰
dilafazkan. Sesuatu situasi atau lokasi juga memainkan peranan penting kerana
ia boleh menentukan maksud sesuatu ujaran. Tentu sekali, sebagai seorang
pendengar ingin tahu isi kandungan mesej yang hendak disampaikan, apa cara
disampaikan, bagaimana disampaikan dan respons yang patut diberi
terhadapnya. Maka, stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana ujaran
berlaku atau disampaikan. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan
bunyi atau kata-kata yang dilafazkan kerana melalui proses sosialisasilah,
seseorang itu berupaya membuat interpretasi isi kandungan ujaran. Sebagai
contoh, seseorang itu dapat menentukan dan mengenal pasti asal-usul atau
kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,
kedudukan status mereka, selain dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu
adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga intonasi ketika
mesej itu disampaikan (Alias dan Abdullah, 2007: 23). Variasi ini dapat dilihat
daripada beberapa dimensi seperti berikut (Umar Junus, 1989: 7-9):

(a) Fitur tetap stilistik

(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa
sehari-hari)
Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang
alamiah.
Teks : Bahasa sehari-hari
Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat
pada kelancaran dan hambatan di dalam
pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek
yang tidak mementingkan ketetapan dan
kenahuannya.
50 X TOPIK 2 STILISTIK

(ii) Dialek (Bahasa yang dituturkan mengikut daerah geografi atau


kedudukan sosial)
Fungsi : Digunakan di dalam hubungannya dengan
keadaan bahasanya.
Teks : Mengikut daerah geografi atau kedudukan sosial.
Unsur Stilistik : Berlainan daripada bentuk standard, baik dari segi
sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata
tertentu.

(iii) Masa (Ketika/zaman yang dituturkan)


Fungsi : Bagi memberi pemahaman kepada pemakai
mengikut sesuatu masa tertentu.
Teks : Bahasa kuno, klasik dan kini.
Unsur Stilistik : Struktur kata yang tertentu mengikut zaman atau
masa yang dituturkan dari segi sebutan, ejaan dan
penggunaan ayat yang panjang serta pendek.

(iv) Wacana
Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar
dan sebagainya).
Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu
dengan jelas tentang peristiwa yang dilaporkan.
Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat,
pelaku dan sebagainya), penggunaan slogan,
perifrasa dan kata pemula (yang menarik).

(v) Fitur sementara stilistik


x Laras (Bahasa undang-undang, sains, perubatan, ekonomi, politik
dan sebagainya)

Fungsi : Bagi menghuraikan hal, aspek, bidang dan


peristiwa yang berbeza-beza.
Teks : Bahasa undang-undang, agama, sains, ekonomi
dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Perbezaan banyak kata, imbuhan dan jenis ayat
tertentu mengikut laras yang digunakan.

x Status (Slanga, jargona, lemah-lembut, diraja dan sebagainya)


Fungsi : Menentukan konteks dan status pemakai
apabila menuturkannya.
Teks : Dituturkan mengikut status pemakai.
TOPIK 2 STILISTIK W 51

Unsur Stilistik : Intonasi yang berbeza, pencampuran kod bagi


slanga, kata atau ungkapan yang tertentu bagi
jargona dan sebagainya.

(vi) Bahasa pergaulan rasmi


Fungsi : Melaksanakan hubungan rasmi antara pegawai
pemerintah dan rakyat.
Teks : Bersifat pemerintah, melukiskan dengan berbelit-
belit.
Unsur Stilistik : Konstruksi ayat pernyataan yang rumit, gagal
menggunakan kata yang berhubungan dengan
perasaan.

(vii) Gaya bahasa rasmi


Fungsi : Penyampaian kebenaran ilmu dan hukumannya
dengan pembuktian logik dan objektif.
Teks : Karangan ilmiah, komentar, kuliah.
Unsur Stilistik : Kata-kata yang neutral daripada nilai sastera dan
tanpa warna emosi, istilah yang monosemi, jarang
ditemui penggunaan ungkapan seperti pepatah,
jalinan yang padu antara ayat-ayatnya.

Apa yang dinyatakan tersebut adalah sebahagian daripada ruang-lingkup


stilistik di dalam sesuatu bahasa. Oleh kerana itu, pembaca jarang terjumpa
perkataan yang mempunyai kedua-dua makna konseptual dan makna stilistik,
jadi tidak mungkin wujud „sinonim sebenar‰. Elok disemai sinonim dengan
makna konseptual untuk memudahkan pembaca mengenali „gaya-gaya‰ atau
„cara-cara‰ yang diketengahkan oleh penutur. Di dalam hal ini, tidak mungkin
juga kita mendapat jawapan yang sama bagi sesuatu perkataan yang bersinonim
dengan perkataan lain. Keadaan ini berlaku kerana penutur mempunyai „cara
tersendiri‰. Contohnya, perkataan „sarapan‰ atau „makan pagi‰ yang
mempunyai sama sahaja sifat luarannya iaitu aktiviti makan di waktu pagi,
tetapi sifat dalamannya tentu sekali berbeza. Bagi sesetengah orang, „makan
pagi‰ betul-betul makan, mengenyangkan, banyak dan sedap terutama bagi
pesawah, penoreh getah atau pelaut. Bagi orang Barat, „makan pagi‰ memang
banyak, iaitu banyak dan sedap pula. Bagi orang lain, hanya kudap-kudap sahaja
atau sedikit-sedikit dan tidak banyak, iaitu hanya untuk melapik perut sahaja
(Alias dan Abdullah Yusof, 2007: 24).

Jika dilihat dari aspek „status‰, sudah pasti individu yang berstatus tinggi
mempunyai nilai lain mengenai „sarapan‰ berbanding dengan orang bawahan.
Contohnya orang kenaman berstatus tinggi, makannya beradat, apabila
mengunyah menutup mulut, menjamah sedikit-sedikit sahaja, tidak banyak dan
52 X TOPIK 2 STILISTIK

menyediakan tisu untuk mengesat mulut dan selepas itu mengumur dan
membasuh mulut.

Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai
bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks
masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek
perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu
mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan
anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek
komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian
bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan
bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya
dan latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah
nada atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan
kastanya, darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona
dan sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi (Alias dan Abdullah
Yusof, 2007: 25).

Sebagai rumusan, stilistik merujuk kepada pengkajian yang berunsurkan gaya,


sama ada di dalam bidang penulisan ataupun sebaliknya. Sebagai ilmu yang
masih baru, di dalam tradisi ilmiah Bahasa Melayu, stilistik sudah berupaya
meyakinkan pengkaji bahasa bahawa di dalam hubungan sosialisasi, seseorang
perlu menentukan stail pengucapannya. Gerak ke arah stilistik sebagai ilmu,
baru muncul setelah adanya perubahan besar di dalam perkembangan linguistik.
Dengan adanya stilistik di dalam setiap bidang, tidak kira ianya berbentuk
ilmiah ataupun tidak, secara tidak langsung akan dapat mempelbagaikan cara
penghasilan sesebuah makna.

Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan
seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu,
maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau
kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,
kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang
digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga
intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya
dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila
berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak
formal.

2.4 BAHASA PERBANDINGAN


Bahasa perbandingan merupakan satu bentuk atau pun gaya bahasa yang sering
digunakan di dalam penulisan mahu pun pertuturan kita seharian. Bahasa
perbandingan boleh dipecahkan kepada dua, iaitu bahasa perbandingan yang
TOPIK 2 STILISTIK W 53

menunjukkan persamaan dan pertentangan. Sebelum mengenal dengan lebih


lanjut tentang bahasa perbandingan, terlebih dahulu kita harus mengetahui
definisi tajuk tersebut. Menurut Kamus Dewan, ÂbahasaÊ boleh ditakrifkan
sebagai suatu sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan di dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan
dan fikiran. Di samping itu, ia juga bermaksud kata-kata yang disusun menurut
tatabahasa dan digunakan oleh seseorang di dalam percakapan atau tulisan.
Menurut Kamus Pelajar pula, ÂperbandinganÊ bermaksud persamaan. Maka
secara keseluruhannya, bahasa perbandingan merupakan satu bentuk bahasa
yang digunakan untuk memerihalkan sesuatu perkara atau kejadian tanpa
memberitahu secara terus, tetapi ia akan diungkapkan melalui beberapa rangkai
kata atau pun perkataan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan perasaan
serta mesej yang hendak disampaikan. Di dalam bahagian ini, akan
dibincangkan aspek-aspek yang terkandung di dalam bahasa perbandingan.
Antara yang penting ialah gaya bahasa personifikasi, metafora, simile dan
banyak lagi.

2.4.1 Bahasa Perbandingan


Bahasa perbandingan mempunyai banyak fungsi. Antaranya, digunakan untuk
menerangkan sesuatu secara berkias. Maka, secara tidak langsung ia akan dapat
menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan. Ini sesuai dengan
masyarakat kita yang tidak suka untuk berterus-terang. Di samping itu, bahasa
perbandingan digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan keadaan
atau peristiwa yang lain. Seperti contoh, unsur metafora digunakan untuk
membandingkan sesuatu benda dengan keadaan atau pun peristiwa yang lain
dengan menyatukan sesuatu perkataan yang maujud dengan keadaan yang
abstrak. Secara tidak langsung, pembaca akan tahu maksud perkataan tersebut
dengan melihat unsur yang telah digabungkan.

Bahasa perbandingan juga mempunyai fungsi yang tersendiri, terutama di


dalam sesebuah penulisan prosa tradisional. Ia digunakan untuk menerangkan
sesuatu maksud perkataan secara berkias. Sebagai contoh, di dalam gaya bahasa
eufemisme, perkataan seperti „bunting‰ boleh digantikan dengan ayat
„seseorang yang telah mengandung‰. Secara tidak langsung, perkataan tersebut
akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca. Seterusnya, bahasa
perbandingan adalah bertujuan sebagai penggambaran atau pelukisan watak
dan memberi pengajaran kepada pembaca tentang sesuatu akibat daripada
perbuatan yang tidak baik. Seperti contoh, bahasa perbandingan „bagaikan
harimau kehilangan belangnya‰ boleh membawa maksud seseorang yang
berkuasa dalam sesuatu hal, tetapi telah kehilangan kuasa akibat daripada
tindakannya yang tidak baik.
54 X TOPIK 2 STILISTIK

Terdapat beberapa contoh bahasa yang menunjukkan perbandingan yang sering


digunakan di dalam sesebuah penulisan karya. Antaranya ialah seperti berikut:

(a) Simile
Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata „seperti‰,
„ibarat‰, „bak‰, „bagaikan‰, „umpama‰, „laksana‰,‰penaka‰ dan „serupa‰.
Contohnya:
(a) Seperti seekor rerama terbang
(b) Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu
(c) Bagaikan mahu terkeluar biji matanya
(d) Keruh seperti air deru
(e) Macam melukut di tepi gantang

(b) Personifikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada
benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Perkataan personifikasi
(personification) sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani,
prosopopoeia. Sebagai perbincangan, berikut diturunkan petikan sajak
ÂSungai 3Ê karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Piramid (1990: 14)
TOPIK 2 STILISTIK W 55

Tersentak sungai tua itu.


Tak bergerak
darah dalam tulang sungai
tua itu sewaktu
ia memerhati keanehan
anaknya tadi pagi.
anaknya merangkak menyongsong arus.
Ternganga rumputan,
tergamam batuan dan
terpegun tebing dengan
keajaiban dan
keberanian yang luar biasa itu.
Lubuk timbul
buat pertama kali, menyaksi
sejarah mencipta dongeng.
ÂBagaimana lagi akan
kuperolehi pengalaman?Ê

tanya anak sungai sambil terus


menentang arus dengan payah
tapi tabah.
ȱ
Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup atau abstrak di dalam
sajak ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu satu sifat manusia
seperti 'ternganga rumputan', 'tergamam batuan', dan 'terpegun tebing'.
Sifat ternganga, tergamam dan terpegun itu ialah aksi manusia, namun di
sini aksi manusia itu telah dipadankan dengan objek-objek yang bukan
manusia, iaitu rumputan, batuan dan tebing. Kesannya kita merasai
elemen-elemen alam tersebut hidup seperti manusia. Contoh kedua pula
ialah memberi anggota badan manusia seperti tulang yang dipadankan
dengan sungai, seperti 'tulang sungai tua'. Tulang ialah elemen yang ada
pada manusia tetapi di dalam sajaknya, penyair telah menggambarkan
bahawa sungai mempunyai tulang dan ini secara tidak langsung telah
memberikan sifat manusia kepada sungai.

Melalui sajak tersebut, secara umum penyair T. Alias Taib telah


memanfaatkan gaya bahasa personifikasi untuk menyampaikan mesej di
dalam sajaknya. Penyair telah memberikan tingkah laku manusia kepada
sungai dan unsur alam seperti tebing, rumput dan lubuk untuk
56 X TOPIK 2 STILISTIK

menimbulkan sesuatu kesan yang lain di dalam puisinya sehingga


dipersonifikasikan anak sungai sebagai berkata-kata melalui rangkap
terakhir sajak tersebut. Melalui penerapan unsur personifikasi ini, penyair
dapat menyampaikan mesejnya secara tersirat kepada pembaca tanpa
merasai mereka sebenarnya dikritik. Gaya bahasa personafikasi ialah
bahasa kiasan yang menggambarkan benda-benda mati atau barang-barang
yang tidak bernyawa seolah-olah memiliki sifat kemanusiaan. Contohnya
adalah seperti berikut:
(i) Hati ini selalu memberontak
(ii) Guruh dan langit sedang berteriakan
(iii) Subuh telah mengundur diri
(iv) Alunan manja belantara khatulistiwa
(v) Perlahan-lahan dikoyaknya mulut sampul surat itu
(vi) Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra

(c) Metafora
Gaya bahasa metafora adalah perbandingan secara langsung, iaitu ia
memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua
jenis metafora, iatiu seperti berikut:

(i) Metafora yang tidak memerlukan kata-kata perbandingan seperti


bagaikan, laksana, bak dan bagai. Contohnya:
x Abang benar-benar harimau di dalam rumah
x Hari ini bapa menjadi singa
ȱ
ȱ
(ii) Metafora yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak.
Contohnya adalah seperti berikut:
x Dahan kerinduan
x Dinding hati
x Kotak fikiram
x Roda kehidupan
x Manik-manik peluh
x Gunung harapan

Berikut adalah contoh ulasan gaya bahasa metafora yang terdapat di dalam
sajak.
TOPIK 2 STILISTIK W 57

Sebuah Masterpiece Karya si Bush


Oleh: Mosna
Lukisan-lukisan di dinding ofis
Di Downing Street
Dan White House itu
Dilukis sendiri oleh si Bush.
Dia pakar melukis
Di atas kanvas bergelar Iraq
Dan gemar sekali gunakan cat
Diperbuat hanya dari darah
Dan luka lelehan bernanah!
Untuk air dan tanah
Pepohon, langit dan awan
Tiadakah warna lain
Yang tuan gemari
Selain dari merah?
(haram sungguh, dia tidak endah pertanyaan kita)
Dia terus gila melukis tanpa sedar
Bahawa cat yang sama juga
Sedang mengaliri jantung
Dan salur-venanya sendiri
Menanti dielus tuan Osama
Dalam masterpiecenya pula!
ȱ
ȱ
Mosna melalui sajak „Sebuah Masterpiece Karya si Bush‰ dengan gaya
bahasa yang gemar menggunakan metafora. Contohnya,

Lukisan-lukisan di dinding (ofis): Baris 1


Diperbuat hanya dari (darah): Baris 8
Dan (luka) lelehan (bernanah). Baris 9

Lukisan, dinding, air, tanah, pohon dan awan adalah metafora yang
membantu menguatkan sajak ini.

(d) Eufemisme
Eufemisme adalah bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan
kata atau ucapan. Ia juga disebut sebagai ucapan atau ungkapan lembut.
58 X TOPIK 2 STILISTIK

Misalnya, perkataan merogol akan lebih indah dan sopan digantikan


dengan memperkosa. Sebagai contoh ayat, lihat Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Contoh ayat Eufemisme


Rogol Telah diperkosa oleh seorang yang tidak bertanggungjawab
Bunting Telah berbadan dua
Kencing Pergi buang air kecil
Beranak Hendak bersalin
Pekak Kurang daya pendengaran
Mampus, kojol Pergi menemui Tuhannya
Kembali ke rahmatullah
Pergi menyahut seruan Ilahi
Menghembuskan nafasnya yang terakhir
Kembali ke alam baqa

(e) Alegori
Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan
untuk pendidikan. Kebanyakan gaya bahasa ini digunakan di dalam
penceritaan yang mewakilkan watak binatang sebagai objek. Sebagai
contohnya, di dalam cerita kanak-kanak, watak singa selalu digunakan
sebagai seorang raja. Begitu juga seperti sang kancil yang selalu digunakan
untuk melambangkan seseorang yang bijaksana. Sebagai kesimpulannya,
elemen alegori ini menggunakan watak binatang sebagai pelakon utama di
dalam sesebuah cerita. Antara lain watak yang digunakan ialah seperti
monyet, kura-kura, ular, kucing dan anjing.

(f) Antilesis
Gaya bahasa ini adalah bahasa yang membandingkan dua perkara yang
berlainan di dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri
daripada dua frasa ayat yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya
bahasa ini banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan karya sastera
mahu pun di dalam perbualan seharian. Antara contohnya ialah:
(i) Segala kebaikan yang dilakukan oleh ibunya telah dibalas dengan
kejahatan yang menyakitkan.
(ii) Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
(iii) Walaupun Ahmad menyayangi isterinya dengan sepenuh hati,
namun isterinya tetap akan membencinya.

Kesimpulannya, bahasa perbandingan terdiri daripada unsur gaya bahasa


yang membandingkan sesuatu perkara yang mempunyai pertalian yang
TOPIK 2 STILISTIK W 59

sama dan berbeza. Sebagai contoh, gaya bahasa simile membandingkan


dua perkara yang mempunyai persamaan. Gaya bahasa ini amat penting
dalam membentuk ayat yang gramatis di dalam penulisan sesebuah karya.
Di samping itu, ia juga digunakan di dalam kehidupan kita seharian. Tanpa
kewujudan aspek gaya bahasa ini, maka sesebuah penulisan itu tidak akan
menarik para pembaca menghayati secara efektif sesebuah karya yang
dibaca. Penulis amat berharap agar para pembaca dapat membezakan dan
lebih memahami aspek penting di dalam bahasa perbandingan demi
kesejahteraan bahasa Melayu yang kita sayangi.

2.5 KEBERKESANAN STILISTIK DALAM


BAHASA
Salah satu keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah pendedahan kepada
kepelbagaian gaya bahasa. Gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa seperti
yang ingin dinyatakan penulisannya, sehingga menimbulkan kesan tertentu
kepada pembacanya (1985: 48).

Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan
ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan kata,
frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema
dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Gaya dapat
dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa
penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa
pertentangan (Nik Hassan Basri, 2007: 145).

Menerusi karya sastera, aspek gaya bahasa adalah amat penting bagi menjadikan
sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Contoh
gaya bahasa pengulangan adalah seperti aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan
banyak lagi. Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi
unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang
dianggap penting.
Gaya bahasa penyirnaan pula ialah bentuk bahasa yang mengalami unsur
pengguguran bunyi, suku kata, frasa atau bahagian ayat. Contoh gaya bahasa
penyirnaan termasuklah aferesis, afesis, akronim, apokop, elipsis, kata singkatan
dan sinkof. Seterusnya, gaya bahasa perbandingan yang bermaksud bentuk
bahasa perbandingan yang indah untuk menambah kesan tertentu dengan cara
membandingkan. Contohnya imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan
simile. Gaya bahasa pertautan pula ialah gaya bahasa yang mengaitkan sesuatu
perkara dengan perkara yang lain. Antaranya termasuklah alusi, antonomasia
dan lain-lain. Seterusnya ialah gaya bahasa bertentangan, yang terdiri daripada
tiga jenis iaitu hiperbola, inversi dan paradoks (Nik Hassan Basri, 2007: 80-82).
60 X TOPIK 2 STILISTIK

Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan, seseorang pengarang karya tidak


perlu bergantung kepada aspek tatabahasa sahaja. Beliau boleh menggunakan
gaya bahasa sebagai panduan dalam membentuk atau menghasilkan sesuatu
karya yang lebih kreatif dan dapat memberi kesan kepada pembaca.

Gaya dari segi variasi bahasa juga banyak digunakan di dalam sesebuah karya;
khususnya novel, cerpen dan prosa Melayu klasik. Antara variasi bahasa
termasuklah seperti bahasa lisan, bahasa pasar, bahasa surat dan lain-lain. Di
samping itu, gaya di dalam bahasa juga dapat dilihat menerusi simpulan bahasa
dan ungkapan, peribahasa, bidalan dan perumpamaan, bahasa kiasan, ragaman
bahasa dan karangan berangkap. Gaya tersebut jelas menggambarkan
kepelbagaian penggunaan bahasa di dalam sesebuah karya. Salah satu contoh
adalah seperti peribahasa berangkap dua baris seperti berikut yang
menunjukkan kreatifnya sesuatu bahasa itu digunakan untuk menegur
masyarakat:
ȱȱ ȱ
ȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱȱ
Biar bersimpah peluh di muka,
Jangan tersingkap kain basahan,

Bongkok kail penyangkut insang,


Bongkok fail penyangkut hutang,

Dipetik daripada Puisi Melayu Tradisional, 2006:61


ȱ
ȱ

Menurut Farid M. Onn (1982: 84), Proust pernah menyatakan bahawa gaya
adalah hak penulis. Gaya bukan sekadar teknik penulisan atau sekadar satu cara
untuk memperkatakan sesuatu, tetapi lebih kepada satu pilihan epsitemik yang
memperlihatkan mod pengalaman dan visi. Pousin (1647), menegaskan bahawa
gaya digunakan oleh seniman di dalam mengungkapkan impresinya sesuai
dengan tema, sikap dan suasana yang ingin disampaikan (Aminuddin, 1995:31).

Seterusnya, stilistik dianggap sebagai cara mengetengahkan unsur keindahan.


Menerusi stilistik, kita dapat menilai keindahan di dalam sastera. Aminuddin
mengatakan bahawa stilistik merupakan gaya yang dapat menampilkan nilai
keindahan melalui cara menyusun dan menggambarkan sesuatu secara tepat dan
mendalam (1995: 31). Menurut Hashim Awang (1982: 20), menilai secara kasar
ialah kegiatan mencari atau menentukan nilai. Nilai yang dimaksudkan ialah
objek atau pengalaman yang dapat memberikan kepuasan terhadap minat,
penghayatan atau kemahuan seseorang. Nilai dikatakan dapat dilihat daripada
TOPIK 2 STILISTIK W 61

yang bersifat ÂinstrumentalÊ atau peralatan dan tanggapan yang bersifat segera
atau dalaman.

Aminuddin (1995: 34), menyatakan bahawa gaya atau stilistik mampu


membentuk atau menggambarkan emosi, contohnya melalui puisi. Berdasarkan
pandangan daripada beberapa pelopor seperti Coleridge dan Wordsworth,
Aminuddin (1995: 35) mengatakan stilistik atau stail sebagai bentuk
pengungkapan sesuatu bahasa sesuai dengan emosi dan sesuatu yang ingin
disampaikan oleh pengarang secara tidak langsung.

Nik Hassan Basri (2007: 372), menganggap nilai keindahan unsur karya dikenali
sebagai unsur estetik. Pengarang yang bijak memanipulasi bahasa melalui aspek
teknik dan gaya itulah yang akan menentukan nilai estetik sesebuah karya.
Sesetengah pihak juga beranggapan bahawa nilai estetik sesebuah karya juga
ditentukan oleh arah penggunaan bahasa di dalam sesebuah karya atau yang
dikenali sebagai autonomi estetik, iaitu kuasa sendiri dan linguistik tidak boleh
masuk campur, khususnya di dalam pengucapan karya dan kesenian.

Konsep estetik menurut A. Wahab Ali (2000: 69), merujuk kepada sesuatu objek
alam dan seni yang bernilai dan berguna pada penglihatan dan penikmatan kita.
Nilai estetik sesuatu karya dapat dilihat menerusi rima, susunan ayat dan unsur
gaya bahasa lain yang digunakan. Unsur keindahan ini dapat memberi
penghayatan terhadap pembaca. Contohnya menerusi novel dan cerpen,
penghayatan dapat membangkitkan pelbagai emosi di dalam diri pembaca
mengikut jalan cerita yang disampaikan. Begitu juga dengan sajak dan karya
sastera yang lain. Contohnya, menerusi sajak Usman Awang ÂLahirnya EngkauÊ,
yang menggambarkan perasaan pengarang semasa isterinya sedang melahirkan
anaknya.
ȱ
ȱ
ȱ
Saatnya begitu genting, ah, jauh keluh ibumu,
Kepalanya ke dinding dan ayah resah menunggu,
Alangkah gelisah betapa kelak wajah anakku,
Semoga jenis yang kami harapkan dalam restu.
ȱ ȱ ȱ ȱ ȱ
Petikan daripada Puisi NÊusantara,
1981: 149
ȱ
Selain itu, melalui stilistik kita dapat membezakan penggunaan ayat antara
penggunaan tatabahasa dengan betul dengan penggunaan gaya bahasa.
Tatabahasa atau nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau
komponen kata bahasa Melayu dengan betul, yang meliputi kata nama, kata
62 X TOPIK 2 STILISTIK

kerja, kata sifat, adverba (kata keterangan), kata ganti nama, kata hadapan, kata
hubung, kata seru, kata bantu, kata nafi, kata darjat (perbandingan) dan
praktikel (Sulaiman Masri, et al, 2007: 19).

Gaya bahasa pula, lebih kepada kevariasian gaya. Kevarasian gaya ialah hal-hal
yang ada hubungan dengan kelainan pemilihan kata (diksi), kelainan
penyusunan ayat iaitu susunan biasa ÂsubjekÊ ÂpredikatÊ kepada susunan inversi
ÂpredikatÊ ÂsubjekÊ, dan adanya unsur estetik atau unsur keindahan. Oleh itu,
menurut Nik Hassan Basri (2007: 373), segala yang halal oleh tatabahasa juga
adalah halal di sisi stilistik. Tetapi semua yang halal di sisi stilistik, belum tentu
diterima sebagai gramatis oleh tatabahasa. Contohnya, ayat berikut jelas
menunjukkan adanya manipulasi bahasa.
(i) Pelajar itu kena tangkap oleh pensyarah . (Gaya lurus/biasa)
(ii) Kena tangkap oleh pensyarah pelajar itu. (Gaya inversi)

Dipetik daripada Stilistik Komsas, 2005: 3

Menurut Awang Sarian (1982: 67), tatabahasa lebih dikenali sebagai hukum
bahasa daripada sebagai sistem bahasa. Ia tidak boleh dianggap sebagai aspek
terpencil di dalam penciptaan karya sastera. Sebaliknya, tatabahasa hendaklah
dianggap sebagai suatu asas untuk menzahirkan gaya bahasa yang indah.
Berdasarkan pandangan beliau, tatabahasa dan gaya bahasa adalah dua unsur
yang saling melengkapi. Gaya bahasa tidak boleh disalah tafsirkan, iaitu semakin
banyak kesalahan bahasa, semakin indah bahasa sesebuah karya itu. Gaya
bahasa juga tidak harus dijadikan suatu escapism untuk menolak kenyataan
bahawa bahasa yang salah bukanlah suatu gaya yang baik (1982: 66). Kesalahan
imbuhan, struktur ayat, kata sendi, bentuk jamak, struktur DM dan beberapa
kesalahan lagi tidak seharusnya dianggap sebagai gaya, kerana menurut Umar
Junus, kesalahan tersebut adalah unsur yang tidak fungsional yang
mengurangkan keutuhan sesuatu karya sastera. Menurut Slametmuljana (1969),
penyimpangan stilistik ada hubungan dengan konsep Êgaya tersendiriÊ, iaitu
penulis menimbulkan gaya yang lain daripada gaya yang biasa digunakan
orang.

Awang Sariyan (1985: 11) menegaskan bahawa tatabahasa dan gaya mempunyai
hakikat yang berbeza. Tatabahasa didasarkan pada penggunaan bahasa yang
telah ada, sedangkan gaya didasarkan pada penggunaan bahasa secara kreatif.
Pada hakikatnya, gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa yang dapat
dilakukan oleh mereka yang menguasai bahasa. Anggapan tentang Âbahasa
salahÊ pada karya sastera adalah disebabkan oleh terikatnya kita pada
penggunaan bahasa yang telah ada, dan bukan disebabkan penggunaan bahasa
yang berbeza. Tambahan pula, penulis kreatif mementingkan penggunaan
bahasa secara kreatif sehingga menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada
TOPIK 2 STILISTIK W 63

yang sebelumnya. Namun, menurut beliau, memang ada penulis kreatif yang
dianggap menggunakan bahasa yang menyimpang. Contohnya Kemala pernah
memasukan perkataan Êkemanusiaan periÊ dan bukannya Êperi kemanusiaanÊ.

Ilias Haji Zaidi (1986: 174), menyatakan bahawa seseorang haruslah berbeza gaya
penulisannya dengan gaya penulis lain. Contohnya, gaya Kris Mas dikatakan
berbeza daripada unsur romantis Usman Awang kerana Kris Mas lebih
mendekati tatabahasa yang baku. Gaya Syed Sheikh al-Hadi pula mirip gaya
nominal dan ada persamaan dengan gaya A. Samad Said di dalam novel ÂSalinaÊ.
Gaya Shahnon Ahmad, walaupun pada mulanya menggunakan gaya nominal,
namun kemudiannya condong kepada gaya verbal yang banyak dicontohi oleh
penulis muda, terutamanya Azizi Haji Abdullah dan Fatimah Busu. Oleh kerana
masing-masing mencari gaya tersendiri, maka kita lebih cenderung mengatakan
gaya mereka menyalahi bahasa ataupun tidak menurut peraturan bahasa.

Menerusi stilistik juga kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan
baik serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah
dan kreatif. Menurut Umar Junus (1986:129), unsur gaya merupakan unsur yang
mempunyai hubungan erat dengan kekreatifan, cara pengucapan dan ideologi.
Ketiga-tiga perkara tersebut dapat disalurkan melalui gaya dan gaya dipelajari
melalui bidang stilistik. Dhanil Adnani (1982:75), mengatakan penilaian karya
bahasa adalah bergantung kepada kandungan (konsep) dan juga bentuk fizikal
yang membawa konsep berkenaan. Aspek kandungan dikatakan aspek penting
kerana daripada kandungan tersebut, nilai estetik dapat diukur. Dhanil Adnani
ada menyentuh berkenaan dengan contoh-contoh karya sastera yang dianggap
mengganggu. Contohnya seperti ayat berikut yang menunjukkan penggunaan
bentuk yang tidak mewakili dengan tepat makna yang hendak disampaikan.

‰... memanggil nama anak dengan nama Inggeris...‰

Menerusi ayat tersebut, bentuk yang digunakan „nama anak‰ sedangkan makna
yang dimaksudkan adalah „anak‰ (Stilistik Simposium Keindahan Bahasa, 1982: 76).

Seterusnya, menerusi stilistik kita dapat mengenal pasti aspek penggunaan


wacana (Umar Junus 1989: 75). Wacana boleh ditampilkan melalui beberapa cara
iaitu secara lisan, puisi dan prosa. Keadaan ini dikatakan bersesuaian dengan
pendirian Riffaterre, yang melihat gaya di dalam hubungan bahasa bertulis.
Cara penulisan pengarang juga dikatakan sebagai satu unsur gaya yang
memberikan makna dan interpretasi (1989: 90).

Kesimpulannya, stilistik merupakan gaya atau stail yang memang tidak dapat
dipisahkan dengan sesuatu karya yang mempunyai hubungan rapat dengan
konteks teks dan konteks situasi (Simanjuntak, 1982: 41).
64 X TOPIK 2 STILISTIK

Roland Barthes di dalam Writing Degree Zero (1967), ada menyatakan bahawa
suatu stail bukanlah sesuatu yang tidak mengandungi makna dan stail penuh
dengan maknanya yang tersendiri (Awang Sariyan, 1985: 256). Kenyataan beliau
sama dengan kenyataan Umar Junus yang menyatakan gaya bukanlah sesuatu
tanpa makna. Malah, gaya adalah tanda yang menurut pengertian semiotik yang
mempunyai makna, terikat dengan Signifer dan Signifield (1986: 134).

Jelaslah bahawa pelbagai pendapat berkaitan dengan stilistik. Namun,


berdasarkan pendapat sendiri, stilistik mempunyai kepentingan dan fungsi yang
tersendiri di dalam bahasa, khususnya sastera. Antaranya termasuk
mewujudkan unsur estetik di dalam sesebuah karya, dapat mempelbagaikan
gaya bahasa dan lain-lain seperti yang telah dibincangkan. Walau
bagaimanapun, stilistik masih dipertikaikan dari segi penggunaan gaya yang
kadangkala dikatakan melanggar hukum tatabahasa. Oleh itu, keberkesanan
stilistik di dalam bahasa harus dilihat daripada kesan penggunaannya dan
kelemahan penggunaannya di dalam bahasa. Kesemuanya dapat dinilai
berdasarkan pandangan pengkaji bahasa dan penilai sesuatu karya itu sendiri.
Namun yang pastinya, stilistik bukan hanya terbatas kepada persoalan bahasa
di dalam karya sastera, malah stilistik juga boleh dilihat di luar hubungan
sastera.

SEMAK KENDIRI 2.3


Keberkesanan stilistik di dalam bahasa memang tidak dapat dinafikan.
Persoalan yang timbul dewasa ini, bidang stilistik dikatakan hanya
menjurus kepada bidang kajian sastera semata-mata. Bersetujukah anda
dengan pernyataan tersebut?

x Ilmu stilistik meliputi definisi ilmu tentang stilistik, ciri-ciri ilmu stilistik,
stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di
dalam bahasa.
x Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu „style‰ yang bererti gaya dan
daripada bahasa serapan „linguistic‰ bererti tatabahasa.
x Aminuddin mengertikan stilistik sebagai pengajian tentang cara
pengarangan di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan
yang ingin disampaikan secara kompleks dan kekayaan unsur pembentuk itu
yang dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem
tandanya.
TOPIK 2 STILISTIK W 65

x Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang merujuk kajian mengenai
ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok
sosial.
x Di dalam kajian stilistik, karya sastera dianalisis dengan menggunakan
pendekatan linguistik.
x Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti
imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile. Gaya bahasa
pertentangan pula seperti hiperbola, inversi dan paradoks. Sementara gaya
pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan
sinkof. Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri
sahaja iaitu sinkof.
x Kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam
hubungan dengan bahasa dan linguistik.
x Stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk
menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing.
x Tujuan bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara
berkias.
x Antaraȱ bahasaȱ perbandinganȱ yangȱ pentingȱ ialahȱ gayaȱ bahasaȱ personifikasi,ȱ
metafora,ȱsimile,ȱeufamisme,ȱalegoriȱdanȱantilesis.ȱ
x Keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah stilistik dapat memberi
pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa.
x Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau
lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan
kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang
dihasilkan.
66 X TOPIK 2 STILISTIK

Alegori Aliterasi
Anafora Antilesis
Asonansi Eufemisme
Epifora Hiperbola
Imejan Inversi
Metafora Paradoks
Personifikasi Pleonasme
Rima Simile
Sinkof Stilistik

Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Bangi, Selangor:
Penerbitan Profesional Baharu.

Aminuddin. (1995). Stilistika pengantar memahami bahasa dalam karya sastera.


Semarang: IKIP Semarang Press.

Awang Sariyan. (1985). Dari kata ke ideologi persoalan stilistik Melayu. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

A.Wahab Ali. (2000). Kritikan estetik sastera. Kuala Lumpur: DBP.

Farid M. Onn. (1982). Stilistik simposium keindahan bahasa. Kuala Lumpur: DBP.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Stilistik Komsas. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). Komsas pegangan teras keterampilan.
Kuala Lumpur: Icon Religiom Sdn.Bhd.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). Komsas dan tatabahasa Melayu teras
pegangan guru. Kuala Lumpur: Icon Religiom Sdn.Bhd.

Nik Safiah Haji Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi teori dan penerapan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
TOPIK 2 STILISTIK W 67

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, & Mohd RaÊin Shaari. (2007). Bahasa Melayu
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Umar Junus. (1989). Stilistik satu pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Lufti Abas. (1971). Linguistik deskriptif dan nahu Bahasa Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Azmi Rahman. (2008). Deviasi sebagai gaya dalam sajak: Penelitian awal. Diakses
Julai 24, 2008 daripada http://www.esasterawan.net/esasterawan
/1_karya.asp?uid=170&ID=3292
ȱ