Anda di halaman 1dari 9

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

127

MODEL HUBUNGAN SEKOLAH DAN KOMUNITI BAGI PENINGKATAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU CADANGAN

Ahmad Zabidi Abdul Razak Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Mariani Md Nor Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

The paper attempts to discuss the significance of the relationship between school and community. The discussion emphasizes the recommended model for enhancing the relationship between school and community towards improving the teaching and learning process in schools.

Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang terdapat di sekolah sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Keadaan ini berlaku kerana pengurusan sekolah dan komuniti setempat boleh saling bekerjasama untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu dalam kalangan anak-anak mereka. Menurut Gonder (1981) kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah.

Sekolah dan Komuniti: Kepentingan dan Cabaran

Menurut Poston, Stone, dan Muther (1992), "A school is a reflection of the community it serves. At the same time, a community is a reflection of its schools." Kenyataan ini menunjukkan sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-dua pihak ini saling bergantungan antara satu sarna yang lain. Kepentingan hubungan ini juga diperakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana menurut Sufean Russin (2002) pihak kementerian te1ah menubuhkan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah yang menyerahkan laporannya pada tahun 1982. Jawatankuasa ini telah

128 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

mengenal pasti salah satu aspek besar yang penting dalam peningkatan taraf pelajaran di Malaysia ialah melalui kerjasama masyarakat dalam pembangunan sekolah. Selain daripada itu Akta Pendidikan 1996 turut memperuntukkan penubuhan PIBG di semua sekolah dan peraturan- peraturan pendidikan telah menggariskan tujuan penubuhan PIBG (KPM, 2001). Kewujudan dasar dan akta ini menunjukkan peranan komuniti untuk membantu pihak sekolah diiktiraf oleh KPM.

Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. (1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school". Pengiktirafan sebegini sudah tentu menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat antara sekolah dan komuniti. Antara faedah tersebut ialah seperti mana menurut Gallagher, Bagin, dan Moore (2005), "The bottom line of any school- community relations program is to help the children learn better. And they learn if parents are involved Therefore, a good school-community relations program should encompass the concept of partnership between the school and the parents ". Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) murid-murid yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Memandangkan terdapat faedah seumpama ini hasil kewujudan konsep hubungan sekolah dan komuniti maka peranan utama perlu dimainkan oleh pihak pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan konsep ini berjaya dilaksanakan. Peranan utama ini diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah kerana kejayaan menggerakkan ahli organisasi dan komuniti setempat adalah bergantung kepada pengurusan sekolah. Menurut Ahmad Kilani (2003), pengurusan sekolah merupakan satu aspek yang sangat penting ke arah perkembangan sekolah. Kepimpinan sekolah tidak akan dapat menggerakkan semua kakitangan ke arah mencapai matlamat institusi tanpa wujudnya satu bentuk pengurusan yang baik. Selain daripada itu menurut beliau lagi pengurusan sekolah yang cekap tidak membatas peranannya untuk memudahkan urusan pentadbiran dan penyediaan alat bantu mengajar tetapi pihak pengurusan juga berperanan memenuhi keperluan masyarakat ke arah membina masyarakat yang berpendidikan. Huraian sebelum ini menunjukkan kepentingan pengurusan sekolah melaksanakan konsep hubungan sekolah dan komuniti. Namun demikian dilihat suasana semasa menunjukkan persefahaman antara ibu bapa dan sekolah agak renggang. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah adalah amat terhad kepada projek- projek kecil sekolah seperti gotong-royong dan mengutip derma. Sehingga kini, permuafakatan yang menyeluruh antara masyarakat dan sekolah amat kurang walaupun pelbagai tujuan permuafakatan telah digariskan di dalam Akta Pendidikan 1996. Selain itu situasi yang ditunjukkan oleh pengalaman lepas yang negatif dengan tekanan kerja dan kewangan akan mengurangkan masa dan peluang untuk ibu bapa berinteraksi dengan sekolah. Ibu bapa yang mengalami tekanan kerja dan masa1ah kewangan tentu akan memikirkan cara mendapatkan sesuap nasi dan mengabaikan keperluan emosi dan pelajaran anaknya (Berger, 1983). Mengikut Driebe dan Cochran (1996), tidak semua ibu bapa boleh menghabiskan masa melibatkan diri dengan aktiviti bersama guru atau aktiviti di sekolah.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

129

Berdasarkan situasi ini, adakah pengurusan sekolah mampu mewujudkan hubungan sekolah dan komuniti supaya dapat membantu meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran. Keadaan seumpama ini merupakan satu cabaran kepada pengurusan sekolah. Persoalannya apakah bentuk tindakan yang perlu dilakukan oleh pengurusan sekolah bagi menarik minat komuniti bagi turut serta menjayakan pengajaran pembelajaran di sekolah. Perbincangan sebelum ini menunjukkan kepentingan hubungan sekolah dan komuniti, namun beberapa keadaan telah menyekat keberkesanan pelaksanaan hubungan tersebut. Oleh itu artikel ini akan memberi satu model cadangan bagi meningkatkan hubungan sekolah dan komuniti yang seterusnya dapat membantu peningkatan proses pengajaran pembelajaran.

Sekolah dan Komuniti: Model Penglibatan Ibu Bapa

Hoover-Dempsey dan Sandler (1995, 1997) telah mengutarakan model penglibatan ibu bapa (rujuk Rajah 1). Dari perspektif psikologi, model ini menerangkan mengapa ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka dan bagaimana penglibatan mereka boleh mempengaruhi pencapaian anak di sekolah. Model ini terdiri dari beberapa aras dan memberi penekanan kepada aspek psikologi dan konteks penglibatan ibu bapa itu sendiri. Merujuk kepada model ini, jika aras paling tinggi adalah bagi pencapaian anak-anak, aras paling bawah pula bermula dari penglibatan ibu bapa sendiri. Dalam model mereka, Hoover-Dempsey dan Sandler (1995, 1997) telah mengenal pasti tiga faktor kritikal dalam menentukan penglibatan ibu bapa iaitu:

1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan anak-anak mereka.

2. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran.

3. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa.

Mengikut Hoover-Dempsey dan Sandler (1997), dalam model penglibatan ibu bapa ini, keputusan yang diambil oleh ibu bapa dipengaruhi oleh bagaimana mereka membina peranan mereka sebagai ibu bapa dan efikasi kendiri yang wujud dalam diri mereka sebagai ibu bapa. Pembinaan peranan ibu bapa ini dipengaruhi oleh jangkaan ibu bapa itu sendiri dan persekitaran mereka seperti ahli keluarga, rakan dan individu di sekolah. Hal yang demikian ini sesuai dengan definisi penglibatan ibu bapa dalam konsep model ini iaitu merujuk kepada aktiviti yang dianggap oleh ibu bapa penting dan sesuai dengan tindakan yang diambil untuk anak-anak mereka (Hoover-Dempsey & Sandler, 1995). Dalam konteks sekolah itu sendiri, jika kebersamaan dengan komuniti wujud, peranan ibu bapa sentiasa dianggap penting kerana tindakan yang diambil oleh ibu bapa secara positif boleh membantu proses pendidikan. Merujuk kepada model tersebut penglibatan ibu bapa bukan sahaja tunggak utama kepada proses kejayaan anak-anak malah kepercayaan mereka terhadap kebersamaan juga tidak kurang pentingnya. Di sekolah, penglibatan sebenar ibu bapa boleh berlaku apabila mereka bertindak berdasarkan kepercayaan bahawa aktiviti pendidikan merupakan salah satu aspek tanggung jawab mereka dalam meningkatkan pencapaian anak-anak mereka.

130 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

130 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1) Rajah 1. Model penglibatan ibu bapa Hoover-Dempsey & Sandler

Rajah 1. Model penglibatan ibu bapa Hoover-Dempsey & Sandler (1995, 1997)

Kajian lampau telah menunjukkan bahawa peranan ibu bapa dalam pendidikan sentiasa wujud dan peranan mereka adalah pelbagai berdasarkan kelas sosial dan etnik. Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang bekerja berbanding dengan ibu bapa yang berstatus tinggi melihat guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah pendidikan anak mereka (Lareau, 1989). Manakala Goldenberg, Reese dan Gallimore (1992) pula mendapati keluarga Mexican-Amerika yang datang dari golongan berpendapatan rendah dapat mendidik anak mereka di rumah selari dengan apa yang dilakukan di sekolah menggunakan buku cerita dan buku kerja yang diberikan oleh

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

131

guru. Dalam kajian terse but juga didapati ibu bapa yang menggunakan kaedah didaktik merasa se1esa dengan kaedah tersebut dalam usaha meningkatkan pencapaian anak mereka berbanding dengan mereka yang tidak menggunakannya secara formal. Hoover-Dempsey dan Sandler (1997) menggunakan efikasi ibu bapa dalam model mereka memandangkan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sikap efikasi yang boleh membantu kejayaan anak-anak mereka di sekolah ada kaitannya dengan penglibatan membuat keputusan. Sesuai dengan sistem persekolahan dalam konteks di Malaysia, sebagai negara demokrasi penglibatan membuat keputusan secara suara ramai amat diperlukan dan digalakkan terutama dalam menggembeling tenaga untuk kejayaan anak mereka dan pelajar sekolah itu secara tidak langsung. Secara eksplisitnya juga, ibu bapa perlu mempunyai efikasi kendiri yang baik untuk penglibatan yang aktif di sekolah demi pencapaian dan kejayaan anak-anak mereka. Hal yang demikian ini selari dengan maksud pembinaan efikasi kendiri yang merujuk kepada kepercayaan dalam keupayaan seseorang untuk mengorganisasikan dan melaksanakan tindakan yang diperlukan untuk menghasilkan dan merealisasikan pencapaian yang diinginkan (Bandura, 1997, hlm. 3). Banyak kajian telah mengkaji efikasi kendiri ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan. Kajian menunjukkan ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi bersikap lebih optimistik, autoritatif dan konsisten dalam interaksi dengan anak meeka berbanding dengan ibu bapa yang efikasi kendirinya rendah (Ardelt & Eccles, 2001; Bandura, Barbaranelli, Caprara, & Pastorelli, 1996; Williams et al., 1987). Hal yang demikian ini boleh memberi implikasi yang positif terhadap pencapaian anak mereka memandangkan individu dengan efikasi kendiri yang tinggi tidak mudah untuk mengalah dan tidak banyak mengalami tekanan berbanding dengan mereka yang kurang efikasi kendiri. Huraian mengenai model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Begitu juga dalam melahirkan murid atau pelajar yang bermotivasi (Solomon et al., 2000). Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983). Perkara seperti ini perlu diatasi terlebih dahulu kerana pengalaman-pengalaman lepas ketika berhubung dengan sekolah akan mencorakkan persepsi ibu bapa mengenai sekolah anak mereka. Oleh yang demikian bagi menjayakan konsep hubungan sekolah dan komuniti ke arah melibatkan komuniti dalam pelaksanaan dasar KPM, maka pihak sekolah perlu mengatasi segala masalah berkaitan seperti juga yang dinyatakan oleh Wentzel (1998) iaitu, masalah-masalah seperti guru tidak memahami keperluan ibu bapa, ibu bapa tidak memahami kerja sekolah anak, guru tidak menyokong usaha ibu bapa, ibu bapa tidak berminat untuk melibatkan diri, masalah komunikasi, ibu bapa tidak memahami dasar di sekolah dan ibu bapa tidak pasti cara untuk menyumbang kepada sekolah. Sekiranya masalah-masalah yang telah dikenal pasti seperti ini dapat diatasi maka akan memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi mencapai tujuan bersama iaitu memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran.

132 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Pengenalan model hubungan sekolah dan komuniti ini penting kerana hasil kajian yang dibuat oleh Queensland School Curriculum Council (QSCC, 1998) menunjukkan bahawa hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa merupakan salah satu daripada komponen penting dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam aspek utama sekolah iaitu kurikulum. Dalam konteks di Malaysia membina hubungan yang baik ini mengambil perspektif yang lebih meluas. Hal yang demikian ini dirujuk oleh QSCC (1998) sebagai collegial partnership. Collegial partnership mengikut QSCC (1998) merupakan satu bentuk hubungan yang melibatkan pengamal pendidikan itu sendiri, ibu bapa dan lain-lain badan profesional seperti guru, bahan bantu mengajar, pentadbir dan mereka yang terlibat dalam pembangunan program sekolah. Tugas bersama-sama ibu bapa bukan semata-mata untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah malah tugas tersebut dijadikan satu amalan pendidikan yang dijana secara profesional bagi faedah bersama. Sebagai ibu bapa mereka tentulah lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga boleh mengambil peranan dalam memberi cadangan atau menyatakan tentang kaedah sesuai yang boleh diguna pakai oleh guru di sekolah.Manakala guru sebagai seorang yang profesional dalam pendidikan pula lebih mengetahui perkara yang boleh memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Oleh itu pihak sekolah dan komuniti ini secara bersama-sama boleh membawa kepelbagaian pemikiran tersebut dan disesuaikan dengan minat murid-murid yang akhimya dapat membantu proses pengajaran pembelajaran mereka.

Hubungan Sekolah dan Komuniti: Halatuju

Kesimpulannya, untuk menghasilkan usaha bersama antara pihak sekolah dan ibu bapa, terlebih dahulu pihak sekolah perlu memahami ibu bapa seperti yang dinyatakan oleh Berger (1983) iaitu beliau telah mengkategorikan ibu bapa kepada lima kumpulan seperti yang berikut:

(a)

ibu bapa mengelak dari sekolah.

(b)

ibu bapa perlu galakan untuk datang ke sekolah.

(c)

ibu bapa sukarela datang jika dijemput.

(d)

ibu bapa komited dan berasa seronok melibatkan diri.

(e)

ibu bapa suka menonjolkan kuasa dan pengaruh di sekolah.

Berdasarkan pandangan Berger (1983) ini pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan sebagai morale builder program designer and program coordinator dengan mengamalkan dasar pintu terbuka, menyediakan bilik pertemuan dengan ibu bapa, menyelaras mesyuarat dan bengkel dengan ibu bapa, dan memberi sokongan kepada PIBG. Para guru boleh bertindak sebagai fasilitator, kaunselor, penyelaras program dan sumber serta kawan kepada ibu bapa. Kedua-dua pihak guru dan ibu bapa hendaklah bersikap terbuka dalam usaha memperbaiki keputusan anak dan murid-murid masing-masing. Mengikut Berger (1983), untuk menjayakan "educational partnership" ini, pihak sekolah mesti menjemput ibu bapa untuk melibatkan diri dan ibu bapa mesti memberi respon

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

133

seperti yang disebut oleh Hughes dan MacNaughton (2003). Komunikasi dua hala yang paling efektif untuk mewujudkan kerjasama dan respon dari pihak ibu bapa. Komunikasi ini dapat dikekalkan melalui PIBG, lawatan ibu bapa ke sekolah dan penyertaan dalam aktiviti sekolah (Berger, 1983). Selain itu terdapat empat prinsip yang dapat membantu para guru untuk memastikan hubungan ibu bapa, guru dan komuniti lebih bermakna dari kajian yang dilakukan oleh Hughes dan MacNaughton (2003) iaitu mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan komuniti lain ke sekolah mereka, menerangkan pengurusan dan perjalanan aktiviti di sekolah untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan penjaga pelajar, sentiasa menerima ibu bapa, yang pelbagai sosiobudaya dan mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa, pengetahuan serta idea mereka dalam mendidik anak. Manakala Laporan Hargreaves (1995) pemah menyatakan

"parental commitment is a cornerstone of the schools success. If parents are interested in their

act in partnership with

children’s schooling,

teachers, then the children will achieve more in school".Oleh itu rumusannya bolehlah dikatakan pengenalan model hubungan sekolah dan komuniti ini adalah merupakan cadangan bagi pertukaran idea serta perkongsian bijak antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi faedah bersama.

are supportive of the school’s endeavors,

134 Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

Rujukan

Ahmad Kilani Mohamed. (2003). Pengurusan pendidikan di sekolah, huraian menurut perspektif Islam. Skudai, Johor: UTM.

Ardelt, M., & Eccles, J. S. (2001). Effects of mothers' parental efficacy beliefs and promoting parenting strategies on inner-city youth. Journal of Family Issues, 22(8), 944-972. Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman. Bandura, A., Barbaranelli, C., Caprara, G. V., & Pastorelli, C. (1996). Multifaceted impact of self-efficacy beliefs on academic functioning. Child Development, 67(3), 1206-

1222.

Berger, F. H. (1983). Beyond the classroom: Parents as partners in education. St. Louis:

Thomas & Manning. Driebe, N. M., & Cochran, M. M. (1996, Jun). Barriers to parent involvement in Head Start programs. Kertas yang dibentangkan di The Head Start National Research Conference, Washington, DC. Gallagher, D. R., Bagin, D., & Moore, E. H. (2005). The school and community relations. Boston: Pearson. Goldenberg, C., Reese, L., & Gallimore, R. (1992). Effect ofliteracy materials from school on Latino children's home experiences and early reading achievement. American Journal of Education, 100(4),497-536. Gonder, P. O. (1981). Exchanging school and community resources. Dalam D. D. Davies (Ed.), Communities and their schools (hlm. 297-329). New York: McGraw-Hill. Hargreaves, D. (1995). Improving secondary schools. Dalam Early childhood education issues and concerns. Dublin: INTO.

Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1995). Parental involvement in children's education:

Why does it make a difference? Teachers College Record, 97(2), 310- 331. Hoover-Dempsey, K. V., & Sandler, H. M. (1997). Why do parents become involved in their children's education? Review of Educational Research, 67(1),3-24. Hughes, P., & MacNaughton, G. (2003). Building meaningful partnerships between staff and families: Enhancing children’s development. Victoria, Australia: Tertiary Press. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur:

Penulis. Lareau, A. (1989). Home advantage: Social class and paternal intervention in elementary education. New York: Falmer Press. Poston, W. K., Jr., Stone, M. P., & Muther, L. (1992). Making schools work: Practical management of support operation, vol. 7. Thousand Oaks, CA: Corwin Press Queensland School Curriculum Council. (1998). Preschool curriculum guidelines. Brisbane:

Penulis. Solomon, D., Battishich, v., Watson, M., Schaps, E., & Lewis, C. (2000). A six-district study of educational change, Direct and mediated effects of the child development project. Social Psychology of Education, 4, 3-51.

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30 (1)

135

Sufean Russin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori & analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wentzel, K. R. (1998). Social relationship and motivation in middle schools: The role of parents, teacher and peers. Journal of Educational Psychology, 90(2), 202-9. Williams, T. M., Joy, L. A., Travis, L., Gotowiec, A., Blum-Steele, M., Aiken, L. S., et al. (1987). Transition to motherhood: A longitudinal study. Infant Mental Health Journal, 8(3),251-265.