Anda di halaman 1dari 3

Konsep dan Prinsip Perakaunan

1. Konsep dan prinsip perakaunan yang asas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu;
 Badan berterusan
 Permadanan
 Ketekalan
 Materialiti
 Entiti berasingan
 Wang sebagai ukuran
 Tempoh perakaunan
 Kos sejarah
 Prinsip catatan bergu

1.1. Badan Berterusan


 Perniagaan yang dijalankan diandaikan wujud secara berterusan sepanjang zaman
dan tidak akan dibubarkan atau diberhentikan pada masa-masa akan dating.
 Tujuan andaian ini di buat adalah untuk membolehkan penilaian terhadap asset
bukan semasa berdasarkan prinsip kos sejarah, iaitu direkod pada kos belian.
 Jika tidak, aset bukan semasa perlu direkod pada nilai pasaran atau harga semasa.
Nilai semasa lebih sesuai digunakan sekiranya perniagaan di anggap akan dibubarkan
pada bila-bila masa dan tidak merancang untuk hidup selama-lamanya.
 Konsep badan berterusan ini selaras dengan konsep permadanan kerana hanya
belanja dan hasil yang berkenaan dengan tempoh perakaunan diambil kira dalam
menentukan hasil operasi perniagaan.

1.2. Permadanan
 Prinsip ini menyatakan bahawa hasil sesebuah perniagaan hendaklah dipadankan
dengan belanja bagi tempoh tersebut untuk mengira untung atau rugi bersih
tempoh berkenaan.
 Oleh tiu, hasil atau belanja terakrudan terdahulu harus diambil kira untuk pelarasan
supaya mendapat hasil dan belanja yang sebenarnya bagi sesuatu tempoh.
 Konsep ini perlu dipatuhi dalam menentukan keuntungan perniagaan dalam
sesuatu tempoh perakaunan dan dikenali juga sebagai konsep akruan.
 Mengikut konsep permadanan, pengiraan pendapatan hasil termasuklah
pendapatan hasil yang masih belum diterima tetapi telah diperoleh dalam tempoh
perakaunan tersebut. Bagi pengiraan belanja hasil pula hendaklah termasuk belanja
hasil perniagaan yang telahpun dibuat tetapi belum dijelaskan lagi.

1.3. Ketekalan
 Prinsip ini berkaitan dengan penyediaan laporan kewangan sesebuah organisasi
perniagaan dan disebut juga sebagai konsistensi.
 Prinsip ini menyatakan bahawa semasa menyediakan laporan kewangan, system
perakaunan yang sama mestilah dikekalkan bagi setiap tempoh perakaunan.
 Dengan ini, laporan tidak member keputusan keuntungan yang berbeza-beza antara
sesuatu tempoh perakaunan.
 Perbezaan dalam mengendalikan sistem perakaunan akan member kesan terhadap
prestasi sesebuah perniagaan. Prestasi sesebuah syarikat bagi sesuatu tempoh
perakaunan dapat dibandingkan dengan tempoh perakaunan.
 Contohnya, dalam satu tempoh perakaunan semasa, sebuah van syarikat
disusutnilaikan mengunakan kaedah garis lurus. Oleh yang demikian, bagi tempoh
perakaunan yang selanjutnya, seelok-eloknya penggunaan kaedah susut nilai
tersebut dikekalkan lagi agar dapat memberikan gambaran prestasi yang saksama.

1.4. Materialiti
 Prinsip ini berkaitan dengan pendedahan maklumat dalam laporan.
 Mengikut prinsip ini, setiap item yang bersifat material hendaklah ditunjukkan
secara berasingan dalam laporan kewangan. Sementara itu, item yang bersifat
immaterial yang mempunyai sama jenis dan fungsi boleh dilonggokkan bersama.
 Materialiti bergantung kepada saizdan jenis setiap item. Asset yang mempunyai
cirri dan fungsi yang sama boleh dilonggokkan bersama-samawalaupun amaun
masing-masing adlah besar.
 Sebaliknya asset yang besar dan berbeza-beza dari segi jenis dan fungsi mesti
ditunjukkan secara berasingan.
 Sesuatu item adalah bersifat material, sekiranya dapat mempengaruhi seseorang
dalam membuat keputusan.

1.5. Entiti Berasingan


 Perniagaan dan pemilik perniagaan diandaikan dua entity yang berasingan dan
kedudukan kedua-duanya terpisah serta berfungsi dengan sendiri.
 Urus niaga yang direkodkan dalam buku firma ialah urus niaga yang berlaku kepada
perniagaan sahaja dan tiada kaitan dengan urusan peribadi pemiliknya.
 Tujuan memisahkan entity perniagaan daripada pemiliknya adalah untuk
membezakan urus niaga perniagaan dengan urusan peribadi pemilik perniagaan
agar dapat memberikan gambaran prestasi perniagaan yang baik.
 Oleh sebab perniagaan merupakan dua entity yang berasingan, maka sumbangan
modal daripada pemilik perniagaan dianggap sebagai satu pinjaman kepada
perniagaaannya sendiri.

1.6. Wang sebagai Ukuran


 Wang merupakan alat pertukaran dalam semua urus niaga perniagaan. Semua urus
niaga yang dijalanakan hendaklah dinilai berasaskan sebutan mata wang.
 Oleh itu, semua urus niaga perlu direkodkan dalam nilai mata wang kerana wang
digunakan sebagai unit ukuran. Urus niaga yang tidak boleh dinilaikan tidak perlu
direkod.
 Unit ukuran adalah penting untuk memudahkan kerja merekod dan membuat
laporan serta perbandingan.
1.7. Tempoh Perakaunan
 Tempoh perakaunan merupakan jangka masa perakaunan yang ditetapkan oleh
firma. Tempoh perakaunan boleh dibahagiakn kepada setengah tahun, setahun dan
sebagainya.
 Konsep tempoh perakaunan berkaitan dengan konsep badan berterusan dan
konsep permadanan. Hanya belanja dan hasil yang terlibat dalam tempoh
perakaunan sahaja perlu dicatatkan dalam buku.
 Penyata kewangan disediakan pada setiap tempoh perakaunan.
 Dengan adanya tempoh ini, perniagaan dapat :
o Mengetahui prestasi perniagaan.
o Membuat perbandingan.
o Memudahkan perancangan.
o Membuat keputusan.

1.8. Kos Sejarah



1.9. Prinsip Catatan Bergu