Anda di halaman 1dari 13

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN LIMA DALAM

MEMBENTUK PERSAMAAN GARIS LURUS MENGGUNAKAN KAEDAH

‘ARBL’.

Oleh:

Pn. Latifah bt. Hj. Arshad


SMK Convent Sentul
51000 Kuala Lumpur
Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan i

Abstrak ii

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu …………………………… 1

2.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatinan ………………..................................... 1

3.0 Objektif Kajian ……………………………………………………………. 1

3.1 Objektif Am ……………………………………………………… 1

3.2 Objektif Khusus ………………………………………………… 1

3.3 Batasan Kajian …………………………………………………. 2

4.0 Kumpulan Sasaran ………………………………………………………. 2

5.0 Perlaksanaan Kajian ……………………………………………………. 2

5.1 Tinjauan Awal …………………………………………………….. 2

5.2 Analisis Tinjauan Awal …………………………………………. 2

5.3 Tindakan yang Dijalankan ……………………………………… 2

5.3.1 Perlaksanaan Tindakan ……………………………… 2

5.3.2 Analisis Perlaksanaan Tindakan …………………….. 4

5.3.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos …………. 4

5.3.2.2 Analisis Soal Selidik ………………………. 6

5.4 Refleksi Kajian …………………………………………………… 7

6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya …………………………………………… 8

Bibliografi

Lampiran
PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan

izinnya dapat saya menlaksanakan dan menyempurnakan laporan kajian ini.

Saya telah mendapat bantuan dan sokongan yang tidak ternilai budinya dari pelbagai golongan

sehingga terhasilnya kertas kajian ini. Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi bimbingan dan

kerjasama dalam manjayakan kajian ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Kurikulum, JPWP yang telah membantu

dalam menggariskan panduan, pembimbing dan nasihat dari peringkat permulaan kajian sehingga

laporan ini disiapkan

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pn . Janet Ratnam, selaku Pengetua, Pn.

Hjh. Maznah Hj. Mazlan (PK1), SMK Convent Sentul kerana telah memberi kepercayaan, kerjasama,

bantuan dan sokongan semasa kajian ini dijalankan. Seterusnya kepada subjek kajian, pelajar-pelajar

dari kelas 5D dan 5K yang telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang saya

melaksanakan kajian ini.

Akhir sekali, penghargaan yang tidak ternilai kepada keluarga tersayang yang banyak memberi

dorongan serta sumber inspirasi untuk menyiapkan kajian ini.


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam membentuk satu persamaan garis
lurus jika diketahui satu titik dan kecerunan yang berbentuk pecahan. Seramai 30 orang pelajar
tingkatan 5 yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian
ini. Perancangan tindakan difokuskan dengan mengenal pasti kecerunan dan satu titik yang diketahui
seterusnya dapat membentukkan persamaan garis lurus. Tinjauan awal telah dilaksanakan dengan
meneliti analisis dan kertas jawapan peperiksaan akhir tahun serta ujian pra. Hasil tinjauan
menunjukkan pelajar tidak dapat menuliskan persamaan garis lurus jika kecerunan yang diberi berbentuk
pecahan sedangkan pelajar-pelajar tersebut dapat menggantikan nilai x dan y dari titik yang diberi ke
dalam persamaan untuk menentukan nilai pintasan-y (c) Enam sesi pengajaran dan pembelajaran
(35-40 minit) telah dijalankan dalam tempoh tiga minggu iaitu pelajar didedahkan menggunakan kaedah
‘ARBL’ (Atas-Right, Bawah-Left) untuk membentukkan persamaan garis lurus dari titik dan kecerunan
yang diberi . Keputusan ujian pos berbanding dengan ujian pra telah menunjukkan peningkatan prestasi
pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan. Dapatan dari soal selidik pula menunjukkan kaedah ini
mudah digunakan dan pelajar lebih seronok untuk menjawab soalan berkaitan dengan ‘garis lurus..
Dengan menggunakan kaedah “ARBL’ juga pelajar lebih berminat untuk belajar dan ini akan membantu
pelajar memahami konsep dengan lebih mudah lagi
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajar Lalu

Sepanjang tempoh penglibatan saya dalam dunia Pendidikan, mata pelajaran matematik
dan matematik tambahan adalah dua kombinasi mata pleajaran mantap yang diamanahkan
kepada saya untuk mengajarnya. Setiap tahun saya akan diberi kelas pandai, sederhana dan
lemah. Sepanjang pengalaman saya mengajar matematik, tidak menjadi masalah untuk membina
kemahiran matematik kepada pelajar yang berada pada tahap pandai. Masalah wujud apabila
berhadapan dengan pelajar yang sederhana dan lemah dari peringkat asas lagi.

Daripada banyak bab yang telah diajar dalam kurikulum matematik peringkat menengah
atas, saya terpanggil untuk memikirkan satu tajuk yang mungkin dapat membantu pelajar
memperolehi markah yang lebih baik dalam peperiksaan. Setelah dikaji, saya berminat untuk
membantu pelajar mendapat markah dengan mudah dari soalan yang berkaitan dengan tajuk
‘garis lurus’. Terdapat satu soalan dengan iringan gambar rajah berkaitan dengan tajuk ini dalam
Kertas 2 SPM dengan peruntukan 5 markah. Di samping itu terdapat bahagian soalan yang
meminta pelajar mencari persamaan garis lurus jika diketahui kecerunan dan dberikan satu titik
tertentu.

Daripada analisis yang telah dibuat daripada peperiksaan akhir tahun yang lepas, 85%
pelajar dari kelas sederhana dan lemah tidak dapat menjawab soalan untuk mencari persamaan
garis lurus jika kecerunan yang diketahui berbentuk pecahan. Apabila diteliti hasil jawapan yang
ditulis oleh pelajar didapati sebahagian besar daripada mereka tidak dapat membentuk persamaan
garis lurus yang dikehendaki, sedangkan mereka tahu menggantikan nilai x dan y daripada titik
yang diberi untuk mengira nilai c (pintasan-y). Masalah ini menyebabkan mereka tidak dapat
untuk menjawab soalan di bahagian ini dan soalan seterusnya.

Rentetan daripada kelemahan ini, saya cuba memikirkan satu kaedah untuk
memudahkan pelajar membentuk persamaan garis lurus jika kecerunan yang diketahui berbentuk
pecahan. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah ‘ARBL’ (Atas-Right, Bawah-Left) yang
diharapkan dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan yang berkaitan.

2.0 Fokus Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berfokus untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam
membentuk persamaan garis lurus jika diketahui kecerunan berbentuk pecahan dan satu titik lain
diberikan.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

Meningkatkan kemahiran pelajar tingkatan lima dalam membentuk persamaan garis lurus
jika diketahui kecerunan dalam bentuk pecahan dan satu titik dengan menggunakan kaedah
‘ARBL’

3.2 Objektif Khusus

a) Pelajar dapat menuliskan satu persamaan am garis lurus.


b) Pelajar dapat mengenal pasti kecerunan garis lurus jika diberi satu persamaan garis
lurus.
c) Apakah kekerapan bagi berlainan jenis kesalahan dalam menulis persamaan garis lurus
dari kecerunan berbentuk pecahan dan diketahui satu titik.
d) Adakah kesalahan ini menunjukkan pola-pola tertentu yang boleh dikategorikan.
e) Menjalankan usaha pemulihan kepada sebab dan punca-punca kesalahan yang telah
dilakukan.
f) 80% pelajar dapat membentuk persamaan garis lurus dengan kecerunan berbentuk
pecahan dari satu titik yang diberi.
g) Untuk menghasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
mudah.

3.3 Batasan Kajian


a) Pelajar dapat menuliskan persamaan garis lurus dalam bentuk y = mx + c
b) Pelajar dapat mencari nilai c dengan mengantikan nilai x dan y daripada titik yang
diberikan
c) Pelajar dapat menulis persamaan garis lurus yang lengkap melalui satu titik yang
diketahui dan kecerunan dalam bentuk pecahan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang pelajar dari tingkatan 5D dan 5K yang
memiliki tahap pencapaian yang sederhana dan lemah dalam peperiksaan akhir tahun 2004.

5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan awal

Untuk mengesahkan fokus kajian, tinjauan awal dilakukan dengan menganalisis keputusan
peperiksaan akhir tahun dan kertas jawapan pelajar yang menjurus kepada persoalan kajian
serta fokus kajian.

5.2 Analisis Tinjauan awal

Analisis dapatan menunjukkan bahawa 85% pelajar dari kelas sederhana dan lemah tidak
dapat menjawab soalan untuk mencari persamaan garis lurus jika kecerunan yang diketahui
berbentuk pecahan. Sedangkan, kebanyakan daripada mereka dapat menggantikan nilai
x dan y daripada titik yang diberi untuk mengira nilai c (pintasan-y).

5.3 Tindakan yang dijalankan.

5.3.1 : Perlaksanaan Tindakan

Aktiviti 1 - Ujian Pra

Ujian pra berkaitan dengan persamaan garis lurus diberikan kepada sampel untuk
mengesan sejauh mana kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Dalam ujian tersebut, terdapat
tiga kemahiran diuji iaitu menulis persamaan am garis lurus, menentukan nilai m dan c
daripada persamaan garis lurus dan menulis persamaan garis lurus jika diberi nilai
kecerunan dan satu titik.

Aktiviti 2 - Penggunaan Kaedah ‘ARBL’

- Mengenalpasti dan membezakan kedudukan kecerunan dalam bentuk pecahan


yang diberi. Dinyatakan sebagai ‘Atas’, ‘Bawah’
- Pelajar diberi lembaran kerja yang telah disediakan ruangan bagi bahagian atas
dan Bawah

- Pelajar diminta melengkapkan setiap ruangan yang disediakan.

- Contoh :

4
Diberi kecerunan =
5 4 Atas ditandakan dengan warna merah

4
5
5 Bawah ditandakan dengan warna hijau

- Guru memberikan beberapa contoh penggunaan kaedah ‘ARBL’ dengan menggunakan


kad berwarna.
- Setiap kad diwakili dengan warna yang berbeza untuk membentuk persamaan garis lurus
dari kecerunan dan titik yang diberi.
4
- Contoh: Diberi Kecerunan dan titik (1,2)
5
- Pelajar diminta melengkapkan jadual berwarna mengikut bentuk am persamaan
garis lurus

contoh:

kiri kanan

y = x + c

4 atas kanan (4 didarab dengan x)


4
kecerunan: :
5
5 bawah kiri (5 didarab dengan y

(Penggunaan Kaedah ‘ARBL’ – pengangka di atas didarab dengan sebutan


x disebelah kanan dan penyebut di bawah didarab dengan sebutan y di
sebelah kiri. )
Contoh rajah persamaan garis lurus yang telah dilengkapkan.

Kiri kanan

5y = 4x + c

- Seterusnya nilai c dapat dikira dengan menggantikan nilai x dan y dari titik (1,2) yang
diberi, bagi menghasilkan persamaan

5y = 4x + 6

- Persamaan di atas dapat diringkaskan seperti berikut :

y = 4 + 6
x
5 5

- Lembaran kerja diberikan kepada pelajar untuk mengukuhkan lagi penggunaan kaedah
‘ARBL’

Aktiviti 3 : Ujian Pos

Untuk menentukan keberkesanan kaedah ‘ARBL’, Satu ujian pos diberikan kepada
pelajar. Soalan yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan soalan dalam ujian pra.

Aktiviti 4 : Soal selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapat maklum
balas daripada pelajar berkaitan dengan kaberkesanan kaedah yang telah dipelajari.

5.3.2 : Analisis Perlaksanaan Tindakan

5.3.2.1 : Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan ujian pra dan ujian pos yang telah diberi, analisis bagi setiap item telah
dibuat bersama dengan kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar.

ANALISIS UJIAN PRA

Item 1 : Menulis Persamaan Am Garis Lurus ; y = mx = c

Betul Salah Kesilapan


Dinyatakan sebagai:
24 6 (i) Titik mencancang
(ii) Ttitk mengufuk
Py
(iii)
Px
(iv) y = m +c
Item 2 : Menentukan nilai m dan c

y = mx = c ay = mx + c
(Lihat terus persamaan ) (tidak susun semula dalam bentuk y = mx + c)
betul Salah betul Salah

13 17 7 23
tidak menulis pekali x sebagai m - tulis m sebagai 8x
- Ambil terus pekali x dan c
( tidak susun semula dalam
Contoh - 11x, -x, 0 bentuk y= mx+c
y = -x-9
- salah bahagi dengan pekali
y = 8 + 11x = 19 x y
- tidakak dapat untuk ringkaskan
- bahagikan dengan pekali-x

Item 3 : Menulis Persamaan garis lurus jika diberi kecerunan dalam bentuk no bulat dan
pecahan.

m dalam bentuk nombor bulat m dalam bentuk pecahan


Mencari nilai c Tulis Persamaan Mencari nilai c Tulis Persamaan
Betul Salah Betul Salah Betul salah Betul salah
10 19 4 25 1 28 1 28
Kesilapan:
20
1. Lemah algebra contoh : 2 = 20 + c, = c untuk mencari nilai c
2
2. Tidak tahu nilai x dan y yang akan digantikan dalam persamaan
2
3. Tidakak tahu penyelesaian dalam bentuk pecahan contoh : (-2) = 3,
3
4 2 5 10
c = -2 + = , 6 = (8) + c = 40 + c, 4 = + c = 4 x 9 = 10 + c
3 3 2 9
4. Persamaan ditulis terus, mengambil koordinat y daripada titik yang diberi sebagai
c
Contoh
3
y= x+6
2

ANALISIS UJIAN POS

Item 1 : Menulis Persamaan Am Garis Lurus ; y = mx = c

Betul Salah Kesilapan

28 2 (TH) -
Item 2 : Menentukan nilai m dan c
y = mx = c ay = mx + c
(Lihat terus persamaan ) (tidak susun semula dalam bentuk y = mx + c)
betul Salah betul Salah

26 2 21 9
tidak menulis pekali x sebagai m - tulis m sebagai 8x
- Ambil terus pekali x dan nilai c
contoh - m = 3x ( tak susun semula dalam bentuk
y = mx + c
- tidak ditulis dalam sebutan teringkas

Item 3 : Menulis Persamaan garis lurus jika diberi kecerunan dalam bentuk pecahan.

m dalam bentuk pecahan


Mencari nilai c Tulis Persamaan
Betul salah Betul salah
22 6 21 7

Kesilapan:
1. Lemah algebra terutama yang melibatkan nombor negatif
2. Hanya mencari nilai c dan tidak menulis semula persamaan garis lurus

5.3.2.2 Analisis Soal Selidik

Pelajar telah memberikan respons yang baik terhadap kaedah yang telah mereka pelajari. Berikut
adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar.

Respon
Bil Pernyataan Tidak Tidak
Setuju Pasti setuju
1. Saya setuju kaedah 'ARBL' untuk menuliskan
persamaan garis lurus 27(96.4) 1(3.6)
2. Kaedah ini mudah dan senang difahami 28(100)
3. Guru memberikan penjelasan dan penerangan
yang baik tentang kaedah ini 28(100)
4. Dengan kaedah ini saya seronok untuk
menjawab soalan berkaitan dengan ‘garis lurus’ 25 (89.3) 3(10.7)
5. Saya akan sentiasa menggunakan kaedah ini
untuk membentuk persamaan garis lurus jika
kecerunan yang diberikan berbentuk pecahan 26(92.9) 3(7.1)
6. Saya tidak mempunyai masalah untuk
membentuk persamaan atau menuliskan
persamaan garis lurus sekarang 21((75.0) 6(21.4) 1(3.6)
7. Kaedah ini membantu daya ingatan saya 22(78.6) 6(21.4)
8. Saya juga dapat mengenal pasti kecerunan dan
pintasan-y dari persamaan garis lurus yang
diberi atau dituliskan. 20(71.4) 7(25.0) 1(3.6)
Jadual 1
Analisis daripada Jadual 1 menunjukkan hampir keseluruhan pelajar begitu berminat dengan kaedah
yang digunakan. Purata 25 orang murid telah memberikan respon ‘Setuju’ terhadap kaedah yang
telah didedahkan kepada mereka,

5.4 Refleksi Kajian

Perbandingan Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos bagi setiap Pecahan

Ujian Pra Ujian Pos


Item Pecahan item
Bil Murid % Bil Murid %
1. menulis persamaan am 1.Menulis persamaan am 23 79.31 28 100
2. menentukan nilai m dan c 2. Tidak menulis semula 12 41.38 26 92.86
3. Menulis semula dalam
bentuk am 6 20.69 19 67.86
3. Menulis persamaan 4. Mengira nilai c 1 3.45 22 78.57
5. Menulis persamaan 1 3.45 21 75.00

JADUAL 2

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi setiap pecahan Item dalam bentuk graf

Analisis Pencapaian Ujian Pra dan Pos Setiap Pecahan Item

100
100.0
92.86
90.0
79.31 78.57
80.0 75.00
67.86
70.0
60.0
Peratus

50.0
41.38 ujian Pra
40.0 ujian Pos
30.0
20.69
20.0

10.0 3.45 3.45


0.0
1 2 3 4 5
Pecahan Item

. Berdasarkan jadual 2 dan graf yang ditunjukkan, , analisis data menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi pencapaian pelajar dalam setiap pecahan item yang diuji. Peningkatan pencapaian agak
ketara dalam pecahan item ‘4 dan 5’ iaitu mengira nilai pintasan-y dan menulis persamaan garis lurus
jika diketahui satu titik dan kecerunan dalam bentuk pecahan’. Ini menunjukkan kaedah ‘ARBL’ dapat
membantu pelajar dalam membentuk persamaan garis lurus dengan mudah. Analisis dari soal selidik
juga menunjukkan kaedah yang didedahkan kepada pelajar mudah difahami dan memberi keyakinan
kepada mereka untuk menjawab soalan berkaitan ‘garis lurus’
Walau bagaimanapun, peningkatan sepenuhnya masih belum dapat dicapai kerana ada
sebahagian pelajar yang benar-benar lemah dari peringkat kemahiran asas lagi. Daripada analisis
kesilapan dari setiap item, masih ada pelajar yang lemah dalam manipulasi algebra, operasi asas yang
melibatkan nombor bulat dan nombor pecahan serta pertukaran rumus. Selain dari itu, terdapat juga
pelajar yang tidak hadir ke sekolah semasa pelaksanaan kaedah ‘ARBL’ dijalankan dan semasa ujian
pos.

Dapatan kajian, menunjukkan bahawa kaedah ini boleh digunakan dengan jayanya dalam
pengajaran dan pengajaran di bilik darjah. Saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh
pelajar dan cuba untuk mengatasi kelemahan segilintir pelajar yang benar-benar lemah dari peringkat
asas lagi.

6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya.

Fokus utama kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam membentuk
persamaan garis lurus dari kecerunan dalam bentuk pecahan dan 1 titik. Dalam kajian ini,
beberapa item telah dikenal pasti untuk menguji kebolehan pelajar berkaitan dengan tajuk ‘garis
lurus’ dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos. Alat kajian ini masih belum cukup untuk
menghasilkan dapatan kajian yang baik. Adalah disarankan agar satu kajian lain yang dapat
mengenal pasti kefahaman yang dipunyai oleh pelajar tentang persamaan garis lurus. Alat kajian
yang digunakan adalah melalui temu duga klinikal. Dengan alat ini, gambaran mental, makna, cara
dan kaedah serta penyelesian masalah yang dipunyai oleh pelajar berkaitan persamaan garis lurus
dapat diketahui dengan lebih mendalam lagi. Daripada kajian juga, terdapat beberapa kemahiran
asas yang masih belum dikuasai oleh pelajar. Disarankan agar kajian lanjut yang bekait dengan
manipulasi algebra, perkara rumus dan operasi asas dapat dilakukan khususnya mencari atau
memperkenalkan kaedah yang berkesan bagi membantu pelajar menguasai kemahiran dengan
berkesan.
BIBLIOGRAFI

Anderson, E. D., & Nelson. J. (1984). An Introduction to the concept of Slope. Mathematics Teacher,
87, 37-41

Barr, G. (1981). Some student ideas on the concept of gradient. Mathematics in School. 10(1), 14-17

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001) Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:
Matematik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005) Manual Kajian Tindakan: Kuala Lumpur, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai