Anda di halaman 1dari 7

PETUA

Sayangilah wajah anda dan sukailah rupa anda seperti yang telah dianugerahkan kepada Allah swt
kepada kita. Bersedialah daripada sekarang untuk tetap menyukainya apabila anda sudah tua nanti.

“saat kita berhenti dari melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti mahu kelihatan
seperti wanita cantik idaman kita, maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan
lebih cantik . berhentilah dari membandingkan diri kita dengan org lain”

http://zaisbeautyformula.com/Petua/petua_kecantikan_muka.html

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada
itu, cubalah ikut petua berikutnya:

 Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam.
Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum.
Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara
ini.
 Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata


Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di
sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

 Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur.
Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening


Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada
kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan
nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu
mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
o Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
o Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
o Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit
kepala.
2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga
keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit.
Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian
tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga
sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam.
Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa.
Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh
rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa
kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut
menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu,
lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat.
Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk
mengatasinya ialah :-

1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan
selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan
sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis
dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu.
Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih.
Amalkan dua kali seminggu.
3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga
hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut.
Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali
seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada
rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air
perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci
rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara


Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di
sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian
lap sehingga bersih.
2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar
payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian
bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak


Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga
hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci
dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara


Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara
untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

 Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
 Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
 Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
 Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut
buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk
memulihkannya kembali ialah :
o Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik
minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
o Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga
nampak perubahannya.
3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan
selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam,
lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman.
Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga
dilakukan pada jari kaki yang luka.
2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang
kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang
bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan
pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas
bantal.
2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada
setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat
kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah


Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya
ialah :-

1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah
pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan
kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah
dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan
sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan
tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering.
Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit
yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil


Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas.
Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada
tempat yang kematu dan pecah-pecah.
2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti
biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki


Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam.
Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan
beberapa kali sehingga kaki sembuh
2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian
yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki


Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam.
Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki


Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang
mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas
hati.
7 Perkara Tentang Cantik 1 Year, 2 Months ago Karma: 2
Lakukan secara teratur dan penuh disiplin jika kamu ingin nampak cantik dan menarik. Di sini
dinyatakan 7 perkara yang berkaitan dengan kecantikan.

1. Bersihkan mekap di wajah sebelum tidur.


Sisa mekap yang masih bersisa di wajah akan mengundang masalah pada kulit. Oleh itu
gunakanlah pembersih yang sesuai dengan kulit ketika saat membersihkannya. Bagi kamu yang
mempunyai kulit yang berjerawat, gunakan air suam untuk membersihkannya. Ia bertujuan agar
cairan pembersih mudah meresap ke dalam kulit.

2. Jangan ganggu jerawat


Jangan sesekali memicit jerawat yang terdapat di wajah. Jika ianya berlaku, kulit kamu akan
"terluka' dan akan meninggalkan kesan parut pada kulit kamu. Sebagai penyelesaian, samarkan
jerawat kamu dengan "concealer' ketika merias wajah.

3. Gunakan alas bedak.


Di pasaran kini, terdapat pelbagai jenis bedak asas dalam pelbagai pilihan mengikut jenis dan
warna kulit. Oleh demikian, jangan lupa menggunakan bedak asas di saat merias dan jangan lupa
memilih bedak yang sesuai dengan kulit kamu.

4. Sapuan pemerah pipi.


Sapuan pemerah pipi akan membuatkan riasan wajah bertambah cantik dan berseri.

5. Rapikan riasan.
Pentingnya kebersihan dalam kecantikan. Riasan yang rapi akan menjadikan mekap di wajah mu
tampak kemas dan cantik.

6. Jangan tebal.
Hindari pemakaian bedak asas yang terlalu tebal hinggakan kulit wajah nampak lebih gelap dari
kulit
leher.

7. Jangan 'botak'kan kening.


Kening yang terlalu nipis akan membuatkan wajah nampak lebih tua. Malah, setiap wanita lahir
dengan bentuk kening yang sudah sempurna. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan adalah
merapikan sahaja bulu kening agar tak nampak berterabur dan kusut.

http://www.speedfinger.org/index.php?option=com_kunena&Itemid=2&func=view&catid=18&id=1758

Anda mungkin juga menyukai