Anda di halaman 1dari 22

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 5

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEKNOLOGI


DALAM KANDUNGAN KURIKULUM DAN PENILAIAN
SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DELPHI

Saedah Siraj
Faridah Abdullah
Universiti Malaya

Abstract

The purpose of this study was to obtain experts'consensus on technological


application for the future in curriculum contents and evaluation at
secondary school level. Eleven experts involved in ICT and educational
technology were chosen as respondents. The Delphi Technique was used
for this study. The study revealed that 27 technological tools are forecasted
to be developed in 15 years to come and 29 items associated with the
effects on technology application in curriculum content have reached
experts' consensus. All items that represent future forecast of technological
application at secondary school evaluation have reached experts 'consensus.
The findings of this study also indicated technological development has a
significant impact on curriculum content and evaluation thus increasing
the necessity for curriculum designers in planning for future changes.

PENDAHULUAN

K.ajian mengenai masa aepan meiiDatKan satu jangka masa yarig panjarig urituk menelitl
pilihan ke atas masa depan serta mengenai pasti event (proses atau tindakan yang ada
kepentingannya yang berlaku) yang paling besar kemungkinannya akan berlaku untuk
membantu para pembuat dasar membuat keputusan. Menurut Amara dan Salancik (1971-
1972), kajian masa depan adalah sebarang aktiviti yang menambah kefahaman mengenai
hasilan-hasilan pada masa depan akibat daripada perkembangan dan juga pemilihan-
pemilihan masa kini. Matlamat utama kajian masa depan adalah member! gambaran
kemungkinan dan juga pilihan tentang masa depan untuk membantu pembuat dasar
membuat perancangan ke atas masa depan yang diingini (Ayers, 1969; Klopfenstein,
1985).
Menurut Saedah Siraj (2001a) terdapat beberapa asas untuk membolehkan sesuatu
perubahan itu berlaku terutamanya pada masa depan. Asas yang pertama ialah: masa
depan adalah satu fenomena yang berubah berbanding dengan masa kini. Kedua, manusia
mencipta sesuatu pada masa sekarang dan masa depan dengan apa yang dirancang,
perancangan masa depan diatur berdasarkan nilai-nilai dan kepercayaan serta masa depan
bermula dari masa kini.
Sejarah mengajar dan membuktikan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu bangsa
bergantung kepada sejauh mana dan sebanyak mana sesuatu bangsa itu menguasai
ilmu pengetahuan dan sebaliknya bukan terletak kepada sebanyak mana sesuatu
6 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

bangsa itu memiliki kekayaan harta. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu
kepada pengetahuan mengenai masa kini tetapi yang lebih utama adalah penerokaan
ilmu mengenai masa depan (Gates, Myhrvold & Rinearson, 1995). Ini terbukti sejak
terhasilnya buku The Time Machine pada 1895 dimana karya ini telah membolehkan
masyarakat Barat mengorak langkah ke hadapan dengan mengatur perancangan dan
mencipta pelbagai kemajuan dalam bidang teknologi serta membuat penemuan baru yang
akhirnya membolehkan Barat menjadi perintis kepada kemajuan peradaban manusia di
zaman moden (Ohmae, 1990),
Kepesatan perkembangan teknologi terkini telah menimbulkan ketidakpastian. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah mengapa muncul beberapa persoalan mengenai peranan
teknologi dalam pendidikan pada masa kini. Apakah sumbangan teknologi terhadap
pendidikan? Setakat manakah harapan-harapan berkaitan dengan teknologi dapat dipenuhi
dan dalam aspek manakah teknologi tersebut menjadi sangat berguna? Akhimya, apakah
lagi teknologi yang akan muncul dan mungkinkah teknologi tersebut akan menjadi lebih
penting dalam pendidikan pada masa depan? Semua persoalan tersebut hanya mampu
dijawab melalui kajian mengenai jangkaan masa depan.
Oleh kerana itu kajian yang menggunakan Teknik Delphi untuk mendapatkan
pandangan pakar mengenai jangkaan masa depan aplikasi teknologi dalam kandungan
kurikulum dan penilaian di sekolah menengah wajar dilakukan untuk memberi gambaran
tentang senario teknologi pendidikan pada masa depan - tidak kira di mana sahaja di
dunia ini, termasuk Malaysia.
Bagi tujuan artikel ini fokus diberikan kepada perbincangan mengenai keputusan
kajian jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum
dan penilaian sekolah menengah. Cadangan-cadangan juga diberikan untuk memperbaiki
pelaksanaan penggunaan teknologi dalam pendidikan masa depan.

TUJUAN KAJIAN.

Secara umumnya kajian ini bertujuan mendapatkan persetujuan pakar mengenai jangkaan
masa depan aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolah
menengah.

Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian berikut akan dijawab dalam kajian yang telah dijalankan:

1) Apakah jangkaan masa depan terhadap peralatan teknologi yang akan digunakan di

sekolah menengah?

2) Apakah kesan yang dijangkakan terhadap kandungan kurikulum sekolah menengah?

3) Apakah kesan yang dijangkakan terhadap penilaian sekolah menengah?


Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 7

Model Kajian Masa Depan


Model kajian masa depan yang diperkenalkan oleh Slaughter (1996) akan digunakan
sebagai teori asas bagi kajian ini. Slaughter telah memperkenalkan Model of The Core of
Futures Studies (lihat Rajah 1) sebagai teras kajian masa depan.

Rajah 1. Model of The Core of Futures Studies


Sumber: Riefaard A, Steughter(1996, November), The knowledge base of futures
studies as an evolving process. Futures, Vol. 28(9), 802. Dimuat turun pada Ogos
15,2005, daripada http://www.scieTicedirect.coni/science? obaMImg&iitiagekfty=
B6V6S3VWC5SR2& cdi=5805& user=3464Q26& orig=search&coverDate=11%
2F30%2F 1996& sk=Q99719990&view=c&wchp=dGLhVzz-zSkWA&md5=ff 70
d3ca2fb4ba2110c9a1 d61 ef32a00&ie=/sdarticle.pdf

Menurut Slaughter, walaupun masa depan tidak boleh diramalkan dengan tepat, banyak
perkara yang mempunyai kesinambungannya seperti trend-trend utama; banyak perkara
akan berubah seperti peristiwa-peristiwa penting, proses-proses, malah ada yang terhenti
langsung; gambaran mengenai pilihan pada masa depan boleh dibina seperti senario
- masa depan; dan pilihan-pilihan yang dibuat boleh diperiksa seperti strategi-strategi
- masa depan.
Salah satu cara untuk melihat ke masa depan ialah dengan meneroka beberapa
elemen yang antaranya mengandungi elemen asas atau pengetahuan sebagaimana tertera
dalam Rajah 1. Perdebatan mengenai perkara ini akan membawa kepada pendefinisian
yang luas mengenai cara melihat ke masa depan. Slaughter (1996) berpendapat dengan
mengkaji elemen-elemen utama dalam Rajah 1 membolehkan generasi hari ini membuat
persediaan untuk kehidupan pada masa depan. Ini kerana elemen-elemen utama yang
digariskan itulah yang akan membawa kita melihat ke masa depan.
8 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan Teknik Delphi. Menurut Linstone dan Turoff (1975), Teknik
Delphi adalah satu ciri kaedah yang menstrukturkan proses komunikasi berkumpulan
menjadi lebih berkesan antara kumpulan individu atau keseluruhannya sewaktu
menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks.
Panel pakar diminta untuk mengenal pasti, menjelaskan, memurnikan dan akhimya
mencapai konsensus terhadap isu-isu tertentu melalui beberapa siri pusingan soal selidik.
Kelebihan teknik ini ialah panel pakar tidak perlu bertemu atau bersemuka. Oleh itu,
seorang pakar boleh menyatakan pandangannya tanpa dipengaruhi oleh pakar lain
(Czinkota & Ronkainen, 1997; McGill, 1998; Robbins, 1996; Stewart et al., 1999). Pakar
yang telah dipilih adalah dirahsiakan daripada pengetahuan pakar lain.

Panel Pakar
Bagi tujuan kajian ini, individu yang dikenal pasti sebagai pakar adalah memiliki kriteria-
kriteria berikut:

1) Individu yang mempunyai latihan, pengetahuan dan pengalaman sama ada dalam
bidang ICT atau teknologi pendidikan;

2) Golongan profesional yang memiliki pengalaman bekerja sebagai guru atau


pegawai teknologi pendidikan di sekolah atau jabatan masing-masing;

3) Individu yang sanggup untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga pusingan


Teknik Delphi.

Oleh itu, seramai 11 pakar telah dikenal pasti dan dilantik menjadi panel pakar. Mereka
terdiri daripada 5 guru, 2 jurutera Jaring (network), seorang penolong pengarah Pusat
Sumber Pendidikan Negeri, seorang pegawai Lembaga Peperiksaan, seorang pegawai
Pusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, dan seorang pegawai Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prosedur Pengumpulan Data


Pengumpulan data dilakukan bagi ketiga-tiga pusingan Teknik Delphi dan huraian bagi
setiap pusingan adalah seperti berikut:

Pusingan 1
Responden telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi yang
dikenal pasti akan digunakan pada masa depan. Dapatan daripada temubual pusingan ini
dijadikan asas membentuk soal selidik yang akan digunakan dalam pusingan seterusnya.
Pusingan 2
Skala Likert digunakan untuk menentukan jangkaan masa kemunculannya dan juga bagi
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 9

mendapatkan persetujuan bilakah peralatan tersebut akan digunakan di sekolah. Jangka


masa kemunculannya ialah: a) 2006 -2010; b) 2011-2015; c) 2016-2020; dan d) selepas
2020. Bagi tujuan analisis data maka nilai-nilai berikut diwakili oleh: 2006-2010 = 4;
2011-2015 = 3; 2016-2020 = 2; dan Selepas 2020 = 1. Jika mereka beranggapan bahawa
teknologi tersebut tidak akan muncul maka mereka memilih kategori d) selepas 2020.

Pusingan 3
Soal selidik bagi pusingan ketiga sama dengan pusingan kedua. Median dan julat antara
kuartil disertakan bagi menunjukkan taburan pandangan pakar bagi setiap item. Dalam
langkah ini setiap pakar diberi peluang untuk mempertimbangkan semula jawapan dalam
pusingan sebelumnya. Jawapan pakar bagi pusingan ini meliputi salah satu daripada
kemungkinan berikut:

1) Tetap dengan jawapan sebelumnya jika jawapan dalam pusingan sebelumnya


berada di dalam julat antara kuartil.

2) Pakar mungkin mengubah jawapan asal jika jawapan sebelumnya berada di luar
julat antara kuartil.

3) Pakar tetap dengan jawapan di luar julat antara kuartil dengan menyertakan sebab
jawapan tersebut dikekalkan.

Tujuan pusingan ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan di kalangan
pakar dan secara tidak langsung bertujuan untuk mencapai konsensus.

Prosedur Analisis Data


Data daripada temubual dalam pusingan pertama telah dianalisis secara Tematik iaitu
membuat analisis mengikut tema-tema yang tertentu. Bagi kajian ini, tiga tema telah
dikenal pasti iaitu:
• Peralatan teknologi
• Kesan terhadap kandungan kurikulum
• Kesan terhadap penilaian

Apabila soal selidik daripada pusingan kedua dan ketiga dikembalikan, data telah
dianalisis berdasarkan kekerapan, median, dan julat antara kuartil. Jangkaan terhadap
aplikasi teknologi telah dianalisis untuk melihat jangkaan tahun kemunculan ataupun
tahap persetujuan pakar berdasarkan skor median berikut:

a) Skor median bagi jangkaan tahun:


2006-2010 = 3.5-4 2011-2015
=2.5-3.49 2016-2020 = 1.5-.49
Selepas 2020 = 1.00-1.49
10 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

b) Skor median bagi persetujuan terhadap kesan:


Sangat setuju = 3.5-4
Setuju tahap sederhana = 2.5-3.49
Tidak Setuju =1.00-2.49

Jika sesuatu item mempunyai median yang tinggi iaitu di antara 3.5 hingga 4,
bermakna majoriti pakar sangat setuju dengan item tersebut. Majoriti pakar setuju tahap
sederhana jika mediannya di antara 2.5 hingga 3.49 dan jika mediannya berada di antara
1.00 hingga 2.49 bermakna majoriti pakar tidak bersetuju dengan item tersebut.

Konsensus Item
Pengiraan julat antara kuartil digunakan untuk menentukan perhubungan setiap item
dengan setiap pakar bagi membolehkan interpretasi terhadap konsensus bagi setiap item
dilakukan. Tahap konsensus ditentukan berdasarkan skor julat antara kuartil adalah seperti
berikut:

Konsensus tinggi = Julat antara kuartil di antara 0 hingga 1


Konsensus sederhana = Julat antara kuartil 1.01 hingga 1.99
Tiada konsensus = Julat antara kuartil 2.0 dan ke atas

Analisis Data
Dapatan daripada setiap pusingan akan dianalisis sebagai usaha untuk mencapai konsensus
di kalangan pakar. Oleh itu, data akan dianalisis menggunakan Ukuran-Kecenderungan-
Berpusat (UKB) iaitu median dan julat antara kuartil.

Pusingan 1
Analisa pusingan pertama mendapati 28 peralatan teknologi yang telah dikenal pasti di
Malaysia oleh panel pakar dijangka akan digunakan pada masa akan datang di sekolah-
sekolah di negara ini. Peralatan-peralatan teknologi tersebut dibahagikan pula kepada
3 kategori iaitu 11 peralatan hardware, 12 software dan 5 peralatan dalam ketegori
infrastruktur. Sementara itu, panel pakar juga telah mengenal pasti 31 item berkaitan
jangkaan kesan pada masa depan terhadap kandungan kurikulum. Daripada jumlah
tersebut, 13 item dikategorikan sebagai ilmu; 8 item dikategorikan sebagai bidang
kemahiran; dan 10 item dikenal pasti sebagai item-item yang mewakili sikap. Sementara
25 penyataan yang telah dikenal pasti sebagai jangkaan kesan terhadap penilaian sekolah
menengah. Dapatan daripada pusingan pertama telah disusun dalam Skala Likert 4 poin
berdasarkan jangkaan tahun dan juga persetujuan pakar.

Pusingan 2
Setiap pakar diminta menjawab soal selidik yang telah disusun mengikut Skala Likert 1
hingga 4 bagi jangkaan tahun iaitu:

4 = 2006-2010
3 = 2011-2015
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 11

2 = 2016-2020
1 = Selepas 2020

Sementara bagi jangkaan kesan juga menggunakan Skala Likert 4 poin iaitu:

4 = Sangat setuju
3 =S et uju
2 = Tidak setuju
1 = Sangat tidak setuju

Dalam pusingan kedua, data dianalisis dengan menggunakan UKB iaitu median dan
juga jarak antara kuartil. Berdasarkan median bagi setiap item, penyataan-penyataan
tersebut telah disusun mengikut urutan tahun kemunculan atau tahap persetujuan.

Pusingan 3
Soal selidik yang dihantar kepada panel pakar dalam pusingan ini sama dengan pusingan
kedua. Selepas data dalam pusingan kedua dianalisis, soalan pusingan ketiga dihantar
kepada setiap pakar beserta analisis median dan juga julat antara kuartil (IQ) dan jawapan
asal mereka. Tajuan pusingan ini ialah bagi mendapatkan konsensus yang paling tinggi
daripada pakar. Pada pusingan ini, data dianalisis berdasarkan median dan juga julat antara
kuartil. Dapatan daripada analisis dalam pusingan ini akan digunakan untuk menjawab
soalan-soalan kajian.

Jangkaan Peralatan Teknologi


Jangkaan tahun kemunculan peralatan teknologi bagi hardware terdapat di Jadual 1.

Jadual 1 menunjukkan median bagi item no. 1, 5, 6, 9 dan 10 ialah 4 iaitu semua jenis
peralatan teknologi tersebut dijangka akan muncul pada tahun 2006-2010. Sementara
PC Tablet, PDA, Smartphone, laser projektor, dan televisyen-interaktif pula dijangka
akan digunakan dalam tahun 2011-2015 dengan mempunyai skor median 3. Manakala
peralatan teknologi yang paling lambat dijangka akan digunakan di sekolah ialah smart
computer iaitu sekitar tahun 2016 hingga 2020.
12 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 1
Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Hardware

*No. Jangkaan Julat antara


Peralatan Teknologi Kedudukan Median
.item Tahun kuartil (IQ)

1 Desktop berskrin Flat 7 4 2006-2010 0


5 Web Cam (Kamera Web) 7 4 2006-2010 .5

6 Kamera Digital 7 4 2006-2010 0

9 Thumb-Drive 7 4 2006-2010 0
10 CD-Writer 7 4 2006-2010 0
2 PC Tablet 19.5 3 2011-2015 1
3 PDA(Personal Digital 19.5 3 2011-2015 .5
Assistant)

4 Smartphone 19.5 3 2011-2015 1


7 Laser Projector 19.5 3 2011-2015 2
8 Televisyen-interaktif 19.5 3 2011-2015 1
11 Smart Computer 27 2 2016-2020 1.5

Note. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual tersebut juga menunjukkan desktop berskrin flat, kamera digital dan thumb-drive
telah disepakati oleh pakar dengan konsensus paling tinggi iaitu 0 yang menunjukkan
tiada perbezaan pandangan di kalangan pakar. Manakala laser projector tidak mencapai
konsensus atau kesepakatan pakar kerana julat antara kuartilnya ialah 2. Jangkaan masa
depan peralatan teknologi bagi software terdapat dalam Jadual 2.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 13

Jadual 2
Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Software
*No. Peralatan Teknologi Kedudukan Median Jangkaan JulatAntara
item Tahun Kuartil (IQ)

16 Database Software 7 4 2006-2010 .5


17 Acrobat Reader 7 4 2006-2010 0
18 KalkulatorCGPA 7 4 2006-2010 1
19 3D Software 7 4 2006-2010 1
20 Kamus Digital 7 4 2006-2010 1
21 Ensiklopedia Digital 7 4 2006-2010 1
22 Short Mesage System 7 4 2006-2010 1
23 Video Editing Software 19.5 3 2011-2015 0
13 Interactive whiteboard 27 2 2016-2020 1.5
14 Voice Recognition 27 2 2016-2020 0
Nota. =* nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 2 menunjukkan item 16,17,18,19,20,21 dan 22 mencatat median 4.0 iaitu pada
kedudukan yang paling tinggi dan ini bermakna peralatan teknologi tersebut dijangka
akan muncul di sekolah dalam tempoh 2006-2010. Sementara itu interactive whiteboard
dan voice recognition merupakan software yang dijangka paling lambat kemunculannya
iaitu di antara 2016 hingga 2020. Kesemua item tersebut mencapai konsensus yang tinggi
dengan julat antara kuartilnya berada di antara 0 hingga 1 kecuali item 13 yang mencatat
konsensus yang sederhana dengan julat antara kuartilnya l.S. Bagaimana pun, Acrobat
Reader, video editing software dan voice recognition pula mencapai persetujuan sebulat
suara apabila tiada perbezaan julat antara kuartilnya. Pada keseluruhannya, semua item
berjaya mencapai konsensus dengan 3 item mendapat persetujuan semua pakar. Data
mengenai jangkaan tahun kemunculan teknologi bagi aspek infrastruktur terdapat pada
Jadual 3.

Jadual 3
Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Infrastruktur
*No. Jangkaan Julat Antara
Peralatan Teknologi Kedudukan Median
item Tahun Kuartil (IQ)

24 Gentian optik 7 4 2006-2010 0


28 Bluetooth 7 4 2006-2010 .5
26 Wi-Fi 7 4 2006-2010 1
27 Microwave 7 4 2006-2010 1
25 WiMax 19.5 3 2011-2015 1
Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.
14 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 3 menunjukkan median dan julat antara kuartil bagi 5 item yang mewakili
infrastruktur. Semua peralatan tersebut mempunyai median 4 kecuali item 25 yang
mediannya 3. Ini menunjukkan bahawa gentian optik, Bluetooth, Wi-Fi, dan Microwave
dijangka akan muncul di antara 1 hingga 5 tahun lagi. Hanya Wi-Max yang dijangka akan
sampai ke sekolah sekitar tahun 2011 hingga 2015.
Sementara itu semua pakar bersetuju bahawa infrastruktur gentian optik akan
diaplikasikan pada tahun 2006-2010 memandangkan tiada perbezaan pandangan
dicatatkan. Jadual tersebut juga menunjukkan bahawa semua item berada pada julat antara
kuartil yang rendah iaitu 0 hingga 1.0. Ini menunjukkan semua item tersebut mencapai
konsensus pada tahap yang tinggi.
Jadual 4 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan terhadap
Peralatan Teknologi yang telah dibincangkan sebelum ini.
Jadual 4
Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Peralatan Teknologi
No. Item Kedudukan Median Kuartil 1 Kuartil 3 * Julat Antara Kuartil
<Q.) ' (Q3) (IQ)
1 6.5 4 3 4 1
2 18.5 3 2 4 2
3 18.5 3 2.5 3 .5
4 26.5 2 1 3.5 2.5
5 6.5 4 3 4 1
6 6.5 4 4 4 0
7 18.5 3 2 3.5 1,5
8 18.5 3 2 4 2
9 6.5 4 4 4 0
10 6.5 4 4 4 0
11 26.5 2 1 2 1
12 18.5 3 2 3.5 1.5
13 26.5 2 1 3.5 2.5
14 26.5 2 2 2 0
15 18.5 3 2 3 1
16 6.5 4 3 4 1
17 6.5 4 4 4 0
18 6.5 4 3 4 1
19 6.5 4 3 4 1
20 6.5 4 3 4 1
21 6.5 4 3 4 1
22 18.5 3 3 4 1
23 18.5 3 2 3 1
24 18.5 3 2.5 3.5 1
25 18.5 3 1.5 4 2.5
26 18.5 3 3 4 1
27 18.5 3 2 3.5 1.5
28 6.5 4 3 4 1
Nota. *IQ= Q3- Q1
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 15

Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum


Elemen yang terkandung dalam kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga
iaitu ilmu, kemahiran, dan nilai.
Jadual 5
Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Ilmu

No.item Item Kedudukan Median MatAntara


Kuartil (IQ)
1 Sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik 6.5 4 0
2 Kurikulum baru tentang teknologi diperlukan 6.5 4 1

4 Kandungan kurikulum memberi tumpuan 6.5 4 1


terhadap ilmu sains dan teknologi

6 Ilmu diperolehi dari seluruh dunia 6.5 4 0

7 Ilmu disampaikan secara dalam talian 6.5 4 .5

8 Pemikiran kritis pelajar semakin meningkat 6.5 4 1

9 Perkongsian ilmu di kalangan pelajar di seluruh 6.5 4 1


dunia melalui tugasan

10 Ilmu berkembang dengan pesat 6.5 4 1

3 Pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep 20.5 3 1


yang abstrak akan meningkat

5 Bidang sastera dan kemanusiaan diabaikan 20.5 3 1

11 Pengetahuan diragui kesahan dan kebenarannya 20.5 3 1

12 Ilmu disampaikan dengan menggunakan bahasa 20.5 3 0


Inggeris

13 Pemindahan ilmu berlaku dengan cepat 20.5 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Semua item dalam Jadual 5 telah mendapat persetujuan pakar dengan konsensus yang
tinggi diperolehi untuk item 1, 6 dan 12 yang mencatat konsensus tertinggi iaitu 0. Data
tersebut dengan jelas menunjukkan panel pakar bersetuju dengan sebulat suara bahawa
kesan aplikasi teknologi akan menjadikan sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik;
ilmu diperoleh dari seluruh dunia dan bahasa Inggeris akan digunakan sebagai medium
penyampaian ilmu.
Jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum bagi
aspek kemahiran terdapat pada Jadual 6.
16 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 6
Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Kemahiran
*No. Item Kedudukan Median Julat Antara
item Kuartil (1Q)

15 Para pelajar memiliki kemahiran mencari 6.5 4 .5


maklumat
19 Kemahiran bersesuaian dengan kehendak 6.5 4 .5
pasaran kerja
17 Pelajar memiliki kemahiran mengurus 20.5 3 ,5
pembelajaran
18 Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah 20.5 3 1
20 Memiliki kemahiran mengendalikan peralatan 20.5 3 1
teknologi
21 Memiliki kemahiran berflkir secara kritis dan 20.5 3 1
kreatif
16 Kurang kemahiran komunikasi sosial 30.0 2 1

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 6 menunjukkan median bagi item 15 dan 19 ialah 4 iaitu pada tahap Sangat Setuju
manakala julat antara kuartilnya ialah .5. Panel pakar bersetuju dengan item 17, 18, 20
dan 21 dengan skor median 3.0 sementara julat antara kuartilnya di antara .5 hingga 1. Ini
menunjukkan bahawa semua item tersebut dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensus
yang tinggi. Bagaimana pun, panel pakar tidak bersetuju dengan item 16 yang mediannya
ialah 2 dan skor julat antara kuartilnya ialah 1.0. Ini menunjukkan kesepakatan yang telah
dicapai di kalangan pakar menunjukkan bahawa mereka menolak aplikasi teknologi akan
menyebabkan kurang kemahiran komunikasi sosial.
Data bagi jangkaan kesan aplikasi teknologi terhadap kandungan kurikulum bagi
aspek nilai terdapat pada Jadual 7.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 17

Jadual 7
Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Nilai
*No. Item „ , , , ,„ .. JulatAntara
. Kedudukan Median „ ., __.
Item Kuartil (IQ)

25 Meningkatkan motivasi pelajar 6.5 4 1


6.5 4 1
31 Menjad&ajipdaJMberdikari
20.5 3 1
22 Pelajar lebih berminat terhadap pelajaran
20.5 3 1.
23 Peningkatan dalam kehadiran pelajar 5
20.5 3 1
24 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
20.5 3 2
26 Nilai agama dan moral semakin terhakis
20.5 3 1
28 Mengambil bahagian dalam perbincangan
secara aktif
20.5 3 .5
29 Pelajar memiliki sikap sabar
20.5 3 2
30 Memupuk sikap kerjasama di kalangan pelajar
30 2 1
27 Budaya dan jati diri terabai
Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 7 menunjukkan pakar menolak kenyataan bahawa aplikasi teknologi akan


menyebabkan budaya dan jati diri akan terhakis pada tahap konsensus yang tinggi, Jadual
tersebut juga menunjukkan itemv26 dan 30 mencatat skor julat antara kuartilnya 2 iaitu
tiada kesepakatan di kalangan pakar. Ini menunjukkan wujud perbezaan pandangan yang
ketara di kalangan pakar berhubung kesan yang dijangkakan bagi kedua-dua item tersebut.
Keseluruhannya, data menunjukkan satu item tidak dipersetujui oleh pakar sementara dua
itemIagifidaKmencapaikonsensus di kalangan pakar.
18 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 8 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan Kesan terhadap
Kandungan Kurikulum yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 8
Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap Kandungan
Kurikulum
No. Item Kedudukan Median Kuartil 1 Kuartil 3 * Julat Antara
(Q.) <Q,> Kuartil (IQ)

1 18 3 3 4 1
2 5.5 4 3.5 4 .5

3 18 3 2.5 4 1.5

4 5,5 4 3 4 1

5 18 3 2 3 1

6 5,5 4 4 4 0

7 5.5 4 3.5 4 .5

8 5.5 4 3 4 1

9 18 3 2.5 4 1.5

10 5.5 4 3 4 1

11 28.5 2 2 3 1

12 18 3 2.5 3 .5

13 18 3 3 3.5 .5

14 18 3 1.5 3 1.5

15 5.5 4 3 4 1

16 28.5 2 1 3 2

17 18 3 3 3.5 .5

18 18 3 2 4 2

19 5.5 4 3.5 4 •5

20 18 3 3 4 1

21 18 3 2.5 4 1.5

22 5.5 4 3 3 0

23 18 3 3 4 1
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 19

24 28.5 2 2 3 1
25 18 3 3 4 1

26 28.5 2 1.5 4 2.5

27 28.5 2 1 2 1

28 18 3 3 4 1

29 18 3 3 3.5 .5

30 28.5 2 1.5 4 2.5

31 5.5 4 3 4 1

Nota. *IQ=a- Q,

Kesan terhadap Penilaian Sekolah Menengah


Analisis kesan yang dijangkakan terhadap penilaian sekolah menengah terdapat dalam
Jadual 9.

Jadual 9
Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Pelaksanaan

*No. Julat antara kuartil


Item Kedudukan Median
item (IQ)

3 Guru raendapat maklumat dengan segera 7 4 0

4 Penyemakan dilakukan melalui sistem 7 4 1

5 Masa peperiksaan lebih fleksibel 7 4 0


6 Peperiksaan boleh dilakukan di mana- 7 4 1.5
mana sahaja
10 Soalan dapat diedarkan dengan cepat 7 4 1
kepada setiap pelajar

1 Penilaian dilakukan dalam talian 19 3 1.5


2 Ditadbirkan di sekolah 19 3 1
7 Mengurangkan beban kerja guru 19 3 1

8 Penjimatan kos dan masa 19 3 1


11 Kemungkinan berlaku kesilapan adalah 19 3 1
kecil
9 Lebih banyak masa dapat ditumpukan oleh 20 2 1
guru kepada akademik

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan peitama.


20 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Keseluruhannya, jangkaan kesan aplikasi teknologi terhadap penilaian bagi aspek


pelaksanaan menunjukkan semua item mencapai konsensus dengan dua item iaitu item
3 dan S mendapat kesepakatan sebulat suara sementara satu item tidak dipersetujui
oleh pakar iaitu item 9. Keseluruhan item mendapat persetujuan pakar dengan item 3
dan 5 mendapat julat antara kuartil yang paling rendah iaitu 0 yang menunjukkan tiada
perbezaan pandangan pakar. Dapatan kajian ini menunjukkan semua pakar Sangat Setuju
dengan kesan yang dijangkakan iaitu guru mendapat maklumat dengan segera dan masa
peperiksaan lebih fleksibel. Jangkaan kesan terhadap penilaian sekolah menengah bagi
aspek format terdapat dalam Jadual 10.

Jadual10
Kesan Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Format
_____________________________________________________________________
*No. Julat antara
Item Kedudukan Median
item Kuartil
15 lugasan berbentuk penyehdiKan 7 4 .5
16 Bentuk pentaksiran yang lebih fleksibel 7 4 1
19 Pentaksiran yang lebih adil kepada setiap 7 4 ,5
pelajar
12 Penilaian berbentuk rujukan kriteria 19 3 0
14 Membantu tingkatkan prestasi pelajar 19 3 1
15 Pentaksiran memerlukan penglibatan pelajar 19 3 1
secara aktif
17 Pentaksiran aspek afektif diabaikan 19 3 1

18 Pelajar yang tidak menguasai kemahiran 19 3 1


asas akan tercicir
20 Pentaksiran berbentuk penguasaan kendiri 19 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 10 menunjukkan semua item mencatat konsensus yang tinggi iaitu 0 hingga 1.
Data juga menunjukkan tidak wujud perbezaan pandangan di kalangan pakar bagi item
12 dan ini menunjukkan semua pakar bersetuju bahawa penilaian berbentuk rujukan
kriteria dijangka akan dilaksanakan pada masa depan. Data menunjukkan jangkaan kesan
terhadap penilaian sekolah menengah bagi aspek pelaporan terdapat dalam Jadual 11.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 21

Jadual 11
Kesan Aplikasi Teknologi terhadap Penilaian: Pelaporan
*No JulatAntara
item Item Kedudukan Median Kuartil(IQ)

24 Guru mendapat maklumat dengan segera 7 4 0

25 Pemantauan prestasi pelajar lebih mudah 7 4 1

21 Rekod pencapaian pelajar disimpan dan 7 4 .5


boleh dicapai pada bila-bila masa

22 Ibu bapa dapat memantau perkembangan 7 4 .5


prestasi pelajar

23 Keputusan dapat diketahui dalam masa 7 4 0


yang singkat

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 11 menunjukkan semua item bagi aspek pelaporan mempunyai skor median 4
iaitu majoriti pakar Sangat Setuju dengan kesan-kesan yang dijangkakan itu. Julat antara
kuartilnya pula adalah tinggi iaitu di antara 0 hingga 1 yang menunjukkan perbezaan
pandangan di antara pakar adalah kecil dan dua item iaitu item 24 dan 23 telah mendapat
julat antara kuartilnya 0. Ini menunjukkan semua pakar telah mencapai kesepakatan
secara sebulat suara terhadap item tersebut iaitu Sangat Setuju kesan yang dijangkakan
akan berlaku pada masa akan datang. Keseluruhan analisis data menunjukkan semua item
tersebut sangat dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensus yang tinggi.
Jadual 12 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan Kesan terhadap
Penilaian.
22 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 12
Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap Penilaian
No. Item Kedudukan Median Kuartil 1 Kuartil 3 ♦JulatAntara
(Q.) (Q3) Kuartil (IQ)

1 24.5 2 2.5 4 1.5


2 16.5 3 3 4 1
3 16.5 3 2 3 1
4 5 4 3 4 1
5 5 4 3 4 1
6 5 4 1.5 4 2.5
7 5 4 2.5 4 1.5
8 16.5 3 2 4 2
9 5 4 3 4 1
10 5 4 2.5 4 1,5
11 5 4 2.5 4 1,5
12 16.5 3 3.5 4 .5
13 16.5 3 3 4 1
14 5 4 3.5 4 .5
15 16,5 3 2 4 2
16 16.5 3 3 4 1
17 16.5 3 3 4 1
18 16.5 3 3 4 1
19 24.5 2 2 3 1
20 16.5 3 2 3 1
21 16.5 3 2.5 4 1.5
22 16.5 3 3 4 1
23 16.5 3 3 4 1
24 5 4 3.5 4 .5
25 16.5 3 2 3 1
Nota. =*IQ=Q 3 - :

RUMUSAN DAPATAN
Berikut adalah rumusan yang dibina berdasarkan dapatan daripada kajian ini iaitu:
1) Konsensus mengatakan sebanyak 25 daripada 28 peralatan teknologi yang dijangkakan
akan muncul dalam tempoh 15 tahun akan datang.
2) Sebanyak 29 penyataan yang berkaitan jangkaan terhadap kesan aplikasi teknologi
terhadap kandungan kurikulum mencapai persetujuan pakar.
3) Semua penyataan yang mewakili jangkaan terhadap kesan aplikasi teknologi dalam
penilaian sekolah menengah mencapai konsensus.
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 23

4) Pada keseluruhannya tiga item tidak mendapat konsensus iaitu: a) Satu item yang
mewakili peralatan teknologi - laser projector, dan b) dua item yang mewakili kesan
aplikasi terhadap kandungan kurikulum iaitu nilai agama dan moral semakin terhakis
serta item memupuk sikap bekerjasama di kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan
terdapat peralatan-peralatan teknologi tertentu yang dijangka akan digunakan di
sekolah dalam tempoh 2006 hingga 2020. Panel pakar dalam kajian ini juga telah
menjangka dan sepakat mengatakan bahawa aplikasi teknologi membawa banyak
kesan positif dalam kandungan kurikulum dan juga penilaian.
IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan peralatan-peralatan teknologi yang dijangkakan akan
berada di dalam pasaran sekitar tahun 2006 hingga 2020. Ini menunjukkan peralatan
berkenaan akan berada di pasaran pada jangka masa tersebut. Oleh yang demikian,
peralatan-peralatan berkenaan akan turut digunakan di sekolah dalam tempoh tersebut.
Penulis menyarankan pihak-pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran supaya
memberi peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi membekalkan sekolah-sekolah
di negara ini dengan peralatan-peralatan yang dimaksudkan secukupnya - supaya dapat
digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, Aspek logistik dan
kepakaran juga amat penting dipertingkatkan di sekolah-sekolah. Oleh yang demikan,
struktur pembinaan bangunan sekolah dan bilik darjah haruslah mengambil kira keperluan-
keperluan teknologi yang akan digunakan.
Menurut Brumby (1984), antara faktor utama yang menghalang kemajuan dalam
penggunaan teknologi adalah kekurangan kemahiran, kewangan dan pengalaman.
Kehadiran teknologi baru di sekolah dijangkakan akan memerlukan kepakaran dan
kemahiran semasa. Penyediaan perkakasan dan perisian tidak akan membawa apa-
apa makna tanpa kepakaran. Ini kerana teknologi bukan sahaja meliputi aspek-aspek
perkakasan (hardware} dan perisian {suftwun)~iu&litlMui juga aspek cant atan kaedah
penggunaan (useware), Oleh kerana itu, penulis mencadangkankepadaBahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia supaya merancang secara sistematik aspek
latihan bagi menyediakan guru dengan kemahiran dan pengetahuan .teknologi.
Pendedahan, latihan dan sokongan untuk jangka masa yang panjang seharusnya
dirancang dan kerap diadakan. Ini bererti program peningkatan profesionalisme keguruan
perlu dilakukan secara berterusan. Dalam perkembangan berkaitan, McDougall dan
Squires (1997) telah mengenal past! lima bidang yang boleh dijadikan fokus dalam
perkembangan profesional seseorang guru, iaitu: kemahiran menggunakan perisian
aplikasi yang bersesuaian seperti pemerosesan maklumat, sistem operasi, dan perisian
Internet access; penyepaduan teknologi maklumat dalam kurikulum yang sedia ada
meliputi semua disiplin ilmu; perubahan dalam kurikulum yang berkaitan teknologi
maklumat; perubahan dalam peranan guru dan juga pelajar; dan pengaplikasian teori
pembelajaran dalam persekitaran teknologi maklumat.
Mills dan Tincher (2003) menyatakan kepakaran mengintegrasikan teknologi oleh
guru tidak akan tercapai melalui penawaran satu dua kursus dalam program latihan
keguruan. Bersesuaian dengan pandangan berkenaan, dewasa ini Kementerian Pelajaran
Malaysia hams menubuhkan institusi latihan pendidikan khas bagi menyediakan guru-
guru dengan kepakaran dan kemahiran yang khusus berkaitan teknologi. Selain itu,
24 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

kurikulum pendidikan guru harus dikemaskini supaya sesuai dengan keperluan semasa,
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pada masa depan, ilmu akan
disampaikan dalam bahasa Inggeris dan ilmu juga akan dapat diperolehi dari seluruh
dunia. Dijangkakan pada masa depan guru dan pelajar akan berhadapan dengan masalah
bahasa serta memilih bahan kurikulum yang sesuai dalam mengintegrasikan teknologi
dalam kelas. Justeru itu, penulis mengesyorkan kepada pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia supaya dengan seberapa segera membina lebih banyak perisian dan tapak web
yang bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara. Selain itu, adalah dicadangkan
Kementerian Pelajaran mengadakan kerjasama dengan Institut Terjemahan Negara. untuk
membina satu perisian terjemahan dalam web.
Perkembangan pesat ilmu pengetahuan akan memungkinkan berlaku kebanjiran
maklumat. Satu kurikulum baru yang memperkenalkan kemahiran asas teknologi seperti
mencari, memproses dan menapis maklumat perlu diperkenalkan di peringkat sekolah
rendah. Drucker (1989) mengatakan definisi celik huruf dalam bidang pendidikan yang
difahami sekarang ini adalah tidak sesuai lagi. Bertepatan dengan pandangan berkenaan,
matlamat kurikulum dari peringkat rendah seharusnya memberi keutamaan kepada aspek
peningkatan kemahiran belajar (learning how to learn).
Hasil kajian ini menunjukkan dijangka perkembangan pesat akan berlaku dalam
kandungan kurikulum. Oleh yang demikian adalah dicadangkan supaya kurikulum
sekolah rendah dan menengah sekarang ini dikaji semula dari semasa ke semasa. Dalam
hal ini Fatimah Hamid Don (1992) menyatakan antara sebab kurikulum perlu diubahsuai
dan diperbaharui adalah faktor teknologi tinggi. Sementara Hass (1987) pula menekankan
bahawa kepentingan teknologi dan pembangunan sumber manusia merupakan dua cabaran
dalam peniiaian semula dan pengubahsuaian kurikulum. Oleh itu, adalah dicadangkan
pihak Kementerian Pelajaran supaya menentukan setiap guru akan diberi peluang atau
kemudahan untuk mengguna atau mengakses komputer pada bila-bila masa.
Kesan aplikasi teknologi terhadap peniiaian turut membolehkan ibu bapa memantau
prestasi pencapaian anak-anak mereka di rumah. Adalah dijangkakan pada masa depan
kemahiran asas teknologi juga diperlukan oleh ibu bapa atau penjaga. Bagi memungkinkan
perkara berkenaan akan benar-benar berlaku, penulis mencadangkan kepada pihak PIBG
(Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya menganjurkan kursus kemahiran asas komputer
untuk ibu bapa di hujung minggu atau pada masa-masa lain yang sesuai.
Penulis juga ingin menyarankan Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya tidak lagi
terlalu memberi fokus terhadap pentaksiran konvensional yang bersifat objektif yang juga
tidak mampu menilai kemahiran serta kecekapan sebenar pelajar. Satu standard pentaksiran
baru diperlukan; bentuk peniiaian baru berkenaan akan dapat dijadikan benchmark oleh
sekolah-sekolah yang membentuk bahan pentaksiran mereka sendiri. Memandangkan
peniiaian pada masa depan dijangka akan berlaku dalam talian, Rangkaian Komputer
Nasional untuk Peniiaian Pendidikan amat diperlukan malah perlu disegerakan pembinaan
dan pemasangannya pada masa terdekat ini.
Pada masa depan adalah dijangka tumpuan akan diberikan kepada kemahiran-
kemahiran yang dapat memenuhi keperluan dunia pekerjaan. PPK seharusnya bersifat
terbuka, iaitu bersedia untuk memperoleh malah menerima pandangan pihak luar, untuk
menggubal kurikulum nasional yang sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa.
Adalah disarankan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya lebih bersedia untuk
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 25

mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ICT mahupun agensi-agensi swasta


yang lain bagi menyediakan prasarana ICT di sekolah-sekolah serta bahan kurikulum
ICT.

RUJUKAN
Amara, R. C, & Salancik, G. R. (1971-1972). Forecasting: From conjectural art
toward science. Technological Forecasting and Social Change, 3,415-426.
Ayers, R. U. (1969). Technological forecasting and long-range planning. NY:^
McGraw-Hill.
Brumby, M. N. (1984). Misconceptions about the concept of natural selection by
medical biology students. Science Education, 68(4), 493-503.
Czinkota, M. R., & Ronkainen, I. A. (1997, Disember). International business and trade
in the next decade: Report from a Delphi Study. Journal of International Business
Studies, 28(4), 827-844. Dimuat turun pada November 5,2005, daripada http://
www.palgrave-journals.com/jibs/joumal/v28/n4/index.html
Drucker, P. F. (1989). The new realities: In government and politics, in economics and
business, in society and world view. New York: Harper.
Dublin, M. (1989). Future hype: The tyranny of prophecy. New York: Plume.
Fatimah Hamid Don (1992). Penyediaan kurikulum bagi mencapai matlamat Wawasan
2020: Peringkat institusi pengajian tinggi. Kertas kerja Seminar Kebangsaan
PSIMA Ke 3, Persatuan Psikologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Gates, B., Myhrvold, N., & Rinearson, P. (1995). The road ahead. New York: Viking.
Gordon, T. J. (1994). Cross-impact method. Washington DC: The United Nations
University.
, & Hayward, H. (1968, Disember). Initial experiments with the Cross-
Impact Matrix Method of forecasting. Futures, 2,100-116.
Hass, G. (1987). Curriculum planning: Anew approach. Boston: Allyn.
Klopfenstein, B. C. (1985). Forecasting the market for home video players: A
retrospective analysis (Videodisc player, videocassette recorder, technology RCA,
VCR). PhD The Ohio State University. AAT 8510588. Dimuat turun pada Ogos 5,
2005, daripada http://wwwlib.umi.com/dissertations/fullcit/ 8510588
Linstone, H. A., & Turoff, M. (Eds.). (1975). The Delphi method: Techniques and
applications. Reading, MA: Addison-Wesley.
McDougall, A., & Squires, D. (1997). A framework for reviewing teacher professional
development programs in information technology. Journal of Information
Technology for Teacher Education, 6(2). Dimuat turun pada Januari 15,2005,
daripada http://www.triangle.co.uk/jit/content/maincontents.asp
McGill, J. L. (1998). Computer competencies needed by secondary teachers to be
proficient using microcomputers in teaching. PhD Kansas State University. Dimuat
turun pada Ogos 13,2005, daripada http://wwwlib.umi.com/ dissertations/
preview/8819240
Mills, S. C, & Tincher, R. C. (2003). Be the technology: A development model for
evaluating technology integration. Journal of Research on Technology in Education,
35(3), 382-401.
26 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Ohmae, K. (1990). The borderless world: Power and strategy in the interlinked economy.
New York: Harper.
Robbins, S. P. (1996). Organizational behavior: Concepts, controversies, applications.
Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Saedah Siraj (1999). Kurikulum ke arah pembentukan golongan pemuda, perekacipta dan
profesional. Jurnal Kurikulum, 1(2), 42-56.
__(2000). Intelek sebagai tumpuan pembinaan kurikulum. Dimuat turun pada
November 8,2000, daripada http://www.planetklik. com.my
__(Ed.). (2001a). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Sg. Buloh,
Selangor: Alam Pintar.
__(2001b). Pembinaan kurikulum. Dimuat turun pada Mac 2, 2001, daripada
http://www.planetklik.com.my
__ (2002a, Julai 16). Pengajian kurikulum masa depan untuk pendidikan
berkualiti. Ucap Utama di UMS Executive Management Workshop, University of
Muhammadiyyah Surakarta, Surakarta, Indonesia.
__(2002b, Jun 17). Curriculum planning for future education. Ucap Utama di
Seminar on Curriculum and Instruction, CIS, University of Prince Songkla, Pattani
Campus, Thailand.
__ (2002c). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dim. Sufean
Hussin (Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektif sistem dan inovasi (hh.67-
79). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
___ (2003, Mac 27). M-Learning curriculum for the future. Ucap Utama 2. Dim.
Proceedings of the International Conference on Mobile Learning (ICML), Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Slaughter, R. A. (1996, November). The knowledge base of futures studies as an
evolving process. Futures, Vol. 28(9), 799-812. Dimuat turun pada Ogos 15,
2005, daripada http://www,sciencedirect.com/science?_ob=MImg&_imagekey
=B6V653VWC55R2&_cdi=5805&_user=3464026&_orig=search&_coverDate=ll
%2F30%2F 1996&_sk=999719990&view=c&wchp=dGLbVzzzSkWA&d= ff7Od3ca
2fb4ba2110c9ald61ef32a00&ie=/sdarticle. pdf
____ (1997). Implementing foresight for future generations. Dim R. Slaughter
(Ed.), The knowledge base of Futures Studies, Volume 3: Directions and Outlooks.
Hawthorn, Victoria, Australia: DDM.
Stewart, J. O'Halloran, C, Harrigan, P., Spencer, J. A., Barton, J. R., & Singleton, S. J.
(1999, Mai 24). Identifying appropriate tasks for the preregistration year: Modified
Delphi Technique. BMJ, 319,224-229. bmj.com. eCME. Dimuat turun pada Mac
13, 2005, daripada http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/ abstract/319/7204/224
Toffler, A. (1970). Future shock. New York: Random House.
___ (1990). Power shift: Knowledge, wealth, and violence at the edge of the 21st
century. New York: Bantam.