Anda di halaman 1dari 4

- DUA RUANG MASIH KOSONG -

Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak Puasa


Posted on Sunday, August 22 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: amkns

"Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yang
tak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat
pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupun
kita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih
penting, solat, puasa, zakat atau raya ?

Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ribut
taufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dan
sebagainya.

Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, dan
majoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkara
lain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya.

Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat
bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan
polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak
tanya dulu geran kereta, insuran kereta, cukai jalan kereta, tayar cukup bunga ke tak
dan sebagainya.

Jadi mari kita sama-sama menyeru kepada semua umat Islam terutama orang Melayu
yang leka dengan Bazar Ramadan, persiapan raya, lagu raya, lemang, ketupat, rumah
terbuka , mercun , mercun bola , bunga api dan sebagainya supaya utamakan solat 5
waktu terlebih dahulu.

Sebelum nak laksanakan pendidikan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah,
pastikan semua pelajar beragama Islam solat 5 waktu apabila mereka berada di
sekolah. Di sekolah pelajar tak sembahyang, guru , jabatan dan kementerian pelajaran
akan ditanya di akhirat, di rumah kalau pelajar tak sembahyang ibu bapa akan ditanya
di akhirat.

**************************

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhu


Oleh Hasliza Hassan

2010/08/23
PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan
sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa
namun solat diabaikan.

Imam 1 Masjid al-Husna Bandar Sunway, Abdul Hadi Bakri Abdullah, yang menjawab persoalan
berkaitan solat tetapi tidak puasa yang dikemukakan penonton program Tanyalah Ustaz di TV9, berkata
itulah kesilapan umat Islam kerana tidak memahami agama.

Katanya, ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana
matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang
hendak ditingkatkan.

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita
buat.

Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh
ditebus dengan fidyah, katanya.

Beliau yang menjadi tetamu jemputan program Tanyalah Ustaz membicarakan tajuk Kesilapan Semasa
Puasa, menyentuh perkara dilakukan umat Islam sama ada secara sedar atau tidak.
Katanya, banyak kesilapan dilakukan umat Islam kerana salah meletakkan keutamaan pada tempat
sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib tidak
diusahakan untuk berjemaah sedangkan sudah jelas ganjaran 27 pahala.

Abdul Hadi berkata, dalam amalan sunat juga ramai tidak faham keutamaan mensia-siakan peluang depan
mata dengan meninggalkan solat sunat selepas Isyak kerana lebih menumpukan solat sunat terawih.

Solat sunat selepas Isyak lebih utama tetapi kita tinggalkan sebab fikir nak buat sunat Tarawih. Imam
memang tunggu jemaah solat sunat selepas Isyak sebelum Tarawih tetapi peluang yang ada itu
kebanyakan kita sia-siakan, katanya.

Beliau turut menyentuh pemandangan di bazar Ramadan, anak muda lelaki dan perempuan bukan
muhrim membeli juadah sambil berpegangan tangan malah ada yang tidak menutup aurat, sebagai
perkara penting sepatutnya diberi perhatian tetapi dipandang mudah oleh segelintir umat Islam.

Begitu juga peniaga di bazar Ramadan, diingatkan supaya tidak bertekad dalam hati mengambil
kesempatan Ramadan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda sementara pembeli jangan pula
menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan hingga berlaku pembaziran.

Beliau tidak menafikan keperluan atau kepentingan bazar Ramadan sebagai kemudahan serta tarikan
pelancong ke negara ini tetapi biar usaha itu bertujuan menampakkan keindahan Islam dari segi amalan
ibadat.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah
beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan
apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya.

Perkara dibangkitkan Abdul Hadi adalah kerisauan diluahkan penonton yang mengikuti program
Tanyalah Ustaz mengenai amalan puasa dalam kalangan masyarakat negara ini yang mendahulukan adat
bukannya ibadat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sia-
siaberpuasajikatakjagasolatfardhu/Article

SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG MULA-MULA DIHISAB DI


AKHIRAT

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan
sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia
baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka
tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang


maksudnya : "Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di
hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan
berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi
&ldots;.."

(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari
kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya
rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat
fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat
sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara
hisab bagi seluruh amalannya yang lain.

******************************

CEDERA DIHEMPAP KHEMAH

Utusan Malaysia 23 Ogos 2010

Sebahagian khemah yang menempatkan peniaga di bazar Ramadan berhampiran


Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang rosak teruk akibat dipukul ribut
semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

KHEMAH BAZAR RAMADAN TERBANG


Berita Harian 23 Ogos 2010

KUANTAN: Lebih 30 peniaga Bazar Ramadan di depan Jalan Mahkota di bandar ini,
terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai
diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai
sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, pengunjung Bazar Ramadan
terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhemahBazarRamadanterbang/Article"