Anda di halaman 1dari 3

Saya Lihat,Saya Dengar,Saya Baca ,Saya Fikir ,Saya Tulis

http://duniacikgu.wordpress.com/2008/06/10/akauntabiliti-perguruan/

Akauntabiliti keguruan
June 10, 2008 by yusriwahab

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala
pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat
mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang
perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab


kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,
konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan
dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk
memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

: 3.1 Pelajar

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk
mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,
kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,
agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru
hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah
kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses
pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa
dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi
model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh
pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka
tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan
tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan
juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan
bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru
gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh
menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di
sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang
berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan
aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal.

3.3 Sekolah

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap
tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah
sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.
Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang
lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat
Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan
ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran
yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai
dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan
agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan
tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-
kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di
lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai
objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul
agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya


yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut
membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan
penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi
akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan
dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut
melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Rujukan Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen


1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya.

Sumber
http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/ilmu_pendidikan/perguruan_sebagai_satu_pr
ofesion.htm