Sembahyang Tarawih
Soalan:
Adakah sembahyang tarawih termasuk dalam sunat muakkad
Jawapan:
Berhubung dengan sembahyang tarawih ada 2 pendapat
ulama':
Soalan:
Bilakah waktu sembahyang tarawih
Jawapan:
Sembahyang tarawih waktunya selepas Isyak dan habisnya
hingga terbit fajar.
Soalan:
Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan sembahyang
tarawih secara berjemaah dan bila
http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Jawapan:
3 kali sahaja iaitu pada malam 23, 25 dan 27 Ramadhan
tahun yang sama.
Soalan:
Merujuk kepada soalan di atas, selain dari tiga malam
yang tersebut di manakah Rasulullah menunaikan
sembahyang tarawih
Jawapan:
Selain dari tiga malam yang tersebut, Rasulullah telah
menunaikan sembahyang tarawih di rumahnya sendiri.
Soalan:
Adakah lebih baik dilaksanakan sembahyang tarawih
secara bersendirian atau berjemaah
Jawapan:
Sembahyang tarawih secara berjemaah lebih baik.
Soalan:
Kenapakah Rasulullah tidak menunaikan sembahyang
tarawih secara berjemaah kecuali pada 3 malam sahaja
Jawapan:
Sembahyang tarawih tidak ditunaikan oleh Rasulullah
secara berjemaah kecuali pada 3 malam sahaja kerana
Rasulullah khuatir sembahyang ini difardhukan (wajib)
ke atas umatnya.
Soalan:
Adakah pada masa Saiyidina A. Bakar dan Saiyidina Umar
r.a sembahyang tarawih ditunaikan secara berjemaah
Jawapan:
Pada masa pemerintahan Saiyidina A. Bakar r.a sembahyang
tarawih ditunaikan secara bersendiri-sendiri sehingga tahun
pemerintahan Saiyidina Umar r.a barulah ditunaikan
sembahyang tarawih secara berjemaah.
Soalan:
Berapa jumlah rakaat sembahyang tarawih yang disunatkan
Jawapan:
Ada beberapa pendapat antaranya, setengah ulama' mengatakan
40 rakaat, dan setengah yang lain pula mengatakan ada 36
http://jaringan-ilmu.blogspot.com
rakaat. Mengikut pendapat dalam mazhab Syafi, Hanafi,
Hambali, Maliki dan Thauri ada 20 rakaat.
Soalan:
Apakah pendapat yang mengatakan 40 rakaat dan 36 rakaat itu
diambil dari hadis Rasulullah s.a.w atau perbuatan sahabat
Jawapan:
Bilangan yang terlebih dari 20 rakaat itu dipercayai timbul
dari pendapat yang boleh diterima dari segi syara'.
Soalan:
Apakah dalil bagi mereka yang mengatakan sembahyang tarawih
itu dilakukan sebanyak 20 rakaat
Jawapan:
Dalilnya adalah dari perbuatan Saiyidina Umar, Othman, Ali
dan lain-lain sahabat yang menunaikan sembahyang tarawih
sebanyak 20 rakaat.
Soalan:
Apakah hadis yang menunjukkan bahawa sembahyang sunat
tarawih itu 20 rakaat
Jawapan:
Sebagaimana yang diketahui bahawa sembahyang sunat tarawih
itu dibuat secara berjemaah oleh Rasulullah hanya 3 malam
sahaja. Mengikut Abu Zar pada malam yang ketiga iaitu 27
Rasulullah bersembahyang tarawih selepas Isyak sehingga
hampir Subuh sebanyak 20 rakaat dan 3 witir.
Soalan:
Adakah hadis Abu Zar itu tidak bercanggah dengan hadis
Syaidatina Aisyah r.a.
Jawapan:
Tidak, kerana Syaidatina Aisyah r.a hanya menceritakan
apa yang diketahuinya sahaja.
Soalan:
Adakah pada masa Saiyidina Umar r.a ada mereka yang
bersembahyang tarawih bersendirian
Jawapan:
Tiada. Kecuali pada permulaan beliau menjadi
khalifah.
http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Soalan:
Adakah Syaidatina Aisyah r.a sembahyang tarawih 8 rakaat
Jawapan:
Tiada. Kalau Syaidatina Aisyah r.a sembahyang tarawih 8
rakaat nescaya ada riwayat mengenainya. Dari pendapat itu
kita yakin Syaidatina Aisyah r.a juga bersembahyang 23
rakaat bersama witir.
Soalan:
20 rakaat tarawih itu ada berapa salam
Jawapan:
10 salam, tiap-tiap 2 rakaat 1 salam.
Soalan:
Bolehkah dibuat sembahyang sunat tarawih 4 rakaat dengan
satu salam
Jawapan:
Tidak boleh.
Soalan:
Bilakah berlakunya malam lailatul qadar
Jawapan:
Malam lailatul qadar boleh berlaku pada satu malam di mana-
mana malam dalam bulan Ramadhan. Mengikut pendapat
muktamad ianya berlaku pada satu malam pada malam sepuluh
yang terakhir. Dalam bulan Ramadhan, iaitu kemungkinan
besar berlaku pada malam ganjil sahaja (21, 23, 25, 27 dan
29). Mengikut pendapat Imam Chazali dan yang sependapat
dengannya kemungkinan berlakunya malam lailatul qadar
seperti berikut:
http://jaringan-ilmu.blogspot.com
Soalan:
Manakah yang lebih baik di antara sembahyang tarawih 8
rakaat diisertakan ceramah dengan sembahyang dua puluh
rakaat tidak berceramah
Jawapan:
Lebih baik menunaikan sembahyang 20 rakaat.
Soalan:
Apakah perbezaan antara masjid dan surau
Jawapan:
Perbezaannya di antara masjid dan surau ialah
perbezaan umum dan khusus. Iaitu tiap-tiap masjid
adalah surau/ musalla dan tiap-tiap surau/musalla
bukan masjid seperti tiap-tiap Rasul adalah Nabi dan
bukan tiap-tiap Nabi itu Rasul.
Soalan:
Adakah boleh bertarawih di surau
Jawapan:
Boleh.
Soalan:
Adakah boleh beritikaf dan sembahyang tahiyatul masjid
di surau
Jawapan:
Tidak boleh kerana kedua-duanya hanya dikhususkan di
masjid sahaja.
Soalan:
Apakah kelebihan puasa sunat
Jawapan:
Puasa sunat ini sangat digalakkan dan pahalanya sangat
besar, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dari Abu
Said r.a dari Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah, nescaya
Allah menjauhi mukanya dari api neraka sejauh tujuh
puluh tahun'.
http://jaringan-ilmu.blogspot.com