Anda di halaman 1dari 6

Bahasa Jepun

saya memilih bahasa jepun kerana saya dapati banyak industri-industri di Malaysia di
pelopori oleh syarikat-syarikat dari jepun. Selain itu, saya juga dapat mempelajari bahasa
yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya langsung tidak faham tentang bahasa jepun.

Saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang bahasa dan budaya dari
jepun. Dengan informasi yang saya dapat dari hasil pembelajaran dalam kelas, saya dapat
mengaplikasikan budaya tersebut dalam kehidupan harian saya. Kebanyakan budaya dari
jepun adalah lebih sopan dan dapat dicontohi oleh anak-anak muda pada hari ini.

Selain itu, saya juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya dalam
bahasa jepun dengan lebih mudah. Kemahiran ini amat penting apabila kita mula berkhidmat
dengan syarikat-syarikat gergasi dari jepun. Apabila kita fasih berkomunikasi dalam bahasa
jepun, hasil kerja kita akan lebih produktif kerana memahami sepenuhnya arahan yang
diberikan oleh pengurus.

Saya juga memilih bahasa jepun kerana saya ingin menjadikan jepun sebagai contoh
untuk diri saya Berjaya. Ini adalah kerana Negara jepun merupakan sebuah Negara yang maju
di mata dunia dengan mempunyai teknologi yang canggih dan jauh lebih maju dari Negara
lain. Saya berpendapat bahawa kemajuan Negara ini adalah bermula dari sikap rakyat mereka
yang gigih dan tidak suka membuang masa dengan sia-sia seperti anak remaja kita pada
zaman sekarang.

1
Tahun Baru Jepun

Masyarakat Jepun menyambut Hari Tahun Baru pada setiap 1 Januari. Asalnya, tarikh
Tahun Baru Jepun (shogatsu) berasaskan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal
musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam sehingga hari ini. Pada
tahun 1873, lima tahun selepas Pemulihan Meiji, Jepun menerima guna takwim Gregory,
maka hari pertama bulan Januari dijadikan Hari Tahun Baru rasmi di Jepun zaman sekarang.
Sambutan Tahun Baru dihargai masyarakat Jepun sebagai salah satu perayaan terpenting
yang disambut dengan dipenuhi adat yang unik sejak berabad-abad lamanya.

Waktu penghujung bulan Disember dan awal bulan Januari


merupakan musim paling sibuk bagi pejabat pos di Jepun.
Masyarakat Jepun mengamalkan adat menghantar poskad tahun
baru (nengajo) kepada sanak-saudara, serupa dengan masyarakat
kita saling mengirim kad raya. Tujuan asalnya adalah pengirim
sekeluarga bertanya khabar kepada sanak-saudara yang berjauhan.
Justeru, adat ini wujud kerana orang hendak membalas sihat
sejahtera kenalan yang tidak selalu mereka berjumpa.

Masyarakat Jepun menghantat poskad ini agar sempat disampaikan pada 1 Januari.
Pihak perkhidmatan pos menjamin agar poskad ucapan sempat dihantar pada 1 Januari jika
dikirim dalam had masa tertentu, iaitu sekitar pertengahan bulan Disember, serta ditandai
kata-kata nengajo. Untuk mengirim kad-kad tersebut tepat pada masanya, pejabat pos
biasanya mengupah golongan pelajar secara sambilan untuk membantu menghantar poskad.

Mengikut adat, poskad ini tidak wajar dikirim jika terjadinya kematian dalam
keluarga sepanjang tahun yang berlalu. Oleh itu, sepucuk poskad yang ringkas dihantar untuk
memesan sanak-saudara agar tidak menghantar poskad tahun baru yang ceria, sebagai tanda
hormat kepada yang meninggal.

2
Poskad Tahun Baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, kedai alat tulis
menjual kad tercetak. Kebanyakan poskad ini berhiaskan bintang zodiak Cina bagi tahun baru
dan ucapan tahun baru. Zodiak Cina terdiri daripada kitaran 12 tahun, setiap tahun diwakili
sejenis haiwan, mengikut urutan berikut: tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, biri-
biri, monyet, ayam, anjing, dan babi hutan. Misalnya, 2006 ialah tahun anjing, 2007 ialah
tahun babi, 2008 ialah tahun tikus, dan 2009 pula tahun lembu. Watak haiwan kartun juga
dijadikan hiasan bersesuaian dengan bintang zodiak yang disambut, contohnya kad tahun
baru 2006, dihiasi watak anjing seperti Snoopy, manakala kad
ucapan 2008 pula diserikan watak Mickey Mouse dan Minnie
Mouse.

Poskad ini disertakan ruang kosong untuk pengirim


menulis mesej peribadi. Ada juga kad kosong untuk
membolehkan penggunanya mereka kad sendiri. Cap getah
yang beralaskan ucapan dan haiwan tahunan dijual di kedai,
lebih-lebih lagi ramai yang memberi berus dakwat untuk
menulis ucapan peribadi. Alat cetakan khas juga popular,
khususnya di kalangan tukang kraf. Perisian komputer juga membolehkan artis mereka
poskad sendiri dan mencetaknya dengan menggunakan mesin cetak berwarna. Seseorang
yang ramai kawan pasti terpaksa menulis berlebihan, maka kedai cetak menawarkan beraneka
poskad contoh yang berhiaskan ucapan pendek agar pengirim cuma menulis alamatnya.
Walaupun menghadapi kebangkitan emel, namun nengajō tetap laris di Jepun.

Antara ucapan-ucapan yang terdapat pada nengajo termasuk:

 kotoshi mo yoroshiku o-negai-shimasu ( kotoshi mo yoroshiku o-negai-shimasu?)


Semoga kita bersama lagi di tahun akan datang.
 (shinnen) akemashite o-medetō-gozaimasu .

3
 (shinnen) akemashite o-medeto-gozaimasu?) Semoga bergembira di ambang
(Tahun Baru).
 kinga shinnen kinga shinnen?) Selamat Tahun Baru.
 shoshun (shoshun?) "awal musim bunga".

Makanan tradisi

Osechi

Masyarakat Jepun menjamu hidangan khusus sempena Tahun Baru yang bergelar
osechi-ryori (osechi-ryori), ataupun osechi. Sup ozoni (ozoni) kegemaran ramai terdiri
daripada miso, rumpai laut rebus (konbu), kuih ikan (kamaboko), ubi keledek lecek dengan
buah berangan (kurikinton), akar burdock reneh (kinpira
gobo), dan kacang soya hitam manis (kuromame).
Kebanyakan hidangan-hidangan ini berasa manis, masam,
atau kering, agar tahan lama tanpa memerlukan penyejukan,
tradisi masakan ini diamalkan sejak zaman tanpa bekalan
elektrik lagi, ketika kebanyakan kedai ditutup sempena
perayaan. Terdapat bermacam-macam jenis osechi, dan
sesetengah makanan di suatu rantau tidak dimakan di tempat
lain (ataupun dilarang) pada hari Tahun Baru. Kini, sashimi
dan sushi turut dijamu selalu, di samping makanan bukan
Jepun. Untuk melegakan perut, bubur tujuh herba (nanakusa-gayu?) pada 7 Januari, yang
disambut sebagai jinjitsu (jinjitsu?).

Mochi

Satu lagi adat tahun baru Jepun ialah membuat kuih pulut
(mochi). Pulut (mochigome) dikukus, lalu dimasukkan dalam
bekas kayu berbentuk timba lalu ditepuk dengan air oleh seorang
sementara seorang lagi memukulnya dengan tukul kayu. Pulut
tersebut dilecek-lecek sampai menjadi ladu putih yang melekit.
Mochi dibuat sebelum hari Tahun Baru dan dimakan pada awal

4
Januari. Mochi juga dijadikan hiasan Tahun Baru bergelar kagami mochi (kagami mochi)
yang dibentuk dari dua biji kuih mochi bulat yang beralaskan limau pahit (daidai) di atas.
Nama daidai dipercayai bertuah kerana sama bunyinya dengan "turun-temurun."

Oleh sebab mochi amat melekit, terjadinya kematian akibat tercekik ketika sambutan Tahun
Baru di Jepun, khususnya di kalangan warga emas.

Otoshidama

Sampul otoshidama bergelar otoshidama-bukuro (otoshidama-bukuro).

Pada hari tahun baru, masyarakat Jepun mengamalkan


adat memberikan wang kepada anak-anak yang dikenali
sebagai otoshidama (otoshidama). Wang hadiah ini
disampaikan dalam sampul kecil bergelar 'pochibukuro,' serupa
dengan angpau Cina. Ketika zaman Edo, gedung besar dan
keluarga kaya mengedarkan karung mochi dan limau mandarin
untuk menyebarkan kebahagiaan ke merata tempat. Jumlah
wang yang diberikan bergantung pada usia anak itu tetapi
sama-rata jika adanya lebih dari seorang anak agar tiada
sesiapa yang berasa tersisih.

Puisi

Tradisi Tahun Baru juga menyentuh bidang puisi Jepun, termasuklah haiku dan renga,
khususnya puisi haiku dalam bentuk kigo (kigo? kata musim). Ada juga haiku yang
menyanjung apa-apa yang "pertama" di tahun baru, seperti "mentari pertama" (hatsuhi)
"matahari terbit pertama" (hatsuhinode), "senyuman pertama" (waraizome, memulakan
Tahun Baru dengan senyuman adalah alamat bertuah), dan "mimpi pertama" (hatsuyume).

5
Oleh sebab sambutan Tahun Baru asalnya lebih lewat berbanding tarikh sekarang, permulaan
musim bunga juga disebutkan.

Pada poskad tahun baru, haiku juga boleh bertulis "surat pertama" (hatsudayori, pertukaran
surat yang terawal), "khat pertama" (kakizome?), dan "tulisan pertama" (fude hajime?).

Permainan

Permainan tradisi juga dijadikan adat resam tahun baru, termasuklah hanetsuki
(hanetsuki, bulu tangkis), takoage (takoage, layang-layang), koma (koma, gasing), sugoroku
(sugoroku, permainan papan), fukuwarai (fukuwarai, pemain yang ditutup mata cuba
meletakkan anggota muka seperti mata, hidung dan mulut pada muka kertas), karuta (karuta,
permainan kad), dan lain-lain lagi.

Hiburan

Rancangan nyanyian Kohaku Uta Gassen (Kohaku Uta Gassen) yang disiarkan
rangkaian NHK menjadi pilihan ramai pada malam Tahun Baru, menyaksikan artis pop
ternama dibahagi kepada dua pasukan berentap untuk memperagakan kehebatan bakat
mereka.

Kesimpulan

Buat masa ini bahasa jepun merupakan bahasa yang semakin penting di Malaysia
kerana dari segi perindustrian lebih 30% kilang yang ada di Malaysia terdiri daripada kilang-
kilang jepun. Dengan adanya penguasaan bahasa jepun, ianya boleh memberi satu bonus
untuk kita bekerja di sebuah kilang kerana orang-orang jepun lebih mempercayai orang yang
boleh bertutur dalam bahasa jepun. Pembudayaan jepun juga dapat mendidik kita agar dapat
memajukan Negara kita dengan sikap kita yang lebih memberikan komitmen kepada kerja
dan meningkatkan produktiviti kita.

Anda mungkin juga menyukai