Anda di halaman 1dari 30

BILANGAN KANDUNGAN HALAMAN

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Hasil Kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan
Assalammualaikum dan salam sejahtera,terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat

Illahi kerana telah diberikan kesihatan yang sempurna untuk saya menyiapkan kerja

kursus Sejarah ini dengan jayanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan

kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para

alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak

langkah mereka

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua Maktab

Rendah Sains Mara Kota Putra,Tuan Haji Abdullah Bin Abdul Rahman kerana

membenarkan saya menjalankan kerja ini selepas waktu persekolahan dan juga semasa

cuti sekolah.Saya juga ingin berterima kasih kepada Guru Sejarah Tingkatan 3,Puan

Ruzilawani Binti Zakaria yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya.

Tidak lupa juga kepada kepada ibu bapa saya iaitu Mat Din Bin Daud,bapa saya

dan ibu saya Wan Melah Binti Wan Ahmad kerana memberikan keizinan dan peruntukan

kepada saya untuk melakukan kajian ini.Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-

rakan sekelas yang telah memberi dorongan yang tidak putus-putus dan membantu saya

ketika proses membuat kerja kursus ini dan serta pihak-pihak yang terlibat secara

langsuang dan tidak langsung dalam saya menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga berterima kasih kepada Tok Iman Masjid Gong Surau kerana memberi

kerjasama yang baik kepada saya.Tanpa kerjasama beliau,saya tidak dapat menyiapkan

kajian ini dengan sempurnanya.


Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang

menghargai dan bersyukur kepada Allah terhadap apa yang dikurniakan kerana Hari

Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam seluruh dunia.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai kaum

yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha,

Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.

Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan konsep

Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia

disambut sebagai satu ibadat.

Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa

dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.


Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk

kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari lama-laman web yang

berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-buku

ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah ini dan sekolah-

sekolah lain.

Kaedah temu bual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu

dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber yang

menjdi rujukan utama saya semasa menyiapkan kajian ini.

Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini

melalui majalah-majalah yang berkaitan.


PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaitu Ayud al-Fitr.Nama

lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran.

Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia),

Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di

seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum

Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula

selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara

iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya

melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,

iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan

diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa

tempat yang strategik.


Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu

bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan

menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana

sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia

balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia

yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.


LATAR BELAKANG

Sejarah dan Asal-Usul Perayaan


Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke

Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada

masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka

segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang

diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.Lalu Rasulullah menyatakan

kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan

itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari

Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang

diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat

puasa Ramadan dengan sempurna.


Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang

diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan

daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik

kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia

yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.


UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut

hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja

diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti

memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda

kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan

bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik

dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan

mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke

masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan

kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau

melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah

umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja

semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan

berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat

dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?”

Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang

mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak

melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah

tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai

pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah

apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang

ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa

kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin

pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang

mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian

duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep

pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran

semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka

pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan

pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.


Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat

Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan

diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut

lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat

beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.

Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan

dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN
SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu

sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah

dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan

perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di

televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan

ditayangkan.Bank,sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa

hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku

akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut

Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali

sebagai Balik Kampung.


BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang

bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan

ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan

yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya

dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali

ganda.Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu Ramadhan

dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian

pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan

dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.Dituntut supaya mengerjakan

solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-

lain.Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di

dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.Memberi makan kepada mereka yang hendak

berbuka puasa.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir

Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti

beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya.


SEMASA

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya

Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara

mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan Surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan

bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah

hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di

kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul

duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada

amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada

Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau

kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-

syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer

RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-

hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu

detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan

turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid

dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai

simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau

atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana

pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana

pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan

Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud:

"Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-

masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun

sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan

sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang

pulang ke bandar setelah cuti tamat.


PAKAIAN

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki

di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket

di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju

kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi

mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket,

dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh

Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Baju Kurung Untuk Permpuan Baju Melayu untuk Lelaki


AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT
Amalan sunat di bulan Syawal :

 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri.Menghias diri dan

tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi

harinya.Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang

lain.Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.Mengumandangkan takbir, tahmid dan

tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan

dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia

berpuasa sepanjang tahun."

 
Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya

dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam

seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat

dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah

menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s telah diampunkan Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus a.s diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak

pernah melakukan maksiat.

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu

akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa a.s dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari

itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.

Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-

nabi-Nya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan

pandangan rahmat.
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa

pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya.

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih

anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari

Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari

tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa

mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah

dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari

tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan

sentosa.

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti

Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.Sunat tidak menjamah makanan atau

minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Aidil Adha.Keluar menuju ke masjid

dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain.Lebih afdal dengan

berjalan kaki ke masjid.

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah

hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).Sunat

membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan

membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

 
KESAN PERAYAAN
KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim

sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya

sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari

kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua

kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-

masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi

menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru

itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan

tenteram.
PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung

kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana

mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak

langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan

negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang Maha Esa.Islam meminta kita meraikan

Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan

Ramadhan.
RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini

menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan

ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Saya juga berasa

bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di

Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara

kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa

perayaan.Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini

terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara

yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara

Malaysia. Salam Satu Malaysia.


RUJUKAN

BUKU ILMIAH
Nama Buku:
Pengarang:
Penerbit:
Tahun Dicetak:

MAJALAH
Nama Buku:
Pengarang:
Penerbit:
Tahun Dicetak:

JURNAL
Nama Buku:
Pengarang:
Penerbit:
Tahun Dicetak:
INTERNET
Laman Web:

ORANG SUMBER
Nama:
Kad Pengenalan:
Umur:
Alamat:
TUGASAN 2;

SOALAN:

Bagaimanakah Sambutan Perayaan Tradisi Pelbagai Kaum Dapat

Memperkukuhkan Dan Mengekalkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-

kaum yang ada di Malaysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dirayakan oleh

kaum Melayu yang beragama Islam dan juga umat Islam di seluruh Negara di

Dunia,Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum

India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini sama-sama menghargai,mengamalkan dan menghormati tradisi dan budaya

bangsa masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung

mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan

kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat

muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan

bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat

menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong

Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan

tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut

perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana

semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak

menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu

Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat

Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta

menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya,kita semua sebagai warganegara Malaysia yang hidup aman di

negara ini hendaklah mengambil nilai-nilai murni dan pengajaran di atas dalam

kehidupan kita yang pelbagai kaum.Saya memohon maaf jika ada

kesalahan.Sesungguhnya manusia tidak akan terlepas untuk melakukan kesalahan.


Juadah Hari Raya

Suasana Hari Raya

Suasana Malam Hari Raya


PAKAIAN SEMASA HARI RAYA

Baju Kurung Untuk Permpuan Baju Melayu untuk Lelaki

Sampul Duit Raya

Anda mungkin juga menyukai