Anda di halaman 1dari 3

Fitrah Manusia

Fitrah manusia ialah sentiasa mencari kebaikan. Mahu menuju ke arah kebaikan.
Itulah sebabnya kita lihat ada keinsafan yang terbit dalam jiwa manusia yang
normal, mahu bertaubat. Kita juga lihat fitrah manusia mencari TuhanNya, iaitu
jika dipandu baik, akan membawa kepada fikrah islam.

Maka bila orang berkata, di peringkat remaja ada masanya kita rebellious,
melawan ibubapa, terkeliru dengan personaliti diri dan membuat jahat adalah
sesuatu yang normal, saya terfikir; benarkah itu normal?

Haruskah kita keliru dengan diri sendiri sedangkan kita sudah mempunyai al-
Quran dan As-Sunnah yang lengkap sebagai panduan?
Adakah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi saat-saat
sukar seperti itu?
Bagaimana pula dengan kisah pemuda kahfi?
Ataupun kematangan Saidina Ali?
Mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluk Constantinople pada usia
yang maíz remaja?

Saya terfikir, teori psikologi remaja itu seperti tidak releven. Malah, saya juga
merasakan seperti saya tidak pernah melalui peringkat itu. Sebenarnya semua
teori itu hanya berlaku pada generasi yang lemah, yang tidak tahu tujuan
kehidupannya di dunia ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka diciptakan oleh
Allah SWT dengan tugas yang penting, lalu mereka dibesarkan tanpa
pengetahuan itu dan akhirnya leka di dalam kehidupan dunia.

Saya pernah terbaca satu artikel tulisan seorang warga Amerika menyatakan
bahawa kanak-kanak kita sejak kecil lagi dibebankan dengan isu-isu dunia yang
berat seperti kemiskinan dan peperangan di negara lain. Lalu saya terfikir,
benarkah mereka terbeban? Benarkah mereka terlalu muda untuk itu? Jadi
apakah masa yang sesuai untuk mendedahkan mereka kepada realiti di sekeliling
mereka dan tanggungjawab mereka? Kemudian, pada masa yang sama, kanak-
kanak di Kemboja, Palestin dan beberapa negara yang tidak aman juga
mengangkat senjata.

Ini menjadikan saya agak keliru pula dengan faktor usia dan kematangan ini.
Maklumlah, kini saya sendiri dikelilingi orang-orang dewasa yang berkelakuan
seperti budak-budak. Malah dulu juga saya seperti itu. Dunia juga telah melatih
kita untuk menjadi bodoh dan kekal menjadi kanak-kanak. Masakan tidak? Kita
sering dimomokkan dengan kartun-kartun, komik, teddybear yang comel, cerita
superhero, dan games yang tidak logik. Memang benar, sedikit sebanyak ia telah
mengganggu psikologi kita.

Di saat saya tertanya-tanya, akhirnya seseorang memberikan jawapan yang saya


nantikan. Seorang kakak pernah berkata, Allah SWT telah membahagikan
manusia kepada beberapa peringkat umur. Di antara kayu ukurnya adalah umur
kita mumayyiz dan akil baligh. Jadi sewaktu akil baligh, kita sudah sepatutnya
tahu mana yang baik atau buruk, dan sudah berilmu untuk menjadi imam dalam
solat. Bukan lagi seorang remaja yang masih khayal dan membazir masa dengan
Naruto dan merempit di jalanan.

Bila sebut pasal fitrah juga, saya pelik dengan keterbalikan fitrah manusia kini.
Manusia berlumba-lumba mahu menjadi jahat. Manusia kini berbangga menjadi
manusia yang nakal, manusia yang jahat. Malah mereka malu untuk membuat
kebaikan.
Katanya malu menjadi budak baik atau budak skema.
Dunia benar-benar sudah terbalik.
Manusia sepatutnya “adopt” fikrah islamiyah, tetapi jalan syaitan pula yang
diikuti. Mungkinkah mereka sudah digoda syaitan dan iblis, lalu mengabaikan
fitrahnya?
Bila manusia tidak mengikut fitrahnya, maka kehidupannya akan hancur dengan
sendirinya…mampukah kita tunggu dan lihat sahaja?

Anda mungkin juga menyukai