Anda di halaman 1dari 6

Analisis Cerpen Lambaian Malar Hijau (Saroja Theavy a/p

Balakrishnan)

Sinopsis

Cikgu Jo ke perkampungan orang asli bagi memujuk Daneng supaya


meneruskan pelajarannya. Suasana di situ amat indah dan alam sekitarnya
terpelihara. Daneng tidak mahu meninggalkan kampungnya kerana ingin
menjaga persekitaran tempat tinggalnya daripada sebarang pencemaran.
Menurut Cikgu Jo, Daneng akan berjaya menjaga hutan itu suatu masa nanti
dengan pelajarannya. Akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng. Kejayaan
Daneng dalam pelajaran dan usahanya tanpa jemu untuk mengekalkan
keindahan hutan malar hijau akhirnya diikhtiraf apabila Daneng menerima
Hadiah Nobel dan gelaran ‘Datuk’.

Tema

Kecintaan terhadap alam sekitar – Daneng berjaya memelihara kemurnian hutan


rimba tempat lahirnya

Persoalan

Sikap tamak manusia mengancam hutan rimba


Tanggungjawab seorang guru terhadap pelajarnya
Sikap keterbukaan seseorang boleh membawa kejayaan
Kepentingan pendidikan kepada setiap individu

Watak dan Perwatakan

Daneng
Remaja yang lulus PMR cemerlang
Enggan meneruskan pelajaran kerana ingin tinggal di Lembah Tualang
Bergelar ‘Datuk’ apabila dewasa
Mempunyai anak iaitu Dany
Menerima Hadiah Nobel

Cikgu Jo
Guru kepada Daneng
Mengambil berat terhadap anak muridnya
Menghormati Daneng
Berbangga dengan kejayaan Daneng
Latar

Latar Tempat
Sekitar perkampungan di Lembah Tualang
Pondok atau rumah ibu bapa Daneng
Danau Nyok

Latar Masa
Waktu pagi – Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng untuk meneruskan
Persekolahannya.
Tempoh masa 25 tahun

Latar Masyarakat
Masyarakat Orang Asli di Desa Tualang
Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
Masyarakat yang mencintai alam sekitar
Masyarakat yang hidup sederhana dan patuh kepada warisan nenak
moyang

Nilai

Hormat menghormati – Daneng amat menghormati cikgu Jo walaupun


ketika Daneng sudah bergelar ‘Datuk’
Kegigihan – Daneng berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya
sehingga beliau digelar dan dianugerahkan Hadiah Nobel
Pengorbanan – Cikgu Jo sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng
agar meneruskan persekolahannya walaupun pada mulanya Daneng
berkeras enggan bersekolah lagi.

Pengajaran

Kita perlu melindungi warisan hutan yang terbentang luas agar agar tidak
tercemar akibat angkara manusia yang rakus
Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran menjadi
tangga kejayaan pada hari muka
Kita hendaklah sanggup berkorban untuk orang yang kita sayangi
Analisis Cerpen Pusaran ( S.Othman Kelantan)
 
Sinopsis

Junid sangat akrab dengan Pusaran iaitu seekor anak lembu jantan peliharaan
ayahnya. Namun, hubungan tersebut tidak disenangi oleh ayah Junid, Mohsin.
Kata-kata Pak Cik Kar bahawa Pusaran kembar Junid menambahkan
kebimbangan Mohsin lalu menjual Pusaran untuk dijadikan korban sempena hari
Raya Haji/Korban. Apabila pulang dari sekolah, Junid mencari lembu
kesayangannya yang hilang. Akhirnya, dia menemui Pusaran yang sudah diikat
untuk disembelih. Junid meraung-raung supaya Pusaran dibebaskan. Mohsin
tidak jadi menyembelih Pusaran.

Tema

Kasih sayang tidak mengenal status dan makhluk – Pusaran yang merupakan
seekor anak lembu jantan amat disayangi oleh Junid.

 
Persoalan

Ibu bapa mementingkan pendidikan anak-anak


Masyarakat Islam mengadakan korban semasa Hari Raya Korban
Peranan bomoh mempengaruhi pemikiran masyarakat

Watak dan Perwatakan

Junid
Anak bongsu Mohsin dan Musalmah
Menghabiskan masa bersama-sama Pusaran
Amat sayang akan Pusaran
Demam dan meracau apabila berpisah dengan Pusaran

Pusaran
Anak lembu jantan
Terdapat pusaran pada dahi,kepala dan bawah perut
Menjadi tempat junid bermanja

Mohsin
Ayah Junid
Mempunyai 8 ekar tanah bendang dan 6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor
lembu
Menjual Pusaran tanpa berunding dengan Junid
Latar

Latar Tempat
Kawasan Kampung Gung Nibung
Sekolah tempat Junid belajar

Latar Masa
Waktu malam – perbincangan tentang Pusaran yang akan dikorbankan
Ketika Junid berusia 6 tahun hingga masuk darjah 1

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama
Islam
Masyarakat petani (pesawah)
Masyarakat yang mempercayai kata-kata bomoh

Nilai

Kasih sayang – Junid amat mengasihi Pusaran walaupun Pusaran hanya


seekor anak lembu
Bertanggungjawab – Ibu bapa Junid mahu menyekolahkan Junid agar
tidak lagi leka bersama Pusaran
Patuh kepada agama – masyarakat di kampung mengadakan korban
sempena Hari Raya Korban

Pengajaran
Kita hendaklah mengasihi sesama makhluk termasuk haiwan
Kita patutlah berbincang bersama-sama sebelum membuat sebarang
tindakan
Ibu bapa hendaklah memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-
anak
Analisis Cerpen Budi Yang Tak Terbeli (Khadijah Hashim)

 
Sinopsis

Murni ingin membawa ibunya, Jemah ke rumahnya di kota. Jemah berat hati
tetapi akhirnya bersetuju. Semasa di kota, Murni tidak sempat melayan ibunya
kerana sibuk bekerja. Konflik berlaku apabila Mak Jemah membersihkan rumput-
rumput di hadapan rumah yang menimbulkan kemarahan menantunya, Jamal.
Selain itu, Jemah juga telah menebang pokok ketapang yang ditanam oleh pihak
berkuasa tempatan. Jemah kahirnya pulang ke kampung. Murni kemudiannya
menerima surat dari kampung yang menyuruhnya pulang. Rupa-rupanya Jemah
ingin menukar nama geran tanah yang baru dibelinya kepada nama Murni. Wang
membeli tanah itu diperolehnya daripada sikap berjimat cermat yang diamalkan
selama ini. Jamal yang bekerja sebagai perancang ekonomi berasa malu dan
insaf.

 
Tema
Kegigihan menabung mendatangkan pulangan yang bermanfaat

 
Persoalan
Kasih ibu tiada batasan
Sikap menabung mendatangkan banyak faedah
Sikap hormat kepada ibu/bapa
Berbudi kepada tanah banyak faedahnya

Watak dan Perwatakan

Jemah
Ibu kepada Murni
Tinggal di kampong
Penyayang
Penyabar
Sanggup berkorban
Murni
Anak yang baik
Berhasrat membawa ibunya ke Bandar
Taat kepada suami
Penyabar
Penyayang
Bersopan santun
Jamal
Menantu Jemah/suami Murni
Bekerja makan gaji di Bandar
Meninggi diri
Biadap terhadap orang tua

Latar

Latar Tempat
Di kota tempat Murni dan Jamal tinggal
Di kampung tempat tinggal Jemah
Latar Masa
Zaman moden – kebanyakan orang bekerja di bandar-bandar
Waktu tengahari ketika Murni dan Jamal balik untuk makan tengahari di
rumah
Latar Masyarakat
Masyarakat desa yang bertani dan memelihara ternakan ayam dan itik
Masyarakat bandar yang makan gaji
Masyarakat yang pandai berjimat cermat
Masyarakat yang sibuk dan jarang bergaul dengan jiran tetangga

Nilai
Kasih sayang – Jemah amat menyayangi anaknya sehingga sanggup
berkorban untuk mereka
Berjimat cermat – Jemah bijak menabung
Hormat menghormati – Murni menghormati ibunya
Bersopan santun - Murni tidak meninggi suara kepada ibunya semasa
bercakap
Taat – Murni taat kepada suaminya

Pengajaran
Anak-anak mestilah mengasihi dan sentiasa menjaga hati serta perasaan
ibu bapa
Kita hendaklah menghargai pengorbanan ibu dan bapa
Setiap orang hendaklah bijak merancang masa depan msaing-masing dan
tidak berbelanja sesuka hati

Anda mungkin juga menyukai