Anda di halaman 1dari 5

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat
aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini.

Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi
berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai
masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat.

Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi
sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan.

Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung
dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna
bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus
membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian
yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh
kembaraannya.

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

. Khemah, beg tidur dan tikar getah


. Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
. Peta, kompas
. Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
. Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
. Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
. Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
. Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
. Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang
yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu
berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

. Macis, pemetik api dan parang


. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai
bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong
tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Peralatan Terpenting

Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa
ialah:

. Macis atau petik api


. Parang

Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah
sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang
sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan
atau memotong buluh untuk alat memasak.

Membina Perlindungan

Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau
dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil
masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti
kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau
dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran.

Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah
dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki
lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan
rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu
kecil sebagai lantai.

Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun


lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung.

Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurang-
kurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan
akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya
Mencari Air dan Makanan

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang
tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta
makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa
mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di
hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih
untuk di minum.

Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu.
Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya.
Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut
yang lapar.

Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan
mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan.
Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak
sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya
disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan
banyak ikan terperangkap didalam bubu.

Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung
umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang
hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk
membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas
dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai
ulam.

Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib
baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun
pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang
ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup.

Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di


kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung
belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang
disebut diatas boleh dimakan.
Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang
umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2
atau 3 orang beberapa hari.

Menyedia Api

Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang
memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan
dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk
tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan
supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha
ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk
berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak
bermana ia tidak boleh berusaha membuat api.

Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang
mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu
untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering
menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api.

Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang
dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu
dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubi-
tubi keatas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai
diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap
dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-
ranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya
boleh diguna untuk masak.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh
boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu
membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan
daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan.
Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu
disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk
mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan.


Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang
diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh
dibakar diatas bara api sebelum dimakan.

Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan
orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota
mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Mencari Jalan Keluar

Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk
mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya
dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah
perkampungan manusia diluar hutan.

Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan
menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan
dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan
makanan supaya tidak kelaparan.

Anda mungkin juga menyukai