Anda di halaman 1dari 13

c   

cc 
      c
    

     

 

  

 

Y 
Y c 
  

Kajian ini mengkaji bagaimana kesan pesta budaya Regatta Lepa-Lepa terhadap
golongan remaja di Semporna khususnya dari aspek sosiobudaya mereka dan pengaruh
budaya tersebut terhadap ekonomi penduduk setempat.

Regatta Lepa-Lepa merupakan acara pesta air yang diadakan untuk memperingati
kegunaan lepa yang mana telah menjadi sebahagian hidup keunikan gaya hidup komuniti
Bajau pinggir laut atau dikenali sebagai Bajau Laut yang menggunakan ³Lepa´ sebagai
tempat kediaman mereka serta memudahkan mereka berpindah-randah dari satu lokasi ke
lokasi yang lain. Sabah. Dalam dialek mereka, ³lepa´ bermaksud sampan dan khususnya
kepala perahu layar yang mana biasanya diperbuat daripada Ubar Suluk atau Kayu
Seraya Merah.

Pesta Regatta Lepa-Lepa adalah acara untuk menunjukkan lepa masing-masing


dalam acara kemuncak bagi memilih lepa yang paling cantik. Barisan lepa yang dihiasi
dengan penuh warna-warni adalah sebagai penghormatan kepada bahagian pekan atau
bandar Seafest yang terletak di tebing sungai atau tasik dihiasi dengan senyuman
daripada para penari, pemuzik dan ahli keluarga yang turut sama-sama menyanyi dan
bersorak dengan para penari.
Lepa adalah warisan kebudayaan yang diwarisi oleh komuniti Bajau Semporna
sejak zaman-berzaman. Lepa dipercayai berasal daripada komuniti nelayan yang hidup di
sebuah pulau di pesisiran pantai daerah Semporna. Untuk generasi yang panjang, Pulau
Bum-Bum di Semporna telah menjadi kawasan utama bagi acara Lepa. ( sumber District
Office of Semporna and Sabah Tourism Board ).

    




Y
 c   

Di Malaysia pelbagai kebudayaan yang menjadi satu lambang tradisi kepada
masyarakatnya, seperti di tempat lain Semporna juga mempunyai budaya tinggalan orang
± orang terdahulu iaitu Budaya Regatta Lepa-Lepa yang kini mencapai tahap
perkembangan sejak dari zaman kemunculannya. Kewujudan budaya ini sememamngnya
banyak membawa kesan negatif terhadap golongan remaja di Semporna, hal ini demikian
kerana pesta ini merupakan pesta yang dilakukan selama dua hari bagi meraikan pelbagai
pertandingan dan aktiviti remaja pada waktu itu tidak kita ketahui. Namun demikian,
budaya ini juga turut mendorong remaja kepada melakukan sesuatu yang berfaedah
kepada diri mereka setelah mereka bersama-sama meraikan pesta tersebut. Selain itu,
sumbangan pesta ini terhadap pendapatan penduduk setempat adalah kurang
memberangsangkan, namun sedikit sebanyak membantu mereka setelah berkembangnya
pesta ini pada masa kini perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya beberapa penaja
yang menaja perjalanan pesta Regatta Lepa-Lepa contohnya supermarket Giant.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji apakah kesan budaya Regatta
Lepa-Lepa terhadap golongan remaja di Semporna serta bagaimana pesta ini
mempengaruhi pendapatan kepada penduduk setempat.

 Y 
c!  

‘ntara objektif yang ingin dikaji dalam kajian ini ialah:

1.Y Mengkaji perubahan sosiobudaya dalam kalangan remaja bajau di Semporna.


2.Y Mengkaji kesan Regatta Lepa-Lepa ke atas ekonomi masyarakat setempat.




"Y
   
1.Y ‘dakah budaya Regatta Lepa-Lepa memberi kesan negatif ataupun positif terhadap
sosiobudaya remaja di Semporna.
2.Y ‘pakah kesan Regatta Lepa-Lepa keatas ekonomi masyarakat setempat.

#Y  c
  

Bagi mendapatkan ramalan sementara mengenai kajian, pengkaji telah membentuk


beberapa hipotesis untuk menjangka dan meramal kesan budaya Regatta Lepa-Lepa
terhadap sosiobudaya remaja di Semporna serta bagaimana budaya tersebut
mempengaruhi kesan ekonomi kepada penduduk setempat. ‘ntara hipotesis yang telah
dibentuk ialah :

1.Y Regatta Lepa-Lepa memberi kesan positif terhadap sosiobudaya dalam kalangan
remaja bajau di Semporna.
2.Y Regatta Lepa-Lepa memepengaruhi kesan ekonomi kepada masyarakat bajau di
Semporna.

$Y 

c   

Kajian ini dijalankan secara langsung akan memberi beberapa kepentingan kepada banyak
pihak. ‘ntara pihak yang mendapat kepentingan dalam kajian ini ialah para pelajar, badan-
badan kerajaan tertentu serta orang ramai yang terlibat secara umum dalam situasi ini.

Melalui kajian yang dijalankan ini, ia dapat membantu para pelajar supaya lebih
memahami akan erti budaya Regatta Lepa-Lepa yang diwujudkan sejak tahun 1994 lagi dan
seharusnya dilindungi kerana budaya ini merupakan tinggalan orang-orang lama. Disamping
itu, menjadikan mereka agar lebih menyedari akan kepentingan perlunya menjaga tradisi
lama ini. Setiap badan-badan kerajaan seperti agensi pelancongan juga akan mudah
memahami budaya ini terhadap Malaysia kerana budaya ini sememangnya unik dan juga
merupakan budaya yang mempersembahkan kekreatifan masyarakat di Semporna dalam
mempersembahkan bakat masing-masing contohnya dalam pertandingan perahu cantik,
tarian dan kereta berhias.

Selain daripada itu, pendapat remaja berkaitan budaya ini akan diketahui khususnya
perubahan dari segi sosiobudaya mereka kesan daripada penglibatan sama mereka dalam
menjayakan Regatta Lepa-Lepa serta mengetahui bagaimana keadaan ekonomi penduduk
setempat setelah bersama-sama menyertai pesta tersebut.

$    

Pengkaji cuba memahami peranan pesta Regatta Lepa-Lepa terhadap perkembangan


sosiobudaya remaja sama ada memberi impak yang positif ataupun negatif terhadap
golongan remaja di Semporna. Sepertimana yang kita tahu tahun demi tahun budaya ini
banyak mendapat tempat dihati masyarakat terutama remaja di daerah Semporna mereka
meraikan budaya ini dengan penuh kesungguhan dan meraikannya dengan penuh
kegembiraan. Seterusnya skop kajian ini adalah memberi tumpuan kepada penduduk di
Semporna selepas kemunculan budaya Regatta Lepa-Lepa di Semporna.
 

    c
c 

Budaya adalah suatu mekanisme adaptif yang paling anjal ( Linton (1940:517 ). Keadaan
ini adalah mengenai manusia yang mempunyai kemampuan untuk mewujudkan kepelbagaian.
Hal ini tidak dapat dinafikan oleh globalisasi, iaitu suatu proses yang membawa bersamanya
kesan yang menghomogenkan masyarakat dalam dunia ini iaitu berpaksikan kepada apa yang
wujud kini dan apa yang akan diwujudkan pada masa akan datang yang brelaku akibat proses
dunia dipanggil globalisasi iaitu yang mencipta budaya dunia yang membawa kepada
kepelbagain budaya. Disamping itu, sebahagian besar ahli kebudayan kita menyatakan perkataan
budaya adalah berasal daripada budi dan daya dan dirangkumkan menjadi budaya. ³Bu´
membawa erti asli, pertama, sejati dan dimuliakan manakala daya pula mengandungi erti akal,
jalan fikiran, ciptaan, atau bikinan dan yang seumpamanya. Definisi yang lain menyatakan
bahawa budaya adalah penjelmaan budi dan akal manusia. Segala yang terjadi adalah disebabkan
penjelmaan budi atau akal manusia disebut kebudayaan. Oleh itu, secara langsung budaya adalah
kebudayaan yang merangkumi ciptaan manusia. ( ‘smad ( 1990:1).

E.B Taylor yang merupakan seorang pakar ‘ntropologi ( ilmu yang mengkaji asal-usul
manusia), merumuskan bahawa definisi kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang corak
susunannya yang berkait-kaitan, meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan,
undang-undang, adat resam, dan lain-lain perkara, serta kebiasaan yang diamalkan oleh manusia
dalam sifatnya sebagai anggota sesuatu masyarakat. Disamping itu, dalam teori relativisme
budaya pula menyatakan satu teori yang berbangkit daripada kajian ahli-ahli antropologi
mengenai perbezaan budaya. Teori tersebut menyatakan bahawa bahagian dalam satu
kebudayaan itu adalah tidak boleh dibandingkan dengan bahagian dalam kebudayaan lain tetapi
hendaklah dikaji hubungannya dengan bahagian-bahagian lain dalam sesuatu kebudayaan yang
sama. Oleh itu, kemoralan adat resam sesuatu kebudayaan itu tidak boleh diadili berasaskan
standard moral kebudayaan lain.
Selain daripada itu, metod adalah cara ataupun prosedur yang digunakan untuk
memecahkan masalah dalam sesuatu penelitian, dalam penyelidikan ilmiah terdapat empat jenis
metod antaranya ialah Metod Filisofis. Metod Filosofis merupakan prosedur pemecahan masalah
yang dilakukan secara rasional dan melakukan renungan sebagai proses berfikir secara
mendalam, mendasar ( fundamental ) dan terarah untuk mencapai perkara yang sebenarnya dikaji,
sama ada masalah itu menyentuh sesuatu yang ada sekarang ini mahupun berkenaan sesuatu
yang mungkin ada. Proses ini mengikut format pemikiran secara induktif, deduktif, silogisme,
fenomenologis, analisis sistematik dan lain-lain pola pemikiran yang menumpukan kepada
hukum-hukum berfikir secara logik. Seterusnya, metod Historis, yang merupakan prosedur
pemecahan masalah penelitian dengan menggunakan data masa lalu, sama ada peninggalan
bahan masa lalu ataupun sesuatu perkara yang berlaku pada masa lalu untuk memahami kejadian
ataupun keadaan yang berlaku pada masa lalu yang tidak mempunyai hubungan pada masa kini
kerana gejala-gejala dan datanya adalah merupakan peristiwa yang berdiri sendiri yang terbatas
pada sesuatu kurun tertentu pada masa lalu. Jenis metod yang ketiga pula adalah terdiri daripada
metod Eksperimen, metod jenis ini metod yang memecahkan masalah dalam kajian yang
berfungsi sebagai variabel bebas yang sengaja diadakan dan bersifat membuat sesuatu
pertimbangan kepada sesuatu objek untuk mengetahui pengaruh dan kesannya dalam bentuk
variabel yang tersirat yang muncul akibat perlakuan tersebut. Dengan kata lain metod
Eksperimen ialah meneliti sesuatu masalah dengan melakukan eksperimen bagi mengetahui
hubungan sebab dan akibat diantara dua variabel atau lebih. Jenis metod yang terakhir ialah
Metod Deskritif yang diertikan sebagai prosedur ataupun cara memecahkan masalah kajian
dengan memaparkan keadaan objek yang dikaji berdasarkan kepada fakta-fakta yang sebenar
pada masa sekarang ( H.Hadari Nawawi dan H.M Martini Hadari 1992:66 dan 67 ).
 


c    

%
c    

Metodologi penyelidikkan merupakan salah satu elemen yang amat penting dan diperlukan di
dalam sesuatu penyelidikan. Metodologi juga merupakan satu alat utama untuk pengumpulan
data ataupun maklumat yang diperlukan di dalam sesebuah penyelidikan. Melalui bab ini,
pengkaji telah membincangkan beberapa kaedah yang digunakan untuk memperolehi maklumat
penyelidikan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. ‘ntaranya seperti menentukan lokasi
kajian, sampel kajian, kaedah mengumpul data, dan analisis data.


   

Kaedah yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini ialah kaedah pengumpulan data
melalui data primer dan data sekunder.

Data primer ialah data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan
kajian dan ia juga diistilahkan sebagai data mentah yang baru diperolehi daripada kajian
lapangan, temubual, dan borang soal selidik secara langsung ataupun secara pos (Sabitha
Marican.1996:235). Manakala data sekunder pula didapati melalui kajian atau pemungutan data
yang diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap sumber-sumber seperti buku-buku,
majalah, jurnal dan sebagainya.







  & '()*+),-.*

Di dalam kajian ini pengkaji telah mengfokuskan kepada remaja yang berumur 10 hingga 18
tahun di daerah Semporna, Sabah. Populasi kajian merupakan keseluruhan remaja yang berumur
dari 10 tahun hingga 18 tahun. Walau bagaimanapun, pengkaji hanya menggunakan seramai 50
orang remaja sebagai sampel kajian. Bagi melaksanakan penyelidikan ini, pengkaji telah
memilih sampel seramai 50 orang remaja yang turut sama melibatkan diri dalam melaksanakan
acara Regatta Lepa-Lepa di Semporna dengan mengikut pembahagian jantina iaitu lelaki dan
perempuan.


 

   c

c
 

Kaedah temubual ialah satu situasi yang mana penemubual akan bertanya soalan pada
seorang atau lebih responden secara bersemuka dengan tujuan memperolehi maklumat daripada
responden.(Sabitha Marican.1996:122). Kaedah temubual dan pemerhatian dijalankan ke atas
responden tersebut . Penyelidik juga membuat pemerhatian keatas responden yang mengalami
masalah kematian di dalam institusi kekeluargaan. Penyelidik menggunakan kaedah temubual
untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kaedah ini dirangka menerusi satu soalan
struktur pada mulanya dibincangkan oleh penyelidik. Manakala kaedah pemerhatian yang
digunakan oleh penyelidik bagi melihat bagaimana keadaan responden setelah kematian ibu bapa
apabila berada di rumah anak yatim. Penyelidik akan turut serta ke lapangan melihat dan
membuat pemerhatian bagi mendapatkan maklumat.




   


Kaedah borang soal selidik secara langsung telah digunakan oleh penyelidik dalam proses
mendapatkan data atau maklumat. Borang soal selidik telah diberikan secara langsung kepada
responden sebanyak 50 orang kepada responden yang mengalami kesan sosiobudaya daripada
budaya Regatta Lepa-Lepa. Borang soal selidik tersebut mempunyai dua bahagian iaitu
bahagian pertama berfokus kepada latar belakang responden dan bahagian kedua lebih kepada
fokus tentang hipotesis kajian yang dilakukan. Penyelidik memilih kaedah ini kerana ia amat
sesuai dilakukan bagi merangka jumlah sampel yang agak besar di dalam pengumpulan
maklumat kajian dalam tempoh masa yang amat terhad.

  
c  

Dalam penyelidikan ini juga, penyelidik menggunakan data sekunder. Data sekunder
merupakan data yang sedia ada digunakan kembali untuk kajian yang baru. Pengumpulan data
sekunder ini melibatkan kaedah menggunakan sumber-sumber dokumentari, jurnal, majalah,
internet dan ia lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan. Ini sedikit sebanyak dapat
membantu pengkaji menjawab permasalahan kajian.(Sabitha Marican.1996:235).











 
   c 
Di dalam penyelidikan ini pengkaji telah menggunakan dua kaedah analisis data untuk
memahami data yang diperolehi iaitu :-

*Y *)*)(/*//*0
Kaedah ini merupakan kaedah yang merujuk kepada kuantiti yang membawa erti banyak
atau bilanganya yang diskrit yang dinyatakan dengan tepat dan objektif serta kaedah ini
juga dikaitkan dengan data-data numerika dan ketepatan. ( Chua Yan Piaw.2006:7).
Kaedah ini digunakan oleh pengkaji kerana data yang dikumpulkan oleh pengkaji adalah
dalam bentuk kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik yang mempunyai pilihan
jawapan dan memerlukan penggunaan kaedah statistik. Selari dengan ini, pengkaji telah
menggunakan kaedah Ô   
 Ô Ô

ÔÔÔ dalam menganalisis
data. Pengkaji memilih kaedah ini kerana data yang dikumpulkan dapat ditukar ke dalam
bentuk angka dengan cepat kerana jumlah sampel yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah agak besar. Selain itu juga, ia menjimatkan masa kerana dapat meringkaskan
semua data atau pun maklumat balas dengan analisis statistik.

**Y *)*)(*//*0
Kaedah penganalisisan secara kualitatif juga telah digunakan di dalam penyelidikan ini.
Ia digunakan untuk memahami atau mentafsir apa yang dinyatakan oleh responden di
dalam soalan yang berbentuk terbuka. Hal ini keranan, terdapat banyak perkara yang
berlaku dalam dunia ini tidak dapat dijelaskan melalui kaedah numerika atau kaedah
kuantitaif sahaja malahan terdapat kaedah-kaedah yang memerlukan pemerhatian. ( Chua
Yan Piaw.2006:9). Di sini juga pengkaji dapat menggunakan pengalaman dan
pengetahuan yang sedia ada bagi meneliti serta menelaah apa yang dikaji dengan lebih
mendalam. Seterusnya penganalisisan data dapat dilakukan dengan berkesan.
Y
 

 
  

 Sebagai kesimpulanya, budaya regatta lepa-lepa merupakan budaya yang tidak asing lagi
bagi masyarakat Semporna yang mana bagi mereka budaya ini adalah warisan yang perlu dijaga
bagi meneruskan perjuangan orang lama yang memperkenalkan budaya Regatta Lepa-Lepa. Di
samping itu, keangungan budaya ini sebenarnya banyak memberi kesan kepada penduduk
golongan remaja di Semporna khususnya dilihat dari aspek sosiobudaya iaitu melihat mereka
adakah berminat dalam bidang pembuatan perahu lepa yang merupakan lambang kepada tradisi
budaya ini dan kesan terhadap pemikiran remaja di kawasan tersebut dalam budaya ini serta
impak kewujudan budaya ini keatas ekonomi penduduk setempat khususnya di Semporna. 




  !

‘smad. 1990. ³
Ô
 . ‘ssociated Educational Distributors (M) Sdn.Bhd:

Melaka.

Chua Yan Piaw. 2006. ³ 




. McGraw Hill : Malaysia.

Dato.Dr. ‘di Haji Taho atau Dato Joseph Pounis Guntavio.2007.    

Ô. Jabatan Muzium Malaysia. Kuala Lumpur.

Joseph S.Roucek & Roland L.Warren,Terjemahan Mohammad Haji Yusuf.1986Ô   

Ô 

 Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia :

Kuala Lumpur

Mohd Hamsah Salleh. 2009. ³


   Ô
 , Sabah. Universiti Malaya:

Kuala Lumpur.

Mohd Yusof dan Sabihah Osman. 2002. ³ÔÔ !" # : Universiti

Kebangsaan Malaysia: Kuala Lumpur.

Sabitha Marican.2005.´ 


ÔYÔ .Pearson Malaysia Sdn.Bhd:

Selangor.