Anda di halaman 1dari 9

KEPIMPINAN PENDIDIKAN

PPP1023 / FPE

DISTRIBUTED LEADERSHIP

Pembentang : Dulis b. Gurias


Pensyarah : Dr. Abdul Rahman Ahmad
DISTRIBUTED LEADERSHIP (KEPIMPINAN
TERSEBAR)
PENDAHULUAN.

Komuniti pemimpin boleh diwujudkan dengan menyebarkan


kepimpinan di semua
Peringkat dalam suatu organisasi dan bukan hanya pemimpin
peringkat pertengahan sahaja. Dalam konteks sekolah,trend
kepimpinan kini bukan sekadar memberi fokus kepada
keupayaan, kemahiran atau bakat individu tetapi lebih
memberi tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu
budaya kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian
budaya pembelajaran serta membangunkan keupayaan
kepimpinan sekolah (Alma Harris,2002)
APAKAH KEPIMPINAN TERSEBAR (DISTRIBUTED
LEADERSHIP)

Kepimpinan tersebar (Distributed Leadership) pada


dasarnya adalah adalah kepimpinan di semua
peringkat dalam organisasi dan tidak hanya
bergantung kepada arahan dan keputusan dari pihak
atas (Alma Harris,2002).
DIFINISI DISTRIBUTED LEADERSHIP
- Harris, (2004) mendefinisi distributed leadership sebagai satu budaya
koheren yang wujud hasil daripada bimbingan dan kepimpinan daripada
pelbagai punca kepakaran yang berbeza dalam sesuatu organisasi.

- Hopkins and Jackson (2002) pula mendifinisikan distributed leadership


sebagai kepimpinan yang terpendam dalam diri seseorang individu dan
dapat dimanafaatkan oleh sesebuah organisasi apabila ia diserlahkan.

- Gronn (2000) and Bennet et. Al.,(2003:3) memberi definisi distributed


leadership sebagai kemunculan satu kumpulan atau jaringan individu yang
kepakaran mereka dikumpulkan oleh salah seorang ahli kumpulan mereka
sendiri.

- Spillane et. Al., (2001:13) pula mendifinisi distributed leadership sebagai


aktiviti yang dimainkan oleh sekumpulan individu dalam berbagai
peringkat untuk memimpin dan menggerakkan staf yang lain dalam proses
perubahan instruksional.
STATUS KEWUJUDAN DISTRIBUTED LEADERSHIP
DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA.
Menurut Harris,(2008) teori distributed leadership mengenal pasti
ramai yang berupaya dan berpotensi menjadi pemimpin dalam
sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun beliau menegaskan
kunci utama kejayaan distributed leadership bergantung kepada
bagaimana ia dipermudahkan, digerakkan dan diberi sokongan.

Dengan menyebarkan kepimpinan di semua peringkat di sekolah,


guru-guru perlu di beri kepercayaan atas keupayaan mereka untuk
memimpin rakan sejawat serta semua aktiviti kepimpinan di
sekolah.
walau bagaimanapun beberapa kriteria perlu diberi perhatian
apabila melantik seorang pemimpin dari kalangan guru seperti,
wawasan guru itu mestilah selari dengan misi sekolah,
berkeupayaan mengurus pasukan, berkebolehan mempengaruhi
rakan sejawat dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
AMALAN KEPIMPINAN TERSEBAR DALAM
AKTIVITI SEKOLAH.
• Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
• Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan)
• Mentor Guru
• Kelab Guru
• Sistem Bimbingan Taulan
• Kelab Usahawan Muda
• Program Tuisyen Sekolah
KESIMPULAN

Harris (2008) menyatakan bahawa keberkesanan sebarang


bentuk distributed leadership bergantung kepada beberapa
faktor. Faktor-faktor ini termasuk perkembangan sesebuah
organisasi, kesediaan untuk berubah, budaya dan keperluan
pembangunannya. Ia juga bergantung kepada corak
penyebaran (distribution) dan tujuan ia disebar. Selaian
daripada itu distributed leadership bergantung kepada
hubungan dan saling percaya mempercayai antara ahli
dalam organisasi.
RUJUKAN
Harris, A. (2002). Building the capacity for school improvement. Paper presented at The American
Research Association Conference, New Orleans.

Harris, A. (2004). Distributred Leadership and school improvement: Leading or misleading.


Educational Management Administration & Leadership . London: SAGE Publication.

Harris, A. (2008). Distributed Leadership according to the evidence, Journal of Educational


Adminidtration. Distributed leadership through the looking glass, .46(2), 172-188.

Hopkins, D. and Jackson, D. (2002). Building the capacity for leading and learning, in A. Harris, C.
Day, M. Hadfield, D. Hopkins, A. Hargreaves and C. Chapman (eds) Effective Leadership for
school Improvement, London: Routledge, pp 84-105.

Gronn, P. (2000). Distributed properties: A new architecture for leadership. Educational


Management and Administration, 28(3), 317-338.

Spillane, J. P., Richad H., and John B. Diamond. (2001) “Investigating School Leadershiop Practice: A
Distributed Perspective” Educational Researcher 30:3 (April 2001): 23 - 28
Sekian
Terima Kasih.