Anda di halaman 1dari 27

PANDUAN PELAKSANAAN

Smart School Qualification Standards:


METODOLOGI PEMANTAUAN
SECARA ‘ON-SITE’ SEKOLAH BESTARI
KANDUNGAN

1. PENGENALAN 1

2. METODOLOGI PEMANTAUAN 2

2.1 Persediaan Pemantau 3

2.2 Penggunaan ICT di Sekolah 4


2.2.1 Strategi 4

2.3 Modal Insan 5


2.3.1 Strategi bagi Guru 6
2.3.2 Strategi bagi Murid 6
2.3.3 Strategi bagi Pentabir 6

2.4 Aplikasi 7
2.4.1 Strategi 7
2.4.2 Penyelesaian Masalah 8

2.5 Infrastruktur Teknologi 8


2.5.1 Strategi 8
2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan
P&P Berasaskan ICT 8
2.5.1.2 Penyelenggaraan 9

2.5.2 Penyelesaian Masalah 9

3. PELAPORAN 9

4. PENUTUP 10

RUJUKAN 11

LAMPIRAN 11
1. Pengenalan

Metodologi pemantauan secara ‘on-site’ ini adalah bertujuan


untuk memberi garis panduan kepada pemantau yang dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjalankan pemantauan
penggunaan ICT dengan berkesan supaya sekolah dapat meningkatkan
serta memaksimumkan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah. Tujuan
pembudayaan ICT di sekolah-sekolah bestari adalah untuk menjadikan
sekolah bestari sebagai ‘role-model’ kepada 10,000 sekolah lain yang
ingin menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P),
dan pengurusan sekolah. Pemantauan dijalankan untuk membimbing
dan membantu sekolah mencapai kedudukan 5-bintang dari segi
empat (4) aspek utama, iaitu penggunaan ICT, modal insan, aplikasi
dan juga infrastruktur. Secara keseluruhannya, pemantauan yang baik
dan komprehensif perlu melaksanakan perkara-perkara seperti di dalam
Rajah 1.

= Melaksanakan Pelan Tindakan Sekolah


dalam konteks penggunaan ICT
berkaitan dengan usaha pembudayaan
ICT sekolah,
= Menjalankan aktiviti-aktiviti atau
program-program untuk mengatasi
jurang/kelemahan yang dikenal pasti
dalam tinjauan (survey)/situasi semasa,
dan
= Mempertahan atau menambahbaik taraf bintang berdasarkan Piawaian
Kelayakan Sekolah Bestari (PKSB) (Smart School Qualification Standards,
SSQS).

Rajah 1: Bimbingan untuk peningkatan ICT sekolah

Selain yang tercatat di atas, pemantau juga perlu membimbing sekolah


melaksanakan aktiviti seperti latihan pengintegrasian ICT dalam P&P
bagi guru dan pembinaan bahan-bahan P&P berasaskan ICT.


2. METODOLOGI PEMANTAUAN
Metodologi pemantauan merangkumi beberapa fasa yang perlu
diambil oleh pemantau seperti yang dikemukaan dalam Rajah 2.

Sebelum lawatan
= Melengkapkan diri dengan:
8 memahami dengan mendalam
konsep pembestarian sekolah serta
pembudayaan ICT sekolah Lawatan pertama
8 mendapat dan memahami semua = Berjumpa dengan pengetua/guru
maklumat sekolah yang dipantau besar
daripada KPM = Menerangkan SSQS dan tujuan
8 memahami kandungan SSQS pemantauan kepada pentadbir
= Urusan pentadbiran: sekolah/GPB/ketua panitia/guru-
8 mendapat surat rasmi daripada KPM guru/Jawatankuasa Pembestarian
8 memaklumkan kepada Jabatan Sekolah
Pelajaran Negeri (JPN)/Pusat Sumber = Berbincang tentang perancangan

Pendidikan Negeri (PSPN) dan sekolah sepanjang tahun menge­


bahagian di KPM yang berkenaan nai bahagian perlaksanaan pem­
seminggu sebelum lawatan ke budayaan ICT sekolah (fokus
sekolah kepada 4 komponen SSQS dan
8 memaklumkan kepada pengetua/ setiap indikatornya)
guru besar seminggu sebelum = Membantu sekolah menyediakan

lawatan ke sekolah Pelan Tindakan Pembudayaan ICT


8 membuat temujanji lebih awal untuk Sekolah
berjumpa dengan pentadbir sekolah/
Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ketua
dan panitia/guru-guru/Jawatankuasa
Pembestarian Sekol��ah

Lawatan seterusnya
= Memfokuskan perbincangan kepada 4 komponen SSQS
= Menelitikan setiap indikator dalam setiap komponen
SSQS
= Mengumpul data ’baseline’ (contoh: infrastruktur, staf yang Lepas lawatan
telah menghadiri kursus, sebagainya), sekolah
= Mengenal pasti kelemahan dan jurang (gap) berkaitan = Membuat
komponen SSQS pelaporan
= Membangun strategi-strategi yang realistik dan kepada MDeC
membimbing sekolah untuk mengurang­kan jurang di atas = Merancang
= Memberi bimbingan latihan yang diperlukan secara tindakan
’hands-on’ kepada sekolah susulan

Rajah 2: Carta alir fasa metodologi pemantauan secara ‘on-site’


Secara terperinci, tugas pemantau dijelaskan dalam carta alir pemantauan
di Rajah 3.
MULA

Membantu
Mendapat maklumat membangun &
setiap komponen SSQS membimbing
aktiviti/program

Menentukan tahap
pencapaian setiap komponen Tidak Mengenal pasti jurang
SSQS – 5 bintang kelemahan komponen
SSQS berkenaan
Ya

Memastikan tahap
5 bintang dikekalkan

Rajah 3: Carta alir pemantauan

2.1 Persediaan Pemantau


Sebelum menjalankan tugas, pemantau mesti memahami tiga perkara
yang penting:
= konsep pembudayaan ICT dan pembestarian sekolah,
= dokumen Smart School Qualification Standards (SSQS) dan
= program pemantauan (Lampiran 1)

Tumpuan pemantauan berfokus kepada EMPAT komponen dan


indikatornya (Key Performance Indicators, KPI) yang berkait rapat dengan
kedudukan ranking (taraf satu bintang ke lima bintang). Empat komponen
itu terdiri daripada:
= Penggunaan ICT di sekolah (pengintegrasian ICT dalam P&P dan peng­
urusan),
= Modal insan (kemahiran pentadbir dan guru mengintegrasi ICT dalam
pengurusan dan P&P, kemahiran ICT murid),
= Aplikasi sistem (kandungan P&P dan sistem berasaskan ICT), dan
= Infrastruktur teknologi (peralatan-peralatan teknologi yang sedia ada).


Pemantau perlu memberi fokus kepada empat komponen SSQS dengan
meneliti setiap indikator. Kedudukan penggunaan ICT di sekolah perlu
sentiasa ditaksir mengikut SSQS ini. Usaha untuk memastikan setiap
program dan aktiviti yang dirancangkan nanti akan menjurus kepada
pencapaian keempat-empat komponen SSQS.

2.2 Penggunaan ICT di Sekolah


Komponen penggunaan ICT merujuk kepada proses P&P dan pengurusan
sekolah. Dalam proses pemantauan penggunaan ICT ini, pemantau perlu
mengenal pasti kekuatan serta kelemahan dalam penggunaan ICT dan
faktor-faktor yang menimbulkannya. Seterusnya, strategi-strategi yang
berasaskan sekolah perla dibina untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
ini untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Amalan-amalan
terbaik penggunaan ICT boleh di dapati di dalam buku panduan amalan
terbaik sekolah bestari.

2.2.1 Strategi
Untuk memantau penggunaan ICT, pemantau digalakkan mengikut tiga
strategi iaitu,
= menganalisis dokumen,
= mencerap pengajaran guru,
= mengadakan interaksi dengan staf sekolah

Rajah 4 menunjukkan strategi tersebut serta senarai semakan bagi proses


peman­tauan penggunaan ICT di sekolah.

Pemantau boleh menggunakan:


= senarai semak untuk mengira tempoh penggunaan ICT dalam P&P.

Instrumen ini boleh diubahsuai mengikut keperluan sekolah seperti di


Lampiran 2.
= senarai semak audit dalaman untuk menentukan status penggunaan

ICT boleh d���������������������������������������������


i dapati di Lampiran 3 (bahagian penggunaan).


2.3 Modal Insan
Komponen modal insan melibatkan tiga kumpulan warga sekolah, iaitu
guru, murid dan pentadbir.

Menganalisis dokumen
Pemantau bersama GPB perlu menyemak dokumen-dokumen berikut
untuk menentukan penggunaan ICT dalam P&P:
= Log penggunaan komputer di semua makmal komputer,
= Log peminjaman Liquid Crystal Display (LCD),
= Log peminjaman perisian kursus (CD) dan TV Pendidikan (TVP),
= Log peminjaman lain-lain peralatan ICT dalam P&P (OHP, LCD,
notebook, pengimbas dan printer),
= Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam buku rekod sekolah,
(guru mencatat jenis ICT dan tempoh masa penggunaannya),
= Tugasan pelajar berasaskan ICT, dan
= Rekod penggunaan ICT (seperti e-mel, SMS dan sebagainya) untuk
penyebaran maklumat oleh pihak pentadbir.

Interaksi dengan staf sekolah


Pemantau digalakkan berinteraski dengan
Mencerap pengajaran guru
warga sekolah tersebut di bawah untuk
Pemantau mencerap pengajaran mendapatkan maklumat yang diperlukan:
guru (di Makmal Komputer/Makmal = Pentadbir sekolah tentang pembudayaan
Sains/Kelas biasa) seberapa kerap ICT dan pengurusan perubahan,
yang boleh semasa lawatan ke = GPB tentang penggunaan Makmal
sekolah untuk menentukan: Komputer di sekolah,
= Penggunaan bahan ICT (CD
= Guru sumber/media tentang penggunaan
KPM/CD TVP/CD lain) dalam bahan ICT (CD KPM/CD TVP/CD lain)
P&P, oleh guru dan murid,
= Pengintegrasian ICT (CD KPM/
= Guru tentang penggunaan bahan ICT (peng­
CD TVP/LCMS/alternatif) dalam gunaan WSMS/LCMS, Modul Pembelajaran
P&P, Kendiri, tugasan murid) dalam P&P,
= Bahan P&P berasaskan ICT
= Guru selepas setiap pencerapan pengajaran
(multimedia) yang dibangunkan untuk membimbing guru meningkatkan
oleh guru, dan penggunaan ICT dalam P&P dengan lebih
= Kekerapan penggunaan bahan
berkesan, dan
ICT dalam P&P. = Murid untuk mendapat maklum balas
mereka tentang penggunaan ICT dalam
P&P.

Rajah 4: Strategi dan senarai semakan penggunaan ICT


2.3.1 Strategi bagi Guru
Pemantau perlu mengambil tindakan berikut:
(a) Berbincang dengan pihak pentadbir (PK), GPB dan/atau Jawatankuasa
(J/K) perkembangan profesionalisme staf tentang tahap indikator Modal
Insan sekolah yang telah dicapai dan tindakan sewajarnya,
(b) Membimbing dan membantu pihak sekolah untuk menyediakan satu
rancangan Latihan Perkembangan Profesional Staf Sekolah sepanjang
tahun untuk meningkatkan ketrampilan penggunaan ICT dalam P&P
dan pengurusan di kalangan guru dan pentadbir (staff sokongan dan
jurulatih IT),
(c) Memastikan semua guru/pentadbir yang telah menghadiri kursus KPM/
badan lain mesti menjalankan bengkel/kursus perkhidmatan dalaman
di sekolah masing-masing,
(d) Menentukan latihan ICT tambahan untuk menambahkan kemahiran
ICT guru dalam P&P, dan
(e) Memastikan satu laporan disediakan selepas setiap bengkel/latihan
dalaman atau program Perkembangan Profesional Staf Sekolah
diadakan. Kandungan laporan perlu mengandungi maklumat seperti
nama dan jenis bengkel/latihan/program, tempat, tempoh masa, nama
peserta dan ringkasan bengkel/latihan.

2.3.2 Strategi bagi Murid


Pemantau perlu memastikan:
(a) Kelas ICT untuk mempertingkatkan kemahiran murid dijalankan,
(b) Murid menggunakan ICT seperti Microsoft Word, PowerPoint, CD KPM,
CD TVP, Internet dalam tugasan,
(c) Murid menggunakan kemudahan ICT di dalam setiap aspek
pembelajaran,
(d) Murid dapat m�������������������������������������������������
embuat tugasan secara online atau menggunakan CD.

2.3.3 Strategi bagi Pentabir


Pemantau perlu memastikan:
(a) Program pengurusan perubahan (change management programme)
telah dijalankan oleh pentadbir setiap minggu,


(b) Pentadbir menyebarkan maklumat kepada semua staf sekolah melalui
e-mel atau komunikasi ICT alternatif setiap hari,
(c) Pentadbir mengadakan program rakan pintar ”Smart-partnership” dengan
komuniti seperti Program Komuniti Sekolah Angkat yang melibatkan
aktiviti ICT, Program Pembangunan Bahan-Bahan P&P menggunakan
ICT untuk sekolah-sekolah yang berdekatan dan sebagainya.
Semua strategi tersebut dijalankan seperti yang dirancang untuk
meningkatkan kemahiran ICT staf sekolah berpandukan indikator-indikator
komponen Modal Insan SSQS.
Pemantau boleh menggunakan senarai semakan audit dalaman untuk
menentukan status modal insan seperti di Lampiran 3 (bahagian modal
insan).

2.4 Aplikasi
Komponen aplikasi bertujuan untuk melihat kewujudan pelbagai perisian
aplikasi sama ada atas talian (online) atau luar talian (standalone) di sekolah
supaya penggunaan ICT tidak terhalang dan tiada batasan.

2.4.1 Strategi
Untuk memantau status aplikasi, pemantau perlu menyemak sama ada
perkara berikut wujud:
(a) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan sekolah dalam Web-
based School Management System (WSMS) atau sistem lain yang
dibekalkan oleh KPM,
(b) Akses kepada modul-modul sistem pengurusan pengajaran dan
pembelajaran (LCMS) atau sistem lain yang dibekalkan oleh KPM,
(c) Perisian aplikasi untuk menyediakan/menyunting bahan pengajaran
berasas­kan ICT,
(d) Perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan ICT,
(e) Laman web sekolah yang interaktif, dan
(f) Sistem e-mel sekolah ya�������������
ng berfungsi.
Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 4 dan 5 untuk
menyemak aplikasi di sekolah.


2.4.2 Penyelesaian Masalah
Sekiranya sekolah tidak mempunyai aplikasi/sistem maklumat seperti yang
dinyatakan dalam jadual dan borang lampiran yang disertakan, tindakan
menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu dilakukan dan direkodkan
untuk tujuan semakan.

2.5 Infrastruktur teknologi


Infrastruktur teknologi merujuk kepada peralatan, kemudahan dan
penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah, khasnya peralatan ICT
yang dibekalkan oleh KPM. Kesediaan infrastruktur yang mantap dapat
meningkatkan pembudayaan ICT di sekolah.

2.5.1 Strategi
Strategi untuk menyemak status infrastruktur adalah:
= Menyemak keadaan peralatan dan kemudahan berasaskan ICT
(berfungsi atau tidak), dan
= Menyemak rekod penyelenggaraan peralatan ICT.

2.5.1.1 Keadaan Peralatan dan Kemudahan P&P Berasaskan ICT


Pemantau perlu memastikan,
(a) peralatan, kemudahan dan rangkaian yang dibekalkan sama ada
berfungsi atau tidak. Antara peralatan yang dipantau adalah komputer
desktop atau komputer riba, projektor LCD, pengimbas (scanner),
skrin, troli dan pelayan (server) dan lain-lain (rujuk Lampiran 6).
(b) kemudahan P&P berasaskan ICT mengandungi kemudahan fizikal
dan rangkaian. Bagi aspek rangkaian, perkara yang perlu disemak
adalah seperti berikut:
(i) pengguna dapat mengakses Internet pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja dengan mudah,
(ii) perkhidmatan rangkaian secara talian (wired) dan tanpa talian
(wireless) boleh diakses di makmal sains, bilik guru, bilik darjah,
makmal komputer, koridor, kantin, sudut pembelajaran, kawasan
rehat murid, pusat sumber, bilik media, pusat akses kendiri dan
pejabat pendtabiran (rujuk Lampiran 7).


(iii) peralatan komunikasi ICT seperti ADSL modem, router, switch/
hub, dan kabel UTP/fiber optik dapat berfungsi dengan baik,
dan
(iv) bilangan gangguan (downtime) yang berlaku dalam seminggu
yang menghalang warga sekolah menggunakan perkhidmatan
rangkaian.
Pemantau boleh menggunakan instrumen seperti di Lampiran 3 untuk
menyemak infrastruktur di sekolah.

2.5.1.2 Penyelenggaraan (maintenance)


Pemantau perlu memastikan,
= segala kerosakan dan gangguan yang dialami dilaporkan dengan segera

kepada Centralised Service Desk (CSD) dan akan diambil tindakan


oleh vendor atau KPM.

2.5.2 Penyelesaian masalah


Jika didapati kelemahan dalam aspek peralatan dan jalinan rangkaian,
pemantau boleh membantu pihak sekolah mempercepatkan penyelesaian
masalah ini dengan merujuk terus kepada badan-badan berkenaan
(contoh: JPN, BTPN). Sekiranya sekolah tidak mempunyai infrastruktur
yang diperlukan, tindakan menghubungi pihak-pihak berkaitan perlu
dilakukan dengan segera dan dan direkodkan untuk tujuan semakan.

3. PELAPORAN
Satu laporan bertulis perlu dibuat oleh pemantau bagi setiap lawatan
ke sekolah. Laporan ini diserahkan kepada KPM dan satu salinan diberi
kepada sekolah. Format laporan berfokus kepada empat komponen SSQS.
Bagi setiap komponen berpandukan SSQS, pemantau perlu melaporkan
aspek penting seperti:
(a) Tahap penggunaan ICT dalam P&P semasa dengan rujukan kepada
kedudukan bintang SSQS
(b) Kelemahan penggunaan ICT dalam P&P pada bulan semasa


(c) Strategi-strategi yang dicadangkan untuk meningkatkan penggunaan
ICT dalam P&P
(d) Tempoh masa untuk mencapai tujuan yang dikehendaki
(e) Impak tindakan yang diambil terhadap murid dan guru

Pada lawatan sekolah bulan berikutnya, pemantau perlu menyemak;


(a) Sejauh mana strategi-strategi yang dirancang berjalan secara
berkesan
(b) Kekangan yang wujud
(c) Kelemahan yang timbul
(d) Cadangan���������������������������������������������������
strategi-strategi lanjut sebagai tindakan susulan

PENUTUP
Panduan yang dicadangkan dalam Metodologi Pemantauan Secara ’On-
Site’ ini perlu digunakan bersama dengan buku-buku panduan yang
berkaitan yang terdapat di dalam program ini seperti Buku Panduan
Mengisi Penilaian SSQS dan Buku Panduan Amalan Terbaik Sekolah
Bestari.

10
RUJUKAN
Malaysia Smart School – Educating hearts and minds.
Available – http://www.msc.com.my/smartschool/
MDeC. (2005). Smart School Impact Assessment.
MDeC. (2005). Smart School Roadmap 2005-2020: An Educational
Odyssey.
MDeC. (2007). Smart School Qualification Standards (SSQS).
Mohammed Sani B. Hj. Ibrahim. �����������������������������������
(2003). Pembestarian sekolah dalam
era globalisasi: satu pemikiran baru dalam sistem pendidikan Malaysia.
Jurnal BTP, Siri 5, IBSN 1511-5925, m.s. 21-40.
Pembestarian sekolah.
Available – http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/projek/bestari

LAMPIRAN
Lampiran 1 MDeC. (2007). Monitoring programmes flow-chart
Lampiran 2 ��������������������������������������������������������
Log pelaksanaan piawai kelayakan sekolah bestari (SSQS)
bagi elemen penggunaan ICT
Lampiran 3 Senarai semakan untuk audit dalaman/Checklist for
internal audit
Lampiran 4 ����������������������������������������
Sistem maklumat yang dibekalkan oleh KPM
Lampiran 5 Senarai perisian kursus/bahan pembelajaran berasaskan
ICT
Lampiran 6 �����������������������
Bilangan perkakasan ICT
Lampiran 7 �����������������������
Lokasi capaian Internet
Lampiran 8 Pelan tindakan akademik/Academic action plan
Lampiran 9 ����������������������������������������
Laporan tugasan yang diberi dalam talian
Lampiran 10 ������������������������������������
Laporan penghasilan bahan multimedia

11
LAMPIRAN 1

MONITORING PROGRAMMES

Broad Objectives:
• To monitor the schools’ implementation
of their action plans On-Line KPI Survey
• To ensure activities and programmes
Quarterly
are addressing the gaps/weaknesses THE SSQS
TOOLS Exercise
identified in the survey forms
• To maintain and improve the schools’ On-Site Star Ranking
star ranking performance

IMPLEMENTATION STRATEGIES OUTPUT


STRUCTURE
• ICT Enculturisation in schools
• Enhance schools’ Optimisation of ICT provisions
MDeC/MoE REPORTS
THE REPORTS
APPROACH
Coach schools to develop and
implement unique school-based • Overall and
SMEs from action plans i.e. in-house training individual
IPTA by teachers in integrating ICT in schools’ star
T&L, ICT integration competitions ranking
among students etc.
• Monthly on-site
monitoring
Monitor the process of ICT reports
JPN/PPD/PSPN/PKG
(ICT Coordinators) integration by teachers in • School-based
Teaching and Learning action plans and
strategies

School ICT Committee Teachers’ Professional


(88 Schools) Development Programmes

12
LAMPIRAN 2

LOG PELAKSANAAN PIAWAI KELAYAKAN SEKOLAH BESTARI (SSQS)


BAGI ELEMEN PENGGUNAAN ICT

SMK XXXX

BAGI BULAN: __________________ , 2007

NAMA GURU :

MATAPELAJARAN :
(diajar)

MINGGU (bulatkan) : 1 / 2 / 3 / 4

1. Status penggunaan perisian kursus dan pengintegrasian ICT bagi setiap kelas yang diajar.

Jumlah Jam/
Items KELAS Bahan/Tajuk
seminggu
1 Jumlah minit mengguna bahan berasas ICT.*
2 Jumlah minit mengintegrasi perisian kursus dalam
P&P
3 Jumlah bahan P&P multimedia yang dibina dalam
seminggu.
4 Jumlah minit guru mengguna LCMS atau alternatif
dalam P&P seminggu.
5 Jumlah masa (periods) mengguna bahan TV
Pendidikan dlm P&P seminggu.
6 Jumlah minit contact hours pelajar-PC seminggu.
7 Bilangan tugasan dibuat oleh pelajar guna LCMS/
alternatif seminggu.**
8 Bilangan tajuk tugasan pembelajaran kendiri
dilengkapkan oleh pelajar seminggu.***

Contoh:
����������� �� �������
* (40 x 2 masa = 80
�� ���������
minit)
** (2 x 1 kelas x 1 minggu = 2 tugasan)
*** (2 tajuk x 2 kelas x 1 minggu = 4 tajuk)

2. Kekerapan mengemas kini data dalam WSMS bulan 07: kali.

Tarikh:
Tandatangan Guru

13
LAMPIRAN 3

CHECK LIST FOR INTERNAL AUDIT

DATE:

Utilisation (40%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 Usage of ICT-based content


>320 minutes/month

2 Teachers integrate courseware


(select and modify relevant
topics from the courseware at
least >320 minutes/month for
each core subject

3 Teachers develop T&L


materials – multimedia weekly

4 Usage of LCMS by teacher


>320 minutes/monthly

5 Usage of Ed TV – 4 periods a
month

6 Student PC contact hours >320


minutes (any subject)/month

7 Usage of LCMS(student) =/>8


assignments/month

8 Students complete =/>8 titles


of self-learning modules/month

9 Updates of activities and data


on the relevant modules in
WSMS/daily

14
Human Capital (40%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 ICT competency level of IT


Coordinator: Advanced Plus (4-5)

2 ICT competency level of


Technician: Advanced Plus (4-5)

3 Teachers have basic ICT


competency level: Level 5 (> 4.5)

4 Teachers have advanced ICT


competency level: Level 5 (> 3.0)

5 Teachers have advanced plus


competency level in using ICT-
based content in teaching and
learning: Level 5 (> 4.5)

6 Teachers have advanced plus


competency level in integrating
ICT-based content in teaching
and learning: Level 5 (> 4.5)

7 Teachers have advanced plus


competency level in developing
teaching learning materials in a
form of multimedia for teaching
and learning: Level 5 (> 4.5)

8 > 80% of students have the


knowledge of the ICT-based
content and know how to use
them in learning

9 Frequency of ICT Smart-


partnership program with
community: Weekly

10 Conducted in-house ICT training:


>5 trainings

11 Usage of Email: Daily

12 Dissemination of information via


ICT: Daily

13 Conducted change management


programme: Weekly

15
Application (10%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action


1 > than 8 modules for
management

2 > than 3 ICT-based


applications ICT-based
applications beyond Smart
School

3 Management System/Web
Based School Management
System i.e. attendance and
canteen

4 Must have Learning Content


Management System for
teaching and learning

5 Must have the Ministry of


Education courseware and
ICT-based content: > 4

6 Schools must have


maintained, updated,
accessible & advanced
interactive website

16
Infrastructure (10%)

No. Indicator Evidence/Location Status Action

1 PC:Student Ratio (1:<17)

2 PC/Notebook:Teacher Ratio
(1<2)

3 Local Area Network, Wide


Area Network, Wireless and
value-added

4 Standard maximum
downtime <2 hours/month

5 Internet accessibility
(Advanced availability and
location)

6 100% of the Teaching of


Mathematics and Science in
English (PPSMI) ICT facilities
in good working condition

7 LCD Projector:Class Ratio


(1:<10)

8 > 4 operational computer


labs

17
LAMPIRAN 4

SISTEM MAKLUMAT YANG DIBEKALKAN OLEH KPM

Sekolah mempunyai
No. Nama Aplikasi aplikasi ini Catatan
YA TIDAK
1 Sistem Maklumat Murid (SMM)

2 Sistem Maklumat Disiplin Murid (SMDM)

3 Sistem Maklumat Pengurusan Pelajar


Teknik (SMPPT)

4 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama


Penuh Tingkatan 1 (SST1)

5 Sistem Kemasukan Pelajar Berasrama


Penuh Tingkatan 4 (SST4)

6 Sistem Kemasukan Pelajar Sekolah


Menengah Teknik (SPTV)

7 Sistem Pendaftaran dan Kemasukan


Markah Kerja Kursus UPSR/PMR/SPM
Sistem Pendaftaran UPSR/PMR/SPM
Sistem Percubaan UPSR/PMR/SPM
Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus
PEKA/PAFA/UPSR/PMR

8 Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan


(SMPP)

9 Sistem Pendaftaran Peperiksaan Atas


Talian (SPM)

10 Sistem Pengurusan Sekolah Bestari


berasaskan Web (WSMS)
– Sila isikan maklumat terperinci pada
lampiran A1

11 Sistem Pengurusan Kandungan


Pembelajaran (LCMS)

12 e-Sistem Pengurusan Kewangan


Bersepadu (Espkp)

13 Sistem Pinjaman Buku Teks (SPBT)

18
LAMPIRAN 5

SENARAI PERISIAN KURSUS/BAHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ICT

Sekolah mempunyai
No. Perisian Kursus bahan ini Catatan
YA TIDAK
1 Perisian pembelajaran yang
dibekalkan oleh BTP (CDRI)

2 Perisian pembelajaran yang


dibekalkan oleh BTP [E-Bahan
(atas talian)]

3 Perisian pengajaran yang


dibekalkan oleh PPK (PPSMI)

4 Perisian yang dibekalkan oleh


Bahagian Buku Teks (My CD)

5 Perisian Sekolah Bestari yang


dibekalkan oleh PPK

6 CD Kandungan TV Pendidikan

7 Perisian kursus/bahan pengajaran


berasaskan ICT lain

19
LAMPIRAN 6

BILANGAN PERKAKASAN ICT

Komputer Komputer
Bil. LCD Skrin Troli Scanner
Desktop Notebook

1 Pejabat
Pentadbiran

2 Bilik Guru

3 Asrama

4 Makmal
Sains

5 Bilik Darjah

6 Koridor

7 Makmal
Komputer

8 Pusat Sumber/
Bilik Media

9 Pusat Akses

10 Kantin

11 Kawasan
Rehat

12 Taman
Bacaan

13 Lain-lain

20
LAMPIRAN 7

LOKASI CAPAIAN INTERNET

Bentuk Rangkaian Capaian Internet


Bil. Lokasi Tanpa Kabel Berkabel
LAN WAN
(wireless) (wired)

1 Pejabat
Pentadbiran

2 Bilik Guru

3 Asrama

4 Makmal Sains

5 Bilik Darjah

6 Koridor

7 Makmal Komputer

8 Pusat Sumber/
Bilik Media

9 Pusat Akses

10 Kantin

11 Kawasan Rehat

12 Taman Bacaan

13 Lain-lain

21
LAMPIRAN 8

CONTOH

ACADEMIC ACTION PLAN – SM XXX


 
Panel:     Science      Month :   June     2007

Utilization of ICT in T&L Activities


 
1. Name of teacher : XXX
 
2. Date/Day/Time : 11 July 2007 / Wednesday / 7.40am–9.00am
 
3. Subject : Science Form 2: Chapter 5
5.5 Acid and Alkali
 
4. Class : 2 Iltizam
 
5. ICT use/integration : Text book (Acid and Alkali), MS Word,
MS PowerPoint
 
6. Post lesson : Students surf the courseware to find more
information about acid and alkali

22
LAMPIRAN 9

NAMA SEKOLAH:

PENGGUNAAN ICT 200X

LAPORAN TUGASAN YANG DIBERI DALAM TALIAN*

Julai Ogos Sept Okt Nov


Tajuk tugasan
Tingkatan/
Nama Guru dan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Subjek
Sistem online waktu waktu waktu waktu waktu

Jumlah besar
tugasan
mengikut bulan

* Tugasan yang diberi oleh guru dalam Internet/talian (contoh WSMS, LCMS, NiceNet,
SchoolNet, Yahoo messenger, dan lain-lain.) yang diakses oleh pelajar dalam talian untuk
tujuan pengurusan dan P&P. Sila selaraskan tajuk tugasan dan sistem dalam rancangan
pengajaran anda.
(Yh @ 2007)

23
LAMPIRAN 10

NAMA SEKOLAH:

PENGGUNAAN ICT LPBM

LAPORAN PENGHASILAN BAHAN MULTIMEDIA*

Bulan
Nama Guru Subjek Nama Tajuk
Julai Ogos Sept Okt Nov
(√) (√) (√) (√) (√)

Jumlah besar tajuk


mengikut bulan

* Bahan yang dihasilkan sendiri oleh guru menggunakan PowerPoint dan lain-lain. Sila
nyatakan tajuk bahan dalam rancangan mengajar.
(Yh @ 2007)

24
Penghargaan
PENYUMBANG UTAMA
Kementerian Pelajaran Malaysia
Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC), MSC Malaysia
Dr Lee Siew Eng, Universiti Malaya
Ms Low Suan Neo, Konsultan Bebas
En Zolkefli Bahador, Universiti Utara Malaysia
Mr. Joseph Ramanair, Universiti Malaysia Sarawak
Dr Abdul Halim Mohamed, Universiti Utara Malaysia

AHLI-AHLI
Mr. Chi Teck Cheng, Konsultan Bebas
Dr Santhi Raghavan, Open University
Associate Professor Dr Yusup Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Soubakeavathi Rethinasamy, Universiti Malaysia Sarawak
Associate Professor Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, Universiti Malaya
Associate Professor Dr. Esther Daniel, Universiti Malaya
Associate Professor Dr. Raja Maznah Raja Hussein, Universiti Malaya
Dr Sabariah Sharif, Universiti Malaysia Sabah
En Abd Samad Hanif, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dr Mohd Rashid Mohd Saad, Universiti Malaya
Pn Noriza Nayan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tn Hj Ismail Hj Raduan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Encik Mahizer bin Hamzah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
En Abdul Razak Idris, Universiti Teknologi Malaysia
En Sulaiman Sarkawi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Associate Professor Khalid Abdullah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr Norazman Abdul Majid, Universiti Teknologi Malaysia

25

Anda mungkin juga menyukai