Anda di halaman 1dari 5

ISTIQAMAH: SUSAH ATAU SENANG

Bukti istiqamah itu telah dirakam oleh Allah SWT dalam ayat 162 surah al-
An’am.
         

162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan


matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.

Istiqamah juga diungkapkan sebagai mencapai atau merealisasi perutusan


kejadian manusia, perkara ini telah disebut oleh Allah dalam surah az-
Zariyat ayat 56 yang bermaksud : “Tidak Aku (Allah) menciptakan jin
dan manusia, melainkan untuk menyembah (beribadat) kepada-Ku”.
      

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Selain itu, istiqamah juga diertikan sebagai menerima segala hukum-hakam


Allah dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w
dengan pasrah dan bersungguh-sungguh, hakikat ini diperjelaskan oleh
Allah menerusi ayat 36 surah al-Ahzab yang bermaksud : “Dan tidaklah
patut bagi lelaki yang beriman dan tidak pula bagi wanita yang beriman,
apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka”.

            
            

36. dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan -
apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara
- (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai
urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya
maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.
Justeru, kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah kita termasuk dalam
golongan orang-orang yang beristiqamah dengan amalan Islam, atau hanya
berpura-pura atau menerima Islam separuh-separuh ataupun menerima
Islam apabila sesuai dengan naluri, dengan kata lain, Islam tunduk pada
kehendak kita, bukannya kita yang patut tunduk dan akur kepada segala
ajaran Islam.

Penjelasan tanda beistiqamah dengan Islam

1.Perkara zahir: Seorang muslim itu melaksanakan segala perintah Allah


yang wajib ditunaikan seperti pelaksanaan ibadat solat, puasa, haji, zakat,
memakai hijab (tudung kepala) bagi muslimat, berakhlak mulia dan lain-lain.

2. Perkara batin pula, seorang muslim itu wajib beristiqamah dengan aspek
ketuhanan dalam mentauhid (mengesakan) Allah, bertakwa kepada-Nya,
takut kepada ancaman dan hukuman-Nya, mengharapkan keampunan dan
rahmat hanya daripada-Nya dan banyak lagi.

Justeru menurut para ulama’, jika seseorang itu menzahirkan kepada


manusia kebaikannya seperti banyak solat sunat, puasa sunat, suka
menderma, suka tolong orang lain, berulang alik ke masjid, sedangkan dia
tidak begitu, suka mengumpat, memfitnah orang, menuduh orang tanpa bukti
kukuh, pakai tudung kepala pada masa tertentu, maka dia dikatakan tidak
beristiqamah dengan Islam, atau paling tidak dikatakan istiqamahnya masih
berkurangan. Kerana istiqamah itu tidak dapat dibuktikan pada amalan
sehari dua, malah ia perlu berterusan tanpa niat untuk menunjuk-
nunjuk pada orang lain, ia dilakukan atas dasar ikhlas kerana Allah
SWT.

Jalan terbaik untuk mengekalkan istiqamah dengan Islam, ialah


bersahabat dengan orang-orang yang baik-baik, apatah lagi mereka
yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah SWT, menyuruh yang
makruf, mampu pula mencegah kemungkaran, berdakwah dengan
penuh hikmah, berakhlak mulia, tidak wujud sebarang kepentingan
dunia, apa yang diharap hanyalah keredaan Allah, ia menepati seruan
Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : “
        
            
          

28. dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang


Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang
mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru


kepada Allah, di waktu pagi dan malam dengan mengharapkan keridaan-Nya,
janganlah kamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan
(habuan) kehidupan dunia ini, janganlah kamu mengikuti orang-orang yang
hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta mengikut hawa nafsu,
sesungguhnya urusan hidup mereka telah melampaui batas”.

Mudah-mudahan, kita mampu dan boleh berdoa kepada Allah SWT, agar
menjadikan diri kita, isteri, anak-anak, adik-beradik, terlebih lagi kedua
iba bapa kita, agar dimasukkan dalam kategori hamba Allah yang
sentiasa dan kekal beristiqamah dengan Islam, berjuang kerananya dan
mati pada jalannya, Amin

Istiqamah dalam beribadat adalah merupakan kejayaan bagi seseorang


mukmin. jika hendak disenaraikan bagaimana cara untuk istiqamah dalam
beribadat, ianya amat luas. yang paling utama ialah bergantung pada diri
sendiri sama ada terus untuk beristiqamah atau pun tidak. jadi untuk terus
beristiqamah dalam beribadat ada beberapa perkara yang saya cuba hendak
gariskan di sini.

1. niat bersungguh-sungguh untuk melakukan amal-amal. mula-mula


pasang niat yang aku akan amalkan perkara ni adalah kerana Allah dan untuk
memperbaiki diri aku. bila niat dipasang., segeralah buat apa yang diniatkan
itu.

2. ikhlas.

cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati berbuat bila berbuat sesuatu.
buangkan segala sifat-sifat yang tercela seperti riak, sombong, dengki dan
lain-lain sifat kecelaan. untuk mengelakkan adanya sifat tersebut, kita
mestilah selalu taubat kepada Allah secara sungguh-sungguh dan mengaku
kepada Allah yang diri kita ni banyak melakukan dosa dan kesalahan. sedaya
upaya buangkan sifat-sifat yang buruk dalam hati.

3.Banyakkan fikir.

fikir disini boleh dikelaskan fikir terhadap kebesaran Allah dan fikir dosa yang
lampau. sambil-sambil termenung kita boleh memikirkan kebesaran Allah dan
dengan sendirinya hati kita akan takut pada Allah dan bila takut dengan
sendirinya kita ingin melakukan taat kepada Allah dengan sungguh-sungguh.

4. azam sungguh-sungguh untuk melakukan ibadat.

tekadkan dalam diri, "aku akan berusaha sedaya upayaku untuk melakukan
ibadah ni" pasang niat elok dan diikuti dengan amalan terus. jangan pasang
saja tapi tidak melakukannya. kalau tidak mampu untuk melakukannya, cuba
lakukannya secara perlahan-lahan. insyaAllah Allah bersama dengan orang
yang sabar.

5.banyakkan ingat akan mati.

bila kita ingat akan mati, nescaya dengan sendirinya kita akan melakukan
ibadat secara berterusan tanpa meninggalkannya. selalu bertanya pada diri,
adakah sudah mencukupi dengan amalan yang aku ada ini untuk menghadap
Allah? bila hati hidup sedemikian, maka kita akan berusaha untuk istiqamah
dalam melakukan ibadat kepada Allah.
Sekian,

Ahmad Sofi Abdullah

7 Ogos 2010

Anda mungkin juga menyukai