P. 1
TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

|Views: 1,200|Likes:
Dipublikasikan oleh alooha_da_truth

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: alooha_da_truth on Aug 25, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPTX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/08/2013

pdf

text

original

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

::MEMBACA::
Membaca merupakan satu bentuk komunikasi. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, membezakan bunyi-bunyi dengan tepat, menyebut lambang-lambang huruf, menggabungkan bunyi membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahami. Smith (1998:12)

JENIS MASALAH BACAAN
Membuang/meninggalkan bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan (omission) Pengulangan (repetition) Penggantian (substitute) Penambahan (insertion) Pembalikan (reversals) Tidak kenal huruf Salah sebutan

KAEDAH VAK
KAEDAH FERNALD
KAEDAH PELBAGAI DERIA (VAKT)

KAEDAH GILLINGHAM

KAEDAH VISUAL, AUDIO, KINESTETIK (VAK)

KAEDAH VAK

V Visual A Audio K - Kinestetik 

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :
i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari ii. menyebut perkataan itu ii. iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan iii. ingatannya, dan iv. membandingkan hasil tulisan dengan iv. perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga diulangperkataan dapat ditulis dengan betul.

KAEDAH VAKT
(MULTISENSORY READING METHOD)

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud; V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: - Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan - Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ) - Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu - Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

.* Penyurihan/Tracing Proses melakar dengan meniru lukisan asal menggunakan pensel atau alat tajam dan kertas surih atau kotak surih

UNTUK BELAJAR HURUF MELALUI KAEDAH VAKT, MURID HENDAKLAH ; Lihat huruf (V) Dengar guru sebut huruf (A) Menyebut huruf (A) Dengar huruf yang disebut (A) Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada modelmodel pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

::KAEDAH FERNALD::

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

TERDAPAT 4 PERINGKAT DALAM KAEDAH INI;
i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi. iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan. iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

PERINGKAT 1
- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan krayon di atas kertas. - Murid menyurih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). - Murid juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . - Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. - Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

PERINGKAT 2
Murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. Murid meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

PERINGKAT 3
Murid belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini murid sudah boleh membaca daripada buku.

PERINGKAT 4
Murid dapat mengecam perkataanperkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. Murid sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:
i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

::KAEDAH GILLINGHAM::

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya. Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf.

6 KESATUAN ASAS KAEDAH GILLINGH GILLINGHAM
i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyibunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

LANGKAH-LANGKAH LANGKAHPENGAJARAN KAEDAH GILLINGHAM

LANGKAH 1
- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. - Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru - Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya. - Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

LANGKAH 2
Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. Soalan guru; Berikan nama huruf yang bunyinya [ a ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

LANGKAH 3
Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu. Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.

::KESIMPULAN::
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah kanakberbezaberbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan kaedahsematasemata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang kanakteruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kanakkaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. digunakan.

::SUMBER RUJUKAN::
Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kae dah-pengajaran-bacaan/ http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masala h-membaca.html http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jomkenali-kaedah-mengajar-membaca-sukukata/

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->