Anda di halaman 1dari 21

Penyata Penyesuaian Bank

Nota oleh: Mhd Hamdee Azlan Mhd Hambali


Guru Prinsip Perakaunan
SMK Dato’ Seri Wan Mohamed, Gerik.

Tajuk 8: Perakaunan
Untuk Tunai

1
http://mhdazlan.wordpress.com

Ulangkaji semula peraturan merekod di Buku Tunai dan


Penyata Bank

Seperti yang telah dipelajari sewaktu Tingkatan 4;

Dt. Buku Tunai (Ruangan Bank) Kt.

+ -
Penerimaan tunai, Buku Tunai Pembayaran tunai, Buku Tunai
akan didebitkan. akan dikreditkan.

Sebaliknya di dalam Penyata Bank;

Penyata Bank

Wang Keluar Wang Masuk


Dt. Kt.

- +
Pembayaran Penerimaan
tunai, Penyata tunai, Penyata
Bank akan Bank akan
didebitkan. dikreditkan.

Pelajar perlu menguasai peraturan merekod ini supaya dapat


mengenalpasti item mana yang telah ditambah atau telah ditolak di
dalam Buku Tunai dan Penyata Bank ketika menjawab soalan nanti.

Kemahiran ini penting kerana pelajar perlu mengenalpasti baki


siapa yang lebih, baki siapa yang kurang (Buku Tunai atau
Penyata Bank) bagi setiap perbezaan yang berlaku dalam Buku
Tunai dan Penyata Bank.
2
http://mhdazlan.wordpress.com

Sebab Wujudnya Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata


Bank
a) Catatan yang telah direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum
direkodkan dalam Penyata Bank.

i) Deposit belum dikreditkan

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.


sudah belum
+ +
Deposit belum dikreditkan, secara mudahnya ialah telah berlaku
penambahan di Buku Tunai, tetapi belum ditambah di Penyata Bank.

Jadi, bagi situasi ini, baki siapakah yang lebih? Buku Tunai

ii) Cek belum dikemukakan

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.


sudah belum
- -
Cek belum dikemukakan, secara mudahnya ialah telah berlaku
pengurangan di Buku Tunai, tetapi belum ditolak di Penyata Bank.

Jadi, bagi situasi ini, baki siapakah yang lebih? Penyata Bank

3
http://mhdazlan.wordpress.com

Sebab Wujudnya Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata


Bank
b) Catatan yang telah direkodkan dalam Penyata Bank tetapi belum
direkodkan dalam Buku Tunai.

i) Catatan telah dikreditkan dalam Penyata Bank tetapi belum


didebitkan dalam Buku Tunai.

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.


belum sudah
+ +
Secara mudahnya boleh diterjemahkan sebagai telah berlaku
penambahan di Penyata Bank, tetapi belum ditambah di Buku Tunai.

Jadi, bagi situasi ini, baki siapakah yang lebih? Penyata Bank

ii) Catatan telah didebitkan dalam Penyata Bank tetapi belum


dikreditkan dalam Buku Tunai.

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.


belum sudah
- -
Secara mudahnya boleh diterjemahkan sebagai telah berlaku
pengurangan di Penyata Bank, tetapi belum ditolak di Buku Tunai.

Jadi, bagi situasi ini, baki siapakah yang lebih? Buku Tunai

4
http://mhdazlan.wordpress.com

Sebab Wujudnya Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata


Bank
c) Kesilapan dalam Buku Tunai

Apabila berlaku kesilapan dalam Buku Tunai (atau Penyata Bank),


perlu dilakukan analisis tambahan mengikut situasi. Terdapat empat
jenis kesilapan yang mungkin berlaku yang perlu difahami pelajar.

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.

1. Terlebih + 3. Terlebih - - +
2. Terkurang + 4. Terkurang -
 

Empat kemungkinan Penyata Bank direkod


kesilapan dalam Buku Tunai dengan betul.

Bagi keempat-empat kesilapan di atas, pelajar mengenalpasti baki siapa yang


lebih, sama ada Buku Tunai atau Penyata Bank.

Situasi 1: Buku Tunai terlebih tambah.


Nilai ringgit bagi suatu item telah terlebih tambah dalam Buku Tunai
berbanding Penyata Bank, jadi baki Buku Tunai melebihi Penyata Bank.

Situasi 2: Buku Tunai terkurang tambah.


Nilai ringgit bagi suatu item telah terkurang tambah dalam Buku Tunai
berbanding Penyata Bank, jadi baki Penyata Bank melebihi Buku Tunai.

Situasi 3: Buku Tunai terlebih tolak.


Nilai ringgit suatu item telah terlebih tolak dalam Buku Tunai berbanding
Penyata Bank, jadi baki Penyata Bank melebihi Buku Tunai.

Situasi 4: Buku Tunai terkurang tolak.


Nilai ringgit suatu item telah terkurang tolak dalam Buku Tunai berbanding
Penyata Bank, jadi baki Buku Tunai melebihi Penyata Bank.

5
http://mhdazlan.wordpress.com

Sebab Wujudnya Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata


Bank
d) Kesilapan dalam Penyata Bank

Kesilapan catatan dalam Penyata Bank juga boleh berlaku, walaupun


biasanya diandaikan maklumat di dalam Penyata Bank adalah bebas
daripada kesilapan.

e) Cek tak layan

Cek tak layan ialah cek yang dipulangkan oleh bank kepada
pelanggannya kerana sebab-sebab tertentu. Di dalam situasi cek tak
layan, peniaga telah merekodkan penerimaan cek itu sebagai
penerimaan dalam Buku Tunai, tetapi bank tidak mengkreditkan
akaun pelanggan.

Buku Tunai Penyata Bank

Dt. Kt. Dt. Kt.


sudah belum
+ +
Secara mudahnya, telah berlaku penambahan dalam Buku Tunai,
tetapi Penyata Bank belum ditambah.

Jadi bagi situasi ini, baki siapakah yang lebih? Buku Tunai

6
http://mhdazlan.wordpress.com

Contoh soalan berjawapan.


Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

Perniagaan Tirai Sutera telah menerima penyata banknya bagi bulan September 2006. Berikut
ialah buku tunai dan penyata banknya untuk bulan tersebut:
Buku Tunai (Ruangan bank sahaja)
Tarikh Butir RM Tarikh Butir No.Cek RM
2006 2006
Sept Sept
1 Hoon Yap 940 1 Baki b/b 2 280
15 Jualan 10 200 3 Indah Bhd 176682 650
23 Lashiny 1 450 5 Syarikat Hazwani 176683 1 800
26 Jualan 3 640 6 Perabot Jaya 176684 960
27 Malia 2 670 6 Belian 176685 1 720
29 Arini 630 8 Kedai Wan Siah 176686 1 060
13 Perniagaan Tina 176687 3 400
18 Gaji 176688 500
23 Belian 176689 730
30 Baki h/b 6 430
19 530 19 530

Penyata Bank
Tarikh Butir Debit Kredit Baki
2006 RM RM RM
Sept 1 Baki b/b 125 Dt
8 Cek 176683 1 800 1 925 Dt
9 Dividen 250 1 675 Dt
12 Cek 176681 845 2 520 Dt
15 Insurans 600 3 120 Dt
16 Deposit 10 200 7 080 Kt
17 Caj bank 30 7 050 Kt
19 Cek 176687 3 400 3 650 Kt
21 Cek 176680 1 310 2 340 Kt
21 Cek 176685 1 720 620 Kt
23 Cek 176686 1 060 440 Dt
24 Buku cek 25 465 Dt
26 Cek 176689 730 1 195 Dt
27 Deposit 2 670 1 475 Kt
28 Cek 176682 560 915 Kt
29 Faedah atas overdraf 150 765 Kt
30 Deposit 1 450 2 215 Kt
Maklumat tambahan:

a) Cek bernombor 176682 yang dikeluarkan kepada Indah Bhd dicatatkan dengan jumlah
yang salah dalam buku tunai.

b) Cek yang diterima pada 29 September 2006 dipulangkan oleh pihak bank dengan tanda
“Rujuk kepada Penyuruh Bayar”.

Sediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006 (tanpa kemaskini Buku Tunai).
7
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

1. Pelajar perlu membandingkan bahagian penerimaan (debit Buku Tunai dibandingkan dengan
kredit Penyata Bank) dan juga bahagian pembayaran (kredit Buku Tunai dibandingkan dengan
debit Penyata Bank) dengan menanda item yang sama.
2. Sila ambil perhatian akan nombor cek. Pembayaran pertama Perniagaan Tirai Sutera pada
bulan September (rujuk sebelah kredit Buku Tunai) ialah cek bernombor 176682, jadi cek
bernombor 176680 dan 176681 di dalam Penyata Bank tidak perlu diambil kira.
3. Untuk cek bernombor 176682, telah berlaku kesilapan dalam Buku Tunai (RM650 berbanding
RM560). Pelajar perlu membuat satu analisis mudah untuk melihat kesan kesilapan tersebut
kepada baki Buku Tunai berbanding baki Penyata Bank.

Buku Tunai (Ruangan bank sahaja)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir No.Cek RM
2006 2006
Sept Sept
1 Hoon Yap 940 1 Baki b/b 2 280
15 Jualan 10 200 3 Indah Bhd 176682  650
23 Lashiny 1 450 5 Syarikat Hazwani 176683  1 800
26 Jualan 3 640 6 Perabot Jaya 176684 960
27 Malia 2 670 6 Belian 176685  1 720
29 Arini 630 8 Kedai Wan Siah 176686 1 060
13 Perniagaan Tina 176687 3 400
18 Gaji 176688 500
23 Belian 176689  730
30 Baki h/b 6 430
19 530 19 530

Penyata Bank
Tarikh Butir Debit Kredit Baki
2006 RM RM RM
Sept 1 Baki b/b 125 Dt
8 Cek 176683  1 800 1 925 Dt
9 Dividen 250 1 675 Dt
12 Cek 176681 
845 2 520 Dt
15 Insurans 600 3 120 Dt
16 Deposit 10 200 7 080 Kt
17 Caj bank 30 7 050 Kt
19 Cek 176687  3 400 3 650 Kt
21 Cek 176680 1310 2 340 Kt
21 Cek 176685  1 720 620 Kt
23 Cek 176686  1 060 440 Dt
24 Buku cek 25 465 Dt
26 Cek 176689  730  1 195 Dt
27 Deposit 2 670 1 475 Kt
28 Cek 176682  560 915 Kt
29 Faedah atas overdraf 150 765 Kt
30 Deposit 1 450 2 215 Kt
8
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

4. Selepas selesai menanda, pelajar hanya memerlukan item yang berbeza (tidak bertanda) di
dalam Buku Tunai dan Penyata Bank untuk dimasukkan ke dalam Penyata Penyesuaian Bank,
jadi perbandingan tadi boleh diringkaskan seperti di bawah.

Buku Tunai (ruangan bank)

Hoon Yap 940 Indah Bhd (kesilapan) 5 90 *


Jualan 3640
Arini (cek tak layan) 630 Perabot Jaya 960
1 Gaji 2 500

Penyata Bank

Debit Kredit

Dividen 250
3
Insurans 600
Caj bank 30
Buku cek 25
Faedah atas overdraf 4 150

Keluarkan semula item-item Buku


Tunai dan Penyata Bank yang
berbeza sahaja (yang tidak ditanda).

Nota: Bagi memudahkan perbincangan penyediaan Penyata Penyesuaian


Bank, ringkasan di atas akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut jenis item (Kumpulan 1 – 5) dan akan diselesaikan satu persatu
nanti.

9
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

5. Sediakan kerangka format Penyata Penyesuaian Bank yang lengkap bagi memudahkan pelajar
mengisi terus item-item yang berkenaan.

CONTOH JAWAPAN 1: Bagi contoh ini, kita akan menyediakan Penyata Penyesuaian
Bank bermula dengan baki Buku Tunai (tanpa kemaskini Buku Tunai).

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006

Baki debit seperti di Buku Tunai 6430

Tambah:

Baki debit atau kredit? Rujuk kepada Baki b/b (akhir) di dalam Buku Tunai.
Tolak:

Baki seperti di Penyata Bank

Buku Tunai (Ruangan bank sahaja)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir No.Cek RM
2006 2006
Sept Sept
1 Hoon Yap 940 1 Baki b/b 2 280
15 Jualan 10 200 3 Indah Bhd 176682 650
23 Lashiny 1 450 5 Syarikat Hazwani 176683 1 800
26 Jualan 3 640 6 Perabot Jaya 176684 960
27 Malia 2 670 6 Belian 176685 1 720
29 Arini 630 8 Kedai Wan Siah 176686 1 060
13 Perniagaan Tina 176687 3 400
18 Gaji 176688 500
23 Belian 176689 730
30 Baki h/b 6 430
19 530 19 530
Okt
1 Baki b/b 6430

10
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

6. Kita akan mula membincangkan tentang penyesuaian yang perlu dilakukan satu-persatu
seperti yang telah dibahagikan sebelum ini. Apakah maksud item-item yang telah kita
kategorikan dalam kumpulan 1? Kita akan membuat analisis mudah.

Buku Tunai (ruangan bank)

Hoon Yap 940


Jualan 3640 Item kumpulan 1 secara
Arini (cek tak layan) 630 mudahnya bermaksud Buku Tunai
1 telah ditambah, Penyata Bank
belum ditambah.
sudah +
Penyata Bank

Debit Kredit
belum +
Analisis: Untuk item Kumpulan 1, baki siapa yang lebih? Sudah tentu baki Buku Tunai
melebihi Penyata Bank (kerana Buku Tunai telah ditambah dengan tiga item tersebut,
Penyata Bank belum ditambah dengan item-item tersebut).

Bagaimana hendak memasukkan item-item kumpulan 1 ke dalam Penyata Penyesuaian


Bank? Rujuk penerangan di bawah.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006

Baki debit seperti di Buku Tunai 6430 baki lebih


Tambah:
Baki Buku
Tunai adalah
lebih
berbanding
Penyata Bank.

Tolak:
kepada

Baki yang lebih


Deposit belum dikreditkan: hendak
Hoon Yap 940 dikurangkan,
Jualan 3640 jadi item-item
tadi perlu
Arini 630
ditolak.

Baki seperti di Penyata Bank baki kurang


11
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

7. Sekarang kita akan membincangkan pula penyelarasan item-item dalam kumpulan 2.

Buku Tunai (ruangan bank)

Perabot Jaya 960


Item kumpulan 2 secara
Gaji 500
mudahnya bermaksud Buku Tunai 2
telah ditolak, Penyata Bank belum
ditolak. sudah -
Penyata Bank

Debit Kredit
belum -
Analisis: Untuk item Kumpulan 2, baki siapa yang lebih? Sudah tentu baki Penyata Bank
melebihi Buku Tunai (kerana Buku Tunai telah ditolak dengan dua item tersebut, Penyata
Bank belum ditolak dengan item-item tersebut).

Bagaimana hendak memasukkan item-item kumpulan 2 ke dalam Penyata Penyesuaian


Bank? Rujuk penerangan di bawah.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006

Baki debit seperti di Buku Tunai 6430 baki kurang


Tambah:
Cek Belum dikemukakan:
Perabot Jaya 960 Baki Buku
Gaji 500 Tunai adalah
kurang
berbanding
kepada

Penyata Bank.
Tolak:
Baki yang
Deposit belum dikreditkan: kurang hendak
Hoon Yap 940 dilebihkan.
Jualan 3640 Jadi item-item
Arini 630 tadi perlu
ditambah.

Baki seperti di Penyata Bank baki lebih


12
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

8. Sekarang kita akan membincangkan penyelarasan item dalam kumpulan 3.

Buku Tunai (ruangan bank)

belum + Item kumpulan 3 secara


mudahnya bermaksud Penyata
Bank telah ditambah, Buku
Penyata Bank Tunai belum ditambah.

Debit Kredit

Dividen 3 250
sudah +
Analisis: Untuk item Kumpulan 3, baki siapa yang lebih? Sudah tentu baki Penyata Bank
melebihi Buku Tunai (kerana Penyata Bank telah ditambah dengan item tersebut, Buku Tunai
belum ditambah dengan item-item tersebut).

Bagaimana hendak memasukkan item-item kumpulan 3 ke dalam Penyata Penyesuaian


Bank? Rujuk penerangan di bawah.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006

Baki debit seperti di Buku Tunai 6430 baki kurang


Tambah:
Cek Belum dikemukakan:
Perabot Jaya 960 Baki Buku
Gaji 500 Tunai adalah
Dividen 250 kurang
berbanding
kepada

Penyata Bank.

Baki yang
Tolak:
kurang hendak
Deposit belum dikreditkan: dilebihkan.
Hoon Yap 940 Jadi item tadi
Jualan 3640 perlu
Arini 630 ditambah.

Baki seperti di Penyata Bank baki lebih


13
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007
9. Sekarang kita akan membincangkan pula penyelarasan item-item dalam kumpulan 4.
Buku Tunai (ruangan bank)

belum -

Penyata Bank

Debit Kredit
Insurans 600
Caj bank 30 Item kumpulan 4
Buku cek 25 secara mudahnya
Faedah atas overdraf 4 150 bermaksud Penyata
Bank telah ditolak, Buku
sudah - Tunai belum ditolak.

Analisis: Untuk item Kumpulan 4, baki siapa yang lebih? Sudah tentu baki Buku Tunai
melebihi Penyata Bank (kerana Penyata Bank telah ditolak dengan item-item tersebut, Buku
Tunai belum ditolak dengan item-item tersebut).

Bagaimana hendak memasukkan item-item kumpulan 4 ke dalam Penyata Penyesuaian


Bank? Rujuk penerangan di bawah.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006


Baki debit seperti di Buku Tunai 6430 baki lebih
Tambah:
Cek Belum dikemukakan:
Perabot Jaya 960
Gaji 500
Dividen 250 Baki Buku
Tunai adalah
lebih
berbanding
kepada

Tolak: Penyata Bank.


Deposit belum dikreditkan:
Baki yang lebih
Hoon Yap 940
hendak
Jualan 3640
dikurangkan.
Arini 630 Jadi item-item
Insurans 600 tadi perlu
Caj Bank 30 ditolak.
Buku Cek 25
Faedah atas overdraf 150

Baki seperti di Penyata Bank baki kurang


14
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

10. Akhir sekali, kita akan membincangkan tentang kesilapan dalam Buku Tunai (Kumpulan 5).

Buku Tunai (ruangan bank)

Indah Bhd (kesilapan) 5 90 *

* Kita lihat semula catatan asal kesilapan tersebut dalam Buku Tunai dan catatan
setara dengannya dalam Penyata Bank. Kita perlu membuat analisis tentang kesan
kesilapan tersebut.

Buku Tunai (ruangan bank)

No. Cek RM
Indah Bhd 176682 650*

Penyata Bank

Debit Kredit
Cek 176682 560

Terdapat perbezaan sebanyak RM90 (seperti tertera di atas). Catatan ini disebelah
kredit Buku Tunai, bermaksud pembayaran. Jadi, ini bermaksud Buku Tunai telah
terlebih tolak RM90 (sepatutnya hanya ditolak RM560, bukan RM650). Akibat
daripada kesilapan ini, baki siapa yang lebih dan baki siapa yang kurang?

Kesilapan ini telah menyebabkan baki Buku Tunai adalah kurang berbanding
Penyata Bank.

Bagaimana hendak memasukkan pelarasan kesilapan ini ke dalam Penyata


Penyesuaian Bank? Rujuk penerangan di halaman berikut.

15
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006


Baki debit seperti di Buku Tunai 6430 baki kurang
Tambah:
Cek Belum dikemukakan:
Perabot Jaya 960
Gaji 500 Baki Buku
Tunai adalah
Dividen 250 kurang
Indah Berhad (kesilapan) 90 berbanding
Penyata Bank.

Baki yang

kepada
Tolak: kurang hendak
dilebihkan,
Deposit belum dikreditkan: amaun
Hoon Yap 940 kesilapan tadi
perlu
Jualan 3640 ditambah.
Arini 630
Insurans 600
Caj Bank 30
Buku Cek 25
Faedah atas overdraf 150

Baki seperti di Penyata baki lebih


Bank

16
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

11. Jawapan akhir soalan ini adalah seperti dibawah.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006


Baki debit seperti di Buku Tunai 6430

Tambah:
Cek Belum dikemukakan:
Perabot Jaya 960 +
Gaji 500
Dividen 250
Indah Berhad (kesilapan) 90
1800

8230
Tolak:
Deposit belum dikreditkan: 940
Hoon Yap 3640
Jualan 630
Arini 600 -
Insurans 30
Caj Bank 25
Buku Cek 150
Faedah atas overdraf
6015

Baki kredit seperti di Penyata 2215


Bank

Rujuk semula soalan. Jawapan akhir (RM2215, kredit) sepatutnya


sama seperti baki akhir Penyata Bank.

**************************
Tamat Contoh Jawapan 1.

17
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

CONTOH JAWAPAN 2: Sekarang kita akan melihat cara menyediakan Penyata


Penyesuaian Bank dengan mengemaskini Buku Tunai (menggunakan soalan yang
sama).

Bagaimanakah mengemaskini Buku Tunai?


Ada beberapa item yang perlu dimasukkan semula ke dalam Buku Tunai. Item-item
tersebut ialah:

1. Baki b/b (akhir) Buku Tunai


2. Item-item yang tidak ditanda oleh pelajar dalam Penyata Bank (item tidak
sama dengan Buku Tunai).
3. Cek tidak layan.
4. Kesilapan Buku Tunai.

Langkah-langkah permulaan untuk menjawab (langkah 1-4) adalah sama seperti


jawapan tanpa mengemaskini Buku Tunai. Perbezaan berikut didapati setelah
selesai menanda di dalam Buku Tunai dan Penyata Bank.

Buku Tunai (ruangan bank)

Hoon Yap 940 Indah Bhd (kesilapan) 90 *


Jualan 3640
Arini (cek tak layan) 630 Perabot Jaya 960
Gaji 500

Penyata Bank

Debit Kredit

Dividen 250

Insurans 600
Caj bank 30
Buku cek 25
Faedah atas overdraf 150

18
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

5. Masukkan semula baki b/b (akhir) Buku Tunai. Rujuk semula soalan.

Buku Tunai (Kemaskini)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir No.Cek RM
2006 2006
Sept 30 Baki b/b 6 430

6. Sekarang, masukkan semula item-item yang tidak ditanda dalam Penyata Bank ke dalam Buku
Tunai. Tambahkan semula item yang telah ditambah di dalam Penyata Bank ke dalam Buku
Tunai. Tolakkan semula item yang telah ditolak di dalam Penyata Bank ke dalam Buku Tunai.

Penyata Bank

Debit Kredit
Dividen 250
Insurans 600
Caj bank 30
Buku cek 25
Faedah atas overdraf 150

Buku Tunai (Kemaskini)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
2006 2006
Sept 30 Baki b/b 6 430 Sept 30 Insurans 600
Dividen 250 Caj bank 30
Buku cek 25
Faedah atas 150
overdraf

19
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

7. Cek tidak layan yang telah direkod sebelum (debit Buku Tunai) ini perlu ditolak semula di
dalam Buku Tunai (kemaskini).

Buku Tunai (Kemaskini)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
2006 2006
Sept 30 Baki b/b 6 430 Sept 30 Insurans 600
Dividen 250 Caj bank 30
Buku cek 25
Faedah atas overdraf 150
Arini (cek tak layan) 630

8. Pelarasan kesilapan Buku Tunai perlu melihat kepada kesan kesilapan tersebut. Seperti
analisis yang telah dibuat sebelum ini, Buku Tunai telah terlebih tolak RM90 (sepatutnya
hanya ditolak RM560, bukan RM650). Jadi, amaun kesilapan ini perlu ditambah semula dalam
Buku Tunai (kemaskini).

Buku Tunai (Kemaskini)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
2006 2006
Sept 30 Baki b/b 6 430 Sept 30 Insurans 600
Dividen 250 Caj bank 30
Indah Bhd 90 Buku cek 25
(kesilapan) Faedah atas overdraf 150
Arini (cek tak layan) 630

9. Kirakan semula baki akhir Buku Tunai (kemaskini).

Buku Tunai (Kemaskini)


Tarikh Butir RM Tarikh Butir RM
2006 2006
Sept 30 Baki b/b 6 430 Sept 30 Insurans 600
Dividen 250 Caj bank 30
Indah Bhd 90 Buku cek 25
(kesilapan) Faedah atas overdraf 150
Arini (cek tak layan) 630
Baki h/b 5335
6770 6770
Okt 1 Baki b/b 5335

20
http://mhdazlan.wordpress.com

Langkah-langkah menjawab.
Soalan dipetik daripada Learning to Score Negeri Perak 2007

10. Setelah mendapat baki akhir Buku Tunai (kemaskini), langkah berikutnya ialah menyediakan
Penyata Penyesuaian Bank. Item-item yang perlu dimasukkan ke dalam Penyata Penyesuaian
bank hanyalah item yang belum lagi dimasukkan ke dalam Buku Tunai (kemaskini).

Buku Tunai (ruangan bank)

Hoon Yap 940 Indah Bhd (kesilapan) 90 * 


Jualan 3640
Perabot Jaya 960
Arini (cek tak layan) 630  Gaji 500

Penyata Bank

Debit Kredit

Dividen 250 
Insurans 600 
Caj bank 30 
Buku cek 25 
Faedah atas overdraf 150 

 = Sudah dimasukkan ke Buku Tunai (Kemaskini)


Sediakan format Penyata Penyesuaian Bank yang lengkap. Untuk contoh ini, jawapan dimulakan
dengan baki Buku Tunai (kemaskini). Jawapan akhir adalah seperti berikut.

Penyata Penyesuaian Bank pada 30 September 2006

Baki debit seperti di Buku Tunai (kemaskini) 5335


Tambah: Cek belum dikemukakan:
Rujuk semula
Perabot Jaya 960
penerangan di
Gaji 500 muka surat 12.

1460

Tolak: Deposit belum dikreditkan: 6795


Hoon Yap 940 Rujuk semula
penerangan di
Jualan 3640 muka surat 11.
(4580)
Baki kredit seperti di Penyata Bank 2215

**************************
Tamat Contoh Jawapan 2.
21

Anda mungkin juga menyukai