Anda di halaman 1dari 8

Ciri-ciri wacana

CIRI-CIRI WACANA

PENUTUR DENGAN TUJUAN YANG


MASYARAKAT MENENTUKAN AYAT
PERSEKITARAN

KAITAN PENUTUR MAKLUMAT TIDAK


DENGAN BOLEH
PENDENGAR BERTENTANGAN

WUJUD DALAM MEMPUNYAI


PELBAGAI UNSUR ANDAIAN DAN
INFERENSI

HARUS ADA
MAKLUMAT BARU
Antara sifat-sifat dalam wacana

Wacana adalah platform penyampaian yang sesuai mengikut keadaan. Terdapat


beberapa ciri-ciri yang perlu wujud dalam sesuatu wacana. Sekiranya salah satu
daripada ciri-ciri yang ada dalam wacana ini tidak wujud, maka penyampaian ini tidak
boleh diertikan sebagai sebuah wacana ataupun wacana ini tidak sampai. Hal ini boleh
berlaku kepada penutur ataupun penerima.

Salah satu daripada cirri-ciri wacana adalah kaitan di antara penutur dengan
masyarakat sekitarnya. Hal ini berkaitan dengan jenis wacana yang digunakan. Penutur
haruslah mengetahui jenis penyampaian yang sesuai dengan masyarakat sekitarnya.
Ianya agak bersangkutan juga dengan laras bahasa. Sekiranya seseorang penutur itu
menggunakan laras bahasa yang tidak bersesuaian dengan keadaan atau masyarakat,
maka maklumat yang ingin disampaikan tidak akan diterima oleh pendengar. Oleh itu,
wacana itu dikira putus atau tidak sampai kepada penerima. Sebagai contoh, seorang
penutur berbual mengenai perubatan ketika sedang bermain bola. Sekiranya perkara ini
berlaku, maka secara sendirinya wacana akan terputus.

Ciri seterusnya adalah setiap penyampaian mestilah mempunyai tujuan yang


menentukan jenis ayat. Ianya beerti, setiap penutur haruslah memiliki tujuan dalam
menyampaikan sesuatu maklumat. Sekiranya, pertuturan itu tidak memiliki tujuan atau
motif yang sesuai dan bermakna, maka pendengar tidak akan mendapat sebarang
maklumat. Selain itu, pendengar juga akan terkeliru dan tidak memahami isi
penyampaian tersebut. Jika keadaan ini berlaku, penyampaian jenis ini tidak dapat
diklasifikasikan sebagai wacana. Setiap wacana mestilah bermakna dan bermotif
supaya penutur dan pendengar saling dapat berinteraksi dengan baik.

Seterusnya adalah perkaitan di antara penutur dengan penerima. Contohnya


adalah perkaitan di antara penutur dengan pendengar serta penulis dengan pembaca.
Bagi penyampaian jenis penutur dengan pendengar, maka wacana jenis lisan adalah
bersesuaian. Sementara bagi penyampaian bagi penulis dengan pembaca, maka
wacana jenis lisan adalah lebih baik. Wacana jenis lisan adalah berupa pengucapan,
perbualan dan lain-lain yang berkaitan dengan penyampaian secara terus. Sebaliknya
bagi wacana jenis penulisan, adalah seperti majalah, buku, novel dan lain –lain yang
menggunakan sistem tulisan sebagai agen penyampaian. Ianya tidak disampaikan
secara terus sebaliknya memerlukan ruang penghadaman maklumat yang tepat.

Selain itu, wacana juga tidak boleh dimuatkan dengan maklumat yang
bertentangan. Hal ini bermaksud, jika terdapat sesuatu penerangan dalam masa yang
sama, maka penerangan lain perlulah menyokong penerangan itu. Seandainya,
terdapat lain-lain penerangan yang bercanggahan dengan tema utama penyampaian
dalam satu-satu masa, maka ianya tidak boleh digolongkan sebagai wacana. Sebagai
contoh, sekiranya ayat mengatakan sesuatu peristiwa itu memang berlaku, sebaliknya
dalam penerangan kedua pula mengatakan bahawa peristiwa itu tidak berlaku. Perkara
begini boleh berlaku sekiranya penyampai tidak benar-benar memahami konsep
penyampaian wacana dengan baik. Sekiranya perkara ini berlaku, maka penyampaian
itu tidak akan dikira sebagai wacana dan maklumat tidak boleh dihadamkan dengan
sempurna.

Ciri seterusnya adalah setiap penyampaian mestilah mengandungi unsur-unsur


seperti susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya.
Dalam istilah lainnya, wacana perlilah mempunyai sistem penyampaian yang tepat.
Penceritaan dalam sesuatu maklumat sememang wajar untuk memiliki ciri-ciri ini.
Seandainya susun atur bagi sesetengah penyampaian tidak tepat, maka penerima tidak
akan dapat menerima maklumat itu dengan tepat dan baik. Oleh itu, penyampaian itu
tidak akan dikira sebagai wacana.

Wacana juga mestilah mempunyai andaian dan inferensi. Untuk menyampaikan


sesuatu maklumat, perkara pertama akan dikira sebagai andaian manakala maklumat
kedua pula dikira sebagai inferensi. Andaian adalah sesuatu pandangan yang
memerlukan keutuhan bukti untuk disampaiakan. Inferensi pula lebih bersifat rumusan
yang benar dan tepat. Jika kedua-dua perkara ini wujud, barulah wacana dapat
disahkan. Seandainya Cuma salah satu sahaja yang hadir dalam urusan penyampaian,
wacana akan dikira tergantung atau terputus. Oleh itu adalah perlu untuk penyampai
bagi menyatakan sesuatu maklumat itu dengan baik supaya wacana tidak terputus
dengan sendirinya.
Akhir sekali adalah berkaitan dengan maklumat baru. Ini bermaksud, ayat yang
telah disahkan kebenarannya dalam ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam
satu wacana. Sebaliknya, penggunaan maklumat dan ayat yang baru mesti digunakan.
Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya pengulangan wacana dan maklumat.
Maklumat yang berulang kali dinyatakan akan menyebabkan wacana tidak menjadi atau
terputus.
c
puislanw
Jenis-jenis wacana
Wacana terdiri daripada pelbagai gaya yang sering digunakan. Terdapat dalam
Sembilan jenis-jenis wacana yang sering digunakan. Penggunaan wacana yang
berbeza-beza adalah perlu untuk menentukan kesesuaian dan memenuhi keutuhan
wacana itu sendiri. Penggunaan wacana mestilah sesuai mengikut keadaan dan situasi
di antara penutur dengan penerima. Dengan itu, penyampaian maklumat akan dapat
disampaikan tanpa berlakunya masalah ketidaksampaian wacana.

Antara jenis wacana yang wujud adalah wacana lisan. Wacana jenis ini
disampaikan secara lisan di antara penutur dengan penerima. Ia juga turut disebut
sebagai wacana interaktif. Wacana jenis ini lebih mudah diterima dan difahami oleh
penerima. Namun begitu, wacana lisan juga perlu disampaikan secara berhati-hati. Hal
ini kerana, sekiranya berlaku kesalahan dalam penyampaian maka wacana tidak akan
sampai kepada penerima. Antara contoh wacana lisan adalah pertuturan dan perbualan
seharian.

Seterusnya adalah wacana tulisan. Wacana tulisan disampaikan melalui medium


bertulis dan berkaitan dengan simbol pertuturan. Wacana ini adalah lebih tersusun dan
jarang berlaku kekalutan dalam penyampian maklumat. Biasanya, wacana penulisan
akan disampaikan dengan baik dan tersusun oleh penulis. Dengan itu, pembaca akan
lebih senang untuk menerima maklumat. Dalam penyampaian jenis ini juga, jarang
berlaku ketidaksampaian wacana. Antara contoh wacana tulisan adalah, novel, artikel,
majalah dan lain-lain yang berkaitan dengan penulisan bercetak.

Wacana seterusnya adalah wacana langsung. Wacana jenis ini adalah lebih
terbatas terutama oleh intonasi atau pungtuasi. Ianya turut berlaku dalam unsur lisan
atau percakapan namun lebih teliti. Selalunya wacana langsung berlaku dalam majlis-
majlis formal yang melibatkan penyampaian secara jelas. Sekiranya berlaku
ketidaksampaian wacana, maka ianya boleh memberi kesan kepada penyamapai.
Dalam situasi wacana langsung, penyampaian yang sempurna dan teratur adalah
begitu dipentingkan. Antara contoh wacana jenis ini adalah seperti pengucapan umum,
pidato, ceramah, forum dan lain-lain yang melibatkan kemahiran penyampaian
berformat.
Selain wacana langsung, wacana tidak langsung juga turut dikira sebagai jenis-
jenis wacana. Wacana ini adalah pengungkapan kembali wacana, tanpa mengutip
harfiah kata-kata yang dipakai oleh penyampai dengan pembinaan gramatikal atau kata
tertentu seperti bahawa dan sebagainya. Ianya lebih bertujuan untuk mengulang
kembali wacana supaya wacana itu lebih jelas. Sebagai contoh, seorang penyampai
memetik maklumat dari wacana langsung kemudian menukarnya ke dalam bentuk
pertuturan biasa. Dengan itu, maklumat akan lebih mudah disampaikan kepada
pendengar atau penerima.

Seterusnya adalah wacana pembentangan. Wacana ini tidaklah terikat dengan


waktu dan penutur sebaliknya terus berorientasikan kepada pokok pembicaraan serta
bahagian-bahagian yang diikat secara logik. Ini bermakna, wacana jenis ini sangat
mementingkan kepada isi penyampaian. Wacana pembentangan tidaklah berlaku
secara formal atau terikat kepada mana-mana bahagian, sebaliknya lebih bersifat perlu
dan bermakna. Dengan ini maklumat akan disampaikan terus kepada penerima tanpa
memerlukan penghadaman maklumat. Antara contoh wacana pembentangan, adalah
sesi pembentangan, taklimat dan sebagainya.

Selain itu adalah wacana penuturan. Wacana ini sangat mementingkan urutan
waktu, dituturkan oleh orang pertama atau orang ketiga dalam waktu tertentu,
berorientasikan kepada pelaku, dan seluruh bahagiannya diikat oleh kronologi. Wacana
jenis ini juga boleh dikira sebagai penyampaian kepada penyampaian yang lain.
Wacana penuturan juga adalah lebih rumit dan teliti berbanding dengan wacana jenis
lain.

Wacana seterusnya adalah wacanan prosa. Wacana ini harus disampaikan


melalui unsur prosa. Namun begitu, wacana prosa boleh berlaku dalam wacana lisan,
tulisan, langsung, tidak langsung, serta dalam bentuk pembentangan dan penuturan.
Wacana ini adalah yang paling mudah dan langsung tidak terikat kepada mana-mana
tanggungan wacana. Namun begitu, penerima haruslah dapat menerima maklumat
dengan jelas. Dengan itu, barulah wacana ini boleh digolongkan dalam jenis-jenis
wacana.
Wacana puisi juga turut tergolong dalam jenis-jenis wacana. Wacana jenis ini
disampaikan melalui puisi sama ada dalam lisan atau tulisan. Pada kebiasaannya,
penerima akan lebih sukar untuk memahami atau menghadam maklumat melalui
wacana ini. Penerima mestilah peka untuk menerima maklumat daripada wacana puisi.
Antara contoh wacana puisi adalah sajak, pantun, seloka, gurindam dan lain-lain
kesenian puisi.

Akhir sekali adalah wacana drama. Wacana ini hanya disampaikan dalam bentuk
drama, dialog dan sebagainya. Ianya turut boleh dilakukan dalam bentuk lisan dan
tulisan. Kemahiran penyampai akan membantu keutuhan wacana drama. Sekiranya
penyampai tidak terlalu baik, maka wacana akan mudah terpurus seterusnya
mendatangkan tanda tanya kepada penerima.

Anda mungkin juga menyukai