Anda di halaman 1dari 31

1.

0 Pendahuluan

Dari sudut kajian antropologi, kewujudan negara muncul daripada keinginan manusia ingin
bekerluarga. Daripada sebuah keluarga, akan wujudnya suku kaum iaitu gabungan beberapa
keluarga yang mempunyai talian darah. Daripada gabungan ini akan menyebabkan wujudnya
penempatan tetap dan secara tidak langsung ia akan mewujudkan konsep hak milik. Sejak dari
dahulu lagi kegiatan pertanian, penternakan, pemburuan dan perikanan telah dijalankan untuk
mendapatkan keperluan asas untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga dan perkara-perkara
inilah yang akan mendorong kepada konsep hak milik seperti wilayah pemburuan, petempatan
dan sebagainya. Jadi tuntutan hak milik untuk setiap gabungan suku kaum ini sudah pastinya
akan menghasilkan konflik dan persaingan di dalam sebuah kawasan penempatan. Maka,
suatu peraturan akan dibina dan secara tidak langsung sebuah organisasi akan dibina untuk
membuat dan memastikan peraturan itu dilaksanakan dan akhirnya sebuah kerajaan akan
muncul.

Harold Laski menekankan bahawa kerajaan merupakan suatu institusi yang terdapat
dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah 1. R.M. Maclaver pula
mendefinisikan kerajaan sebagai suatu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem
peraturan ke atas masyarakat 2. Di sini dapat kita simpulkan bahawa kerajaan merupakan
badan atau lembaga yang terdapat dalam sesebuah negara. Kerajaan ini akan merumuskan
dan melaksanakan dasar-dasar negara yang merangkumi yang merangkumi semua badan
yang terlibat dalam membuat, melaksana dan menginteprasikan semua dasar negara.

Setiap negara pada amnya akan mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu mempunyai
wilayah, rakyat, kedaulatan, dan juga pemerintah. Setiap negara akan mempunyai tujuan yang
sama iaitu mendapatkan kesejahteraan seisi negara. Apa yang akan membezakan setiap
negara itu ialah apakah cara dan langkah-langkah yang diambil oleh negara untuk mencapai
matlamatnya. Kerajaan yang ditubuhkan akan memikul tanggungjawab mentadbir dan
memerintah setiap negara. Pengelasan dan penjenisan kerajaan telah dilakukan sejak zaman
dahulu lagi. Contohnya Plato dan Aristotle telah membahagikan bentuk pemerintahan kepada
beberapa prinsip. Sekiranya kuasa negara dipegang oleh satu orang sahaja ianya dipanggil
monarki; sekiranya kuasa dipegang oleh beberapa orang ianya dipanggil Aristokrasi; dan
sekiranya kuasa negara dipegang oleh orang ramai, iainya dipanggil politik. Menurut Plato,
pemerintahan yang idel ialah pemerintahan yang diuruskan oleh oleh raja yang berpengetahuan
1
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2003, hlm 325.
2
Ibid, hlm 326.

1
dan semua peraturan yang diuruskan olehnya akan dituruti semula tanpa dipersoalkan
sebaliknya, di negara yang tidak mempunyai monarki yang ideal, negara serta pemerintahan
akan menjadi zalim kerana rakyat tidak meyakini corak pemerintahan sedia ada, dan oleh yang
3
demikian mereka tidaka akan mematuhi pemerintahan yang diperkenalkan . Kemudian
Aristotle telah menyambung isu pengelasan dan penjenisan bentuk pemerintahan ini kepada
4
dua jenis iaitu “biasa” dan “dicemarkan” . Beliau berpendapat bahawa pemerintahan biasa di
dalam monarki adalah pemerintahan yang berpandukan kepada undang-undang dan keadilan.
Pemerintahan sebaliknya iaitu pemerintahan yang dicemarkan iaitu pemerintahan yang zalim
dan tidak berlandaskan undang-undang dan keadilan akan digelar pemerintahan berbentuk
Tirani. Pemerintahan Aristokrasi menurut Aristotle adalah biasa dan ia merupakan kuasa yang
dipegang oleh beberapa orang akan tetapi mereka menitikberatkan kepentingan rakyat. Apabila
ia dicemarkan, maka akan wujudlah pemerintahan berbentuk Oligarki. Di dalam pemerintahan
ini, negara akan diperintah oleh beberapa orang yang tamakkan kuasa, tidak memeberikan
kebebasan rakyat malahan rakyat akan terus tertindas. Pemerintahan bercorak politik
merupakan yang paling sesuai jika dibandingkan degan jenis-jenis pemerintahan yang lain.
Apabila dicemarkan, ia akan menjadi Demokrasi yang mana menurut Aristotle ialah
pemerintahan di bawah kuasa “mob” atau perusuh.

Selepas ini, kita akan melihat tiga jenis bentuk kerajaan iaitu kerajaan monarki,
demokrasi dan juga totalitarian.

2.0 Kerajaan Monarki

3
Ibid, hlm 334
4
Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, Shah Alam, Biroteks Institut Teknologi Mara, 1986, hlm 71

2
2.1 Definisi Kerajaan Monarki

Perkataan atau istilah monarki berasal daripada dua perkataan, iaitu mono (bermaksud
satu) dan cracy (pemerintahan) 5. Selain itu terdapat satu lagi definisi yang berbeza
namun mempunyai asal usul istilah Monarki iaitu istilah monarki berasal daripada
perkataan Latin “monos” yang bermaksud satu dan “archein” yang bermaksud
memerintah 6. Namun begitu kedua-dua istilah ini tetap membawa maksud yang sama
iaitu satu pemerintah. Maka, istilah “monarki” ini digunakan oleh pengkaji sejarah dan
pemikir politik untuk menerangkan corak pemerintahan yang dijalan dan dijayakan oleh
seorang pemerintah. Jadi, secara tidak langsung kita dapat mengertikan bahawa konsep
monarki bererti kerajaan di bawah seorang raja atau negeri yang diperintah oleh
seorang raja.

Monarki atau sistem pemerintahan beraja melambangkan kemegahan seseorang


seseorang sebagai simbol dan kedaulatan sesebuah negara. Kerajaan ini dikatakan
merupakan kerajaan yang paling awal diwujudkan.

2.2 Ciri-ciri Kerajaan Monarki

Seperti yang telah dibincangkan seperti di atas, kerajaan monarki akan diperintah oleh
seorang Raja. Di dalam bentuk kerajaan monarki, kesemua jentera-jentera kerajaan
berjalan di bawah telunjuk satu orang yang selalunya bergelar “ruler” atau “raja”. Tiap-
tiap undang-undang adalah di bawah kelulusannya dan dialah sumber kedaulatan,
pemegang kuasa yang mutlak dan tidak terbatas 7. Di dalam sejarah negara yang
mempunyai pemerintahan bentuk Monarki, mempunyai asal-usulnya sendiri. Raja yang
memerintah dilantik oleh rakyat dan selepas itu pemerintahan ini diwarisi oleh
keturunannya dari satu zaman ke satu zaman 8. Kebiasaannya, takhta raja ini akan
diambil alih oleh anak lelaki sulung. Takhta raja akan diambil oleh orang lain apabila
seorang raja itu apabila ada kekosongan seperti bersara atau berlaku kematian 9.
Seorang raja di dalam sistem pemerintahan monarki memiliki kuasa mutlak. Pemerintah-
10
pemerintah atau raja ini dikatakan mempunyai asal-usul daripada Tuhan . Misalnya,
Raja Nepal dipercayai adalah penjelmaan semula Dewa Vishnu dan Raja Jepun pernah
5
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 377.
6
Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik , hlm 73.
7
Ibid.
8
Ibid, hlm 74.
9
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 377.
10
Ibid.

3
dianggap sebagai anakanda Dewa Matahari oleh rakyat masing-masing. Oleh itu,
mereka dipercayai oleh rakyatnya bahawa rakyat bahawa raja mempunyai beberapa
keistimewaan dari segi kuasa yang dikatakan ghaib. Kenyataan ini dikuatkan lagi
dengan soal keturunan bahawa takhta hanya akan diwarisi oleh keturunan raja itu
sahaja, maka hak menaiki takhta itu tidak dapat dipindai kepada mereka yang bukan
berasal daripada kerabat diraja. Kuasa mereka juga adalah menyeluruh dan melibatkan
semua lapangan kehidupan manusia seperti hal-hal ekonomi, politik, kehakiman,
malahan bertindak sebagai pendeta agama. Kuasa istimewa mereka juga seringkali
dikatakan digunakan untuk menentukan kejayaan sesebuah negara itu. Kejayaan dan
kegagalan di negara-negara tertentu adalah akibat daripada pengaruh kuasa ghaib raja
tersebut. Rakyat yang hidup di bawah sistem kerajaan ini diwajibkan untuk mentaati raja
tersebut serta tunduk kepada segala kehendaknya. Walaupun seseorang raja itu kejam,
namun begitu rakyat haruslah tunduk kepada raja tersebut dan hanya Tuhan sahaja
yang mempunyai kuasa atau hak untuk menarik balik jawatan tersebut 11.

Selain itu, di dalam pemerintahan beraja, sebuah negara juga dianggap sebagai
12
satu keluarga besar dan raja pula dianggap sebagai bapa negara . Rakyat pula
dikehendaki mentaati raja seperti seorang anak taat kepada bapanya.

Terdapat tiga jenis corak kerajaan monarki. Corak yang pertama ialah jenis
monarki zaman silam. Ia bercorak mutlak dan dipercayai oleh rakyat ia mempunyai ciri-
13
ciri ketuhanan . Raja ini berfungsi seperti pemerintah utama negara dan mengetuai
semua jawatan pemerintahan. Hal ini seperti yang berlaku pada Raja Jepun yang
dibincangkan sebelum ini. Raja jenis ini akan bertindaak sebagai ketua tentera dan
kerap kali mengetuai pasukan tenteranya semasa berperang selain berfungsi sebagai
pendeta agama dan juga memegang jawatan sebagai ketua hakim.

Kerajaan monarki jenis yang kedua ialah raja yang bercorak mutlak. Raja jenis
ini juga dikatakan mempunyai ciri-ciri ketuhanan serta memainkan peranan sebagai
pemerintah sepertimana jenis yang pertama. Namun, perkara yang membezakannya
14
dengan raja zaman silam ialah penggunaan kuasa paksaan untuk memerintah .
Kebiasannya, corak pemerintahan ini muncul apabila seorang pahlawan atau orang
besar mengambil alih pemerintahan negara dengan mengalahkan raja yang sedia ada.
11
Ibid, hlm 378.
12
Ibid.
13
Ibid, hlm 379.
14
Ibid.

4
Disebabkan tiadanya pengiktirafan yang rasmi, maka pemerintah baru ini akan
memberitahu rakyat bahawa dia diberi mandat oleh Tuhan untuk memerintah. Raja yang
baru ini akan menggunakan kekerasan untuk mendapatkan pengiktirafannya sebagai
pemerintah yang baru. Contoh bagi pemerintahan jenis ini ialah seperti yang berlaku
semasa zaman Yunani Klasik apabila berlakunya perang Peloponnesian (431-404 S.M)
15
. Namun begitu, di dalam rujukan yang lain pemerintahan jenis kedua ini diterjemahkan
16
sebagai nama lain. Jenis yang kedua ini dikatakan berbentuk Tirani . Di dalam rujukan
ini juga jenis pemerintahan pertama diklasifikasikan sebagai Monarki mutlak dan juga
Monarki zaman silam.

Jenis Monarki yang ketiga pula ialah raja yang disahkan kedudukannya sebagai
pemerintah oleh golongan gereja atau agama. Hal ini terjadinya disebabkan faktor
kekuatan dan pengaruh agama terutamanya Kristian Katolik dan juga Islam. Nilai-nilai
kesucian yang terdapat di dalam kitab-kitab suci agama tersebut dijadikan asas
17
pemerintahan negara . Raja-raja akan diberi tanggungjawab untuk membela agama
tersebut di dalam negara. Di dalam sistem monarki jenis ini, kiai-kiai atau paderi-paderi
akan menghadiri upacara pertabalan raja dan doa akan dibacakan agar pemerintahan
18
raja tersebut akan direstui . Oleh kerana agama merupakan suatu perkara penting
dalam hidup dan ia berpengaruh, kebanyakan raja-raja di negara seperti Perancis,
Jerman, Bohemia, Poland, Austria-Hungary dan Rusia telah mengamalkan sistem
monarki jenis ini. Namun begitu, hanya Rusia yang mampu mengekalkan sistem ini
sehinggalah digulingkan menerusi pemberontakan Bolshevik pada tahun 1919.

Akhir sekali, pemberontakan dan tindakan-tindakan penggulingan yang berlaku


di serata pelosok dunia telah menamatkan sistem monarki mutlak . Ciri-ciri ketuhanan
19
pula dikurangkan dan diketepikan . Sebagai contoh, Maharaja Hiroto di Jepun telah
dipaksa untuk menafikan bahawa beliau bukanlah anakanda kepada Dewa Matahari
oleh General MacArthur selepas Jepun menyerah kalah pada 1945. Di Sepanyol dan
England pula, misalnya kuasa yang dahulunya dipegang oleh Monarki diambil alih oleh
golongan bangsawan atau badan-badan perundangan yang terdiri daripada rakyat jelata

15
Ibid.
16
K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur, 1988, hlm 159.
17
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 379.
18
Ibid.
19
K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 160.

5
20
. Kuasa mutlak yang diamalkan oleh kerajaan Monarki telah luput, dan pada waktu ini
muncullah satu lagi jenis pemerintahan sistem beraja iaitu Raja Berperlembagaan. Di
dalam konsep raja berlembagaan ini, kuasa seperti agama dan adat istiadat masih
dimiliki namun begitu kuasa kehakiman, perundangan dan pemerintahan telah diambil
alih dan diberikan kepada badan-badan pemerintah yang baru iaitu badan kehakiman,
badan perundangan dan birokrasi. Kini, masih banyak negara yang mengamalkan
sistem pemerintahan beraja namun begitu kuasa mereka tidak lagi mutlak, tetapi
terbatas dan bertindak sebagai simbolik sahaja.

2.3 Kelebihan Kerajaan Monarki


Kekuatan pertama yang dapat dilihat daripada sistem kerajaan monarki ialah corak
pemerintahan ini didapati mudah untuk diuruskan terutamanya di negara yang sedang
mengalami perubahan dan pembangunan. Hal ini adalah kerana corak pemerintahan ini
sesuai untuk melatih rakyat supaya patuh kepada kerajaan dan juga undang-undang.
Selain itu, para antroplogis juga menyifatkan cara pemerintahan ini sebagai paling
berkesan untuk memerintah kawasan yang luas kerana seseorang raja itu disanjung
21
oleh rakyat . Contoh yang paling baik ialah apabila kejayaan empayar-empayar besar
seperti Mesir, Parsi, China memperoleh kejayaan yang baik di zaman silam.
Selain itu juga sistem monarki juga mampu menjadi sebagai pemangkin dan alat
perpaduan rakyat. Peranan ini adalah amat penting untuk menyatu padukan negara dan
mampu menjadikan sesebuah negara itu kuat untuk bersaing dan menghadapi ancaman
dari luar. Contohnya, semasa era perang di antara Jepun dan China, Maharaja Meiji
jepun telah berjaya menaikkan semangat tentera Jepun untuk mara dan menjadi kuasa
besar dunia ketika era perang dunia kedua. Hal ini adalah kerana setiap rakyat di dalam
negara akan mentaati setiap kata-kata yang lahir dari raja tersebut. Raja juga pada
masa ini mampu menjadi agen pemangkin semangat nasionalisme di dalam negara
tersebut. Sehinggakan rakyat jepun suatu masa dahulu menganggap mereka akan
diingati sebagai perwira apabila mereka mati di medan perang.
Kelebihan ketiga yang dapat dilihat ialah raja yang berjiwa moden mampu
mendatangkan perubahan dan juga pemodenan kepada negara. Hal ini kita boleh
melihat dari contoh kejayaan penawanan Melaka oleh Portugis. Raja Portugis pada
masa itu menggalakkan rakyatnya belayar dan mencari kejayaan melalui strategi 3G
iaitu God (agama) , Glory (kejayaan) dan Gospel (kemegahan). Melalui kejayaan ini,
20
Ibid, hlm 161.
21
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 378.

6
akhirnya Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis. Selain itu peranan Raja Meiji di
Jepun, Raja Mongkut, dan Raja Chulalonkorn di Thailand juga merupakan antara raja
yang memainkan peranan sebagai agen pemodenan kepada negara.
Seterusnya raja yang baik seperti mempunyai kebijaksanaan dan pengalaman
untuk memimpin negara juga merupakan salah satu kelebihan sistem monarki. Sebagai
contoh, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400 yang
kemudiannya jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Parameswara yang juga Sultan
Melaka pertama telah menjalankan tugas pentadbiran yang baik sehinggakan Melaka
telah menjadi sebuah kawasan perdagangan dan pusat perniagaan yang terkemuka di
seluruh dunia. Corak pemerintahan yang terbentuk yang diasaskan oleh Parameswara
adalah sangat teratur dan tersusun. Ini telah mewujudkan kestabilan dan rasa selamat di
dalam negeri. Pedagang-pedagang rasa selamat dan mula datang beramai-ramai untuk
berdagang di Melaka. Dasar-dasar yang bijak yang diikuti oleh Parameswara dan
sultan-sultan Melaka membolehkan Melaka berkembang dan menandingi pelabuhan-
22
pelabuhan lain di kawasan gugusan Kepulauan Melayu . Selain itu, apabila seorang
sahaja memerintah suatu kawasan itu, maka adalah lebih mudah untuk menguruskan
sesebuah negara itu. Para antropologis menyifatkan cara pemerintahan monarki paling
berkesan untuk memerintah kawasan yang luas kerana mereka disanjung tinggi oleh
rakyat 23.
Akhir sekali, seorang raja juga mampu menjadikan sesebuah negara itu bebas
dan aman serta tidak dibelenggu oleh ancaman luar. Sebagai contoh, kebijaksanaan
Parameswara menjalinkan hubungan dengan negara lain telah menyebabkan Melaka
bebas dari ancaman Siam suatu ketika dahulu. Apabila Siam cuba menyerang Melaka
pada tahun 1421, Laksamana Cheng Ho telah memeberikan amaran kepada Siam
24
.Akhirnya Melaka bebas dari ancaman Siam pada ketika itu.

2.4 Kelemahan Kerajaan Monarki


Kelemahan sistem ini juga mempunyai beberapa keburukannya. Kelemahan yang
pertama ialah jika sesebuah negara itu diperintah oleh seorang raja yang tidak cekap, ia
akan menyebabkan sesebuah negara itu hancur dan mudah ditakluki oleh negara asing.
Sebagai contoh, kita melihat rentetan peristiwa yang terjadi kepada zaman kejatuhan
Melaka apabila sultan terakhir di Melaka iaitu Sultan Mahmud telah menyebabkan
22
Sheela Ibrahim, Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm 11.
23
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 378.
24
Sheela Ibrahim, Sejarah Perkembangan Negara, hlm 13.

7
Melaka yang dahulunya sebuah pelabuhan yang pesat akhirnya jatuh ke tangan
Portugis pada tahun 1511. Pengurusan yang tidak cekap di dalam pentadbiran akhirnya
telah membawa kepada kehancuran.
Kelemahan yang kedua ialah oleh kerana seorang raja di dalam sistem monarki
mempunyai kuasa yang mutlak, maka ia mudah bertukar menjadi pemerintahan yang
zalim kerana tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan. Akhirnya, negara yang
memliki raja yang zalim seperti ini akan menghadapi zaman huru hara dan akan
digulingkan oleh rakyat itu sendiri. Sebagai contoh, pekara yang telah berlaku di Rusia.
25
Raja telah digulingkan oleh pemberontakan Bolshevik pada tahun 1919 . Dengan
terjadinya perubahan-perubahan sosial di Eropah, termasuk revolusi Perancis,
kedudukan raja mutlak mula tergugat.
Selain itu, corak pemerintahan ini menambahkan jurang perbezaan antara
golongan miskin dan yang kaya. Hal ini berlaku kerana raja mutlak tidak akan
mengambil kisah akan kebajikan rakyat dan rakyat tidak mempunyai peluang untuk
menyuarakan kehendak mereka. Menurut konsep raja mutlak, seseorang raja itu
haruslah ditaati walaupun perkara itu dengan jelas mungkin menyukarkan hidup rakyat
seperti mana seorang anak mentaati bapanya. Tambahan pula adanya sistem monarki
yang menekankan seorang raja itu mempunyai kaitan dengan Tuhan. Dengan ini, rakyat
tidak akan dapat menyuarakan pendapat mereka di dalam apa jua bidang.
Akhir sekali, corak pemerintahan raja atau sistem monarki pada masa kini akan
dianggap tidak lagi relevan. Hal ini kerana dunia kini sedang bertarung dengan
kehidupan globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Selain itu, terdapat banyak masalah
yang perlu dihadapi oleh sesebuah negara pada masa kini, jadi untuk sesebuah negara
yang sedang menghadapi pelbagai cabaran, adalah tidak relevan lagi ia diperintah oleh
seorang pemimpin mutlak sahaja memandangkan perkara in perlu diselesaikan
bersama.

3.0 Kerajaan Demokrasi

3.1 Definisi Kerajaan Demokrasi


Perkataan demokrasi berasal dari perkataan Latin “demos” yang bermaksud rakyat dan
26
“kratos” yang bermaksud pemerintahan . Beberapa orang tokoh dan pemerintah

25
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 380.
26
Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, hlm 76.

8
terkenal telah memberikan pengertian mengenai maksud dan definisi demokrasi.
Antaranya, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln telah mengatakan
27
demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat . James
28
Bryces pula mengatakan ia merupakan satu corak pemerintahan . Daripada definisi ini,
terdapat beberapa rumusan mengenai pengertian definisi demokrasi. Demokrasi
ditakrifkan sebagai satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat
29
mengemukakan kehendak mereka tanpa sebarang sekatan . Selain itu, terdapat juga
definisi yang ringkas seperti kerajaan oleh rakyat untuk rakyat, satu bentuk kerajaan di
mana pemerintah bertanggungjawab ke atas orang yang diperintah atau kerajaan
30
daripada perbincangan . Walaupun ada yang mengatakan bahawa definisi ringkas ini
tidak sesuai dan tidak menyeluruh, namun begitu, sebahagiannya termasuk di dalam
apa yang dipanggil demokrasi. Definisi yang terakhir pula menekankan bahawa kerajaan
demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat bekerjasama untuk menjayakan
31
kepentingan bersama . Di sini dapat kita dapat kita simpulkan bahawa demokrasi
bermaksud sebuah pemerintahan oleh rakyat yang mana kepentingannya adalah untuk
rakyat serta rakyat dan kerajaan yang dipilih mempunyai tanggungjawab terhadap
negara mereka.
Greek Purba merupakan (abad keempat S.M) merupakan negara yang pertama
mengasaskan corak pemerintahan ini 32. Ia tidak mendapat sambutan seterusnya kerana
dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang tidak stabil. Sistem pemerintahan
Demokrasi ini diperkenalkan semula akibat pengaruh Perang Salib. Pasukan-pasukan
tentera dari Eropah terdedah kepada corak pemerintahan demokrasi, iaitu sistem
khalifah yang telah diamalkan oleh orang Islam. Namun, corak pemerintahan ini menjadi
popular selepas berlaku revolusi dan pemberontakan mengatasi sistem monarki
terutamanya di bahagian Eropah. Selain itu, demokrasi juga muncul akibat daripada
proses evolusi masyarakat yang berlaku. Perkara yang penting dalam pertumbuhan
demokrasi ialah pembangunan teknologi yang banyak mempengaruhi ekonomi dan
perubahan sosial. Perubahan-perubahan ini telah menyaksikan rakyat di dalam
sesebuah negara tidak lagi percaya bahawa raja itu wujud sebagai jelmaan tuhan
sebaliknya mereka sudah bijak dan mampu berfikir secara logik.
27
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 414.
28
Ibid, hlm 415.
29
Ibid.
30
Ibid.
31
Ibid, hlm 416.
32
K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 22.

9
3.2 Ciri-ciri Kerajaan Demokrasi
Untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi, beberapa
syarat atau ciri-ciri perlu ada. Seperti yang telah dibincangkan seperti di atas, nyata
sekali demokrasi merupakan satu sistem yang mementingkan kehendak, pendapat, dan
pandangan rakyat itu sendiri. Jadi, ciri-ciri pertama yang perlu ada di dalam sistem
pemerintahan demokrasi ialah pemerintahan secara perwakilan. Tujuan untuk melantik
sebuah badan perwakilan adalah untuk mencapai keputusan muktamad tentang soal-
soal pokok serta dasar-dasar awam sesebuah masyarakat. Keputusan yang melibatkan
rakyat jelata biasanya dibuat di dewan perwakilan atau dewan perundangan. Namun
yang demikian, tidak semestinya setiap suara rakyat itu akan dibincangkan di dewan-
dewan tersebut dan perkara ini akan dibincangkan di dalam tajuk kelemahan sistem
demokrasi. Apabila seseorang wakil rakyat itu dipilih melalui cara perwakilan ini, maka
secara tidak langsung, ia akan mewujudkan konsep tanggungjawab atau “akauntabiliti”
iaitu wakil rakyat akan bertanggungjawab terhadap atas segala keputusan dan rakyat
juga akan bertanggungjawab atas segala keputusan yang mereka suarakan.
Ciri-ciri yang kedua ialah adanya pilihanraya dan pemerintahan majoriti di dalam
sistem kerajaan demokrasi. Demokrasi menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah
33
dipilih secara terbuka berdasarkan kelayakan dan peraturan pencalonan . Undang-
undang pilihanraya kebiasaannya adalah ketat dan hanya orang-orang yang memenuhi
syarat sahaja boleh mengundi atau bertanding dalam pilihanraya. Diantara kelayakan-
kelayakan yang biasanya diletakkan dalam undang-undang pilihanraya ialah kelayakan
warganegara, umur, prestasi calon, keadaan kesihatan dan lain-lain. Para pengundi juga
diletakkan beberapa syarat seperti bermastautin, kebolehan membaca dan menulis. Di
dalam amalan demokrasi, setiap pengundi bebas mengundi siapakah wakil rakyat
mereka dan dalam masa yang sama setiap pengundi mempunyai hak yang sama iaitu
satu orang satu undi. Contohnya, di Malaysia, hak pengundi adalah bagi mereka yang
berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.
Selanjutnya, ciri-ciri sistem kerajaan demokrasi yang ketiga ialah pengiktirafan
kebebasan minoriti. Kebebasan semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk
34
menegakkan demokrasi . Aspek utama di dalam sistem kerajaan demokrasi ialah
jaminan–jaminan hak asasi golongan minoriti. Konsep minoriti melambangkan satu

33
K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 25.
34
Ibid, hlm 26.

10
kelompok atau satu kategori individu yang mempunyai kurang dari setengah jumlah
35
penduduk yang ditentukan . Namun begitu, di dalam persoalan minoriti, beberapa
aspek perlu diambil kira seperti etnik, bahasa, bangsa, politik dan ras. Selain itu,
minority juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang kumpulan yang menganggap diri
mereka dan juga dianggap oleh kelompok dominan sebagai unik atas dasar ciri-ciri
fizikal, ekonomi dan lain-lain. Jadi, kebebasan kepada golongan minoriti ini bertujuan
untuk menjaga hak asasi golongan minoriti. Contohnya, perlembagaan Amerika Syarikat
menekankan “kongres tidak boleh membuat undang-undang berkenaan dengan agama
atau mengharamkan sebarang pertubuhan, atau menyekat hak bersuara, atau hak
menerbitkan, atau hak berkumpul, atau membuat pungutan suara mengenai pengaduan
36
menggantikan kerajaan” . Begitu juga dengan (Part II Fundamental Liberties) yang
37
menjamin beberapa hak asasi kepada rakyat daripada golongan minoriti . Contoh
yang dapat kita lihat di Malaysia ialah kebebasan beragama kepada setiap rakyat.
Seperti yang diketahui, di Malaysia terdapat banyak agama yang diamalkan seperti
Islam (agama rasmi), Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Di sini, setiap rakyat
bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
Ciri-ciri yang keempat pula ialah persamaan (equality). Di dalam konsep
persamaan, terdapat pelbagai jenis persamaan iaitu persamaan di dalam undang-
undang, persamaan peluang, persamaan dalam harta milik dan persamaan perlakuan.
Persamaan di dalam undang-undang bermakna seseorang itu setaraf dengan orang lain
38
dari segi undang-undang . Ini bermakna tiap-tiap individu akan menerima hukuman
serta ganjaran yang sama berpandukan kepada undang-undang masyarakat berkenaan.
Hal ini bermaksud tiadanya hak-hak istimewa bagi kelas-kelas sosial yang tertentu.
Persamaan peluang pula mempertahankan dua prinsip iaitu kehendak individu secara
am dijamin dan peluang menggunakan kesempatan sepenuhnya dalam hak-hak seperti
peluang pelajaran, menggunakan sumber ekonomi dan juga menikmati semua
kemudahan awam yang lain. Selain itu, terdapat juga jaminan undang-undang di dalam
hak kebebasan bersuara. Begitu juga dengan hak-hak pengumpulan harta. Setiap orang
mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan hak milik sendiri dan mempunyai
peluang yang sama dalam merebut kekayaan.

35
Mohd Foad Sahdan, Pengetahuan Asas Politik Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm
107.
36
K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 27.
37
Ibid.
38
Ibid.

11
Keempat-empat ciri ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan kesimpulan yang
telah dibuat oleh Aristotle selepas menyaksikan amalan demokrasi di negaranya,
Athens. Antara ciri yang disaksikan ialah peluang penyertaan sama rata kepada semua
rakyat dalam hal menentukan kepentingan bersama bagi rakyat, perbincangan yang
terbuka mengenai semua dasar yang ingin dilaksanakan, dan penghormatan tertinggi
39
yang diberika kepada peraturan negara yang dicapai secara muafakat . Walaupun
kesimpulan yang dibuat Aristotle tidak menyeluruh dan terperinci seperti hak kebebasan
hidup seperti persoalan agama, peluang ekonomi, dan pembelajaran, namun Aristotle
telah berjaya membuat kesimpulan mengenai amalan demokrasi sebelum wujudnya
demokrasi moden yang wujud kini.

3.3 Kelebihan Kerajaan Demokrasi


Terdapat beberapa kebaikan atau kelebihan apabila sesebuah negara itu mengamalkan
sistem kerajaan demokrasi. Kelebihan yang pertama ialah demokrasi memberikan
perhatian kepada rakyat biasa. Seperti yang diketahui amalan demokrasi diasaskan atas
prinsip kesamaan atau equality. Jadi, setiap rakyat akan mendapat hak yang sama rata
dan setiap rakyat berhak menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Amalan
demokrasi tidak mengambil kira taraf sosial seseorang itu. Sebagai contoh di dalam
undang-undang, setiap orang yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman
yang sama jika individu melakukan kesalahan yang sama. Selain itu , rakyat biasa juga
akan diberi perhatian yang sama rata kerana diandaikan bahawa kerajaan demokrasi itu
sendiri dipilih oleh rakyat. Jadi, sudah tentu kerajaan yang dipilih itu akan berusaha
memberikan pemerintahan yang adil supaya kepercayaan akan terus diperolehi
daripada rakyat. Sistem amalan demokrasi menentang pendapat yang mengatakan
manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit sahaja diberikan kebebasan 40.
Kelebihan yang kedua ialah demokrasi menjamin hak kebebasan sebagai hak
asasi. Corak kerajaan demokrasi memberikan hak kebebasan kepada setiap rakyatnya.
Hak-hak kebebasan ini meliputi soal agama dan kepercayaan, adat istiadat, soal cara
hidup dan sebagainya. Contohnya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi
seperti di Malaysia, setiap rakyatnya bebas mengamalkan amalan agama masing-
masing. Oleh sebab itu, rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, tokong, kuil dan
sebagainya bebas didirikan atas faktor kebebasan mengamalkan agama masing-masing

39
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 416.
40
Ibid, hlm 448.

12
dengan syarat setiap orang harus menghormati agama yang lain. Begitu juga halnya
dengan sambutan perayaan. Banyak perayaan seperti Hari Raya, Perayaan Tahun Baru
Cina, Hari Deepavali bebas disambut malah cuti umum juga diberi untuk menghormati
perayaan-perayaan ini samada ia berkaitan dengan agama atau budaya kaum masing-
masing.
Kelebihan yang ketiga ialah setiap rakyat akan diberi pilihan untuk memilih
kerajaan yang akan memerintah. Thomas Jefferson, salah seorang pemimpin yang
merangka deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 menegaskan
bahawa rakyat berhak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya
41
apabila pemerintahan tersebut tidak lagi dapat menjamin keselamatan . Tindakan
demokrasi ini telah membuka pintu supaya orang awam dapat menentukan siapakah
pemimpin mereka. Tambahan lagi, deperti yang telah dibincangkan, demokrasi juga
menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah dipilih secara terbuka berdasarkan
kepada kelayakan dan peraturan pencalonan. Di sini, rakyat akan bebas menentukan
siapakah pilihan mereka yang akan bertanggungjawab memikul tanggungjawab
membangunkan negara dan rakyat juga berhak dan bebas untuk menukar pemimpin
mereka di dalam pilihanraya selepas itu.
Selanjutnya, sistem kerajaan demokrasi juga menggalakkan pembangunan diri
rakyat. J.S Mill berpendapat bahawa bentuk kerajaan adalah dipengaruhi oleh tingkah
42
laku individu . Individu di sini mungkin bermaksud rakyat atau individu itu sendiri.
Sebagai contoh, bentuk kerajaan itu dipengaruhi oleh tingkah laku rakyat itu sendiri
kerana disebabkan kehendak suara rakyat adalah begini, maka beginilah yang akan
dilakukan di negara itu. Begitu juga dengan pemimpin itu sendiri. Di dalam amalan
demokrasi, rakyat berhak menentukan siapa pemimpin mereka. Di sini, apabila
pemimpin itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hak rakyat, maka
berkemungkinan besar pemimpin lain akan dipilih pula.
Di samping itu, sistem kerajaan demokrasi juga mampu merpebaiki taraf hidup
dan mendatangkan perubahan sosial, politik dan juga ekonomi. Di dalam soal
memeperbaiki taraf hidup, seperti yang telah dibincangkan di dalam tajuk ciri-ciri sistem
kerajaan demokrasi, kita telah mengetahui bahawa setiap rakyat bebas untuk
mengumpul harta dan kekayaan kerana peluang yang diberikan dari segi kemudahan,
peluang perniagaan adalah sama rata. Jadi, setiap rakyat itu berpeluang untuk

41
Ibid.
42
Ibid, hlm 449.

13
memeperbaiki taraf hidup masing-masing dengan syarat usaha yang bersungguh-
sungguh perlu ada. Begitu juga dengan perubahan sosial, politik dan ekonomi. Di dalam
kebebasan mengejar taraf hidup yang lebih baik terutamanya dari segi ekonomi, secara
tidak langsung ia akan menggalakkan rakyatnya mengalami perubahan sosial, politik
dan ekonomi. Contohnya, di dalam persaingan menegjar taraf hidup yang baik, setiap
individu perlulah menuntut ilmu terlebih dahulu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik
begitu juga dengan ekonomi. Untuk menjadikan sebuah perniagaan itu maju, individu itu
perlu mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak mengenai perniagaan. Tanpa
pengetahuan yang baik mengenai ilmu perniagaan, sudah semestinya perniagaan itu
tidak akan maju. Selepas rakyat mampu bersaing di dalam soal memeperbaiki taraf
hidup, sudah semestinya mereka perlu memikirkan siapakah yang mampu mentadbir
nagara mereka supaya mereka dapat melindungi kepentingan mereka untuk terus
mengecapi kemewahan taraf hidup yang telah mereka perolehi. Di sini, secara tidak
langsung, mereka akan memikirkan mengenai persoalan politik dan rakyat akan lebih
bijak di dalam menentukan siapakah yang sepatutnya memikul tanggungjawab
menguruskan negara.
Akhir sekali, amalan kerajaan demokrasi juga mampu menjadikan setiap rakyat
mempunyai sikap betanggungjawab. Proses pengundian merupakan salah satu
daripada tanggungjawab bagi rakyat yang mencapai kelayakan untuk mengundi
pemimpin mereka. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab ke atas pengundian
mereka itu kerana itu adalah pilihan mereka. Namun begitu, sikap tanggungjawab ini
paling sesuai ditujukan kepada mereka yang memerintah negara itu sendiri. Pemimpin
yang telah dipilih dariapada kalangan rakyat itu sendiri telah memikul tanggungjawab
untuk menguruskan negara tersebut dan seandainya mereka melakukan
penyelewengan, maka mereka akan digulingkan melalui pilihanraya selepas itu. Jadi,
disinilah dkatakan bahawa amalan kerajaan demokrasi mampu mewujudkan sikap
tanggungjawab atau akauntabiliti baik kepada rakyat mahupun pemimpin pilihan rakyat
itu sendiri.

3.4 Kelemahan Kerajaan Demokrasi


Sistem kerajaan demokrasi juga boleh dikritik berdasarkan beberapa alasan. Kelemahan
pertama yang boleh kita lihat ialah memudahkan berlakunya perebutan kuasa. Hal ini
berlaku kerana di dalam sistem kerajaan demokrasi, rakyat bebas untuk menyuarakan
hak-hak mereka. Abraham Lincoln pernah memperkenalkan slogan “Kerajaan

14
rakyat,oleh rakyat, untuk rakyat”43 dan seperti yang diketahui, demokrasi merupakan
sistem pemerintahan yang dikendalikan orang ramai atau pertubuhan, maka ia mudah
menimbulkan perebutan kuasa antara parti politik dan seterusnya mampu
mengakibatkan perpecahan rakyat. Perebutan kuasa ini mampu menjadikan keadaan
politik sesebuah negara itu menjadi tidak terkawal dan seterusnya menjadikan keadaan
huru-hara. Keadaan ini mungkin boleh berlaku disebabkan beberapa. Salah satu
diantara perkara itu ialah disebabkan kerajaan yang telah dipilih melakukan
penyelewengan dan pihak pembangkang ingin mengubah perkara tersebut, maka akan
berlakulah perebutan kuasa disebabkan penyelewengan tersebut. Namun, kita juga
harus mengambil kira faktor yang lain seperti contoh, ada pihak yang ingin merampas
kuasa di dalam negara itu atas sebab tertentu, dan mereka memikirkan cara untuk
mendapatkan kuasa dengan mencari kelemahan pemimpin sedia ada walaupun itu
cuma perkara yang kecil. Hal ini kemudian akan berlanjutan dan kerajaan sedia ada
juga akan cuba mencari kelemahan pihak yang menentangnya untuk mengekalkan
kuasanya.
Kelemahan yang kedua ialah sikap tidak betanggungjawab yang akan dilakukan
selepas sebuah kerajaan itu dilantik melalui pilihanraya. Hal ini mungkin timbul apabila
pemimpin yang dilantik itu tidak mempunyai tanggungjawab terhadap tugas mereka
sebaliknya lebih mementingkan diri sendiri atau perjuangan parti politik mereka. Hal ini
lebih teruk lagi apabila rakyat tidak mengetahui apakah yang berlaku di sebalik tadbir
pengurusan negara itu dan apakah rencana sebanar yang telah dirancang oleh
pemimpin. Kadangkala, mungkin sesebuah badan yang telah dipilih oleh rakyat itu
sendiri dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk kepentingan sendiri. Akibat yang
buruk daripada perkara ini ialah apabila badan perwakilan yang dipilih telah menjadi alat
untuk kepentingan golongan tertentu, maka nasib dan kepentingan rakyat akan
diketepikan.
Selanjutnya, di dalam amalan sistem kerajaan demokrasi, setiap rakyat yang
mempunyai kelayakan untuk bertanding di dalam pilihan raya berhak untuk bertanding.
Sistem demokrasi sering dikritik kerana kerana pemimpin yang dipilih oleh rakyat sendiri
terdiri daripada orang yang tidak berkelayakan dalam menjalankan pemerintahan
44
sebuah kerajaan . Jadi, boleh dikatakan di sini bahawa bukan semua pemimpin yang
dipilih melalui amalan demokrasi merupakan golongan pakar di dalam urusan mentadbir

43
Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, hlm 77.
44
K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 454.

15
sesebuah kerajaan. Oleh sebab bantuan dan khidmat nasihat diperoleh daripada pihak
tertentu, maka kerajaan hanya mengeluarkan dasar-dasar seperti yang dinasihati, iaitu
berpandukan syor-syor yang dibuat oleh golongan yang berkepentingan sendiri
walaupun mereka dianggap pakar 45. Kita boleh mengambil andaian bahawa kadangkala
orang ramai memilih pemimpin bukanlah kepada kebolehan dan kebijaksanaan
mentadbir, kerana bukan semua pemimpin dikenali dari hujung rambut sehingga hujung
kaki, namun ramai di antara pengundi dipengaruhi oleh kempen-kempen dan
propaganda semasa pilihan raya. Tambahan lagi, kuasa kedudukan seperti pengaruh
dan kuasa ekonomi boleh mengaburi mata rakyat.
Seterusnya, seperti yang diketahui, rakyat mempunyai hak untuk memilih
kerajaan ataupun pemimpin mereka. Oleh itu, sudah semestinya kerap berlaku
pertukaran di dalam kerajaan dan pemimpin. Di dalam hal ini, sudah semestinya akan
berlaku perebutan kuasa di antara pelbagai parti politik dan akhirnya suasana yang tidak
stabil akan berlaku.
Pengaruh golongan berkedudukan tinggi di dalam amalan demokrasi juga
merupakan salah satu di dalam kelemahan sistem kerajaan demokrasi. Calon
pilihanraya yang memenangi kerusi di dalam pilihanraya akan diberikan hak untuk
memegang teraju pemerintahan. Akan tetapi, di dalam kehidupan masyarakat moden,
pihak-pihak yang dicalonkan akan menggunakan kedudukan pengaruh ekonomi,
pengaruh terhadap masyarakat, harta dan kekayaannya bagi memancing undi daripada
pengundi. Tambahan pula, masyarakat kini mudah terpengaruh dengan pancingan
berbentuk kewangan dan ekonomi memandangkan taraf hidup di zaman moden
semakin tinggi. Akhirnya, apabila pihak-pihak berkedudukan tinggi seperti ini dipilih,
maka masyarakat berkemungkinan akan ditimpa kesusahan diatas faktor yang mungkin
berlaku seperti pemimpin yang tidak berkebolehan mentadbir dan pemimpin yang hanya
menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan rakyat akan ditindas.

Akhir sekali, amalan sistem demokrasi merupakan sistem yang tidak berkesan
semasa sesebuah negara sedang menghadapi krisis. Hal ini berlaku kerana disebabkan
amalan demokrasi berdasarkan amalan membincangkan sesuatu isu dan kemudian
mendapat persetujuan ramai, proses ini akan melambatkan proses menghasilkan
sesuatu keputusan atau sesuatu dasar. Misalnya di Jerman (1920-1932), corak
pemerintahan demokrasi tidak bertindak segera mengatasi masalah ekonomi negara,

45
Ibid.

16
46
dan keadaan ini telah menjadikan ekonomi teruk . Ada yang berpendapat bahawa
demokrasi sebenarnya hanya sesuai dan sangat berguna dalam sebuah kerajaan yang
kecil sahaja dan mempunyai fungsi-fungsi kerajaan yang sedikit.

4.0 Kerajaan Totalitarian


4.1 Definisi Kerajaan totalitarian
Terlebih dahulu sistem kerajaan totalitarian merangkumi di dalam corak pemerintahan
autokrasi seperti mana sistem kerajaan monarki. Kerajaan ini akan dipimpin oleh
seorang pemerintah bersama rejimnya. Autokrasi bermaksud corak pemerintahan yang
mutlak. Kita boleh melihat maksud totalitiarian itu sendiri yang berasal daripada
perkataan total yang membawa maksud menyeluruh. Benniti Mussolini yang
47
memerintah Itali pada tahun 1925 dikatakan mengasaskan corak pemerintahan ini .

46
Ibid, hlm 456.
47
Ibid, hlm 81.

17
Beliau pernah mengatakan “Everything for the state:nothing outside the state:nothing
against the state”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa tidak boleh ada sebarang
penentangan terhadap cara pemerintahan beliau kerana semua yang diamalkan adalah
untuk kepentingan negara. Antara kerajaan atau negara yang masih atau pernah
mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian adalah seperti Kerajaan Fasis di bawah
pemerintahan Mussolini (1922-1943), Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler
(1933-1945), Soviet Union di bawah pemerintahan Josef Stalin (1929-1953), Republik
Rakyat China di bawah pemerintahan Mao Zedong (1949-1976), Korea Utara (1948-
sekarang), Kambodia (1976-1979), dan Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban
(1995-2001).

4.2 Ciri-ciri kerajaan Totalitarian


Terdapat beberapa ciri-ciri yang dapat kita lihat menerusi negara-negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Ciri-ciri yang pertama ialah
mengutamakan dan menyanjung ideologi-ideologi kepentingan negara. Ideologi-ideologi
ini sebenarnya menurut pemimpin totalitarian adalah untuk membentuk semula
masyarakat dunia seperti yang dibayangkan oleh pemimpin tersebut. Ideologi-ideologi
ini mungkin melibatkan kaedah politik tertentu atau inginkan kemegahan atau
keagungan sesuatu bangsa tersebut atau menganjurkan penyatuan golongan yang
tertindas seperti golongan ploritariat. Contoh yang terbaik di sini ialah seperti pemimpin
totalitarian Adolf Hitler yang mengangungkan bangsa Jerman dan cuba menyatakan
kepada dunia bangsa Jerman merupakan bangsa yang terbaik di dunia.
Ciri-ciri yang seterusnya ialah sesuatu negara itu dipimpin oleh satu orang atau
satu rejim sahaja. Contohnya ialah di Afghanistan apabila negara itu dipimpin oleh
kerajaan Taliban (1995-2001) dan negara Jerman apabila negara tersebut dipimpin oleh
Adolf Hitler (1933-1945). Selain itu, didalam sistem totalitarian, hanya satu parti sahaja
yang dibenarkan ada di dalam negara tersebut. Selain itu, rakyat mungkin diberi peluang
untuk mengundi, tetapi proses pengundian ini diawasi rapi dan keputusan yang tercapai
tidak akan menganggu proses pemerintahan seterusnya memandangkan hanya satu
parti sahaja dibenarkan di dalam sesuatu negara tersebut. Dalam hal ini kita boleh
mengatakan bahawa pilihanraya itu hanyalah untuk memilih mereka di kalangan mereka
sahaja dan bukannya mereka di dalam kalangan semua.
Ciri-ciri yang ketiga ialah segala perkara bermula daripada perkara kecil
sehingga besar adalah dikawal rapi oleh pemerintah tersebut. Kesemua perkara ini

18
48
meliputi segala aspek fikiran dan kehidupan rakyat . Di dalam aspek kehidupan
contohnya, hal-hal ekonomi di dalam negara dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.
Kawalan ini biasanya mempunyai dua matlamat. Pertama, membolehkan negara
menjadi kuat dan berkuasa agar setiap keperluan sama ada industri, pertanian, atau
ketenteraan dapat dikawal. Matlamat yang kedua pula ialah, ekonomi yang dikawal juga
dapat digunakan sebagai alat menguruskan hal-hal politik. Ini bererti rakyat boleh
dikerah untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor tertentu.
Selain itu, mengejar matlamat tunggal juga merupakan salah satu daripada ciri-
ciri negara yang mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Di dalam negara yang
mengamalkan sistem ini, matalamat yang nyata seperti bangsa pembangunan
perindustrian serta-merta, kediktatoran golongan ploritariat atau penguasaan satu-satu
bangsa sahaja diamalkan secara menyeluruh. Di sini, semua matlamat-matlamat lain
atau matlamat kecil tidak lagi dianggap kepentingan dan akan diketepikan. Contohnya,
apa yang diamalkan di negara Afghanistan oleh kerajaan Taliban (1995-2001). Segala
harta benda dan sumber-sumber negara adalah disalurkan untuk menjayakan matlamat
tersebut 49. Tambahan lagi, sesiapa lagi sahaja yang cuba menghalang percubaan untuk
mencapai matlamat ini akan disingkirkan atau dihapuskan.
Selanjutnya, antara ciri-ciri yang ada pada pemimpin atau kerajaan totalitarian
ialah tindakan kekerasan. Tindakan ini umumnya akan diberikan untuk mencapai satu
matlamat dan juga kepada mereka yang menentang kerajaan. Sistem pemerintahan
totalitarian akan menggunakan jentera pemerintahannya untuk menentang pihak yang
menentangnya. Bagi seorang pemimpin totalitarian, sifat kekerasan yang diamalkan
dengan menggunakan tentera dan polis adalah wajar. Hal ini sebenarnya adalah
memastikan rakyat mentaati setiap arahan kerajaan.Tambahan lagi di negara-negara
yang mengamalkan sistem pemerintahan ini, polis rahsia akan dilantik bagi memantau
setiap pergerakan rakyat.

4.3 Kelebihan Kerajaan totalitarian


Terdapat beberapa kelebihan dan kebaikan di dalam sistem kerajaan totalitarian.
Kelebihan pertama yang dapat kita lihat ialah soal pemerintahan yang lebih terkawal.
Memandangkan di dalam corak pemerintahan totalitarian hanya ada seorang pemimpin
tunggal dan hanya satu parti politik sahaja, maka ia akan membawa kepada sistem

48
Ibid, hlm 382.
49
Ibid, hlm 383.

19
pemerintahan yang lebih terkawal, teratur dan juga tersusun. Seperti yang diketahui,
rakyat di dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan ini akan taat kepada
pemerintah tunggalnya. Jadi, kebarangkalian untuk berlakunya rusuhan di dalam
sesuatu negara itu adalah kurang. Kelebihan ini juga terdapat di dalam corak
pemerintahan autokrasi yang lain seperti sistem kerajaan monarki. Apabila kurangnya
berlaku rusuhan atau penentangan, maka urusan pentadbiran akan berjalan dengan
lancar mengikut apa yang dikehendaki oleh kerajaan itu sama ada ia membebankan
atau tidak membebankan rakyat.
Kelebihan kedua yang dapat kita lihat menerusi sistem kerajaan totalitarian ini
ialah tiadanya berlaku perebutan kuasa. Seperti yang telah dibincangkan, di dalam
negara yang mengamalkna sistem pemerintahan totalitarian, hanya ada satu sahaja
pemerintah tunggal dan hanya ada satu sahaja parti politik. Kelebihan ini ada
hubungannya dengan kelebihan yang pertama iaitu sistem pemerintahan yang terkawal.
Hal ini berlaku kerana apabila tiadanya perebutan kuasa, maka kerajaan yang
memimpin itu tidak akan lagi memikirkan soal strategi babgi menetang penentangnya
sebaliknya hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk negaranya sahaja.
Seterusnya, matlamat tunggal yang diadakan di dalam sistem kerajaan
totalitarian merupakan satu daripada kelebihan sistem kerajaan ini. Sebagai contoh,
apabila hanya ada satu matlamat tunggal di dalam satu negara, negara itu akan dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang ingin dikecapinya. Antara matlamat
yang boleh dicapai di dalam sesuatu negara itu ialah dari segi pembangunan seperti
pembangunan tentera, perindustrian, dan pelbagai matlamat lain lagi. Tambahan lagi, di
dalam sistem kerajaan totalitarian, amalan kerahan tenaga boleh dilakukan terhadap
rakyat oleh pemimpin untuk mencapai matlamatnya. Hal ini boleh dilihat ketika Adolf
Hitler mengerahkan askar-askarnya untuk menguasai kawasan lain. Dengan halalnya
sistem kerahan tenaga di dalam amalan totalitarian, maka matlamat tunggal yang ingin
dicapai di dalam negara itu akan lebih mudah dicapai.
Selanjutnya, sebuah negara yang mangamalkan sistem pemerintahan totalitarian
juga akan mempunyai rakyat yang begitu setia kepada negara dan pemimpin. Tidak
hairanlah dari segi ketenteraan, negara yang mengamalkan sistem pemerintahan
totalitarian akan menjadi sebuah negara yang kuat dan ditakuti negara-negara yang lain.
Sikap taat rakyat kepada negara itu akan memberikan kelebihan kepada kekuatan
negara terutamanya dari segi ketenteraan. Seperti yang kita lihat di Korea Utara,
mereka mempunyai sebuah organisasi ketenteraan yang amat ditakuti oleh negara lain.

20
Jadi, secara tidak langsung kebarangkalian ancaman dari luar negara untuk mencabul
kehormatan negara tersebut adalah kurang. Di samping itu, apabila terjadi perang pula,
negara itu boleh menjamin kekuatan pertahanannya kerana setiap rakyat di dalam
negara akan berusaha untuk mempertahankan negara masing-masing. Kesemua hal ini
akan berlaku apabila adanya rakyat yang setia.
Kelebihan terakhir yang dapat kita lihat dari sistem pemerintahan totalitarian
ialah sesuatu dasar atau undang-undang itu akan dilaksanakan dengan cepat. Di dalam
perbincangan sebelum ini, kita sudah melihat bahawa hanya ada satu pemimpin tunggal
di dalam negara yang mengamalkan amalan totalitarian. Selain itu, hanya satu parti
politik akan dibenarkan di dalam negara itu. Jadi, apabila berlakunya sesuatu masalah
yang melibatkan negara, sesuatu dasar atau penyelesaian masalah akan dilakukan
dengan cepat dan segera kerana tiadanya percanggahan pendapat di dalam isu
mencari penyelesaian masalah ini. Walaupun sesuatu dasar itu tidak akan dapat
memastikan ianya berjaya atau tidak, namun sekurang-kurangnya ia cepat dilaksanakan
kerana tidak perlu mendapatkan persetujuan orang ramai (rakyat) ataupun oembangkan
berhubung sesuatu dasar itu. Di dalam kelebihan ini, ia amat sesuai dijalankan ketika
negara sedang berada di dalam keadaan yang tidak stabil atau berlakunya keadaan
yang tidak baik seperti kemelesetan ekonomi global, peperangan, kemarau, dan
sebagainya.

4.4 Kelemahan Kerajaan Totalitarian


Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam amalan sistem
pemerintahan kerajaan totalitarian. Kelemahan pertama yang dapat dikenalpasti ialah
hak kebebasan rakyat itu sendiri akan terabai. Hal ini merupakan salah satu sebab
mengapa ahli politik berpendapat bahawa sistem pemerintahan ini membawa banyak
keburukan berbanding sistem kerajaan yang lain. Di dalam amalan kerajaan totalitarian,
kebebasan rakyat ditentang kerana rakyat hanya akan mendengar arahan dan perintah
kerajaan sahaja. Sebagai contoh, kerahan tenaga untuk menjadi tentera kepada negara
tersebut. Di sini, bukan setiap manusia memiliki minat untuk menjadi seorang tentera

21
dan ada juga yang tidak menyukai hal ini, sebaliknya jika sesuatu perkara itu dipaksa, ia
sudah lari daripada hak kebebasan seseorang itu. Jika difikirkan dari sudut
kemanusiaan, manusia semestinya mempunyai kehendak yang berbeza-beza dan
kehendak ini merupakan hak mutlak bagi setiap manusia. Dari sudut sains pula, kita
melihat bahawa manusia merupakan sebuah organisma kompleks yang mempunyai
pemikiran berbeza berdasarkan kemampuan otak. Kehendak ini juga boleh diselarikan
mengikut peredaran masa, taraf hidup seseorang, kemampuan berfikir, cara hidup, taraf
sosial dan sebagainya. Jadi, apabila hak kebebasan seseorang itu dihadkan, maka
berkemungkinan besar seseorang itu akan memberontak dan akan mengalami
penderitaan mental yang seterusnya akan membawa kepada masalah kesihatan seperti
stres dan sebagainya.
Kelemahan seterusnya ialah didalam negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan totalitarian, hak kebajikan rakyat akan terabai. Hal ini berlaku kerana
pemimpin totalitarian umumnya akan mempunyai satu matlamat utama atau satu
matlamat tunggal di dalam pemerintahannya. Untuk mencapai matlamatnya, rakyat
boleh diguna di dalam sistem kerahan tenaga atas prinsip mentaati pemimpin mereka.
Di dalam sistem kerahan tenaga yang mengandungi unsur paksaan dan kekejaman,
sudah tentunya kebajikan rakyat akan terabai. Hak kebajikan rakyat merangkumi aspek-
aspek keperluan hidup seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal, dan sebagainya.
Selain itu, dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan juga tidak perlu mendapat persetujuan
oleh rakyat dan di sini, kerapkali pemimpin yang menggubal dasar tidak akan
memikirkan hak-hak kebajikan rakyat.
Selanjutnya, sikap pemerintah yang seringkali menggunakan kekerasan,
kekejaman dan paksaan juga merupakan antara kelemahan yang dapat dilihat di dalam
sistem pemerintahan totalitarian. Seperti yang telah dibincangkan didalam ciri-ciri
kerajaan totalitarian, setiap rakyat yang menentang kerajaan akan dikenakan hukuman
yang berat. Begitu juga dengan perlantikan polis rahsia yang dilantik bagi mencari
sesiapa sahaja yang menentang kerajaan. Kita boleh mengandaikan bahawa kerajaan
akan mempercayai kata-kata polis rahsia tersebut. Sekiranya polis rahsia tersebut tidak
menyukai seorang rakyat itu, maka polis tersebut mungkin akan menggunakan
kuasanya untuk memfitnah rakyat tersebut. Perkara ini merupakan satu perkara yang
dianggap kejam.
Selain itu, berbalik kepada hak kebebasan kita pula, didalam politik, rakyat tidak
dibenarkan untuk memilih pemimpin mereka sendiri. Tambahan pula, di dalam corak

22
pemerintahan totalitarian hanya ada satu parti politik sahaja. Di sini, rakyat tidak akan
dapat memilih sendiri pemimpin mereka. Memandangkan hanya ada satu parti politik
pula, mereka tidak mempunyai pilihan untuk menentukan pemimpin mereka
berdasarkan kehendak mereka.
Akhir sekali, sesuatu dasar atau pelaksanaan yang dilakukan oleh pemimpin
tunggal mungkin tidak akan berkesan. Hal ini disebabkan hanya satu idea sahaja di
dalam usaha untuk menggubal suatu dasar itu. Walaupun seorang pemimpin itu akan
mendapat nasihat daripada orang kanannya, namun begitu, idea yang dihasilkan
mungkin tidak sebagus daripada pendapat dari idea orang ramai. Tetapi, perkara ini
akan menjadi sebaliknya jika seorang pemimpin itu adalah seorang yang mahir di dalam
pelbagai bidang.

5.0 Perbandingan Antara Sistem kerajaan Monarki, Demokrasi dan Totalitarian.


Setelah kita melihat ciri-ciri, kelebihan dan juga kelemahan ketiga-tiga jenis sistem kerajaan,
kita boleh membandingkan ketiga-tiga jenis sistem kerajaan ini. Perbandingan ini boleh
dilakukan di dalam tiga aspek utama iaitu rakyat, pemimpin dan juga negara.
Di dalam aspek pertama iaitu rakyat kita boleh melihat beberapa perbandingan.
Perbandingan yang pertama ialah hak asasi rakyat itu sendiri terutamanya di dalam soal
kebebasan. Kebebasan disini bermaksud kebebasan dalam segala aspek hidup seperti cara
hidup, ekonomi, politik dan sebagainya. Di dalam persoalan kebebasan dan kebajikan rakyat,
jelas sekali sistem kerajaan demokrasi mempunyai kelebihan kerana amalan demokrasi

23
mementingkan kebebasan dan suara rakyat. berbeza dengan amalan sistem monarki dan
totalitarian.Rakyat di dalam sistem kerajaan demokrasi berhak untuk bersuara, memilih
pemimpin mereka, serta melakukan bantahan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan
dengan kehendak rakyat. Hal ini berlaku kerana rakyat itu sendiri berhak memilih
pemimpinnya. Perkara ini jelas berbeza dengan sistem monarki dan juga totalitarian. Sistem
monarki dan totalitarian yang juga tergolong di dalam corak pemerintahan autokrasi akan
menyebabkan rakyatnya hilang hak kebebasan. Sistem monarki misalnya memaksa rakyatnya
supaya taat kepada pemerintah tunggal iaitu raja dan tidak boleh melanggar sebarang arahan
raja tersebut. Setiap rakyat tidak berhak untuk melakukan penentangan terhadap pemimpin
mereka sebaliknya hanya menurut perintah dan seolah-olah menjadi seorang yang lurus
bendul. Begitu juga dengan sistem totalitarian di mana rakyat tidak dibenarkan hidup bebas
sepertimana yang berlaku di dalam sistem kerajaan demokrasi. Sistem kerajaan totalitarian
mengawal sepenuhnya cara hidup rakyatnya bermula dari sekecil-kecil aspek. Begitu juga
halnya dengan isu kebajikan. Rakyat yang hidup di dalam amalan kerajaan demokrasi pada
dasarnya akan mendapat hak-hak kebajikan yang baik kerana mereka berhak menyuarakan
mengenai apa yang patut mereka dapat dan apa yang tidak patut. Berbeza dengan sistem
kerajaan monarki dan totalitarian, rakyat pada dasarnya tidak akan dapat menikmati hak-hak
kebajikan yang sepatutnya kerana mereka tidak dibenarkan bersuara untuk mendapatkan apa
yang diperlukan sebaliknya hanya menunggu apa yang akan diberikan oleh kerajaan sahaja.
Namun begitu, perkara ini sebenarnya bergantung kepada siapa pemimpin itu sendiri. Rakyat
yang hidup di dalam sistem demokrasi juga tidak akan mendapat hak-hak kebajikan yang
mereka suarakan andainya pemimpin yang telah dipilih oleh mereka tidak melakukan
tanggungjawab mereka mengikut kehendak mereka. Kini, di dalam negara demokrasi, kita
sering mendengar isu rasuah di kalangan pemimpin, soal pembahagian tender projek yang
tidak adil (kepada kroni), golongan pemimpin yang dikuasai oleh golongan yang kaya dan
sebagainya. Amalan sistem kerajaan monarki dan totalitarian juga mampu membuatkan
rakyatnya mendapat hak-hak kebajikan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyatnya jika
pemimpin itu tahu memikirkan apakah yang diperlukan oleh rakyatnya dan jika seorang
pemimpin itu menggunakan matlamat kebajikan rakyat sebagai matlamat tunggalnya. Di dalam
soal keselamatan masyarakat, ia adalah perkara yang sukar dijangka. Kebiasaannya, ramai
yang menjangkakan bahawa rakyat yang hidup di dalam amalan demokrasi lebih terjamin
keselamatannya. Hal ini kerana rakyat bebas daripada kekejaman dan sistem paksaan seperti
yang boleh dilakukan oleh pemimpin monarki dan juga totalitarian. Akan tetapi, jika ditinjau
lebih mendalam, amalan demokrasi membenarkan rakyatnya menyatakan pendapat masing-

24
masing mengenai corak pemerintahan dan siapa yang akan memimpin mereka, dan di sini
rusuhan atau perbalahan akan berlaku disebabkan percanggahan pendapat terutamanya dari
segi perebutan kuasa. Di dalam hal ini, pergaduhan mungkin akan berlaku disebabkan
pendapat yang berbeza-beza.
Seterusnya, dari segi aspek rakyat, kita boleh membuat perbandingan mengenai taraf
hidup rakyat berdasarkan taraf hidup, taraf sosial dan juga perkara-perkara lain. Di dalam taraf
sosial misalnya, pendekatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga sistem pemerintahan ini adalah
berbeza. Dari segi peluang ekonomi contohnya, negara demokrasi lebih mengamalkan sikap
terbuka dengan setiap rakyatnya mempunyai kelebihan untuk bersaing secara terbuka dan
peluang juga adalah terbuka kepada setiap rakyat. Pendek kata di dalam amalan demokrasi,
siapa yang rajin, dia akan memenanginya. Hal ini berbeza di dalam sistem monarki dan
totalitarian. Di dalam sistem monarki, rakyat perlu tunduk kepada arahan raja atau pemimpin,
contohnya jika seorang raja tersebut inginkan rakyatnya menjalankan pertanian semata-mata,
maka rakyatnya akan menjalankan kegiatan pertanian semata-mata. Hal ini juga berlaku di
dalam sistem pemerintahan totalitarian di mana rakyatnya akan mengikut matlamat pemimpin
tunggal mereka. Di dalam taraf sosial pula, di dalam sistem demokrasi dilihat mempunyai
kesamataraan antara semua penduduk negara itu. Contohnya, pemimpin itu sendiri dipilih oleh
rakyat dan rakyat berhak untuk mengkritik penyelewengan yang dilakukan oleh sesetengah
pemimpin itu. Namun begitu, perkara-perkara seperti berlakunya perbezaan jurang taraf sosial
seperti golongan elit dan golongan biasa mungkin berlaku. Hal ini berlaku di dalam sistem
ekonomi kapitalis yang juga akan membawa kepada masalah yamng kaya terus kaya dan yang
miskin akan terus miskin. Selain itu, walaupun amalan demokrasi pada dasarnya memberikan
kesamarataan berdasarkan cara pemimpin itu dipilih, namun, ia boleh menjadi tidak sama rata
apabila berlaku pencemaran demokrasi itu seperti penyalahgunaan kuasa. Pemimpin yang
sudah diberi kuasa seringkali merasakan dirinya adalah hebat kerana kedudukannya tambahan
lagi apabila kedudukan di dalam kerajaan itu menggunakan kuasa ekonominya. Di dalam
sistem pemerintahan monarki dan autokrasi, jelas sekali adanya perbezaan antara golongan
rakyat dan juga golongan pemimpin, akan tetapi jurang perbezaan di antara rakyat dan rakyat
itu sendiri tidak besar kerana matlamat rakyat di dalam kedua-dua sistem pemerintahan ini ialah
mentaati pemimpinnya. Tambahan lagi sebagai contoh, di dalam kerajaan komunis
(totalitarian), jumlah pendapatan antara rakyat tidak besar malah boleh dikira sama rata.
Selanjutnya, aspek besar yang perlu kita bandingkan ialah pemerintahan di dalam
ketiga-tiga sistem pemerintahan itu sendiri. Yang pertama ialah cara mendapatkan hak
kepimpinan itu. Di dalam sistem pemerintahan monarki, hanya golongan keturunan atau

25
kerabat raja sahaja yang boleh menjadi pemimpin atau raja. Selain itu, sistem pemimpin ini juga
dilakukan dalam sistem turun temurun. Di dalam sistem demokrasi pula, pemimpin itu dipilih
oleh rakyat itu sendiri. Di dalam amalan totalitarian pula, seorang pemimpin itu adalah tunggal
dan rakyat tidak berhak menentukan siapa pemimpinnya. Di samping itu, kita boleh melihat
perbandingan di dalam keberkesanan pula. Secara dasarnya, sistem pemerintahan autokrasi
iaitu monarki dan juga totalitarian lebih memberi kesan yang baik berbanding sistem perintahan
demokrasi. Hal ini kerana sistem autokrasi menjamin sesuatu perkara itu berkesan. Contohnya,
rakyat di dalam sistem monarki dan totalitarian mentaati pemimpin dengan sepenuh hati.
Justeru itu, keberkesanan pemerintahan itu berlaku disebabkan kelancaran pentadbiran.
Berlainan dengan sistem demokrasi, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin demokrasi
tidak semestinya akan ditaati oleh rakyat sebaliknya penentangan itu mungkin berlaku. Jadi,
secara umumnya sistem pemerintahan monarki dan totalitarian lebih berkesan daripada sistem
pemerintahan demokrasi. Persoalan badan-badan pembantu pemerintah iaitu kerajaan, di
dalam sistem monarki, badan pembantu ialah pembesar-pembesar. Contohnya di dalam zaman
kesultanan Melayu Melak, sistem pembesar empat lipatan dugunakan. Di dalam sistem
demokrasi, badan pembantu terdiri daripada golongan yang memenangi pilihanraya dan
biasanya terdapat badan perundangan, badan legislatif, da badan kehakiman yang akan
menjalankan pentadbiran namun ia atas kehendak dan suara rakyat. Di dalam sistem
totalitarian pula, pemimpin tunggal juga dibantu oleh pembantu-pembantu seperti menteri-
menteri yang dilantik oleh pemimpin itu sendiri, namun urusan pentadbiran bukanlah atas suara
rakyat.
Aspek terakhir yang kita boleh lihat menerusi perbandingan antara ketiga-tiga sistem
kerajaan ini ialah negara itu sendiri. Yang pertama ialah soal kemajuan negara itu sendiri.
Sejarah telah membuktikan bahawa banyak negara dan emoayar dari zaman silam yang
menggunakan sistem kerajaan monarki seperti China, empayar Melaka mendapat kejayaan
yang besar di dalam kemajuan negara. Namun satu perkara perlu diingat bahawa pada masa
itu, tiada lagi sistem kerajaan demokrasi dan sistem totalitarian walaupun sistem demokrasi
pernah dijalankan di Greek untuk jangkamasa yang sekejap. Jadi, untuk membuat
perbandingan dengan masa silam adalah satu perkara yang dikira tidak sesuai. Kini, apa yang
boleh dilihat soal kemajuan negara itu adalah berdasarkan kebijaksanaan pemimpin itu sendiri.
Contohnya, sistem demokrasi seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat menunjukkan
prestasi kemajuan negara tersebut adalah di tahap yang membanggakan, begitu juga dengan
kemajuan di negara Korea Utara yang mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Begitu
juga dengan halnya seperti negara Indonesia yang mengamalkan sistem demokrasi tidaklah

26
menunjukkan kemajuan yang begitu pesat samalah juga seperti sistem totalitarian yang pernah
dijalankan di negara Afghanistan yang mana kemajuannya tidaklah begitu hebat. Akan tetapi
aspek kemajuan negara ini juga perlu dilihat dari segi masa iaitu sejak bilakah proses
pembangunan sesebuah negara itu bermula. Kesimpulannya, perbandingan diantara ketiga-tiga
sistem kerajaan ini mengenai soal kemajuan adalah subjektif dan ia bergantung kepada
pemerintah itu.

6.0 Kesimpulan
Daripada kesemua perbincangan di atas, kita telah dapat melihat apakah ketiga-tiga
sistem kerajaan tersebut dari segi definisi, ciri-ciri, kelebihan, kelemahan dan
perbandingannya. Dapat disimpulkan di sini bahawa sistem monarki merupakan satu
pemerintahan mutlak yang akan dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu raja. Sistem
demokrasi pula merupakan sistem pemerintahan berasaskan rakyat manakala sistem
kerajaan totalitarian pula ialah sistem yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang akan
mengawal keseluruhan negara tersebut. Adalah di sini dapat kita huraikan bahawa

27
setiap kerajaan tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing dan ini
berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu rakyat, pemerintah dan negara itu sendiri.
Idea pengelasan institusi politik sudah bermula sejak dahulu lagi dan antara
tokoh yang dikira paling awal melakukan pengelasan sistem politik ialah Plato dan
kemudiannya disambung oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Walaupun pengelasan-
pengelasan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh in tidaklah menyeluruh dan tepat,
namun selepas ia dikaji dan dikaji seterusnya, maka terhasillah pengelasan sistem
politik moden yang ada kini iaitu demokrasi dan autokrasi (monarki dan totalitarian).
Berdasarkan ciri-ciri yang dapat dilihat, sistem monarki dan totalitarian
mempunyai banyak persamaan dan persamaan yang paling ketara iaitu cara
pemerintahan tersebut yang mana pemimpinnya adalah tunggal dan satu. Hal ini kerana
sistem pemerintahan monarki dan totalitarian berada di bawah keluarga yang sama iaitu
autokrasi yang membawa maksud pemerintahan mutlak. Hal ini berbeza dengan corak
demokrasi yang mana pemimpinnya adalah berasaskan rakyat itu sendiri walaupun
sistem demokrasi itu sendiri mempunyai jenis-jenisnya seperti demokrasi liberal,
demokrasi pluralisme, demokrasi pasrtisipatif, dan sebagainya.
Selanjutnya di dalam soal kelebihan dan kelemahan sesuatu sistem
pemerintahan itu, seperti kebiasaannya setiap jenis pemerintahan itu mempunyai
kelebihan dan kekurangannya. Namun, apabila disimpulkan dari apa yang dapat
dianalisis ialah kelebihan di dalam sistem demokrasi adalah lebih kepada rakyat
manakala kelebihan di dalam sistem kerajaan monarki dan totalitarian adalah lebih
kepada pemerintah. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu perkara yang tetap kerana
hal ini akan sentiasa berubah-ubah di atas faktor peredaran masa, pertukaran budaya,
keadaan di dalam negara, dan sebagainya.
` Apabila tokoh-tokoh politik telah berjaya mengelaskan sistem-sistem politik dan
kerajaan yang ada di dunia ini, maka mereka akan membuat perbandingan melalui ciri-
ciri, kelebihan dan kelemahan sesuatu sistem kerajaan itu. Akhir sekali, satu persoalan
akan timbul iaitu sistem kerajaan manakah yang paling efektif dan paling baik untuk
digunakan. Terdapat tokoh-tokoh pengkaji politik yang berpendapat bahawa sistem
kerajaan yang paling sesuai adalah berdasarkan kepada keadaan negara itu.
Contohnya, sistem demokrasi sesuai dijalankan di kawasan yang kecil manakala sistem
monarki dan totalitarian sesuai dijalankan di kawasan atau negara yang besar. Akan
tetapi apa yang dilihat sekarang, sistem demokrasi yang diamalkan seperti di Amerika

28
Syarikat yang merupakan negara pesat(contoh negara yang besar) menunjukkan
keberkesanannya.
Jadi, perkara sebenarnya yang dapat ditafsirkan ialah keberkesanan di dalam
sistem pemerintahan itu bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin itu sendiri baik
dipilih oleh rakyat atau tidak. Oleh sebab inilah Aristotle telah mengelaskan sistem politik
kepada dua iaitu yang biasa dan yang dicemari. Jika seorang pemimpin itu bagus, maka
dengan apa cara sistem sekalipun, rakyat, negara dan pemimpin itu sendiri akan
mendapat manfaatnya.

7.0 Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus PSS 3103 ini.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah memperoleh
semangat yang kuat u tuk menyiapkan tugasan ini. Sudah menjadi lumrah, setiap tugasan pasti
akan ada masalah dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

29
Antara masalah utama yang telah saya hadapi di dalam tugasan kali ini ialah kelemahan
saya sendiri iaitu kurang pengetahuan mengenai isu-isu politik. Untuk mempunyai banyak
pengetahuan mengenai politik, seseorang individu itu perlulah rajin membaca dan rajin
meneroka kerana isu-isu politik tidak akan basi kerana ianya berubah-ubah setiap hari.
Walaupun mendapat bantuan daripada bahan-bahan rujukan seperti buku yang dibekalkan oleh
pensyarah pembimbing dan rakan-rakan serta carian sendiri, namun contoh yang ada di dalam
buku rujukan ini tidak merangkumi kesemua isu politik memandangkan isu politik akan berubah-
ubah dari hari ke hari.

Selain itu, di dalam bahan rujukan terdapat juga maklumat-maklumat yang bercanggah
antara satu sama lain terutamanya dari segi pendapat pengarang itu sendiri. Sebagai contoh di
dalam buku ini mengatakan bahawa terdapat tiga jenis sistem monarki manakala sebuah buku
mengatakan bahawa terdapat empat buah jenis sistem monarki namun ia tidak dinyatakan
dengan jelas. Hal ini memerlukan penelitian yang jelas dan segala maklumat perlu ditapis. Kita
sedia maklum bahawa sesetangah bahan yang ada di dalam buku merupakan idea atau
pendapat pengarang itu sendiri, namun sebagai pelajar yang sedang melakukan tugasan,
perkara ini sudah tentulah menyukarkan kerana perkara ini merupakan satu perkara yang baru
dipelajari. Tambahan lagi, pelajar yang sedang melakukan tugasan biasanya dibelenggu
masalah pemarkahan yang akan menjadikan pelajar itu takut untuk menulis kerana bimbangkan
salah. Namun saya berpendapat bahawa adalah menjadi kebiasaan pelajar melakukan
kesalahan kerana dengan kesalahan ia akan membawa kepada kebaikan untuk selama-
lamanya.

Selain daripada masalah yang dihadapi, menerusi tugasan ini juga, beberapa manfaat
telah saya dapati. Antara manfaat yang saya dapati ialah kini saya mengetahui sedikit sebanyak
mengenai isu politik dan apa yang telah terjadi kepada sistem negara sebelum ini. Tambahan
lagi, pada tahun ini genaplah umur saya 21 tahun dan selepas ini, mengikut undang-undang
Malaysia saya telah berkelayakan untuk mengundi di dalam pilihan raya. Jadi, dengan
pengetahuan saya sedikit sebanyak mengenai selok belok politik, ia akan membantu saya
untuk memilih pemimpin saya nanti.

Jadi sebagai pengakhiran pendokumentasian saya, saya berharap agar pensyarah saya
iaitu En Mohd Ashraf B. Ibrahim akan berpuas hati dengan apa yang telah saya bentangkan di
dalam tugasan kali ini.

30
31

Anda mungkin juga menyukai