Anda di halaman 1dari 2

TEMA:

 Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.

PERSOALAN:

 Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera.


 Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak.
 Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu.
 Menjauhi sifat tamak yang buruk.
 Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan.
 Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.
 Banyak berfikir dan belajar sukar diperdaya orang.

NILAI:

 Kerajinan - menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu.


 Bijaksana - bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat.
 Kesederhanaan - tidak sombong dan meninggi diri.
 Ketabahan - melawan sifat tamak.
 Baik hati - berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN:

 Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu.
 Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah.
 Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik.
 Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk.
 Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri.
 Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang.
 Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

MAKSUD:

RANGKAP MAKSUD
1 Orang berakal atau cerdik dianggap lebih mulia oleh masyarakat dan
menyamai orang alim.  Mereka yang menjadi pengikut akan turut
dipandang mulia dan dapat kebahagiaan hidup
2 Orang berakal akan mencari keadilan dan membela mereka yang
teraniaya.
3 Orang berakal berpandangan jauh.  Mereka teliti dalam memilih kawan dan
setia kepada sahabat-sahabat mereka.  Orang berakal tidak akan
berkawan dengan orang jahat.
4 Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan hukum-hakam
agama.  Mereka tidak tamak kerana mereka tahu matalamat akhir mereka
ialah kehidupan kekal di akhirat.
5 Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh
orang atasan/ orang besar.  Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa
sahaja dan tidak bersikap mengada-ada.
6. Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu mereka dikasihi orang
atasan.  Mereka tidak akan membuang saudara-mara dan sahabat handai
mereka.
7. Orang berakal tidak akan bosan mengejar ilmu.  Mereka tidak akan
berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya.

Anda mungkin juga menyukai