Anda di halaman 1dari 3

Hikmah pengharaman riba (melalui ayat surah Al-Baqarah

Riba di sisi syara’ ialah penambahan dalam perkara-perkara yang tertentu tanpa usaha.
Amalan seperti ini jelas mendatangkan kesan negatif dalam kehidupan manusia dan ianya
bertentangan dengan syariat islam. Pengharaman riba sepertimana yang dijelaskan di dalam
kitab suci Al-Quran merupakan salah satu hikmah yang besar dalam islam. Islam mengharamkan
amalan riba ini kerana amalan buruk ini akan menimbulkan kesan kepada sosial dan ekonomi.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 276 :-

Maksudnya:"Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba..."

Melalui aspek sosial, larangan amalan riba akan menyekat semua jalan yang boleh
menimbulkan atau menyebabkan permusuhan, penganiayaan, kemarahan dan kebencian
sesama manusia. Sikap sebegini sudah tentu akan menyebabkan sosial manusia tidak seimbang
kerana sikap buruk dalam diri setiap manusia. Apabila amalan riba semakin meluas diamalkan
maka akan lahir manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa pedulikan hak dan rasa orang lain.

Dengan pengharaman riba,dapat menjauhkan manusia dari sesuatu yang menyebabkan


kebinasaan diri kerana pemakan riba adalah seorang yang zalim dan kesan daripada perbuatan
zalim adalah kesusahan. Situasi ini dapat dilihat apabila amalan riba merenggangkan dan
merosakkan perhubungan di antara orang kaya iaitu pemakan riba dengan orang miskin
seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan Negara.

Jika kita lihat dari aspek ekonomi,amalan Riba boleh menghalang manusia daripada
berusaha untuk mendapatkan sesuatu . Riba akan mendorong pemakannya hidup senang-
lenang tanpa bekerja dan berusaha, sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha
dan bekerja bagi memenuhi keperluan hidup.

Apabila riba tidak diaplikasikan oleh manusia,maka manusia lebih fokus dalam
mengembangkan harta. Akan tetapi,sikap tidak mahu berusaha dan bekerja akan mewujudkan
pengangguran dalam masyarakat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada ekonomi
Negara.keseimbangan ekonomi tidak akan dapat dicapai apabila manusia tidak menggunakan
sumber dengan sepenuhnya,contohnya seperti memenuhi sumber buruh yang tidak
mencukupi.

Nikmat harta dan pemilikan di dunia ini adalah anugerah daripada Allah untuk
dimanfaatkan oleh manusia dengan sebaiknya tanpa ada sebarang penindasan dan pemilikan
secara haram. Kadar kemiskinan juga akan bertambah apabila manusia mengamalkan riba ini
kerana, amalan riba menyebabkan penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin
,yang miskin akan bertambah miskin, dan yang kaya akan bertambah kaya dan senang. Apabila
perkara ini berlaku ianya akan mewujudkan jurang hidup yang tinggi dalam masyarakat.faktor
sebegini akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi.

Apabila wujud kemiskinan dalam masyarakat maka akan bertambah kadar pinjaman dan
hutang.hutang yang semakin bertambah menyebabkan manusia tidak akan lari daripada
masalah riba kerana mereka yang berhutang fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan
tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya apabila
lambat dibayar.

Walhal hikmah pengharaman riba itu lebih menguntungkan manusia kerana


pengharaman riba akan membuka beberapa pintu kebaikan kepada manusia agar beroleh
keuntungan dengan memberi pinjaman kepada seseorang tanpa meminta wang faedah ,
memberi tempoh kepada peminjam sehingga hutang dibayar, memberi kegembiraan serta
menyayanginya kerana mengharapkan keredhaan Allah. Kesemua itu dapat memutikkan rasa
kasih sayang serta mewujudkan roh persaudaraan sesama manusia.

Jelaslah disini bahawa amalan riba ini bukanlah amalan yang akan berterusan
menguntungkan malah akan lebih merugikan manusia. perkara ini juga telah dijelaskan Allah di
dalam Al-Quran.

Firman Allah didalam surah Al-baqarah ayat 276:-

Maksudnya: Allah susutkan (kebaikkan harta yang dijalankan dengan mengambil)riba, dan Ia pula
mengembangkan(berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.Dan Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran,dan selalu melakukan dosa.
Dengan pengharaman riba ini banyaklah hikmah yang dapat kita perolehi. Pengharaman
riba dapat memelihara harta agar tidak dieksploitasi dengan cara yang batil (salah) seterusnya
akan terus dapat meningkatkan kualiti ekonomi Negara.

Riwayat oleh Imam Ahmad dan Al-Hakim,“Takutlah kalian kepada kezaliman kerana
kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Takutlah kalian kepada kebakhilan kerana
kebakhilan telah memusnahkan orang sebelum kalian; membawa mereka kepada pertumpahan
darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan kepada mereka.” Dengan itu jauhilah diri
kita daripada amalan riba supaya kita terhindar daripada segala keburukan yang hanya akan
menyusahkan diri kita serta menghalang pertumbuhan ekonomi Negara kita.

Firman Allah lagi di dalam surah Al-Baqarah ayat 278 dan 279 :-

Maksudnya : “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah
(jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu,jika benar kamu
orang-orang yang beriman.Oleh itu,kalua kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba),
maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-NYA (akibat kamu tidak menemui
selamat). Dan jika kamu bertaubat,maka hak kamu (yang sebenarnya)ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh
sesiapa.”

Ayat ini menerangkan agar kita menjauhi amalan negatif ini dan berubah kepada amalan
yang lebih bermanfaat serta diredhai Allah seterusnya beroleh ganjaran yang mulia disisi Allah di
dunia mahupun akhirat kelak.

Anda mungkin juga menyukai