Anda di halaman 1dari 28

Episod 1(a)

Host/Chef : Chef Wan


TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI
BAHAN – BAHAN
UNTUK BEBOLA IKAN
500 gram Isi Ikan
4 camca besar Serbuk Roti
1 biji Telur (Dipukul)
Secubit Serbuk Buah Pala
3 camca besar Daun Ketumbar( dicincang)
Serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
UNTUK SOS TOMATO
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
2 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang)
3 camca besar Puri Tomato
1 camca teh Serbuk Cili Cayenne.
CARA – CARA
1.
Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne.

Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil.

Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati.

Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola.

Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api
perlahan selama 20 minit.
Episod 1(b)
Chef Jemputan : Chef Florence
AYAM THAI ISTIMEWA
BAHAN - BAHAN
700 gram Isi ayam (Dihiris)
6 camca besar Minyak masak
2 camca besar Bawang Putih (Dicincang)
BAHAN A
2 biji Bawang Besar (Dipotong berbaji)
4 biji Cili Merah (Dihiris)
10 batang Putik Jagung (Dihiris)
5 batang Saderi (Dihiris)
1 biji Lobak Merah
200 gram Kacang Sepat
BAHAN B
250 mililiter Sos Cili Thai
3 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis
½ camca teh Serbuk Lada Sulah
2 camca teh Tepung Jagung
200 mililiter Air (dicampur dengan tepung jagung)
Garam secukup rasa
CARA – CARA.
1.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi.

Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak.

Masukkan bahan A dan goreng sebentar.

Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat.

Angkat dan hidangkan.

Episod 2(a)
Host/Chef : Chef Wan
TABBOULEH
( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA)
BAHAN – BAHAN
125 gram Gandum Burghul
2 biji Buah Lemon (Diambil jusnya)
75 mililiter Minyak Zaitun
300 gram Daun Parsli (Daunnya sahaja)
75 gram Daun Pudina
6 helai Daun Bawang
3 biji Tomato (Dipotong dadu)
Daun Salad
Garam dan Gula secukup rasa
Sedikit Lada Sulah
CARA – CARA
1.
Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang.

Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya.

Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan

Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.


Episod 2(b)
Chef Jemputan : Chef Celine
SAMBAL UDANG CILI HIJAU
BAHAN - BAHAN
500 gram Udang (bersaiz sederhana)
10 tangkai Cili Hijau
500 gram Kelapa Parut
250 mililiter Santan
250 mililiter Susu Segar
2 camca teh Pati Ikan Bilis
Minyak Masak
Garam dan Gula secukup rasa
BAHAN A
10 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
2 batang Serai
1 camca teh Serbuk Belacan
CARA – CARA
1.
Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air.

Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau

Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih.

Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak.

Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula.

Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan baki santan dan kelapa parut.

Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata.

Hidangkan bersama nasi panas

Episod 4(a)
Host/Chef : Chef Wan
HARIRA
(Sup Ramadan Maghribi)
BAHAN – BAHAN
250 gram Daging Kambing (Dipotong kiub)
250 gram Kacang Kuda
2 biji Bawang Besar (Dicincang)
10 biji Tomato (Dikupas kulit dan di cincang)
6 batang Daun Saderi
½ camca teh Koma – Koma
½ camca teh Serbuk Halia
2 camca besar Puri Tomato
125 gram Mihun
50 gram Tepung
Seikat Daun Parsli
Seikat Daun Ketumbar
2 camca besar Serbuk Paprika
3 liter Air
Garam dan gula secukup rasa
CARA – CARA
1.
Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih.

Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato.

Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma – koma, dan serbuk halia.

Renehkan selama sejam sehingga daging lembut.

Masukkan garam, mihun, dan puri tomato.

Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung.

Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.


Episod 4(b)
Chef Jemputan : Chef Zaidah
ACAR SOTONG KERING
BAHAN – BAHAN
5 keping Sotong Kering (Drendam semalaman)
2 biji Lobak Merah (Dihiris memanjang)
2 biji Timun (Dihiris memanjang)
5 biji Cili Merah
5 biji Cili Hijau
250 gram Kerisik
200 mililiter Cuka
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN A.
1 camca teh Jintan Manis
1 camca teh Jintan Putih
2 camca besar Ketumbar
8 tangkai Cili Kering
10 biji Bawang Merah
2 cm Halia
1 camca teh Serbuk Kunyit
BAHAN B.
3 kuntum Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
4 biji Buah Pelaga.
CARA - CARA
1.
Sotong yang telah direndam di potong kecil.

Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes

Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam.

Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka.

Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.

Episod 5(a)
Host/Chef : Chef Wan
KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN
BAHAN – BAHAN
1.5 kilogram Daging (Bahagian bertulang)
250 gram Kacang Kuda
2 biji Bawang Besar (Dihiris nipis)
4 biji Bawang Putih (Dicincang)
½ camca teh Koma – Koma
2 camca teh Serbuk Kayu Manis
2 camca teh Serbuk Paprika
1 camca teh Serbuk Cili Cayenne
2 camca teh Serbuk Halia
Garam secukup rasa
SAYURAN
500 gram Lobak Merah
1 biji Kobis (Saiz sederhana)
6 biji Artichoke
2 biji Terung
500 gram Ubi Kentang
2 biji Lada Benggala
500 gram Kacang Fava (Kacang Parang)
250 gram Kismis Hitam
500 gram Labu (Dipotong 5cm)
4 biji Tomato
Seikat Daun Parsli
Seikat Daun Ketumbar
KOUS – KOUS
1 kilogram Kous – Kous
1.5 liter Air
4 camca besar Minyak Zaitun
CARA - CARA
1.
Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan.

Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam

Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak
selama 20 minit.

Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu dan
tomato.

Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar.

Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam
selama 10 minit. Selepas 10 minit kous – kous itu akan menyerap air

Kukuskan kous – kous itu selama 15 minit.

Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun.

Hidangkan bersama sayuran tadi.


Episod 5(b)
Chef Jemputan : Chef Zam
ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI
BAHAN – BAHAN.
Bahan Untuk Perapan.
1 ekor Itik (Dibersihkan dan Dilap kering)
5 biji Asam Kelubi
6 camca besar Kicap Pekat Hitam
BAHAN A
15 biji Bawang Merah
15 tangkai Cili Kering
2 cm Lengkuas
2 camca besar Serbuk Ketumbar
BAHAN B
2 keping Asam Keping
750 mililiter Air Bekarbonat Berperisa Kola
500 mililiter Air
Garam secukup rasa
CARA – CARA
1.
Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan
selama 2 jam.

Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi

Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik
empuk.

Potong dan hidangkan bersama nasi

Episod 6(a)
Host/Chef : Chef Wan
KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN
BAHAN – BAHAN
1 kilogram Daging kambing (Bahagian Bertulang)
2 camca teh Serbuk Lada Hitam
½ camca teh Koma-Koma
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
500 gm Buah Prun
4 camca besar Madu
2 camca besar Jus Oren
Seikat Daun Parsli (Dicincang)
CARA – CARA
1.
Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang
putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam.
Masak selama satu jam sehingga daging empuk.

Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15
minit

Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat.

Hidangkan panas.
Episod 6(b)
Chef Jemputan : Chef Riz
MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS
BAHAN – BAHAN
400 gram Yee Mee (Dicelur)
4 ekor Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua)
2 cm Halia Muda
4 helai Daun Bawang (Bahagian putih dihiris)
4 helai Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris)
6 biji Bawang Putih (Dicincang halus)
100 gram Daun kobis cina (Dicelur sebentar)
1 batang Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga)
50 gram Kacang Sepat
6 batang Putik Jagung
50 gram Cendawan Tiram
Minyak untuk menumis
BAHAN UNTUK KUAH
2 liter Air rebusan udang atau air biasa
2 camca besar Sos Tiram
2 camca besar Kicap Cair
1 camca teh Serbuk Lada Putih
1 camca teh Serbuk Pati Ayam
4 biji Telur
4 camca besar Tepung Jagung
8 camca besar Air
Garam dan Gula secukup rasa.
CARA – CARA
1.
Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama
satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding.

Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan.


Ketepikan.

Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua sayur
dan biarkan masak seketika.

Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan bahan-
bahan perasa.

Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan
kuah.

Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang

Episod 7(a)
Host/Chef : Chef Wan
BOREK
(Pai Pedas)
BAHAN – BAHAN
250 gram Pastri Filo
200 mililiter Mentega Cair
INTI KEJU
350 gram Keju Feta
Secubit Serbuk Lada Sulah
Secubit Serbuk Buah Pala
Seikat Daun Parsli (Dincincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
INTI DAGING
250gram Daging Kisar
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
1 biji Tomato (Dikupas kulit dan dicincang)
1 biji Telur
Seikat Daun Parsli (Dicincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
Garam dan gula secukup rasa
CARA – CARA
1.
Panaskan ketuhar pada suhu 180c

Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati

Untuk inti daging, tumis bawang besar sehingga lembut,

Masukkan tomato. Masak hingga kering dan sejukkan

Apabila adunan sejuk, campurkan dengan telur, hirisan daun ketumbar dan daun
parsli.

Untuk membungkus, gunakan pastry filo. Sapukan dengan mentega cair dan
letakkan inti.

Pastikan mentega disapu untuk mendapatkan pastry yang rapuh dah sedap.
Episod 7(b)
Chef Jemputan : Chef Celine
KAMBING GULA MELAKA
BAHAN – BAHAN
500 gram Daging Kambing (Bahagian bahu)
100 gram Gula Melaka
50 gram Kelapa Parut (Digoreng)
3 camca besar Air Limau
3 camca besar Minyak Masak
BAHAN A
15 biji Bawang Merah
3 biji Bawang Putih
2 batang Serai
2 camca besar Serbuk Kari Daging
Garam Secukup Rasa
CARA - CARA
1.
Kisar Bahan A dan perap dengan daging kambing selama 2 jam.

Panaskan minyak masak dan goreng daging tadi sehingga masak.

Perlahankan api kemudian masukkan kelapa parut dan gula melaka.

Masukkan air limau dan hidangkan dengan nasi

Episod 8(a)
Host/Chef : Chef Wan
LAHMACUN
(Pizza Daging Ala Turki)
BAHAN – BAHAN
Doh Pizza
500 gram Tepung Gandum
250 mililiter Air Suam
15 gram Yis Kering
4 camca besar Minyak Zaitun
Untuk Inti
500 gram Bawang Besar (Dihiris)
15 biji Tomato (Dibuang kulit dan dicincang)
750 gram Daging Kambing (Dikisar)
4 camca besar Puri Tomato
Secubit Serbuk Cili Cayenne
50 gram Kacang Pine
Seikat Daun Parsli
CARA – CARA
1.
Larutkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula.

Campurkan semua adunan doh kedalam mesin adunan.

Biarkan ia naik.
Untuk inti pula, tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging.
Masak sehingga kering, kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang pine.

Uli doh sehingga menjadi bentuk ameba(empat segi memanjang)

Letakkan inti di atas dan taburkan sedikit kacang pine.

Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c


Episod 8(b)
Chef Jemputan : Chef Florence
KERABU MANGGA NYONYA
BAHAN – BAHAN
200 gm Mangga muda (Dihiris halus)
400 gm Bawang merah (Dihiris)
600 gm Timun (Dihiris tanpa empulur)
70 gm Udang Kering (Ditumbuk halus)
1 kuntum Bunga Kantan
2 biji Cili Merah
4 helai Daun Limau Purut.
BAHAN A
4 camca besar Sos Cili
4 camca besar Sos Tomato
4 sudu besar Sos Plum
6 sudu besar Jus Limau Kasturi
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA – CARA
1.
Hiriskan semua bahan-bahan untuk kerabu

Campurkan bahan A dengan bawang merah

Masukkan semua bahan – bahan lain. Kacau sehingga sebati.

Hidangkan.

Episod 9(a)
Host/Chef : Chef Wan
LADA BENGGALA DAGING ALA IRAN
BAHAN – BAHAN
3 biji Lada Benggala Merah
3 camca besar Minyak Zaitun
2 biji Bawang Besar (Dicincang)
300 gram Daging Kambing (Dicincang)
1 camca teh Serbuk Kunyit
1 camca teh Daun Selasih (Dicincang)
1 camca teh Daun Dill (Dicincang)
2 helai Daun Bay
3 camca besar Puri Tomato
10 helai Daun Bawang (Dicincang)
Seikat Daun Ketumbar (Dicincang)
250 gram Nasi
Garam dan gula secukup rasa
UNTUK SOS TOMATO
5 camca besar Sos Tomato
5 camca besar Sos Cili
250 mililiter Air
60 mililiter Minyak Zaitun
2 camca besar Cuka Epal
CARA – CARA
1.
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kambing, serbuk kunyit, daun selasih, dill dan daun
bay. Masak selama 10 minit.

Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Letakkan garam
dan lada sulah secukup rasa.

Masukkan inti kedalam lada benggala yang dipotong atasnya.

Untuk sos tomato, masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sebentar.

Masukkan lada benggala yang disumbat tadi kedalam sos tomato. Kecilkan api dan
tutup periuk.

Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.


Episod 9(b)
Chef Jemputan : Chef Sabri
AYAM GORENG MADRAS
BAHAN – BAHAN
1 kilogram Kepak Ayam
3 liter Minyak Masak (Untuk menggoreng)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan A
250 gram Perencah Tepung Serbaguna
1 camca besar Serbuk Kari Daging
2 camca besar Serbuk Jintan Manis
2 camca besar Serbuk Jintan Putih
3 camca besar Jintan Manis
10 biji Bawang Besar (Dicincang halus)
2 cm Halia (Dicincang halus)
4 biji Bawang Putih (Dicincang halus)
125 mililiter Sos Tiram
3 camca besar Air Limau Nipis
125 mililiter Air
125 mililiter Minyak Masak.
CARA - CARA
1.
Satukan bahan A didalam mangkuk sehingga likat.

Masukkkan ayam, gula dan garam secukup rasa

Perap selama 30minit hingga sejam.

Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga garing.

Hidangkan dengan sos kesukaan anda.

Episod 10(a)
Host/Chef : Chef Wan
BERGEDIL IKAN BEREMPAH
BAHAN – BAHAN
500 gram Isi Ikan
4 camca besar Serbuk Roti
1 biji Telur (Dipukul)
Secubit Serbuk Lada Sulah
3 camca besar Daun Parsli (Dicincang)
2 biji Bawang Putih (Dicincang)
1 camca teh Serbuk Jintan Manis
Minyak untuk menggoreng
CARA – CARA
1.
Campurkan semua adunan untuk bergedil kecuali telur.

Bentuk kan seperti bergedil


Celupkan dengan telur dan goreng dengan minyak yang separa menutupi bergedil
itu

Masak sehingga kuning keemasan.


Episod 10(b)
Host/Chef : Chef Wan
SUP KHOUSHARI
(Sup Kacang Dhal. Makaroni & Nasi)
BAHAN – BAHAN
125 ml Minyak Zaitun
Secukup Rasa Garam
Secukup Rasa Serbuk Lada Sulah
2.5 liter Stok Ayam
BAHAN A
2 batang Seleri (Dihiris)
1 batang Lobak Merah (Dihiris)
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
4 ulas Bawang Putih (Dicincang halus)
BAHAN B
125gram Beras (Dibasuh & Ditoskan)
375gram Puri Tomato
1 ikat Daun Parsli
1 ikat Daun Ketumbar (Segar)
2 helai Daun Bay
250 gram Makaroni
250 gram Kacang Dhal (Direbus sehingga lembut)
200 gram Buah Tin/ Buah Fig
CARA – CARA
1.
Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga lembut. Kemudian masukkan
stok ayam.

Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat. Tambahkan garam dan lada sulah
secukup rasa dan hidangkan.
Episod 10(c)
Chef Jemputan : Chef Liza
PARU GORENG SERAI BERJINTAN
500 gram Paru (Direbus)
500 gram Hati lembu (Direbus)
5 batang Serai
1 biji Bawang Besar
1 camca besar Jintan Manis
4 camca besar Air Asam Jawa
BAHAN A
1 camca besar Garam
2 camca besar Air Asam Jawa
1 camca besar Serbuk Kunyit
BAHAN B
6 biji Cili Merah
4 biji Bawang Merah
4 biji Bawang Putih
3 cm Halia
CARA - CARA
1.
Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan Bahan
A.

Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan.

Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat
dan letakkan bersama paru dan hati tadi.

Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam
jawa.

Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati

Angkat dan hidangkan.

Episod 11(a)
Host/Chef : Chef Wan
AYAM DENGAN TOMATO DAN MADU
(DJEJ MATISHA MESLA)
BAHAN – BAHAN
1 ekor Ayam
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
1 biji Bawang Putih (Dicincang)
2 camca teh Serbuk Kayu Manis
¼ camca teh Serbuk Halia
Secubit Koma – Koma
Secubit Garam
15 biji Tomato (Dibuang kulit dan potong dadu)
2 camca besar Madu
CARA – CARA
1.
Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, rempah, dan tomato.

Biarkan ia mereneh selama sejam sehingga ayam itu empuk.

Keluarkan ayam itu dan masukkan madu. Masukkan garam dan lada sulah secukup
rasa.
Episod 11(b)
Chef Jemputan : Chef Zaidah
KAMBING ZIKOMA
BAHAN – BAHAN
600 gram Daging Kambing
30 gram Serbuk Badam
125 gram Puri Tomato
50 gram Serbuk Daun Ketumbar
700 gram Mentega
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak untuk memasak
BAHAN A
3 biji Bawang Putih
1 biji Bawang Besar
6 tangkai Cili Kering
7 biji Buah Pelaga
1 camca teh Jintan Manis
CARA – CARA
1.
Kisar bahan A dan perapkan daging kambing dengan sedikit serbuk badam.

Panaskan mentega dan minyak.

Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan
bahan A dan masak sehingga naik bau

Masukkan puri tomato dan baki serbuk badam dan daun ketumbar.

Masak sehingga kuah pekat

Episod 12(a)
Host/Chef : Chef Wan
FALAFEL
BAHAN –BAHAN
500 gram Kacang Fava (Kacang Parang)
2 camca teh Jintan Manis
Secubit Serbuk Cili Cayenne
1 camca teh Baking Soda
10 biji Bawang Putih
1 biji Bawang Besar (Dicincang)
Seikat Daun Parsli
Seikat daun Daun Ketumbar
6 helai Daun Bawang
CARA – CARA
1.
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar semua bahan tersebut.

Keluarkan dan bentukkan dengan sudu


Rehatkan adunan tadi selama sejam di dalam peti sejuk supaya tidak pecah semasa
menggoreng.

Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.


Episod 12(b)
Chef Jemputan : Chef Riz
TAUHU ROJAK DWI GAYA
(Tauhu Bakar Ipoh & Tofu Telor Passembor)
TAUHU BAKAR IPOH
BAHAN –BAHAN
4 keping Tauhu
2 camca besar Minyak Masak
½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus)
½ biji Lobak Merah (Dihiris halus)
250 gram Tauge
4 camca besar Kacang Tanah (Dikisar)
2 camca besar Bijan
2 camca besar Sambal Belacan
2 camca besar Petis Udang
125 mililiter Air Asam Jawa
2 camca besar Gula Melaka
Garam secukup rasa
TOFU TELUR PASEMBOR
BAHAN – BAHAN
2 biji Tofu Telur Jepun
125 gram Tepung Jagung
150 gram Kentang (Digoreng)
½ biji Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus)
100 gram Sengkuang
2 biji Telur (Direbus)
10 biji Bawang Merah (Dicincang)
3 biji Bawang Putih (Dicincang)
3 camca besar Udang Kering (Ditumbuk lumat)
125 mililiter Air
100 gram Cili Boh
100 mililiter Air Asam Jawa
4 camca besar Gula Melaka
200 gram Keledek (dilecek)
50 gram Kacang Tanah (dikisar)
1 tangkai Cili Merah
1 tangkai Cili Hijau
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa
CARA – CARA
1.
Campurkan sambal belacan, asam jawa, petis udang, gula melaka serta kacang
tanah kedalam sebuah mangkuk. Kacau rata supaya sebati.

Kemudian campurkan timun, lobak merah dan tauge ke dalam kuah rojak.

Sapukan tauhu dengan sedikit minyak, bakar sehingga kekuningan.

Belah 2 tauhu tadi dan letakkan sayuran di permukaan tauhu .

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga
naik bau, kemudian masukkan cili boh dah masak lagi hingga pecah minyak.

Kemudian masukkan keledek lecek, air asam jawa, kacang tanah dan gula melaka.
Masak hingga kuah pekat.

Goreng tofu jepun yang telah disadur dengan tepung jagung hingga kekuningan.

Tuangkan kuah pasembor ke atas tofu jepun tadi dan hidangkan

Episod 13(a)
Host/Chef : Chef Wan
LEKACH
CAKE MADU
BAHAN – BAHAN
2 biji telur
200 gm gula
125 ml minyak sayuran
250 gm madu
125 ml perasa kopi
2 camca teh baking soda
1 camca teh serbuk kayu manis
½ camca teh serbuk cengkih
1 biji buah oren( diambil kulitnya)
300 gm tepung serbaguna
50 gm kacang walnut (dicincang)
40 gm kismis
CARA – CARA
1.
Pukul telur dengan gula sehingga kembang

Kemudian masukkan minyak, madu dan perasa kopi


Campurkan baking soda, serbuk kayu manis, serbuk cengkih, kulit limau dan
tepung.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam bancuhan telur tadi.

Akhir sekali masukkan kacang walnut dan kismis.

Masukkan adunan tadi di dalam bekas dan baker didalam ketuhar selama sejam
pada suhu 180c.
Episod 13(b)
Chef Jemputan : Chef Florence
STEW AYAM CENDERAWASIH
BAHAN – BAHAN
1 ekor Ayam (Dibersihkan dan dipotong 10)
5 biji Terung Kecil (Dipotong 4)
2 biji Tomato Hijau
50 gram Serbuk Daun Ketumbar
1 tin Susu Sejat
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak Masak (untuk menumis)
BAHAN A
1 helai Daun Kunyit
2 helai Daun Pandan
½ ikat Daun Kesum
4 helai Daun Kaduk
5 tangkai Daun Selasih
7 biji Cili Hijau
10 biji Cili Padi Hijau
2 cm Halia
2 cm Lengkuas
3 batang Serai
5 biji Bawang Putih
125 gram Badam Hancur
2 biji Buah Keras
BAHAN B
2 batang Kulit kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
5 kuntum Bunga Cengkih
3 kuntum Bunga Lawang
1 kuntum Bunga Kantan
CARA - CARA
1.
Kisar semua Bahan A dan perapkan pada ayam selama 30 minit

Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau

Masukkan ayam dan bahan perapan, renihkan selama 10 minit.

Masukkan terung kecil dan masak sehingga ayam empuk.

5. Hiaskan dengan hirisan tomato hijau dan daun ketumbar