Anda di halaman 1dari 6

Sumber:http://www.geocities.com/Heartland/Grove/1156/pappeng.

html

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


 

Pengenalan

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti pendekatan, kaedah
dan teknik. Ketiga-tiga konsep ini mempunyai perkaitan dan ianya saling lengka-melengkap
antara satu sama lain dan dengan inilah ianya sering mendatangkan kekeliruan di kalangan guru-
guru sekolah samada guru pelajaran agama mahupun guru pelajaran yang lain.   

Pendekatan
 

Mengikut pendapat  Ahmad Mohd Salleh  dalam  Pendidikan Islam,Falsafah,Pedagogi dan


Metadologi pendekatan ialah  wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan
Falsafah agama dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghuraikan sifat mata
pelajaran yang diajar. Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran tetapi tidak
semestinya boleh dibuktikan secara mutlak. Umpamanya dalam sebarang pengajaran,kita
membuat beberapa tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi prinsip amalan bilik darjah.

Mendekatkan sesuatu dalam bidang pendidikan dinamakan pendekatan. Setiap pendekatan


hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran.
Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan
prinsip amalan bilik darjah.
 
Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian
memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran,maka kita
boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud
sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan
kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
 

 Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963),  pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Melalui
pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model,
prinsip atau teori pembelajaran,

contohnya  :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan
sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran
yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
objektifnya.
 
 

Pendekatan Induktif
 

   
Takrif 
 

Mengikut pendapat Ee Ah Meng (Pedagogi ii, Pelaksanaan Pengajaran) mengemukakan


pengertian iaitu akna cara mendekati sesuatu.Dalam konteks bilik darjah,pendekatan merujuk
kepada cara bagaimana objektif-objektif jangka masa panjang dapat dicapai dalam satu-satu mata
pelajaran.Biasanya berasaskan teori.

Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan pengajaran
secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya sendiri serta
mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan.
 
 
 

Konsep
 

Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.


Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman

Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu uba untuk


mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum
 
 
 

Ciri-ciri

? Matlamatnya ialah pembentukan kebiasaan


? Guna pengantaraan deria untuk dapatkan pengetahuan
? Perlu kekerapan pengulangan dalam pelbagai konteks untuk kuasai sesuatu kemahiran
? Tekankan pengajaran berbentuk konkrit
? Beri peluang kepada murid belajar di bawah bimbingan guru
? Penglibatan murid secara aktif ditekankan
? Wujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan
? Bimbingan dan bantuan guru diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
 

Pendekatan Deduktif
 

Takrif

Suatu penagajaran yang dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan-
peraturan tertentu dan akan diaplikasikan menjadi suatu fakta.

Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah. Kemudian
mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang sesuai digunakan
untuk menyelesaikan masalah. 

Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan dirujuk
kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.
 
  Konsep

? Pelajari sesuatu berdasarkan hokum


? Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum
? Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi
? Membuat satu penghuraian daripada umum kepada yng khusus

Prinsip

? Strategi penyoalan hendaklah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk
konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki
? Mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid
? Pengajaran yang terancang dan kepelbagaian aktiviti yang digunakan dapat menarik minat
murid
? Guru perlu menyediakan alat Bantu yang sesuai
? Bimbingan dan bantuan diperlukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
 

Ciri-ciri
 

? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid


? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik
 
 Murujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik
darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya
menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah suatu teknik begitu juga
membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan mestilah berasaskan sesuatu
kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya keberkesanan sesuatu teknik yang
digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,mantap dan
boleh dipercayai..
 

Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi
aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee Ah Meng,
Pedagogi ii.)

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung dalam
sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam
pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Contohnya dalam
kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan permainan itu bermakna dan
menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih
berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat
pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang
dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi
pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada
minat murid serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. 
 
 

Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-

a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-murid
dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari
dengan mudah dan berkesan.
 
 

Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan pengajaran
agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan pemahaman. Teknik
yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti berikut :-

i)    Teknik bercerita


ii)   Teknik berbincang
iii)  Teknik penyelesaian masalah
iv)  Teknik sumbangsaran
v)   Teknik tunjuk cara
vi)  Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab
 
Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-benar
terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara satu sama
lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai dengan isi
pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu keberkesanan sesuatu
teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh,
mantap dan boleh dipercayai. 
      Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam
mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan kepada
aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang langkah-langkah
pengajaran.    
 
 

 
 
 
 
 
 

Kaedah 
 
 

Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik secara
keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur melakukan
sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu sesuatu
pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai faktur mempengaruhi persembahan
bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran. Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus
diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan tadi.
 

Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah  suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta
berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia juga
membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati sesuatu objektif
dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
 

Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran
yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu pelajaran.

Dalam menerangkan sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran,guru-guru boleh


menggunakan kaedah yang sesuai,terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan
murid-murid.Oleh itu guru-guru sepatutnya dapat merancang prosedur.Mereka perlu dapat
menggambarkan dengan jelas dalam fikiran mereka ciri-ciri fikiran atau sifat-sifat sejati kaedah
berkenaan.

 Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan melalui cara-cara berikut :

1. Kenal pasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.


2. Tetapkan bahan yang hendak disampaikan,mengikut peruntukan masa yang diperlukan.
3. Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang akan diperkenalkan.
4. Tetapkan alat bantu mengajar yang diperlukan.
5. Susunkan langkah-langkah secara berperingkat.